You are on page 1of 3

Pendapat Fan Xian’s Mengenai Laluan Selat Yang Baharu

Dalam bab ini telah menceritakan mengenai perjalanan serta pengalaman hidup Fa Xian iaitu
seorang sami Buddha yang telah menemui laluan Selat yang baharu dan bagaimana ia boleh
memberi malapetaka kepada pelayar-pelayar baru. Hal ini demikian, Fa Xian telah merantau
semasa beliau berumur 65 tahun ke utara India. Beliau telah menempuh pelbagai halangan
semasa ekspedisi tersebut. Hal ini, jalan darat yang digunakan oleh beliau merentasi padang
pasir serta gunung yang mempunyai altitud sebanyak 18 000 kaki yang menyukarkan aktiviti
perjalanan kerana udara di altitud tersebut sangat nipis. Beliau juga menceritakan pengalaman
yang paling perit beliau pernah hadapi iaitu semasa merentasi sungai Indus. Perjalanan
merentasi gunung tersebut memberi kesusahan kepada beliau serta pengembara-pengembara
lain. Gunung yang mempunyai kecuraman yang tinggi serta jambatan yang berayun
disebabkan oleh angin yang kuat menyukarkan ekspedisi tersebut.
Hal ini demikian, semasa Fa Xian yang berumur 85 tahun ingin merancang kembali ekspedisi
pulang ke China. Beliau enggan menggunakan jalan yang sama untuk sampai ke utara India.
Beliau telah mengambil risiko untuk menggunakan jalan laut. Hal ini demikian, mengembara
menggunakan jalan laut akan menjadi sukar seperti menggunakan jalan darat. Beliau telah
meninggalkan Sri Lanka menggunakan kapal pedagang yang membawa 200 orang
penumpang. Namun demikian, masalah masalah seperti faktor cuaca telah menyukarkan
pelayaran tersebut. Kapal yang dinaiki rosak dan hampir karam dan kapal tersebut telah sesat
dan mengambil masa untuk mencari destinasi asal. Selepas menempuhi pelbagai halangan,
kapal tersebut telah berlabuh di pelabuhan di laut China Selatan. Fa Xian terpaksa berlindung
di pelabuhan tersebut selama 5 bulan untuk membaiki kapal yang menghadapi kerosakan.
Semasa pelayaran kedua, kapal tersebut sekali lagi telah dilanda ribut dan telah menyebabkan
kapal tersebut telah terpesong daripada lokasi namun telah berjaya sampai ke destinasi.
Selepas kepulangan Fa Xian ke China, masalah telah timbul di laluan Sutera atau jalan darat
telah menyebabkan penggunaan jalan laut diutamakan. Hal ini disebabkan oleh pengaruh
orang nomad di kawasan utara China. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai
masalah dan telah mencetus pergaduhan dalam kalangan bangsa China daripada kawasan
utara ke selatan. Hal ini telah menyebabkan golongan kelas atasan di utara China telah
berpindah ke kawasan selatan sungai Yangzi. Golongan immigran yang berada di kawasan
utara telah mula menggunakan produk yang berasal daripada barat yang diberi nama
barangan Persian. Hal ini demikian, Empayar Sassanian pada ketika itu merupkan pusat
kepada ekonomi perdagangan dan pembuatan. Hal ini telah menyebabkan produk tersebut
yang dikatakan mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi telah menjadi tumpuan di China.
Namun demikian, perbezaan pengaruh kuasa di utara dan selatan China telah menyukarkan
kegiatan perdagangan ini. Hal ini telah menyebabkan kegiatan perdagangab barangan Persian
telah disekat dan terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu jalan laut. Para pedagang Iran
telah menggunakan jalan laut untuk membeli barangan dari China melalui pedangan Melayu
yang berlabuh di pelabuhan Sri Lanka. Hal ini, pedagang Melayu telah menjadi orang tengah
dalam mendagangkan barangan dari Iran ke China melalui pelabuhan di Asia Tenggara.
Keperluan barangan barangan tersebut telah menyebabkan kegiatan perdagangan ini
diperlukan untuk memasarkan barangan barang seperti bulu burung, dan sebagainya.
Menjelang abad ke 5 dan ke 6, keperluan ke atas rempah ratus ini telah menyebabkan
kegiatan perdangangan melalui jalan laut ini digunakan dengan kerap.

Rempah Maluku

Dalam bab ini akan menceritakan mengenai rempah ratus yang menjadi tumpuan pedagang.
Hal ini demikian, rempah ratus yang telah diperkenalkan oleh pedagang Melayu ke pasaran
antarabangsa telah menjadi rempah paling bernilai dan berharga untuk didagangkan.
Pedagang Jawa telah memperoleh rempah ratus ini di kepulauan yang diberi nama Pulau
Rempah di Maluku dan telah memasarkannya sebagai salah satu dagangan antrabangsa pada
awal abad ke-2 dan ke-3. Namun demikian, rempah ratus ini tidak mendapat perhatian di
India dan China sehingga pengenalan jalan laut dari Sri Lanka ke China.
Rempah itu dikenali sebagai cengkih yang telah dikeringkan. Sebelum tahun 1600, cengkih
ini hanya tumbuh di beberapa kawasan bergunung berapi seperti Ternate, Tidor, Motir,
Makian, dan Batjan yang terletak di kawasan pantai barat kepulauan Halmahera. Buah pala
pula tumbuh oleh penduduk Maluku sebelum kedatangan kuasa Belanda yang telah
merampas pulau tersebut. Para penduduk di kepulauan Maluku telah berwaspada dengan
aktiviti penyeludupan biji benih atau tumbuhan tersebut. Hal ini demikian, penduduk Maluku
tidak berminat untuk berkongsi cara menghasilkan rempah ratus ini dengