You are on page 1of 33

KERAJAAN FUNAN

PENGENALAN TERHADAP KERAJAAN FUNAN


1. Sekitar abad pertama masihi telah muncul negeri-negeri yang dikatakan mendapat
pengaruh India, salah sebuah daripadanya yang terawal yang dikenali oleh orang Cina
sebagai Funan atau B’iu-nam. B’iu-nam berasal daripada perkataan Khmer kuno iaitu
“bnam” ataupun “phnom” yang bermaksud “gunung”.
2. Raja-raja Funan menggelarkan diri mereka sebagai “Kurung Bnam” yang bermaksud
“Raja Gunung” atau raja yang tinggi darjatnya yang dalam istilah Sanskrit disebut
sebagai “Parratabhupalan” atau “Sailanraja”. Antara raja Funan yang termasyur ialah
Fan Shin Man yang bertanggungjawab dalam menjadikan Funan sebagai sebuah pusat
perdagangan suatu masa dahulu.
3. Funan merupakan kerajaan Kemboja silam yang ditubuhkan sebelum zaman kerajaan
Angkor. Funan terletak di sekitar Sungai Mekong dan berkemungkinan ditubuhkan
oleh penduduk Mon- Khmer yang bertutur bahasa Austro-Asiatic. Tidak banyak yang
diketahui mengenai Funan kecuali kerajaan ini merupakan negara perdagangan yang
kuat. Pernyataan ini terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal daripada
empayar Rom, China dan India dalam penggalian di Oc-Eo di selatan Vietnam. Ibu
negara Funan terletak di Vyadhapura dan Funan memiliki bandar pelabuhan iaitu Oc-
Eo.
4. Menurut laporan daripada dua wakil kerajaan China iaitu K’ang T’ai dan Zhu Ying,
negara Funan diasaskan oleh seorang brahmin India yang bernama Kaundinya pada
abad pertama Masihi. Kaundinya telah mendapat arahan dalam mimpinya untuk
mengambil panah ajaib daripada kuil dan mengalahkan Soma, ratu Khmer. Soma
merupakan anak kepada Raja Nagas telah berkhawin dengan Kaundinya dan
keturunan merekalah yang menjadi dinasti raja-raja Funan.
5. Nama Funan ini muncul dalam rekod-rekod Cina sekitar 220 sehingga 280 Masihi dan
ianya hilang pada abad ke-7 Masihi dan sarjana sejarah mengandaikan Funan hilang
dari sejarah sekitar tahun 627 Masihi.
PENTADBIRAN DI KERAJAAN FUNAN
1. Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong, akan tetapi kawasan
pemerintahannya meliputi selatan Vietnam, lembah tengah Mekong, lembah Chao
Praya dan Semenanjung Tanah Melayu. Funan mempunyai pelabuhan utamanya Oc-
Eo terletak di pinggir Teluk Siam, manakala ibu kotanya Vyadhapura terletak lebih
kurang 200KM dari laut berhampiran bukit Ba Phnom.
2. Semenjak penubuhan Funan telah dibahagikan kepada tujuh buah wilayah yang setiap
satunya ditadbir oleh anak-anak dari keturunan Kaundinya secara bebas. Persekutuan
wilayah-wilayah Funan ini mewujudkan sebuah negara Funan yang kuat. Akan tetapi
dalam masa pemerintahan Hun P’an-Huang (Houen-p’an-houang), pada separuh
kedua abad kedua Masihi, wilayah-wilayah ini telah disatukan di bawah pemerintahan
pusat Funan. Wilayah-wilayah itu telah ditawan dan Hun P’an-huang menghantar
putera dan cucu-cucunya memerintah setiap satu daripadanya. Mereka digelar Raja
Kecil.
3. Hun P’an-huang kemudian telah mendirikan sebuah kota yang baru di kawasan
pedalaman, berhampiran dengan pertembungan Sungai Mekong dengan anak-anak
sungai Tonle Sap kira-kira 200KM dari laut yang kemudian dijadikannya sebagai ibu
kota kerajaan Funan. Kota ini dikenali sebagai “Vyadhpura” yang bermaksud “Kota
Pemburu”. Lagenda tempatan menceritakan bahawa kota itu ditubuhkan ketika Hun
P’an-huang semasa pergi berburu gajah dikawasan itu, iaitu berhampiran dengan
Bukit Ba Phnom, gunung suci orang Funan. Dikatakan kota ini dilingkari oleh tembok
yang diperbuat daripada bata.
4. Setelah penubuhannya, kerajaan Funan berkembang dengan pesat di bawah
pemerintahan Kaundinya. Ia berkembang menjadi sebuah negeri perdagangan laut
antarabangsa yang terkemuka di Asia Tenggara. Kedudukan pelabuhan utamanya Oc-
Eo yang bertentangan dengan Segenting Kra telah menjadikannya pelabuhannya
sebagai tempat persinggahan utama bagi kapal yang belayar dari pelabuhan-
pelabuhan di sekitar Segenting Kra ke China. Sekitar abad pertama hingga abad ke-4
Masihi, laluan perdagangan laut India-China adalah melalui Teluk Benggala
kemudian melalui jalan darat menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Setelah
itu, barang-barang ini akan diangkut oleh kapal-kapal Funan atau China ke pelabuhan-
pelabuhan di tenggara China. Di sini kita dapat lihat pelabuhan Oc-Eo merupakan
tempat pertemuan utama bagi pedagang-pedagang di mana barang-barang dagangan
saudagar-saudagar asing itu dapat ditukarkan dengan aman. Pemerintah-pemerintah
Funan juga telah memainkan peranan penting memajukan perdagangan ini. Mereka
telah memberi jaminan keselamatan kepada pedagang-pedagang yang singgah di
pelabuhan-pelabuhan Funan.
5. Sebelum kedatangan pengaruh India ke Funan, kedudukan wanita dalam masyarakat
itu agak tinggi, malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita. Perkara ini
ditunjukkan dalam lagenda tentang bagaimana Liu-ye (Raja Perempuan Funan)
memimpin satu angkatan pelaut-pelaut Melayu menyerang kapal-kapal pedagang
yang melintasi kawasan mereka. Di samping itu pelaut-pelaut Cina yang belayar di
kawasan ini juga berasa hairan kerana disini wanita yang memilih lelaki.

EKONOMI DAN PERDAGANGAN KERAJAAN FUNAN


1. Funan bukan sahaja sebuah negara yang menumpukan aspek maritim dalam
ekonominya. Funan juga telah mencapai kemajuan dalam bidang pertanian dan ini ada
dicatatkan oleh K’ang T’ai dengan melaporkan bahawa orang Funan menyemai sekali
dan menuai tiga kali. Funan ketika itu dikatakan telah mempunyai sistem parit dan tali
air yang canggih, di mana mereka dapat mengawal kelebihan air dan juga
mengalirkan garam ke tanah-tanah pertanian. Sistem pengairan yang baik ini telah
membolehkan Funan dapat mengeluarkan lebihan tanaman yang kemudiannya akan
menampung golongan pedagang tempatan dan luar negeri yang kian bertambah
dengan berkembangnya perdagangan antarabangsa pada masa itu.
2. Semasa zaman kegemilangan Funan, pemerintah-pemerintahnya memperoleh
kekayaan melalui dua sumber iaitu daripada pelabuhan dan hasil bumi dari kegiatan
pertanian. Kebanjiran pedagang di pelabuhan-pelabuhan Funan membolehkan
pemerintahnya mengutip cukai dari kapal yang singgah dan menggunakan kemudahan
yang terdapat di pelabuhan itu. Petani-petani Funan yang tekun juga telah
menyumbangkan perkembangan ekonomi Funan pada waktu itu. Terbukti, Funan
adalah negara yang makmur.
3. Kemakmuran Funan bukan sahaja dari hubungan perdagangan antara India dan China
sahaja malah terdapat hubungan Funan dengan Empayar Rom. Perkara ini dibuktikan
dari ekskavasi di tapak Oc-Eo dan penyelidik telah menemui barang-barang buatan
Rom abad ke-2 Masihi hingga abad ke-4 Masihi yang terdiri daripada serpihan-
serpihan kaca, syiling emas zaman Marcus Aurelius (161-180 Masihi) dan pingat
emas Zaman Antonius Pius (152 Masihi). Selain itu Funan juga telah menghasilkan
produk mereka sendiri yang dijadikan bahan eksport. Diantara barang yang diketahui
wujud pada masa itu ialah manik-manik kaca dan lencana berukir yang diperbuat dari
timah.
4. Orang Funan juga dikatakan telah pandai mengukir dan kepandaian ini adalah
adaptasi dari kepandaian seni ukir dan seni bina agama-agama India. Jumpaan awal
hasil seni ukir ini ialah dua buah patung Budha berdiri tegak yang diperbuat dari
kayu. Kepandaian mengukir ini semakin maju sehinggalah abad ke-6 Masihi orang
disini telah mampu mengukir patung-patung Visnu dan Buddha yang sungguh cantik
dan halus ukirannya yang dibuat daripada batu. Keindahan ukiran orang Funan ini
telah menarik perhatian bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga istana Cina.
Dikatakan pada tahun 503 Masihi, pemerintah Funan telah mengirimkan sebuah
patung Budha yang diperbuat daripada batu karang dan sebuah Stupa yang diperbuat
daripada gading kepada Maharaja Cina. Arkitek-arkitek Funan juga telah mampu
membina biara-biara dan candi yang diperbuat daripada batu dan bata di kawasan di
mana tiada bukti batu untuk memudahkan memperoleh bahan itu.
5. Orang Funan juga adalah pembina kapal dan perahu yang handal. Mengikut catatan
T’ai p’ing yu lan, perahu-perahu orang Funan ini pangjang-panjang dan boleh
membawa sehingga 100 orang. Haluan dan buritannya berbentuk seperti kepala dan
ekor ikan, dan setiap perahu itu dihiasi dengan perhiasan yang diperbuat daripada
besi. Di samping itu, orang Funan juga mampu membina kapal-kapal besar bagi
menyeberang lautan. Kapal-kapal itu dikatakan boleh mengangkut 600-700 orang
penumpang dan anak kapal serta 1000 tan kargo.
RAJA-RAJA KERAJAAN FUNAN
A. FAN SHIH-MAN
1. Mengikut Sejarah Leang; Fan Shih-man merupakan seorang yang berani dan
berkebolehan dan dengan menggunakan kekuatan telah menundukkan kerajaan-
kerajaan yang berdekatan. Semua menjadi taklukannya. Baginda mengambil gelaran
Yang dipertuan Agung Funan. Baginda telah memerintahkan dibina kapal-kapal yang
besar dan telah menyeberangi lautan-lautan besar dan menyerang lebih daripada
sepuluh kerajaan. Baginda telah memperluaskan wilayahnya hinga lima ke enam ribu
li. Apabila baginda ingin menakluk “sempadan emas” ataupun dikenali sebagai
“Suvarnabhumi” beliau telah jatuh sakit.
2. Ekspedisi penaklukan ini jelas menunjukkan tujuannya untuk menguasai terus pusat-
pusat perdagangan di kedua-dua belah semenanjung itu, dari kawasan Segenting Kra
hingga ke Burma. Dengan cara ini mengukuhkan pengaruh Funan ke atas aliran
perdagangan melalui Asia Tenggara. Dalam Sejarah Leang, menyatakan baginda telah
menawan 10 buah kerajaan dalam kempennya itu termasuk sebuah pusat perdagangan
utama di utara Segenting Kra bernama Tun-sun. Kawasan kekuasannya meliputi
3200KM. Baginda juga telah cuba menawan Chin-lim (hilir Myanmar mungkin juga
Tanah Melayu) tetapi gagal kerana baginda jatuh sakit dan mati kemudiannya iaitu
pada tahun 225 Masihi
B. FAN CHAN
1. Setelah kemangkatan Fan Shih-man pada 225 Masihi, telah berlaku perebutan takhta
antara putera baginda Chin-cheng dengan seorang bernama Fan Ch’an iaitu anak
saudara Fan Shih-man, akhirnya Fan Ch’an telah merampas kuasa dan membunuh
Chin-cheng. Fan Ch’an merupakan pemerintah Funan yang terpenting kerana beliau
merupakan Raja Funan yang pertama mengadakan perhubungan diplomatik dengan
kerajaan China dan India. Dikatakan beliau telah mengirimkan salah seorang anggota
keluarganya bernama Su-wu ke India untuk memperoleh maklumat tentang negara
itu. Su-wu kemudian telah memudiki Sungai Gangga hingga sampai ke istana salah
seorang putera kerajaan Kushana (Murunda). Di sini dia diterima dengan baik dan
sebagai balasannya putera itu telah mengirim empat ekor kuda sebagai hadiah kepada
Fan Ch’an. Lawatan ke India itu dianggarkan berlaku sekitar 240-245 Masihi. Fan
Ch’an juga dikatakan telah mengirim utusan ke China sekitar 243 Masihi.
2. Pada pertengahan abad ke-3 Masihi, iaitu lebih kurang 20 tahun berkuasa, Fan Ch’an
telah mati dibunuh oleh seorang yang dikenali sebagai Ch’ang iaitu salah seorang
putera Fan Shih-man yang bangkit menuntut bela atas kematian abangnya. Ketika
rampasan kuasa yang dilakukan oleh Fan Ch’an, Ch’ang masih seorang kanak-kanak.
Hari demi hari beliau telah mengumpulkan satu pasukan yang kuat dari puak sebelah
ibunya dan telah melancarkan rampasan kuasa daripada Fan Ch’an. Namun,
kebangkitan ini tidak berpanjangan apabila Ch’ang digulingkan oleh Fan Hsun (Fan
Siun) pada tahun 245 Masihi.
3. FAN HSUN
1. Era pemerintahan Fan Hsun memperlihatkan Funan mencapai puncak keagungannya
baik dalam bidang ketenteraan mahupun dalam bidang perdagangan. Dalam masa
pemerintahan beliau, Dinasti Wu dari China telah menghantar dua orang dutanya iaitu
K’ang Tai dan Chu Ying untuk melawat dan membuat laporan tentang Funan. Dalam
laporan mereka menyatakan Funan sebuah negara yang kaya dan mewah. Mereka
juga melaporkan bahawa kerajaan Funan telah menggunakan banyak perbendaharaan
kata India akan tetapi teori politik dan falsafah kepercayaan mereka masih lagi
tempatan dan tidak terpengaruh oleh unsur-unsur India. Mereka juga dikatakan telah
mempunyai buku-buku dan arkib dan tulisan mereka mirip tulisan India.
2. Fan Hsun memerintah Funan dalam jangka masa yang panjang dan sepanjang masa
itu, Funan telah menghantar utusan diplomatik ke China pada tahun 268 Masihi, 286
Masihi, dan 287 Masihi. Beliau telah membagunkan Funan, menurut Sejarah Leang
(Liang Shu), beliau mengadakan majlis mengadakan majlis mengadap empat kali
sehari untuk orang asing dan rakyatnya. Beliau juga telah memerintahkan supaya
orang lelaki Funan berpakaian. Sejak dari zaman Kaundinya, hanya orang perempuan
yang berpakaian. Pakaian orang lelaki ketika era Fan Hsun berupa sehelai kain sarung
yang diikat di pinggang dikenali sebagai “kan-man”.
3. Pada tahun 270 hingga 280 Masihi, Fan Hsun telah mengadakan pakatan dengan Fan
Hiong, pemerintah Champa (Lin-yi) untuk menyerang wilayah-wilayah kekuasaan
China di Tong-kin. Serangan-serangan Funan dan Champa ini berterusan sehingga
satu perjanjian damai diadakan pada 280 Masihi.

KEJATUHAN KERAJAAN FUNAN


1. Kelemahan Funan ini semakin jelas kelihatan apabila kegiatan lanun semakin
berleluasa di laut yang dahulu dibawah penguasaan Funan. G.D. Hall, seorang sarjana
Sejarah Asia Tenggara menyatakan bahawa, kegiatan lanun ini berlaku sama ada
kesan daripa percubaan Funan untuk mengekalkan kekuasaan ke atas jalan kelautan
itu dengan cara memaksa kapal-kapal singgah di pelabuhannya atau kerana
kelemahan Funan telah menyebabkan penduduk-penduduk Melayu yang tinggal di
pesisir menjadi lanun. Kemiskinan kerajaan Funan untuk menjaga pelaut-pelaut
Melayu telah menyebabkan mereka mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan
iaitu melanun.
2. Sejarah Ban T’ang (618 – 906 Masihi) merupakan catatan rasmi Cina yang terakhir
menyebut tentang Funan. Ia menyatakan sebuah negeri bernama Chen-la (Kemboja)
secara mengejut telah menawan Funan. Pemerintah Funan pada masa itu terpaksa
melarikan diri ke selatan ke sebuah tempat bernama Na fou-na. Perwakilan terakhir
Funan yang sampai ke Istana China adalah di sekitar separuh pertama abad ke-7
Masihi, iaitu dalam zaman kerajaan T’ang. Selepas itu tidak adala lagi berita tentang
Funan. Namun I-Tsing dalam pelayarannya ke India pada tahun 671-695 Masihi ada
menyatakan sedikit tentang Funan iaitu “selepas meninggalkan Campa dan menghala
ke barat daya akan tiba di negara Pan-nan. Pada asalnya negara ini dikenali sebagai
Funan.
3. Ada kemungkinan besar kerajaan Funan ini hilang terus daripada sejarah kesan
daripada banjir besar yang melanda ibu kota dan bandar-bandar utamanya sekitar
separuh pertama abad ke-6 Masihi. Kejadian ini telah menyebabkan penduduk-
penduduknya terpaksa berpindah ke tempat-tempat yang lebih tinggi di tengah
Kemboja. Dan sekitar 550 Masihi, Raja Bharawarman dari kerajaan Chenla telah
menjadikan wilayah Funan ini sebagai sebahagian daripada wilayah kekuasaannya
dan membentuk kerajaan Khmer.
4. Negara Funan terus menjadi lemah lagi akibat perubahan teknologi perkapalan dari
negara China yang menyebabkan mereka mampu membina kapal-kapal yang hebat
dan tahan lasak yang membolehkan mereka mencari jalan perdagangan baru dan
memecahkan monopoli Funan. Kelemahan pemerintahan kerajaan Funan
menyebabkan ramai rakyatnya berpindah ke Lin-yi dan ada rakyatnya mula tidak
mengikut undang-undang hingga menjatuhkan moral mereka. Melanun adalah aspek
kelemahan mental rakyat Funan ekoran dari kelemahan pemerintahan kerajaan Funan
itu sendiri.
KERAJAAN SRIVIJAYA
PENGENALAN KERAJAAN SRIVIJAYA
1. Dalam bahasa Sanskrit, Sriwijaya memiliki maksudnya yang tersendiri. “Sri”
membawa maksud “bercahaya” atau “gemilang” sedangkan “Wijaya” bermaksud
“kemenangan” atau “kejayaan”. Jika digabungkan, Sriwijaya membawa maksud
“kemenangan yang gilang-gemilang”
2. Srivijaya merupakan sebuah empayar maritim melayu purba yang berpusat di
Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Kepulauan
Asia Tenggara. Kerajaan ini diasaskan pada pertengahan abad ke-7 masihi. Menurut
B.W dan L.Y Andaya, kemunculan kerajaan Srivijaya ini bermula setelah kejatuhan
kerajaan Funan di mana pada ketika itu berlakunya perebutan takhta pada tahun 930
Masihi dan serangan daripada Chenla.
3. Melalui kajian George Coedes, beliau pernah melakukan kajian mengenai sebuah
kerajaan yang disebut dalam rekod kerajaan China pada zaman T’ang yang dikenali
sebagai “Shih-li-fo- shih”. Kajian tersebut mendapati bahawa kerajaan tersebut
terletak di tenggara Sumatera di tebing Sungai Musi di Palembang. Kerajaan tersebut
dipercayai oleh kebanyakan sejarawan sebagai kerajaan Srivijaya yang hebat.
4. Kemunculan Srivijaya juga telah banyak dicatatkan oleh seorang pedagang China
iaitu I-Tsing melalui pelayaran beliau selama 6 bulan pada tahun 671 masihi dari
Canton ke Palembang" iaitu tempat bersemayam pemerintah kerajaan Srivijaya pada
waktu itu. Dikatakan pada ketika itu Srivijaya merupakan kerajaan laut yang sangat
kuat sehinggakan Kedah yang berada di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu
menjadi tanah jajahan Srivijaya.
5. Raja pertama Srivijaya ialah Dapunta Hyang selaku pengasas kepada kewujudan
empayar Kerajaan Srivijaya seperti yang tercatat dalam prasasti Kedukan Bukit.
Menurut Profesor Sivachandralingam Sundara Raja, beliau menyatakan bahawa
semasa pemerintahan Dapunta Hyang, Srivijaya juga telah berjaya menakluki Melayu
Jambi pada tahun 229 masihi lalu mengembangkan kuasa jajahan ke kawasan-
kawasan di sekitar kawasan Selat Melaka. Antaranya ialah Kataha ataupun Kedah Tua
pada tahun 671 masihi dan Jaiya serta negeri-negeri lain di Segenting Kra pada tahun
775 masihi.
POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN SRIVIJAYA
1. Menurut Nik Hassan Shuhaimi, melalui Inskripsi Telaga Batu yang dipercayai
bertarikh dalam lingkungan suku abad akhir abad ketujuh memberikan gambaran
kepada kita tentang organisasi dan pentadbiran empayar Srivijaya.
2. Srivijaya dibahagikan kepada beberapa mandala atau kawasan dan tiap-tiap mandala
yang tertakluk kepada Srivijaya itu diletak dibawah pemerintahan seorang datu. Datu
yang dilantik merupakan anak-anak raja atau pembesar. Sekiranya mandala itu
dipimpin oleh anak raja maka mandala itu akan digelar kadatuan dan sebaliknya
sekiranya yang berkuasa itu pembesar bukan berdarah raja maka kawasan kawalannya
digelar praddatuan. Tiap-tiap datu mempunyai seorang penolong yang akan
membantu dalam hal-hal negara dan ia digelar sebagai parvanda ataupun ketua
tentera.
3. Dalam hierari kelas sosial dan hierarki pentadbiran di Srivijaya, terdapat 4 kelas
anakraja. Kelas yang paling tinggi diduduki oleh Yuvaraja. Yuvaraja akan berperanan
sebagai Raja Muda ataupun Tengku Mahkota. Kelas yang kedua akan diduduki oleh
Pratiyuvaraja dan putera ini yang akan mengantikan tempat Yuvaraja selepas
Yuvaraja menaiki takhta. Sementara anak raja yang seterusnya ialah Rajakumara.
Ketiga-tiga anak raja daripada kelas ini layak mewarisi takhta kerajaan tetapi perlu
mengikut hierarki kerana merekaberketurunan raja daripada kedua-dua belah iaitu
bapa dan ibu. Rajaputra adalah anak raja yang akan menduduki kelas yang keempat
dan tidak layak untuk dilantik menjadi raja kerana bukan berketurunan raja ataupun
anak gundik.
4. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa tinggi di dalam struktur pemerintahan
kerajaan Srivijaya. Terdapat tiga perkara yang perlu dipertimbangkan jika seseorang
itu ingin menjadi pemerintah tertinggi di kerajaan Srivijaya iaitu Samraj, Indratvam
dan Ekachattra yang menjadi syarat seseorang menjadi raja.
5. Samraj bermaksud “berdaulat ke atas rakyatnya’. Indratvam pula bermaksud
seseorang raja itu perlu memerintah seperti Dewa Indra yang sentiasa memberikan
kesejahteraan kepada rakyatnya. Manakala, Ekachattra bermaksud: Eka bermaksud
satu dan Chattra bermaksud payung. Dalam erti kata lain, seseorang raja itu perlu
memayungi rakyatnya dan bertindak sebagai pelindung yang akan membela nasib
rakyatnya.
6. Isi kandungan utama Prasasti Telaga Batu hanya berkisar tentang sumpahan-
sumpahan ke atas sesiapa yang menderhaka kepada kedatuan Srivijaya atau
melanggar perintah dātu. Menurut Casparis, jenis-jenis orang, pekerjaan atau pangkat
kedudukan yang disebut dalam batu bersurat ini dikategorikan sebagai berpotensi
membawa bahaya dan berkemungkinan memberontak terhadap ketuanan Srivijaya.
Bagi mencegah sebarang cubaan menderhaka, pemerintah Srivijaya mewajibkan
mereka ini menyatakan kesetiaan, dengan ancaman akan disumpah jika tidak berbuat
demikian.
7. Berikut adalah golongan-golongan dalam masyarakat yang disebut dalam batu
bersurat ini iaitu rājaputra (putera raja), kumārāmātya (menteri), bhūpati (pemerintah
daerah), senāpati (panglima perang), nāyaka (pemimpin masyarakat setempat),
pratyaya (bangsawan), hāji pratyaya (Raja bawahan), dandanayaka (hakim), tuhā an
vatak (pengawas pekerja rendah), vuruh (buruh), addhyāksi nījavarna (penyelia
rendah), vāsīkarana (tukang besi/pembuat senjata), cātabhata (askar), adhikarana
(pegawai), kāyastha (pekerja kedai), sthāpaka (artisan), puhāvam (nakhoda kapal),
vaniyāga (peniaga), marsī hāji (pelayan raja), hulun hāji (hamba raja).
8. Menurut Nik Hassan Shuhaimi menerusi kajian yang dilakukan oleh de Casparis iaitu
bahagian pertama ialah golongan diraja serta kelas pentadbir yang terdiri daripada
senapati, nayaka, pratyaya, hajipratyaya dan dandanayaka.
9. Diikuti oleh golongan bawahan yang terdiri daripada golongan merdeka dan golongan
hamba abdi. Golongan ini jelas kelihatan dalam inskripsi Telaga Batu dimana
golongan merdeka ini merupakan rakyat yang berkasta rendah. Selain itu golongan
hamba ada disebut sebagai hulun haji atau hamba raja.
10. Dalam aspek peluasan kuasa juga, kerajaan Srivijaya meluaskan kuasa mereka
melalui dua cara penaklukan dan perkhawinan. Ikatan perkawinan merupakan cara
melakukan penaklukan secara damai. Contohna, Dapunta Hyang yang berkuasa sejak
664 Masihi telah melakukan pernikahan dengan puteri kedua raja Linggawarman dari
Kerajaan Tarumanagara yang bernama Sobakancana. Kerajaan Srivijaya menjadi
lebih kukuh dengan negeri-negeri naungan yang berada di bawahnya.
EKONOMI DAN PERDAGANGAN KERAJAAN SRIVIJAYA
1. Kerajaan Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim yang terkuat di Asia
Tenggara. Kerajaan Srivijaya memiliki kekuasaan untuk mengawal perdagangan laut
di sekitar kawasan Selat Sunda serta Selat Melaka yang sebelum ini dikuasai oleh
kerajaan Kantoli. Kekuataan kerajaan Srivijaya buka semata-mata kerana
penguasaannya dallam bidang ekonomi dan kelautan, malahan kebolehan para
pemerintahnya memperluasakan kekuasaan dan jajahan politik ke atas negeri-negeri
lain.
2. Perkhawinan antara Raja Indera Wangsa dinikahkan dengan puteri kerajaan
Langkasuka telah menyebabkan pengaruh ekonomi kerajaan Langkasuka telah
diasimilasikan dengan ekonomi di Kerajaan Srivijaya. Menurut Andaya, langkah ini
merupakan langkah politik yang diplomatic yang amat bermakna kepada empayar
Srivijaya.
3. Dengan menguasai negeri-negeri lain, Kerajaan Srivijaya dapat mengukuhkan
kekuataanya. Negeri-negeri akan membekalkan bekalan bahan mentah seperti lada
hitam dan rempah ratus kepada kerajaan Srivijaya untuk tujuan perdagangan. Dengan
adanya barang-barangan tersebut, ianya membolehkan kerajaan Srivijaya
menjalankan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain.
4. Kerajaan Srivijaya mempunyai pelabuhan berbentuk entreport yang memudahkan lagi
urusan perdagangan-perdagangan kerajaan Srivijaya dengan negara-negara lain.
Pelabuhan Entreport ialah sebuah tempat yg menjadi pusat penerimaan barang-barang
dagangan dari negara-negara luar dan kemudian barang-barang itu dihantar ke negara-
negara lain pula. Kerajaan Srivijaya menjadi pusat persinggahan perdagangan oleh
negara-negara luar dan disebabkan itulah Srivijaya memiliki kekuasaan yang kuat dari
sudut maritim.
5. Pelabuhan di Srivijaya juga terletak di kawasan yang strategik yang terlindug
daripada tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur laut. Ini menyebabkan
para pedagang dari Timur dan Barat gemar untuk datang ke Srivijaya.
6. Pelabuhan di Srivijaya sentiasa sibuk dengan perdagangan, pertukaran barangan dan
penggunaan matawang juga terlibat di dalam perniagaan. Ramai saudagar dari negara
luar yang berdagang dan mereka bersaing antara satu sama lain. Sumber ekonomi
Srivijaya juga turut berdasarkan kepada cukai kastam yang dikenakan ke atas barang-
barang dagangan saudagar asing yang dibawa oleh kapal-kapal dagang terutamanya
kepada para pedagang India dan China.
7. Kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh Srivijaya dengan pasukan tentara lautnya
yang kuat juga telah memberikan kelebihan ekonomi kepada Srivijaya. Semua kapal-
kapal yang melalui wilayah Srivijaya akan dipaksa untuk singgah di pelabuhannya
untuk menyelesaikan bayaran dan cukai. Selain itu, bagi menjamin monopoli
perdagangan antara kerajaan China dan Kerajaan Chola di India, Srivijaya telah
meluaskan kuasa serta mengukuhkan kawalanya ke atas kawasan-kawasan di sekitar
Selat Melaka dan Segenting Kra termasuklah Ligor, Chaiya dan Takuapa untuk
membayar cukai.
KERAJAAN SRIVIJAYA SEBAGAI PUSAT AGAMA BUDDHA
1. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, Srivijaya juga turut terkenal sebagai salah
satu pusat pengajian agama Buddha yang utama di rantau ini pada zaman
kegemilangannya. I-Tsing iaitu pengembara China yang merupakan penganut agama
Buddha yang terkenal telah melawat Palembang pada tahun 671 Masihi. I-Tsing telah
menasihatkan semua penghijrah China yang akan belayar ke India untuk mendalami
agama Buddha supaya singgah ke Srivijaya sekurang-kurangnya setahun ataupun dua
untuk mengkaji tentang bahasa Sanskrit dan agama Buddha. I-Tsing pernah tinggal di
Srivijaya selama beberapa tahun untuk menterjemahkan buku-buku dan kitab agama
Buddha daripada bahasa Sanskrit kepada bahasa China.
2. Antara sebab mengapa Kerajaan Srivijaya menjadi pusat agama Buddha yang utama
di Asia Tenggara adalah kerana pemerintah kerajaan Srivijaya yang menjadi penaung
kepada perkembangan agama Buddha. Contohnya, pada tahun 775 Masihi, Raja
Srivijaya telah mengarahkan sami diraja yang bernama Jayanata untuk membina tiga
buah berhala di Jaiya untuk Dewa Sakyamuni, Padmapani dan Vajrapani, Begitu juga
dengan pembinaan kuil-kuil di Nalanda pada tahun 949 Masihi sebagai tempat
pengajian telah menggalakkan lagi penyebaran agama Buddha.

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN SRIVIJAYA


A. HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN CHINA
1. Hubungan yang dimiliki oleh Kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan China telah
menberikan kelebihan kepada Kerajaan Srivijaya. Hal ini dapat dibuktikan apabila
Raja Srivijaya sendiri bijak untuk mendapatkan perlindungan diplomatic daripada
kerajaan China dengan cara menghantar ufti kepada maharaja China.
2. Kejayaan srivijaya mendapatkan naungan daripada kerajaan China adalah dengan cara
menghantar ufti kepada maharaja China dan ini telah mengukuhkan kuasa dan
pengaruh Srivijaya di rantau asia tenggara. Dikatakan antara tahun 960 sehingga 983
masihi, Srivijaya telah menghantar tidak kurang dari lapan utusan diplomatik ke
negara China.
3. Bagi tujuan mengangkat nama baik kerajaan Srivijaya pula, pada tahun 1003 masihi
kuil ibadat bagi maharaja China telah dibina. Melalui jaminan perlindungan dari
China inilah yang telah berjaya mengelakkan Srivijaya daripada diserang oleh
kerajaan Majapahit, Siam, dan Burma.

B. BAHAN MENTAH YANG BERTERUSAN


1. Kemampuan Srivijaya untuk menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang
banyak telah menyebabkannya Srivijaya mampu muncul sebagai sebuah pelabuhan
entrepot yang utama di nusantara. Dalam hal ini, pusat pelabuhan srivijaya
bergantung kepada pelabuhan pembekal dalam membekalkan bahan-bahan mentah.
Penguasaan Srivijaya terhadap perdagangan dan politik di selat Melaka pada dasarnya
bergantung kepada kebolehan mengikat beberapa buah pelabuhan kepada sebuah
bandar pelabuhan pusat iaitu kerajaan Srivijaya.
2. Penguasaan Srivijaya ke atas kerajaan lain telah menjamin kelangsungan sumber
bahan mentah di pusat pelabuhan Srivijaya. Sebagai balasannya pelabuhan pembekal
ini dibenarkan bebas untuk beroperasi selagi tidak melawan Srivijaya. Antara bahan-
bahan mentah tersebut adalah seperti emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur
barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu gaharu, kayu cendana, lada dan
rempah ratus. Oleh itu, dengan adanya kekayaan sumber bahan mentah ini maka ia
telah dapat menjadikan Srivijaya sebagai pusat tumpuan pedagang-pedagang dari
negara luar.

C. HUBUNGAN RAJA DAN ORANG LAUT


1. Faktor asas kekuasaan Srivijaya adalah berteraskan kepada hubungan yang terjalin di
antara raja-rajanya dengan orang laut yang mendiami pantai dan tebing sungai. Dalam
hal ini, Srivijaya sangat bergantung kepada kekuatan dan kemahiran tentera laut
sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim. Orang laut merupakan
pasukan perang yang gagah serta memiliki kemahiran mendayung perahu yang baik.
Maka, mereka ini merupakan pilihan utama bagi Srivijaya untuk dijadikan sebagai
anak-anak kapal kerajaan serta menjadi tulang belakang dalam angkatan lautnya.
2. Melalui bantuan orang-orang laut, kerajaan Srivijaya telah berjaya muncul dan
memonopoli perdagangan di alam melayu dan menguasai bandar-bandar pelabuhan
penting di sekitar rantau asia tenggara dan menjadikan Srivijaya sebagai emporium
perdagangan yang terkenal.
3. Di samping itu, orang laut juga berperanan dalam membantu perkembangan ekonomi
Srivijaya dengan menarik kapal-kapal dagang untuk berdagang di Srivijaya. Menurut
Andaya, hanya orang laut yang dapat menentukan dengan tepat di manakah benda-
benda yang diminati ini boleh dijumpai seperti akar bahar dan teripang yang banyak
digunakan sebagai rencah sup cina serta untuk perubatan. Selain itu, pengetahuan
mereka yang cukup luas mengenai keadaan tempatan dan kebolehan mengendalikan
sampan kolek dengan selamat, menyusur beting pasir yang berbahaya dan beting
karang yang tentunya pelaut yang kurang arif seperti pedagang asing akan terkandas

D. PENGUASAAN KE ATAS SELAT MELAKA


1. Antara faktor kejayaan Srivijaya ialah penguasaan terhadap Selat Melaka. Ekoran
daripada penaklukan Srivijaya terhadap negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu
maka empayar ini mampu untuk berkuasa terhadap laluan perdagangan di Selat
Melaka. Kedudukan Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan yang begitu
strategik di mana membolehkan pedagang sampai ke Sumatera dan sehingga ke
Timur China dengan mudah.
2. Menurut Coedes dalam tahun 1918, para sarjana sependapat bahawa kekuasaan dan
kemakmuran kerajaan Srivijaya berasal dari penguasaannya ke atas Selat Melaka
yang merupakan laluan laut yang terkenal dalam sejarah perdagangan dan bertepatan
dengan kata-kata Tome Pires iaitu “sesiapa yang dapat menguasai Melaka bererti ia
akan dapat menguasai Venice.
3. Selain itu, terdapat pelabuhan entreport yang berfungsi sebagai tempat yang menjadi
pusat penerimaan barang-barang dagangan dari negara-negara luar dan kemudian
barang-barang itu dihantar ke negara-negara lain pula.

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN SRIVIJAYA


A. KETIDAKSETIAAN ORANG LAUT
1. Kemerosotan Srivijaya juga dipengaruhi oleh ketidaksetiaan orang laut. Terdapat
segelintir orang laut yang menjadi lanun di lautan Selat Melaka di mana mereka
merampas kekayaan yang sepatutnya diberi kepada Maharaja China dengan
menguasai kapal dagang yang lalu lalang di situ. Seorang pemerhati China menyebut
sekiranya kapal asing yang melalui Srivijaya tidak masuk ke pelabuhan Srivijaya, satu
pasukan bersenjata akan menaiki kapal itu dan membunuh kelasi-kelasi hingga tidak
tinggal seorang dua pun. Dengan ini ianya telah melemahkankekuasaan (ri8ijaya
terhadap kawasan laut
B. PERUBAHAN DASAR DI CHINA
1. Kemajuan perdagangan serantau di Asia Tenggara adalah berpunca daripada
perubahan dasar di negeri China. Perubahan ini memperlihatkan luputnya sistem ufti
terhadap perdagangan asing. Srivijaya dulunya diberi pengiktirafan oleh China
disebabkan oleh sistem ufti. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh perdagangan
China yang berkembang maju, Srivijaya tidak mampu untuk mengawal di mana
pedagang-pedagang China mula mendapatkan terus sumber bekalan di pelabuhan
kecil jajahan Srivijaya dan tidak lagi ke pelabuhan entreport pusat.
2. Antara negeri-negeri pelabuhan kecil tersebut ialah Po-lo, Kampe, dan Barus yang
akhirnya merdeka dan menjadi pelabuhan bandar serta merupakan saingan hebat
terhadap Srivijaya. Kuasa Srivijaya terhadap negeri-negeri takluknya tidak lag
ikedengaran apabila prasasti tahun 1230 yang dijumpai di Ligor tidak sedikit pun
menyebut tentang bekas pertuan Srivijaya
C. KEBANGKITAN EMPAYAR-EMPAYAR BAHARU
1. Keagungan Srivijaya juga mulai merosot disebabkan oleh kebangkitan empayar-
empayar di sekitarnya iaitu Singasari dan Majapahit di Jawa Timur. Ini ditambah lagi
dengan permusuhan dinasti Chola di India terhadap Srivijaya.
2. Permusuhan ini disebabkan oleh pertikaian terhadap laluan kapal dagang di Selat
Melaka. Pada tahun 1025, dikatakan Maharaja Chola telah menyerang Srivijaya dan
menawan rajanya. dikatakan selepas beberapa siri peperangan yang berlaku terhadap
Srivijaya telah mengubah pusat kerajaan dari Palembang ke Jambi.
3. Akhirnya, Srivijaya yang gemilang dengan kekuasaan maritimnya mulai merosot dan
hilang akibat persaingan yang kuat antara empayar-empayar kerajaan yang tertubuh di
Asia Tenggara.
TEORI INDIANISASI DI ASIA
TENGGARA
DEFINISI INDIANISASI
1. Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar
dan negeri-negeri kepulauan. Geografi Asia Tenggara yang strategik menghubungkan
Lautan Hindi dan Lautan Pasifik membolehkan kawasan ini menjadi pusat pelabuhan
yang terkenal. Kuasa besar seperti China dan India antara yang menjadikan Asia
Tenggara sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagang mereka. Hubungan yang
terjalin antara kuasa besar terutamanya India dengan Asia Tenggara telah memberi
kesan kepada masyarakatnya.
2. Afifah Abu Yazid menyatakan bahawa India mula bertapak di Asia Tenggara bermula
lebih awal daripada abad pertama Masihi lagi iaitu melalui aktiviti perdagangan.
Pertapakan India ini secara tidak langsung menunjukkan pengaruh India sudah
bermula awal di Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Namun, berlaku
perubahan yang signifikan apabila pengaruh daripada India mula meresap ke dalam
adat dan kebudayaan masyarakat tradisional di Asia Tenggara.
3. Menurut Abdul Rahman Abdullah dalam bukunya Sejarah dan Tamadun Asia
Tenggara pada tahun 2003, mendefinisikan Indianisasi sebagai satu proses
penyebaran agama Hindu-Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan
Hindu dan penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama
serta amalan-amalan Hindu-Buddha. Dari segi istilahnya, konsep Indianisasi
digunakan dengan pengertian luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan
kebudayaan India.
4. Menurut Coedes, proses Indianisasi yang berlaku adalah disebabkan perluasan India
Sebelah Timur.Kerajaan India di sebelah Timur itu sendiri menjadi watak utama
dalam meluaskan pengaruhnya dari segi sosiopolitik dan kebudayaan ke Asia
tenggara pada ketika itu.
5. Namun, proses perluasan ini bukanlah melalui penjajahan seperti mana yang
dilakukan oleh Barat selepas itu. Quartrilh Wales menyatakan bahawa proses
indinisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan oleh India ke atas Asia Tenggara
tetapi proses melalui proses kebudayaan dan agama Hindu yang sesuai dengan
keadaan tempatan. Proses ini tidak berlaku secara paksaan sebaliknya secara tidak
langsung yang kemudiannya secara perlahan-lahan unsur-unsur India meresapi dalam
masyarakat tempatan.
TEORI-TEORI INDIANISASI DI ASIA TENGGARA
A. TEORI VAISYA
1. Dalam kasta Hindu, pedagang dikenali sebagai Vaisya. Golongan ini memainkan
watak penting dalam menyebarkan pengaruh India di Asia Tenggara. Kedatangan
pedagang India ke Asia Tenggara adalah disebabkan oleh faktor ekonomi di Asia
Tenggara.
2. Menurut N.J Krom,orang-orang India mula menetap di Nusantara apabila golongan
saudagar atas faktor ekonomi yang menggalakkan kedatangan para pedagang ke Asia
Tenggara sejak awal abad Masihi. Golongan ini juga penting dalam penyebaran hindu
kerana mereka merupakan perintis jalan ke Asia Tenggara. Mereka mampu berbuat
demikian disebabkan berlakunya kemajuan teknologi perkapalan di India. Golongan
ini kemudiannya telah membawa kepada kedatangan agen-agen penyebar lain ke Asia
Tenggara. Peri pentingnya golongan ini dalam Indianisasi dikuatkan lagi oleh G.
Coedes. Beliau menyatakan perkembangan kebudayaan Asia Tenggara merupakan
hasil daripada perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun
Masihi. Petempatan-petempatan India di Asia tenggara semakinberkembang. Keadaan
ini memudahkan kedatangan agen penyebar lain untuk berkunjungke Asia Tenggara.
3. Para pedagang India telah berdagang di Asia Tenggara dan membina komuniti
mereka di kerajaan-kerajaan Asia Tenggara sementara menunggu musim peralihan
angin monson. Mereka berkhawin dengan wanita tempatan di Asia Tenggara dan
menyebarkan pengaruh Hindu di Asia Tenggara melalui interaksi tersebut.
B. TEORI BRAHMIN
1. Golongan Brahmin merupakan kelas tinggi dalam kasta Hindu. Kedatangan golongan
Brahmin ini ke Asia Tenggara adalah atas jemputan Raja-raja di Asia Tenggara.
Tujuan raja menjemput golongan ini antaranya menjadi penasihat raja atau purohita
dan pembesar dalam istana.
2. Selain itu, raja menjemput Brahmin adalah untuk mengesahkan ketuanan raja.
Kenyataan tersebut dikemukakan oleh F.D.K Bosch dalam teori Brahmin. Dengan
bantuan Brahmin dalam adat mengesahkan ketuanan raja, maka raja dapat
mengukuhkan lagi kuasanya. Pengesahan ketuanan ini membuatkan rakyat supaya
taat setia kepada raja kerana pengesahan ketuanan terhadap kuasa raja telah dilakukan
oleh orang yangdikatakan mempunyai hubungan dengan tuhan. Menderhaka kepada
raja maka melanggar perintah tuhan. Setelah menjawat jawatan dalam istana, Brahmin
akan menyebarkan pengaruhnya dalam istana seterusnya dalam pemerintahan.
3. Bukti kewujudan kedatangan golongan Brahmin ke Asia Tenggara dapat diperoleh
daripada sumber China. Di Funan,sesetengah penduduk tetapnya adalah India apabila
dibuktikan dengan fakta nama keluarga etnik ini dikenali sebagai Chu. Etnik ini
adalah terdiri daripada golongan Brahmin.
4. Sebagai contohnya, seperti era pemerintahan raja pertama kerajaan Funan iaitu
Kaundiya yang telah melantik golongan brahmin dari kerajaan India. Pelantikan
golongan brahmin sebagai penasihat di kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara telah
menyebabkan proses penyebaran pengaruh hindu lebih mudah dilakukan
C. TEORI KSYATRIA
1. Teori seterusnya ialah Teori Ksyatria telah dikemukan oleh C.C Berg mengatakan
bahawa golongan tentera ataupun anak raja dari kerajaan Indialah yang
bertanggungjawab terhadap penyebaran pengaruh hindu ke Asia Tenggara . Menurut
beliau, mereka keluar daripada India dan mencari sebuah tanah jajahan baharu dan
membangunkan kerajaan berasaskan pengaruh hindunisme. Secara tradisinya, anak
raja yang sulung bakal mewarisi pemerintahan diraja selepas kematian bapa yang
merupakan Raja. Anak-anak raja yang lain dikatakan keluar dari India bersama-sama
pengikut mereka dan menjelajah Asia Tenggara bagi menubuhkan sebuah kerajaan.
Akan tetapi, teori ini dikatakan lemah kerana tiada bukti seperti prasasti yang benar-
benar menunjukkan bahawa anak raja dari kerajaan Indialah yang membina kerajaan-
kerajaan hindu di Asia Tenggara.
2. Berbeza dengan agen-agen penyebar lain, golongan ini menekankan proses
penyebaran melalui kekerasan dan penakhlukan. Mereka mendesak serta memaksa
masyarakattempatan untuk menerima dan mengamalkan budaya dan agama yang di
bawa dari India.Kenyataan itu terdapat dalam teori Vaisya yang dibuat oleh C.C Berg.
Menurutnya lagi,kedatangan golongan Ksyatriya ke Asia Tenggara adalah disebabkan
kekacauan politik yang berlaku di India. Kekacauan ini kemudiannya membawa
kepada keruntuhan dinasti India. Oleh itu, golongan Ksyatriya terpaksa mencari
tempat perlindungan lain seperti di Asia Tenggara. Teori ini juga mengatakan
terdapatnya golongan putera raja atau hulubalang India datang menjajah ke kawasan-
kawasan tertentu di Asia Tenggara. Sebagai contoh,seorang putera bangsa asing yang
bergelar Kusyana Canda telah merampas takhta kerajaan Funan pada abad ke-4 dan
juga dikatakan bahawa Raja Rajendra Chola telah menyerang Srivijaya dan
Semenanjung Tanah Melayu pada 1023.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA INDIANISASI DI ASIA TENGGARA
A. FAKTOR PERDAGANGAN
1. Hubungan perdagangan antara kerajaan India dengan kerajaan-kerajaan di Asia
Tenggara telah lama bermula sejak zaman prasejarah dan berlanjutan sehingga ke
zaman lain. Dikatakan, hubungan perdagangan antara kerajaan India dengan Asia
Tenggara telah bermula pada abad pertama masihi lagi.
2. Kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara cukup terkenal sebagai salah satu kawasan yang
memiliki kekayaan bahan mentah yang menjadi perhatian kerajaan-kerajaan lain
termasuklah India. Kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara turut dikenali sebagai “golden
khersonese”, “suvanadvipha”, dan juga “suvarnahbhumi”. “Suvarnahbhumi”
bermaksud kawasan yang kaya dengan emas. Kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan-
kerajaan di Asia Tenggara inilah yang menyebabkan pedagang-pedagang India giat
menjalankan hubungan perdagangan di Asia Tenggara.
3. Tambahan pula, hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara menjadi
lebih aktif apabila berlakunya perkembangan teknologi perkapalan di India menjelang
abad ke-3 masihi. Dipercayai bahawa, kapal-kapal dagang India mampu untuk
memuatkan sebanyak 600 sehingga ke 700 muatan di dalam kapalnya. Hal ini
menyebabkan, hubungan perdagangan India dan Asia Tenggara menjadi lebih pesat.
4. India juga turut memilih untuk berdagang di Asia Tenggara adalah kerana untuk
mendapatkan bahan-bahan mentah seperti kayu cendana dan sutera kerana India telah
menjalinkan hubungan dengan empayar Rom di Eropah. Untuk memenuhi permintaan
Rom terhadap kayu cendana dan sutera, Asia Tenggara telah dipilih sebagai destinasi
untuk berdagang oleh kerajaan India.
B. FAKTOR AGAMA
1. Agama Buddhisme mulai diperkenalkan di India sekitar abad ke-3 Masihi iaitu
semasa zaman pemerintahan Maurya. Semasa pemerintahan Maharaja Asoka, sebuah
ekspedisi agama telah diarahkan oleh Asoka yang bertujuan untuk mengembangkan
agama Buddha di luar India.
2. Untuk melaksanakan misi ekspedisi tersebut, Maharaja Asoka telah menitahkan dua
orang sami Buddha yang bernama Sona dan Uttara untuk menyebarkan agama
Buddha ke Asia Tenggara. Ekspedisi tersebut dijalankan oleh Sona dan Uttara apabila
mereka telah datang ke Asia Tenggara dan mulai menyebarkan mengenai agama
Buddha.
3. Agama Buddha mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat tradisional Asia
Tenggara kerana ianya bebas daripada kongkongan kasta yang dibawa oleh agama
Hindu. Agama Buddha bersifat liberal dan ianya telah memudahkan pencampuran dan
pergaulan antara masyarakat di sesebuah kerajaan.
4. Golongan agama Buddha yang menyebarkan agama Buddha di Asia Tenggara akan
membina perkampungan ataupun komuniti mereka di kerajaan Asia Tenggara.
Mereka membina komuniti mereka di kerajaan lain sementera menunggu peralihan
angin monsun di Asia Tenggara.

C. FAKTOR PEMBENTUKAN KERAJAAN DI ASIA TENGGARA


1. Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar di Asia Tenggara telah mendorong kepada
pembentukan kerajaan-kerajaan berasaskan kepada Hindu-Buddha di Asia Tenggara.
Antara kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha yang terbentuk di Asia Tenggara ialah
seperti kerajaan Funan, Srivijaya, Angkor dan Majapahit.
2. Asas terbentuknya sebuah kerajaan yang berasaskan kepada pengaruh Hindu-Buddha
di Asia Tenggara adalah tertakluk kepada pemerintahan raja itu sendiri. Apabila
seseorang raja itu menerima ajaran Hindu-Buddha sebagai agamanya, maka rakyat di
kerajaannya juga akan turut menerima ajaran Hindu-Buddha. Keadaan inilah yang
membentuk sebuah kerajaan berasaskan kepada ajaran Hindu-Buddha.
3. Golongan pemerintah akan menjemput golongan brahmin daripada kerajaan India
untuk menjalankan beberapa ritual ataupun upacara keagamaan, upacara pertabalan
seseorang raja dan adat istiadat India. Keadaan ini telah mendorong pengaruh India
untuk meresap lebih mendalam ke dalam budaya tempatan masyarakat.
D. KEBANGKITAN KERAJAAN DI SELATAN INDIA
1. Kebangkitan kerajaan-kerajaan di bahagian selatan India seperti kerajaan Chola dan
kerajaan Pallaras telah menggalakan lagi proses indianisasi di Asia Tenggara.
Kerajaan-kerajaan ini ingin menyebarkan pengaruh India ke seluruh Asia Tenggara
untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan-kerajaan di India.
2. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan-kerajaan di selatan India
adalah dengan cara membina kuil-kuil hindu di Asia Tenggara untuk mengukuhkan
ajaran agama Hindu. Kerajaan-kerajaan di selatan India juga turut memiliki
kemahiran yang tinggi di dalam proses pembinaan kapal. Hal ini telah menyebabkan
orang-orang India dari bahagian selatan mudah untuk ke Asia Tenggara dengan
teknologi di dalam bidang perkapalan yang sangat hebat.
3. Buktinya, kerajaan Chola pernah mengadakan hubungan dengan kerajaan Srivijaya
melalui penemuan Prasasti Tanjore pada tahun 1050 Masihi. Prasasti Tanjore yang
telah ditemui ini menjelaskan tentang konflik yang berlaku antara Kerajaan Chola
semasa pemerintahan Rajendra Chola dan kerajaan Srivijaya. Rajendra Chola telah
melakukan beberapa buah serangan ke atas kerajaan Srivijaya yang telah menahan
kapal-kapal kerajaan Chola untuk singgah ke pelabuhan Srivijaya.
KESAN-KESAN INDIANISASI DI ASIA TENGGARA
1. POLITIK DAN PENTADBIRAN
A. KONSEP DEVARAJA
1. Kemasukan pengaruh India di Asia Tenggara telah membawa beberapa perubahan
yang dinamik terhadap masyarakat di Asia Tenggara terutamanya dalam aspek
pemerintahan dan pentadbiran.
2. Konsep dewaraja telah diperkenalkan dalam kerajaan dan raja dianggap sebagai
utusan Tuhan oleh masyarakat. Dewaraja ditakrifkan sebagai suatu bentuk hubungan
antara alam semesta iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu dihormati oleh
setiap rakyat.
3. Di sini dapat kita lihat bahawa corak unsur-unsur kebudayaan yang telah dipengaruhi
oleh India ke Asia Tenggara. Coedes melalui D.G.E. Hall dalam buku beliau yang
berjudul Sejarah Asia Tenggara, 1979, mengemukakan empat corak kebudayaan yang
telah dikembangkan iaitu konsep devaraja yang bersifat Hindu atau Buddha,
penulisan sastera yang menggunakan bahasa Sanskrit, kepercayaan yang dipetik
daripada hikayat-hikayat Ramayana dan Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-
buku sanskrit lain yangmengandungi beberapa banyak tradisi diraja dan salasilah
keturunan keluarga-keluarga diraja di Ganges, dan pengalaman Dharmasastra hukum-
hukum agama Hindu dan terutamasekali Manava Dharmasastra atau Undang-Undang
Manu.
4. Konsep Dewa Raja merupakan sebuah konsep yang menyamakan kedudukan raja
dengan dewa-dewa. Dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan, konsep dewaraja
menekankan raja sebagai pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak dan rakyat tidak
boleh mempersoalkan kedudukan raja.
5. Raja dibantu oleh Brahmin dan pembesar dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan.
Raja bertanggungjawab dalam menjatuhkan hukuman,namun raja tidak sepatutnya
menjatuhkan hukuman dengan sewenang-sewenangya. AgamaHindu-Buddha melalui
konsep dewaraja telah membantu dalam menyeimbangi kuasa raja daripada bertindak
sewenang-wenangnya.
B. KONSEP CAKRAVARTIN
1. Indianisasi di asia tenggara juga telah membawa kepada konsep Cakravartin
dalamsesebuah kerajaan. Konsep Cakravartin merupakan peringkat tertinggi dalam
martabat rajadan membawa maksud pemerintah cakrawala atau raja alam. Dalam
Kosmologi Hindu-Buddhisme, raja dianggap sebagai lambang kuasa dan kedudukan
yang tiada tandingan dariaspek fizikal dan moral.
2. Konsep Cakravartin telah menjadi daya penggerak kepada institusi kerajaan di
AsiaTenggara sejak awal masihi dan pada pertengahan abad ke-18. Antara kerajaan
awal yang mengamalkan konsep cakravartin ialah Kerajaan Dinasti Konbaung di
Burma dan dinasti Cakri di Siam. Mengikut konsep Cakravartin, raja sepatutnya
memaparkan ciri-ciri kebaikan kerana konsep Cakravartin amat menekankan Hukum
Karma atau takdir, di mana seseorang raja haruslah mempunyai nilai-nilai yang murni
supaya dapat menjaminkan kerohanian, kemakmuran, dan kedamaian sesebuah
kerajaan.
3. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa tinggi di dalam struktur pemerintahan
kerajaan Srivijaya. Terdapat tiga perkara yang perlu dipertimbangkan jika seseorang
itu ingin menjadi pemerintah tertinggi di kerajaan Srivijaya iaitu Samraj, Indratvam
dan Ekachattra yang menjadi syarat seseorang menjadi raja.
4. Samraj bermaksud “berdaulat ke atas rakyatnya’. Indratvam pula bermaksud
seseorang raja itu perlu memerintah seperti Dewa Indra yang sentiasa memberikan
kesejahteraan kepada rakyatnya. Manakala, Ekachattra bermaksud: Eka bermaksud
satu dan Chattra bermaksud payung. Dalam erti kata lain, seseorang raja itu perlu
memayungi rakyatnya dan bertindak sebagai pelindung yang akan membela nasib
rakyatnya.
C. KONSEP MANDALA
1. Dalam bidang politik, pengaruh India diiringi oleh kebangkitan entiti politik baru,
yang mana sebelum kedatangan kuasa barat ianya dikenali sebagai Mandala.
Pengertian Mandala secara literal bermaksud “pusat” atau titik tengah kerajaan atau
kuasa.
2. Menurut Tambiah,1976, melalui Abu Talib Ahmad dalam buku beliau yang berjudul
Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, 1991, Mandala adalah satu bentuk sistem
pentadbiran yang telah pun wujud di Tanah Besar pada zaman klasik. Perkataan
tersebut adalah bermaksud bulatan-bulatan yang mempunyai pusat yang sama dan
kebiasanya jumlah bulatan itu adalah tiga.Gambaran bahawa rupa Mandala adalah
berbentuk bulat juga menurut beberapa pendapat oleh beberapa sarjana. Misalnya,
menurut Jakob Sumardjo, Mandala adalah lingkaran atau bulatan.
3. Susunan seperti itu dapat dilihat pada zaman Ayudha dan awal Bangkok dalam bentuk
yang dinamakan “politi galaktik” yang mempunyai pusat yang sama. Di pusat
bulatan-bulatan itu terdapat ibu kota dan di tengahnya pula adalah istana raja. Bulatan
pertama adalah merupakan kawasan ibu kota di mana ia telah dikelilingi oleh wilayah
diraja yang dikuasai secara langsung oleh raja dari istana baginda. Dalam bulatan
yang kedua pula iaitudi empat sudut utama iaitu timur, barat, selatan, dan utara
terdapat ruang atau daerah yang telah diperintah oleh anak-anak raja ataupun
keturunan mereka
4. Pusat Mandala adalah dikuasai oleh raja, dan dikelilingi oleh jabatan- jabatan tinggi
raja.Mandala ini adalah sebuah tempat yang suci dandilindungi daripada kuasa jahat.
Kepercayaan tersebut telah dikaitkan dengan Buddhism dan Hinduism.
D. KEMUNCULAN KERAJAAN-KERAJAAN HINDU-BUDDHA
1. Kemunculan kerajaan-kerajaan Hindu Buddha Asia Tenggara dapat dibuktikan
dengan wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenla, Angkor,
Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah
Tua, Gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit,Singhasari dan Mataram.
Bukti kewujudan dapat dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
2. Contohnya seperti Kerajaan Kedah Tua
3. Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak
diSemenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,
Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga
disebutsebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada
peringkat awal,sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindahkan
ke Lembah Bujang.Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti
oleh agamaHindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan
candi yang terletak di Lembah Bujang.
4. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal
"Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan
kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat
ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di
sini.Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu
"Phujangga" yangmembawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam
sistem kasta Hindu.Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada
perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.
2. ASPEK SOSIAL
A. HIERARKI SOSIAL MASYARAKAT
1. Selepas indianisasi ini mula meresap dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara,
sistem hierarki mula wujud dalam masyarakat awal di Asia Tenggara. Di dalam
hierarki sosial tersebut, terbahagi dua kelas utama manusia, iaitu kelas atasan yang
diduduki oleh raja dan bangsawan dan kelas bawahan yang diduduki oleh rakyat
jelata.
2. Hierarki sosial ini wujud akibat titik tolak daripada ajaran kasta yang berfungsi untuk
membeza-bezakan taraf manusia. Ajaran kasta ini berfungsi memisahkan manusia
kepada empat golongan iaitu Brahmin, Ksyatriya, Vaisya dan Saudra serta Dalit.
3. Brahmin merupakan golongan pendeta, Ksyatriya pula merupakan golongan
pemerintah, manakala Vaisya merupakan golongan pedagangan dan pertanian dan
Saudra pula merupakan golongan buruh yang memberikan perkhidmatan. Manakala,
golongan Dalit merupakan golongan manusia yang berada di peringkat terbawah
dalam hierarki sosial masyarakat.
4. Sebagai contoh, di Srivijaya, terdapat dua kelas utama iaitu kelas pemerintah dan
kelas yang diperintah. Kelas-kelas ini dibahagi kepada empat golongan iaitu golongan
raja,bangsawan, orang merdeka dan hamba abdi.
B. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
1. Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara, telah membawa perubahan yang besar
terhadap aspek agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat di Asia
Tenggara. Pada awalnya, masyarakat awal di Asia Tenggara mengamalkan
kepercayaan animisme dalam kehidupan seharian mereka. Setelah kedatangan
pengaruh-pengaruh agama Hindu-Buddha,masyarakat awal di Asia Tenggara mula
beralih daripada menganuti kepercayaan animism kepada menganuti agama Hindu-
Buddha. Walau bagaimanapun, perkembangan agama Hindu-Buddha ini hanya
berlaku dan lebih tertumpu pada orang atasan iaitu golongan pemerintah. Manakala,
golongan bawahan masih lagi mengamalkan kepercayaan merekaterhadap
kepercayaan animisme.
2. Penerimaan agama-agama bagi setiap negara di Asia Tenggara juga saling
berbezaantara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, Sebagai contoh agama Buddha
Mahayana (Trawada) lebih dominan di Myanmar dan Siam manakala agama Hindu
Brahminisme lebih dominan di Kemboja dan Campa. Perkembangan agama Hindu
dan Buddha ini adalah disebabkan oleh hubungan antara masyarakat Asia Tenggara
dengan kerajaan India yangterjalin dan secara langsung diterima oleh kerajaan-
kerajaan awal seperti Funan, Campa,Kedah Tua, Chen-La, Mataram dan lain-lain
sebagai agama yang penting dalam kerajaan.
3. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini juga telah membawa kepada pembinaan candi-
candiyang berfungsi sebagai tempat penyembahan dan pemujaan roh nenek moyang.
Sebagai contoh candi-candi Dewa Siva di pergunungan Dieng. Pembinaan candi-
candi ni sekali jus boleh dijadikan bukti bahawa agama Hindu-Buddha pernah di anuti
oleh masyarakat di Asia Tenggara.
4. Bukti-bukti penyembahan dewa dewi hindu di Asia Tenggara terbukti melalui
penemuan tapak candi sebanyak sembilan buah, penemuaan arca-arca berunsur
Hindu-Buddha serta jumpaan-jumpaan seramik telah ditemukan di Lembah Bujang,
Kedah. Di Lembah Bujang, terdapat beberapa penemuan yang unik yang
membuktikan bahawa sememangnya Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu dan
masyarakat berpegang kepada kepercayaan Hindu-Buddha sebagai satu pegangan
hidup.
5. Pengkajian secara arkeologi yang pertama kalinnya dilakukan di Lembah Bujang
dilaksanakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1840an. Pengkajian yang dilakukan
oleh beliau telah berjaya menemukan runtuhan bangunan yang dikatakan sebagai
peninggalan candi Hindu-Buddha serta sebuah inskripsi atau batu bersurat yang
dinamakan “buddhagupta” yang jelas menunjukkan unsur hindu-buddha. Beliau juga
turut menemukan peninggalan batu bersurat Cherok Tokun di Seberang Prai, Pulau
Pinang. Penemuan ini telah menyebabkan ramai ahli sejarah dan arkeologi mula
melakukan pengkajian yang lebih mendalam terhadap Lembah Bujang yang
dipercayai merupakan lokasi pemerintahan Kedah Tua pada suatu ketika dahulu.
6. Arkeologi di Lembah Bujang terus dilakukan menjelang tahun 1921 sehingga tahun
1923 oleh I.H.N Evans yang telah berjaya menemukan arca-arca Dewi Durga
Mahisasura dan Dewa Ganesha. Penemuan ini juga jelas membuktikan bahawa
sememangnya pengaruh Hindu-Buddha ini berlaku di Asia Tenggara. Evans
berpendapat bahawa masyarakat di Lembah Bujang membina arca-arca untuk
melakukan pemujaan dan penyembahan mereka kepada dewa-dewi yang merupakan
penguasa alam.
C. KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
1. Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara juga telah mempengaruhi kebudayaan dan
kesenian masyarakat di Asia Tenggara. Hal ini boleh digambarkan daripada
pembinaan monumen-monumen keagamaan, imej dan inskripsi. Seperti mana yang
kita tahu, hubungan antara kerajaan India dengan Asia Tenggara, bukalah berasaskan
oleh hubungan kebudayaan tetapi disebabkan oleh hubungan perdagangan. Oleh yang
demikian, apabila masyarakat India datang berdagang di Asia Tenggara, mereka akan
membawa barang-barang kebudayaan mereka untuk di dagangkan di Asia Tenggara.
Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan manik-manik kaca dan bekas yang
diperbuat daripada tanah liat di beberapa tapak-tapak kerajaan awal seperti di Tra
Kieu di tengah Thailand yang dianggarkan bertarikh abad pertama Masihi.
2. Selain daripada itu, kesan pengaruh India juga dapat dilihat dalam seni ukir
masyarakat awal di Asia Tenggara. Contohnya ukiran pada pasu lebih bermotifkan
alam semula jadi iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan serta bercorak simetri. Salah satu
contoh yang menujukkan pengaruh awal India adalah penemuan Kundika atau lebih
dikenali sebagai “kendl”.
3. Selain daripada itu, pengaruh ukiran India turut dapat dilihat daripada ukiran-ukiran
atau cap-cap pada tinggalan seramik di Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan
dengan cap seramik yang di temui di Burma yang mempunyai persamaan dengan cap
seramik yang ditemui di tapak kerajaan awal di India.Penggunaan naga kepala
sembilan juga dapat dilihat pada gambar-gambar atau patung-patung Khmer yang
terdapat di Asia Tenggara. Hal ini adalah berkaitan kepercayaan Hindu-Buddha yang
mempercayai legenda mengenai Brahmin Kaundiaya dan “nagi sama‟ iaitu puteri
kepada raja orang naga.
4. Manakala dari aspek seni bina bangunan pula, mula ketara selepas proses
indianisasidi Asia Tenggara. Sebagai contoh, Candi Borobudur di Jawa dan Angkor
Wat di Kemboja.Walau bagaimanapun, candi-candi ini mempunyai perbezaan dengan
yang terdapat di india walaupun ia di ambil dari kebudayaan dan agama Hindu di
India. Hal ini berlaku kerana ia diubahsuai dengan kebudayaan setempat agar sesuai
dengan masyarakat dan agama di AsiaTenggara pada masa itu.
D. BAHASA DAN KESUSASTERAAN
1. Dari aspek bahasa dan tulisan, pengaruh bahasa dan tulisan dari India mula dapat
dilihatdengan jelas selepas indianisasi semakin kuat di Asia Tenggara. Sebagai
contoh, penemuankarya sastera yang dikenali sebagai “Ramakien‟ di negara Thailand
yang saling berkaitan dengan dua karya hindu yang popular iaitu”Ramayana‟ dan
“Mahabharata”
2. Selain daripada itu, penggunaan bahasa Sanskrit juga jelas kelihatan dalam sesebuah
kerajaan awal d Asia Tenggara, sebagai contoh, kerajaan Angkor. Pada mulanya,
bahasa Sanskrit ini sukar dilihat kewujudan nya di Asia Tenggara kerana kekurangan
bukti arkeologi yang di temui. Hal ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa
Sanskrit itu, kerana pada mulanya, ia hanyalah digunakan oleh bangsawan-bangsawan
dan golongan elit sebagai bahasa tertinggi pada masa itu. Namun, bukti arkeologi
seperti tinggalan “prasasti‟ boleh digunakan untuk menunjukkan kewujudan
penggunaan bahasa ini dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Sebagai contoh di
Champa tulisan-tulisan Sanskrit tentang King Bhadravarman yang bertarikh pada
abad keempat menunjukkan bahawa pemujaan Siva telah dianut secara rasmi di situ.

PERANAN KERAJAAN CHOLA DALAM


PROSES INDIANISASI DI ASIA
TENGGARA
PENGENALAN KERAJAAN CHOLA
1. Kerajaan Chola merupakan sebuah kerajaan kaum Dravidia yang berasal daripada
kawasan lembangan Sungai Kaveri di selatan benua kecil India. Sejak beberapa abad
lamanya kerajaan Chola berada di bawah kekuasaan kerajaan-kerajaan india selatan
yang lain seperti Kerajaan Pallava, Kerajaan Chola mulai bangkit sedikit demi sedikit
untuk keluar daripada kongkongan kerajaan Pallava.
2. Kerajaan Pallava dilanda krisis dan permasalahan apabila kerajaan Pallava diserang
oleh musuh-musuhnya seperti Padyas dan Chalukya. Sekitar penghujung kurun ke-9
masihi, kerajaan Chola telah cukup kuat untuk memerdekakan dirinya. Pada kurun ke-
10, kerajaan Chola telah bertindak untuk menyerang kerajaan Pallava lama dan
kesannya menyebabkan Rajaraja Chola 1 diangkat sebagai raja kerajaan baharu.
Kerajaan Chola juga berjaya menawan Padyas yang kini dikenali sebagai kawasan
orang-orang Tamil di Tamil Nadu dan Andhra Padesh.
3. Kerajaan Chola sememangnya merupakan sebuah kerajaan yang kuat namun
kekuataan ekonomi bukanlah bergantung sepenuhnya kepada perdagangan ataupun
pertanian. Kekuataan ekonomi kerajaan Chola bergantung sepenuhnya terhadap
pendapatan melalui kuil-kuil dan penjajahan terhadap negara-negara lain. Dalam erti
kata yang lain, Kerajaan Chola bergantung sepenuhnya terhadap harta rampasan
perang serta ufti-ufti daipada kerajaan yang diserang.
4. Oleh disebabkan itulah, kerajaan Chola cenderung untuk melakukan penyerangan
terhadap kerajaan-kerajaan yang lebih lemah seperti Sri Lanka, Padyas dan
Chalukyas.
5. Dalam aspek perdagangan, Kerajaan Chola begitu aktif dalam perdagangan yang
melibatkan maritim dan kelautan di Teluk Benggal, Laut Arab dan Laut China Selatan
yang merupakan laluan perdagangan antarabangsa.
6. Hubungan perdagangan antara kerajaan Chola dan Kerajaan China juga begitu rapat.
Catatan daripada China memperlihatkan bahawa Kerajaan China menamakan
Kerajaan Chola dengan gelaran “zhu-nian”. Hal ini menyebabkan kebergantungan
antara Kerajaan China dan Kerajaan Chola sangat saling memerlukan.
7. Inskripsi Rajendra Chola I memperlihatkan bahawa terdapat banyak kapal-kapal
Chola yang telah berlayar di laut dan berjaya menguasai lebih daripada sedozen kota-
kota pelabuhan penting di Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu dan Srivijaya.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PENGARUH CHOLA DI ASIA
TENGGARA
A. DOMINASI PENGARUH CHOLA DI INDIA
1. Orang-orang Chola memiliki kemhairan yang sangat tinggi dalam aspek kelautan
dimana mereka memiliki kemahiran seperti pembinaan kapal dagang dan kepakaran
dalam pelayaran. Kedudukan orang-orang Chola yang tinggal berhampiran kawasan
teluk dan laut menyebabkan urusan perdagangan kerajaan Chola dengan kerajaan-
kerajaan luar seperti Rom mudah untuk dijalankan.
2. Kerajaan Chola diiktiraf di dalam sebuah buku iaitu “Periplis of the Erythrean Sea”
yang ditulis oleh Alexandia yang mengatakan bahawa Kerajaan Chola merupakan
salah satu kerajaan yang hebat dalam bidang kelautan. Di samping itu, Ptolemy yang
merupakan seorang ahli geografi barat turut mengatakan bahawa kerajaan Chola
merupakan kerajaan yang kuat dan membentuk kota-kota terpenting di India.
3. Penulisan tamil iaitu “Pattinapalai” menyebut tentang Pelabuhan Puhar
(Kaveripattinam) di kerajaan Chola sebagai sebuah pusat perdagangan laut yang aktif.
Kerajaan Chola memiliki kapal-kapal dagangan yang besar yang dikenali sebagai
“Colandia”. Dikatakan bahawa kapal-kapal Chola dapat memuatkan muatan yang
banyak untuk tujuan perdagangan. Epik mahabrata, Arthasastra dan Catatan Asoka
juga turut mencatatkan kekuataan Chola yang memiliki kuasa maritim yang kuat.
4. Kebangkitan Chola di India turut dianggap sebagai proses “digvijaya” dan
“dharmavijaya”. Digvijaya merupakan sebuah proses peluasan kuasa manakala
Dharmavijaya pula merupakan proses peluasan kuasa melalui diplomasi.
5. Pengaruh Chola yang begitu dominan di India telah menyebabkan proses indianisasi
di Asia Tenggara menjadi lebih mudah.
B. HUBUNGAN ANTARA SRIVIJAYA DAN CHOLA
1. Kerajaan Chola telah menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Srivijaya di Asia
Tenggara melalui hubungan diplomatik, perdagangan dan penguasaan dalam bentuk
serangan. Kerajaan Chola akan membantu Kerajaan Srivijaya jika Srivijaya diserang
oleh mana-mana musuh dan Srivijaya akan membantu Kerajaan Chola apabila Chola
diserang pula.
2. Pada peringkat awal, hubungan kerajaan Chola dengan Kerajaan Srivijaya boleh
dikatakan agak baik. Bukti hubungan baik ini adalah apabila Rajaraja Chola I telah
menghadiahkan sebuah tapak perkampung untuk pembinaan kuil Buddha di
Nagapatnam yang dibiayai oleh raja Srivijaya iaitu Maharaja Culamanimarvadewa.
Inskripsi Tanjore menjelaskan bahawa Maharaja Culamanimarvadeva daripada
Kerajaan Srivijaya akan membina kuil di atas tapak perkampungan yang telah
dihadiahkan oleh Rajaraja Chola I.
3. Namun demikian, hubungan antara kedua buah kerajaan besar tidak bertahan lama.
Hal ini kerana, Srivijaya bertindak untuk memecahkan monopoli perdagangan di
antara kerajaan Chola dan kerajaan China. Srivijaya bertindak demikian adalah untuk
mendapatkan naungan daripada empayar China yang besar. Maka, Srivijaya cuba
untuk menjadi orang tengah yang menghubungkan kerajaan China dan Kerajaan
Chola.
4. Kerajaan Srivijaya bertindak dengan menghantar ufti seperti yang dilakukan oleh
kerajaan Chola kepada kerajaan China. Kerajaan Chola telah menghantar ufti kepada
China dalam usaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan China. China
telah memberikan sumbangan untuk tujuan pembinaan kuil dan pusat pengajian.
5. Menerusi Catatan Zhufan Zhi ada menyebut bahawa “mana-mana kapal yang
mengelak untuk singgah dan membayar cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Srivijaya
di Pelabuhan Srivijaya akan dimusnahkan dan dirampas”. Kapal-kapal utusan
dagangan kerajaan Chola ke China kerap kali ditahan di perairan sumatera. Campur
tangan kerajaan Srivijaya ke atas hubungan perdagangan Chola-China menimbulkan
rasa tidak puas hati Kerajaan Chola.
6. Kerajaan Chola telah bertindak dengan menyerang kerajaan Srivijaya pada tahun
1025 dan 1070 masihi kerana hubungan perdagangan yang terganggu akibat kerajaan
Srivijaya di bawah pimpinan Rajendra Chola. Selepas Kerajaan Srivijaya diserang,
Srivijaya bertindak dengan menghantar lebih banyak ufti kepada Kerajaan China.
Hubungan Chola- Srivijaya- China masih diteruskan selepas ketegangan yang berlaku
antara Chola dan Srivijaya.

C. PENINGKATAN HUBUNGAN CHOLA DAN CHINA


1. Kerajaan Chola dan kerajaan China telah pun memiliki hubungan yang rapat melalui
penghantaran ufti daripada kerajaan Chola kepada Kerajaan China. Namun begitu,
hubungan tersebut menjadi lebih rapat apabila Chola menjadi pusat perusahaan kain
kapas yang terpenting di India.
2. Kerajaan China sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi terhadap kain.
Apabila kerajaan Chola berjaya menjadi pusat perusahaan kain kapas, kerajaan Chola
berjaya untuk membantu China dalam memenuhi keperluan komoditi China. Semasa
pemerintahan Dinasti Han, kerajaan Chola telah mula mengeksport kain kapas ke
China. Rakyat China mulai mengenali mengenai kain kapas daripada China yang
disebut sebagai “xibu” dan “kanipha” di zaman pemerintahan Dinasti Ming. Kain
kapas Chola dipanggil sebagai “bafta” di Thailand.
3. Dalam memastikan bekalan kain kapal dapat terus menerus menampung permintaan
Kerajaan China, Chola telah bertindak untuk menguasai pusat tekstil di Kalingga di
kawasan Teluk Bengal. Kerajaan China memerlukan bekalan kain kapas dalam
kuantiti yang banyak adalah kerana kain kapas diperlukan untuk membuat pakaian
tentera China pada musim panas. Tambahan pula, kain kapas Chola juga digunakkan
sebagai barangan tukaran dengan nilai yang tinggi di China.
4. Kerajaan Chola terus menerus melakukan perkembangan terhadap perusahaan kain
kapas di kawasan Tamil Nadu, Karnataka dan Kalingga demi kerajaan China.
D. KEMUNCULAN PERSATUAN-PERSATUAN DAGANGAN INDIA
1. Kemunculan persatuan-persatuan dagangan di India telah menyebabkan kapal-kapal
dagangan Chola dan urusan-urusan perdagangan dapat berjalan dengan lebih lancer.
Kemunculan persatuan-persatuan seperti Manigramam, Nanadesi dan Ainnaruvar
telah menyebabkan memudahkan lagi urusan perdagangan.
2. Kapal-kapal dagangan kerajaan Chola sebelum ini pernah berhadapan dengan
ancaman lanun-lanun laut yang ingin merampas barangan dagangan yang dibawa oleh
kapal-kapal Chola. Keselamatan pedagang-pedagang terancam dengan ancaman yang
dihadapi oleh lanun-lanun.
3. Penubuhan persatuan ini telah menyebabkan perdagangan dilakukan secara beramai-
ramai dan keselamatan para pedagang serta anak kapal menjadi lebih selamat.
Penubuhan persatuan yang berorganisasi dan tersusun ini menyebabkan urusan
perdagangan menjadi lebih sistematik dan lancar.

TEORI ISLAMISASI DI ASIA


TENGGARA
DEFINISI ISLAMISASI
1. Islamisasi merupakan sebuah proses penyebaran agama dan pengaruh Islam ke Asia
Tenggara. Kepercayaan masyarakat di Asia Tenggara berubah selepas tersebarnya
agama Islam secara meluas ke Asia Tenggara. Kedatangan Islam di Asia Tenggara
telah menyebabkan ramai sejarawan yang mengemukakan teori-teori mereka tentang
bagaimana Islam tersebar di Asia Tenggara dengan begitu cepat dan meluas.
2. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara lebih tertumpu di lokasi kepulauan-kepulauan
kecil berbanding dengan Tanah Besar. Menurut Mohd. Jamil Mukmin, beliau
mengemukakan bahawa terdapat empat teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Terdapat empat teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang mengatakan bahawa
Islam datang daripada empat buah negara iaitu Arab, India, China dan seterusnya
Champa.
3. Islam masuk ke Asia Tenggara melalui kegiatan kaum pedagang dan para sufi yang
menyebarkan dakwah islam di Asia Tenggara. Islam masuk di Asia Tenggara dengan
jalan damai, terbuka dan tanpa pemaksaan sehingga Islam sangat mudah diterima oleh
masyarakat di Asia Tenggara.
4. Mengenai kedatangan Islam di negara-negara yang ada di Asia Tenggara hamper
semuanya didahului dengan interaksi antara masyarakat di wilayah kepulauan Asia
Tenggara dengan para pedagang Arab melalui hubungan perdagangan. Pada abad ke-
5 sebelum Masihi, Asia Tenggara telah menjadi tempat persinggahan para pedagang
yang berlayar ke China dan mereka telah menjalinkan hubungan dengan masyarakat
sekitar kawasan persisiran pantai.
PROSES ISLAMISASI DI ASIA TENGGARA
A. SALURAN PERDAGANGAN
1. Pada permulaannya, proses kemasukan Islam ke Asia Tenggara adalah melalui
hubungan perdagangan. Kesibukan lalu-lintas perdagangan pada abad ke-7 hingga ke-
16 membuat pedagang-pedagang Muslim daripada kerajaan Arab, Persia dan India
turut mengambil bahagian dalam perdagangan di Asia Tenggara.
2. Para pedagang muslim yang berasal daripada Arab berminat untuk berdagang di Asia
Tenggara kerana Asia Tenggara memiliki kekayaan yang banyak dalam sumber bahan
mentah seperti emas, rempah ratus, kayu cendana dan sebagainya.Oleh itu, mereka
melakukan perdagangan di kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.
3. Interaksi antara masyarakat di Kepulauan Asia Tenggara dengan para pedagang
muslim telah menyebabkan proses Islamisasi berlaku secara perlahan-lahan.
Masyarakat mulai terdedah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh golongan pedagang
muslim. Mereka mulai menyedari bahawa terdapat agama lain yang turut wujud selain
daripada agama Hindu-Buddha yang dianuti mereka.

2. SALURAN PERKHAWINAN
1. Hasil daripada hubungan perdagangan, golongan pedagang muslim telah membina
perkampungan ataupun komuniti mereka yang tersendiri di kepuluan Asia Tenggara.
Bahkan, mereka juga telah berkhawin dengan wanita tempatan. Sebelum mereka
dikhawinkan, mereka diislamkan terlebih dahulu. Setelah mereka mempunyai
keturunan, lingkungan mereka menjadi semakin luas dan akhirnya mewujudkan
kampung-kampung, daerah-daerah dan kerajaan Muslim.
2. Melalui hubungan pernikahan, ajaran Islam telah mulai diperkembangkan dalam
golongan masyarakat. Golongan yang telah memasuki agama Islam mulai
mempraktikkan ajaran Islam di dalam kehidupan mereka dan ini telah menyebabkan
masyarakat beragama Hindu terdedah dengan kehadiran Islam di Asia Tenggara.
C. SALURAN TASAWUF
1. Pengajar-pengajar tasawuf atau para sufi mulai menyebarkan pemikiran islam dalam
kalangan masyarakat di Asia Tenggara. Mereka memiliki kemahiran dan kepakaran
dalam menyembuhkan individu-individu yang sakit.
2. Diantara mereka juga ada yang mengahwini puteri-puteri pembesar setempat. Dengan
tasawuf, “bentuk” Islam yang diajarkan kepada penduduk pribumi mempunyai
persamaan dengan alam pikiran mereka yang sebelumnya menganut agama Hindu,
sehingga agama baru itu mudah difahami dan diterima.
3. Pemikiran yang telah diperkenalkan oleh pengajar tasawuf telah menyebabkan
pemikiran dan sentimen masyarakat terhadap Islam mulai diterima dengan mudah.
Masyarakat mulai memeluk agama Islam dan mengamalkan gaya hidup agama Islam.
D. SALURAN PENDIDIKAN
1. Penubuhan pondok-pondok dan pesantren ditubuhkan oleh golongan ulama mulai
dilakukan di kawasan Asia Tenggata.Islamisasi juga dilakukan melalui pendidikan,
baik pesantren ataupun pondok yang diselenggarakan oleh guru-guru agama, kiai-kiai
dan ulama. Di pesantren atau pondok, masyarakat mulai mendapat pendidikan agama.
2. Setelah keluar dari pesantren, mereka akan pulang ke kampung masing-masing atau
berdakwah ketempat tertentu mengajarkan Islam. Misalnya, pesantren yang didirikan
oleh Raden rahmat di Ampel Denta Surabaya, dan Sunan Giri di Giri. Keluaran
pesantren ini banyak yang diundang ke Maluku untuk mengajarkan Agama Islam.
E. SALURAN KESENIAAN
1. Saluran Islamisasi melaui kesenian yang paling terkenal adalah pertunjukan wayang.
Dikatakan, Sunan Kalijaga adalah tokoh yang paling mahir dalam mementaskan
wayang. Sunan Kalijaga tidak pernah meminta upah pertunjukan, tetapi hanya
meminta para penonton untuk mengikutinya mengucapkan kalimat syahadat.
2. Sebahagian besar cerita wayang masih dipetik dari cerita Mahabarata dan Ramayana,
tetapi dalam cerita itu disisipkan ajaran nama-nama pahlawan Islam. Kesenian-
kesenian lainnya juga dijadikan alat Islamisasi, seperti sastera,seni bangunan dan seni
ukir.
F. SALURAN POLITIK
1. Di Maluku dan Sulawesi selatan, kebanyakan rakyat masuk Islam setelah rajanya
memeluk Islam terlebih dahulu. Pengaruh politik raja sangat membantu tersebarnya
Islam di daerah ini. Di samping itu, baik di Sumatera dan Jawa maupun di Indonesia
Bagian Timur, demi kepentingan politik, kerajaan-kerajaan Islam memerangi
kerajaan-kerajaan bukan Islam. Kemenangan kerajaan Islam secara politis banyak
menarik penduduk kerajaan bukan Islam itu masuk Islam.

TEORI-TEORI ISLAMISASI DI ASIA TENGGARA


A. TEORI DARI TANAH ARAB
1. Sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu sangat berkait rapat dengan hubungan
perdagangan yang terjalin dengan tanah Arab sejak sebelum orang Arab sendiri
memeluk agama Islam. Walaupun penyebaran agama Islam ke Alam Melayu
dipelopori oleh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Namun Islam telah sampai ke
Alam Melayu lebih awal lagi.
2. Menurut catatan sejarah, bangsa Arab yang menduduki selatan Semenanjung Tanah
Arab yang mengharungi lautan Hindi sebelum kemunculan agama Islam. Mereka
menjadi orang tengah antara pedagang Eropah dengan pedagang Asia dari India dan
barat rantau Melayu. Walaupun pada akhir abad ke-5 hingga ke-7 Masehi pedagang-
pedagang Rom dan Parsi cuba menguasai perdagangan di lautan Hindi, namun
pedagang-pedagang Arab masih dapat meneruskan perdagangan mereka sehingga
kedatangan orang Portugis pada akhir abad ke-15
3. Menurut John Crowford dalam bukunya ‘History of the Indian Archipelago’ Islam
datang ke Nusantara dari Tanah Arab. Ini dibuktikan dengan catatan ketika
pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah pada abad ke-7 hingga ke-10
Masehi, orang Arab Islam telah berada di Nusantara. Mereka mempunyai angkatan
laut yang kuat dan menjalankan perdagangan sambil menyebarkan Islam sepanjang
perjalanan ke China melalui Nusantara
4. Dalam catatan dari sumber China, terdapat hubungan perdagangan Arab di perairan
Asia Tenggara. Contohnya orang Arab sudah berada di Sumatera pada abad ke-7
Masehi dan telah membina perkampungan di bahagian barat kepulauan tersebut.
Zaman Khalifah Sulaiman bin Abd al-Malik (715-717M) telah menghantar sebanyak
35 buah kapal ke muara Salak di Jambi.
5. Kapal ini dikatakan bertolak dari Cyelon menuju ke Palembang pada tahun 717
Masehi, sebelum meneruskan perjalanannya ke China. Meskipun demikian, Islam
turut berkembang di Nusantara dengan usaha golongan Syiah di kepulauan Sila dan
Sulu, Sulawasi serta Kalimantan.
B. TEORI DARI INDIA
1. Terdapat teori menyatakan bahawa Islam di Alam Melayu datangnya daripada India.
Teori ini dikemukakan oleh Snauck Hugronje dan Brian Harisson, mereka
berpendapat kedatangan Islam di Alam Melayu dilakukan oleh para pedagang Islam
yang bermukim di Gujerat dan Malabar.
2. Teori ini diperkuatkan lagi dengan penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh
1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh G.P. Morquette. Bentuk fizikal
kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat.
Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke
Alam Melayu pada awal kurun ke-15M.
3. Menurut Mohd Jamil bin Mukmin menyatakan bahawa teori bahawa kedatangan
Islam di Alam Melayu datangnya dari Bengal, Coromandel, India diutarakan oleh S.Q
Fatimi, Snauck Hugronje, J.P. Morquette dan G.E Marison. Di mana menurut S.Q
Fatimi kedatangan Islam ini
4. dilakukan oleh para pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam
berbanding Gujerat dan Malabar.
5. Oleh itu proses islamisasi Alam Melayu itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal
menerima Islam ini. Menurut S.Q Fatimi, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie
sama dengan mazhab umum di Alam Melayu. Secara emperikal, mustahil pedagang
Gujerat dan Malabar bertanggungjawab membawa Islam ke Alam Melayu kerana
mazhab yang dianuti mereka adalah mazhab Hanafi, manakala Alam Melayu
bermazhab Shafie.
6. Namun teori permulaan Islam sampai ke Tanah Melayu pada abad ke-13 adalah
lemah.Berdasarkan bukti yang ada, Islam telah bertapak seawal abad ke-7 atau abad
ke-8 Masehi lagi. Di mana kewujudan para pedagang dan pendakwah dari India juga
turut berperanan dalam mengembangkan Islam di Alam Melayu.
C. TEORI DARI CHINA DAN CHAMPA
1. Hubungan perdagangan antara Arab dan China dicatatkan telah berlaku sebelum
kelahiran agama Islam lagi di Tanah Arab. Hubungan perdagangan ini secara tidak
langsung telah mewujudkan hubungan dengan kepulauan Melayu Teori kedatangan
Islam di Alam Melayu dari China diketengahkan oleh Syed Muhammad Naquib al
Attas. Menurut beliau, pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu pada abad ke-7
terdapat seramai 120.000 orang Islam di Canton. Pada Tahun 879 Masehi telah
berlaku pemberontakan kaum tani yang mendesak pemerintah mengusir bangsa asing
dari bumi Canton. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang
yang terselamat ke Champa, Kedah Patani, Kedah, Parlembang, Jawa dan lain-lain
demi mendapatkan perlindungan
2. Berhubung dengan teori ini juga, terdapat beberapa penemuan sumber artifak atau
arkeologi. Antaranya termasuk penemuan batu nisan seorang wali Allah berketurunan
Arab di Pekan,Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu nisan ini terukir ayat-
ayat al-Quran dan Batu Bersurat bertarikh 1303M Kuala Berang, Terengganu.
Terdapat juga penemuan batu nisan di Leran, Surabaya bertarikh 1082M atau 1102M
yang sangat ketara ciri-ciri keislaman pada batu nisan tersebut
3. Terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam ke Nusantara melalui
sepanjang pantai laut China dan dari Tiongkok pada awal tahun 977 Masehi. Laporan
ini menjadi bukti kuat kepada S.Q Fatimi bahawa teori kedatangan Islam itu adalah
dari China.
4. Selain teori kedatangan Islam dari China, terdapat juga teori yang mengatakan
kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui Champa atau Kemboja. Dalam kurun ke-
7 dicatatkan bahawa orang-orang Melayu telah mengadakan hubungan dengan
penduduk Champa dan Kemboja melalui penaklukan dan perkahwinan terutamanya
dalam kalangan keluarga diraja.
5. Di mana Islam dilaporkan telah berkembang di daerah Phanrang, Champa sejak abad
ke-8 Masehi lagi. Teori ini dibuktikan dengan penemuan sebuah batu nisan yang
bertulis khat khufi bertarikh 1039 Masehi dan sebuah monumen bertarikh 1025
Masehi dan 1039 Masehi. Di mana pada monumen tersebut, terdapat catatan yang
berhubung dengan hukum hakam Islam.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

1. KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


 Orang ramai tertarik untuk menganuti agama Islam kerana kemurnian ajaran Islam
yang mencukupi kesemua bidang kehidupan. Ini termasuk konsep Tuhan Yang Maha
Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni,
menyanjung akhlak mulia, dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Hal ini telah menyebabkann agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara.
2. PERDAGANGAN
 Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara
melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di
Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah
menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi.
Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan
perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Di samping menjalankan
perdagangan, mereka melakukan aktiviti dakwah dan mengadakan perbincangan-
perbincangan tentang ajaran Islam di perkampungan-perkampungan pedagang. Selain
itu, disebabkan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam ini, ramai di kalangan
mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa Bandar pelabuhan di
Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar menerusi peranan syahbandar.
 Di antara nama-nama pedagang dan pendakwah Arab yang berjasa megislamkan
masyarakat Alam Melayu, menurut catatan sejarah ialah Syeikh Abdullah Ariff,
Syeikh Mulana Abdul Aziz (Jeddah), Syeikh Malik Ibrahim, Syeikh Ismail (Mekkah),
Syarif Ali Mifaqquh Muqaddam, Tuan Sayid Habib Husain al-Qadri dan Tuan Syarif
Awliya.
 Sebagai contoh di Melaka misalnya ada antara mereka yang tidak menjalankan
kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah
menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke
pelabuhan yang lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka
telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah
Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei
melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.

3. PENGISLAMAN RAJA-RAJA MELAYU


 Islam seterusnya tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat
Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, sangat mentaati golongan pemerintah.
Keadaan ini telah menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini
akan diikuti oleh rakyatnya.
 Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar telah diikuti oleh pembesar Melaka,
keluarga diraja, dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai, pengislaman
Raja Malik Al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam.
Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut
memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, Pasai telah menjadi sebuah
kerajaan Islam yang kuat seterusnya menerusi usaha yang dijalankan oleh pemerintah,
Islam tersebar dengan cepat.
4. PERKHAWINAN
 Kedatangan sesuatu bangsa ke Negara-negara lain dalam waktu yang lama, tidak
dapat menghindari kemungkinan berlakunya proses interaksi melalui perkahwinan.
Begitu juga apa yang berlaku di Alam Melayu di peringkat awal penyebaran Islam.
Saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar
tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita
tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan
puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah
secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
 Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar
tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima
Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-
ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.
Syeikh Abu Bakar misalnya, adalah seorang pendakwah yang terkenal berasal dari
Mekah telah berkahwin dengan puteri Sulu dan membantu kerajaan tersebut
melaksanakan pemerintahan mengikut sistem Islam.
 Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan
puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah.
Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya
perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar
dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan
putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua
menjadi negeri Islam kemudiannya.
5. PENAKLUKAN
 Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam
di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh
sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam
maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam
kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan
itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih
berkesan lagi.
 Misalnya, Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di
abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di
Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga
di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa
kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya
itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang
diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah
ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit
bertukar menjadi sebuah negara Islam.
 Di samping itu, Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya
menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang,
Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-
lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan
takluk tersebut. Walaupun ketika Melaka melalui zaman kejatuhan tidak bererti
berhentinya dakwah Islamiah di rantau ini kerana pada abad ke 18M-19M Pattani
telah meneruskan usaha-usaha tersebut. Usaha-usaha yang dilakukan oleh raja-raja
Melayu terbukti telah berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Alam Melayu.

6. PENDAKWAH
 Kehadiran pendakwah di tengah-tengah masyarakat Melayu telah menarik hati
masyarakat tempatan kerana kemuliaan dan keperibadian yang dimiliki oleh mereka.
Dalam pergaulan mereka dengan masyarakat, mereka telah telah menunjukkan sifat-
sfat terpuji seperti menjaga amanah, kesucian, kebenaran,keadilan, menepati janji
serta menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan terkutuk. Secara tidak langsung
masyarakat setempat tertarik untuk bergaul dan seterusnya mengenali ajaran Islam.
Akhirnya mereka memeluk dan mengamalkan agama tersebut dalam kehidupan.
 Sebagai contoh, peranan Ahli Tasawuf dan Sufi Kegiatan penyebaran Islam
dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama
Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang
baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan
bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang
ramai.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh
pemerintah kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par
pembesar.

7. SOKONGAN PEMERINTAH
 Para sultan turut menyumbang kearah kejayaan tersebarnya Islam di Alam Melayu.
Mereka telah memberi kepercayaan kepada ulamak-ulamak untuk berperanan sebagai
tenaga penggerak utama, membantu penyebaran dakwah Islam dan menjadi tenaga
pengajar di wilayah-wilayah yang telah dibuka mahupun wilayah-wilayah baru yang
belum menerima Islam. Sultan juga melantik ulamak menjadi penasihat dalam urusan
Negara dan berbincang bersama mereka hal-hal keagamaan.
 Contohnya, Sultan Alauddin Shah iaitu sultan Melaka ketujuh (1477M – 1488M)
adalah salah satu contoh nyata bagi membuktikan peranan dan sokongan pemerintah
terhadap penyebaran Islam. Selain terkenal dengan sifat kepahlawanannya, beliau
juga terkenal sebagai ulamak yang warak. Baginda telah menjemput sultan-sultan
yang berada di bawah kekuasaan wilayahnya ke majlis-majlis ilmu dan bertindak
sebagai pengajar. Pada masa yang sama undang-undang Islam telah dilaksanakan,
seperti hukum hudud dan sebagainya.

KESAN-KESAN ISLAMISASI DI ASIA TENGGARA


A. POLITIK DAN PENTADBIRAN
1. Islamisasi di Asia Tenggara telah menggubah sistem pemerintahan beraja di Asia
Tenggara. Institusi beraja telah digantikan dengan institusi kesultanan yang
menerapkan pengaruh Islam yang sangat dominan. Gelaran pemerintah kerajaan yang
pada awalnya menggunakan gelaran “raja” mulai digantikan dengan gelaran “sultan”.
Penggunaan nama-nama islam dalam kalangan raja seperti “Muhammad” dan “Shah”
mulai dilakukan. Buktinya, Sultan pertama kerajaan Perlak menggunakan nama islam
iaitu Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah.
2. Kemunculan kerajaan-kerajaan berasaskan kepada pengaruh Islam di Asia Tenggara
mula berkembang apabila tertubuhnya beberapa kerajaan Islam seperti Perlak,
Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Melaka dan sebagainya di Asia Tenggara. Penubuhan
kerajaan-kerajaan Islam telah menyebabkan pengamalan ajaran Islam di kerajaan-
kerajaan itu akan dilaksanakan kepada masyarakatnya.
3. Islam juga telah melakukan transformasi terhadap nilai dan etika pemerintahan
sesebuah kerajaan dengan memperkenalkan karya ketatanegaraan yang menggariskan
dengan jelas pemikiran islam dalam politkik islam di Asia Tenggara seperti kitab
Tajul Salatin karya Bukhari Al-Jauhari. Kitab ini secara terang-terangan
mempericikan tatasusila dan kod etika yang harus digunapakai oleh raja-raja seperti
bersifat adil, amanah dan bijaksana dan sebagainya.
4. Golongan pembesar yang terdiri daripada golongan brahmin hindu yang
bertanggungjawab membantu Raja di dalam pentadbiran telah digantikan dengan
jawatan Mufti dan Kadi.
5. Dalam konteks kepercayaan dan agama, kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara
mendapat sambutan yang baik apabila masyarakat di Asia Tenggara mulai menganuti
agama Islam dan meninggalkan ajaran Hindu-Buddha. Bukti penerimaan agama Islam
dalam budaya masyarakat setempat di Asia Tenggara terbukti melalui penemuan batu-
batu nisan di Lamreh, Aceh, Indonesia. Hasil penemuan ini dikatakan merupakan
peninggalan Kerajaan Lamuri yang merupakan salah sebuah kerajaan yang pernah
muncul di Aceh Sebanyak 457 buah batu nisan telah dijumpai di kawasan ini tetapi
hanya 41 buah batu nisan sahaja yang menunjukkan ciri-ciri islam seperti tulisan-
tulisan al-quran, kalimah syahadah dan nama-nama tokoh seperti Sultan Muhammad
bin Alawuddin (1431 M) dan Sultan Muhammad Syah (1503 M). Penemuan ini
membuktikan bahawa agama Islam sememangnya disesuaikan dalam budaya awal
masyarakat di Asia Tenggara.
6. Kedatangan Islam sebagai agama yang menjadi pegangan masyarakat termasuklah
golongan pemerintah di Asia Tenggara. Hal ini terbukti melalui wasiat Sultan Mansur
Syah iaitu Sultan Melaka terhadap anakandanya iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah
melalui Sejarah Melayu. Baginda berpesan kepada anakandanya supaya
mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam dalam memerintah negara. Baginda
mengatakan bahawa hendaklah kita bersabar dan adil dalam menjalankan
pemerintahan. Pengaruh Islam bukanlah hanya mengenai kepercayaan manusia
terhadap tuhan yang satu iaitu Allah tetapi sebaliknya turut menekankan kehidupan
manusia yang bermoral dan berakhlak terpuji.
7. Agama Islam menumpukan kepercayaan kepada Allah, iaitu tuhan yang esa. Konsep
tauhid iaitu percaya bahawa tuhan itu hanya satu dan berkuasa ke atas seluruh alam
diperkenalkan melalui penyebaran islam ke Asia Tenggara. Konsep tauhid ataupun
monostik merupakan sebuah kepercayaan yang percaya bahawa hanya ada satu tuhan
sahaja yang menggerakkan alam semesta sangat berbeza dengan kepercayaan dalam
agama Hindu-Buddha yang terdiri daripada dewa-dewi. Hal ini telah menyebabkan,
kedatangan Islam di Asia Tenggara telah merubah akidah dan tradisi masyarakat di
Asia Tenggara yang pada asalnya berpegang kepada agama Hindu-Buddha. Budaya
awal masyarakat di Asia Tenggara yang percaya bahawa dewa-dewi yang ramai
menguasai alam semesta terhapus akibat perkembangan islam. Islam berpegang
kepada prinsip tuhan itu hanya satu, tunggal dan berkuasa ke atas ciptaan-Nya di
muka bumi ini. Ritual-ritual penyembahan arca-arca hindu-buddha dihapuskan
apabila tersebarnya Islam di Asia Tenggara kerana ianya jelas bertentangan dengan
kepercayaan Islam yang menolak penganutnya untuk menyembah berhala seperti
arca.
8. Selepas kedatangan Islam di Asia Tenggara, masyarakat menghapuskan candi-candi
serta arca-arca hindu-buddha yang tidak menjadi ikutan mereka lagi. Penghancuran
candi-candi dan arca-arca dari era Hindu-Buddha yang sudah menjadi sebahagian
daripada budaya masyarakat di Asia Tenggara dihapuskan kerana kepercayaan
masyarakat telah berubah. Masyarakat yang memeluk agama Islam perlu taat pada
perintah Allah dan tidak boleh menyemba tuhan lain selain Allah. Oleh disebabkan
itu, candi-candi dan arca-arca berunsur hindu-buddha dihapuskan oleh masyarakat
bagi memastikan agama Islam tidak dicampuradukkan dengan agama hindu-buddha.
Jelas dapat dilihat disini bahawa budaya menyembah berhala dan arca-arca hindu-
buddha dihapuskan akibat kedatangan agama Islam di Asia Tenggara.
9. Hal ini terbukti dengan penemuan kepala arca Nandi di Sungai Batu yang dijumpai
oleh I.H.S Evans. Evans mendapati bahawa kepala Nandi tersebut telah dihancurkan
secara sengaja. Beliau berpendapat bahawa penyebaran Islam di Asia Tenggara telah
menyebabkan agama Hindu-Buddha mulai dilupakan oleh masyarakat dan hasilnya
masyarakat menghancurkan elemen-elemen berunsur hindu-buddha seperti candi-
candi dan arca-arca dewa dewi. Penghancuran arca-arca tersebut menjadi lambang
signifikan penolakan masyarakat di Asia Tenggara terhadap agama Hindu kerana
mereka mulai menganuti agama Islam sebagai agama mereka.
B. EKONOMI
1. Kedatangan Islam telah membawa kegiatan perdagangan lebih rancak dan aktif
daripada sebelumnya. Munculnya pasar-pasar dan kota bersfat internasional.
Penggunaan mata wang telah digunakan dalam urusan jual beli, ini adalah disebabkan
pertambahan perdagangan asing ke Alam Melayu.
2. Penggunaan mata wang lebih baik dan menyenangkan dalam urusan perdagangan.
Penekanan diberikan terhadap konsep keuntungan dimana keuntungan yang
diperolehi adalah untuk dunia dan akhirat. Islam juga memperkenalkan institusi zakat,
sistem timbang, ukur, sedekah, kafarah, wakaf dan baitulmal yang merupakan
fenomena baru dalam masyarakat di Alam Melayu. Baitulmal berfungsi sebagai
perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. Amalan
riba, penindasan dan penipuan dilarang.

C. PENDIDIKAN
1. Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam
golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan
Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.
Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.
2. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama
Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.
Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah,
Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004: 46). Tokoh-
tokoh ini telah banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di
Tanah Melayu.
3. Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi
dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan
tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah
pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul
serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,
pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang
sihat (Rasid Muhammad, 1996: 140).
4. Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di
Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi
sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat-
tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama,
masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa
Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab
utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-
Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al-
Talibin oleh al-Nawawi.
5. Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari
Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu
mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja
berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan.
Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya
seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus,
Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan
sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam
hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak,
1990: 142).
D. PERUNDANGAN
1. Kedatangan agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam
Hukum Kanun Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat
yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim
boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan
bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
2. Di Acheh, Kanun Mahkota Alam diperkenalkan di dalam sistem pemerintahan
kerajaan Acheh dimana Kanun Mahkota Alam menggariskan hukuman-hukuman
terhadap pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan terhadap seseorang.
3. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan
masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka
mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap
tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan
perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya.
Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah
dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid,
1992: 29).

You might also like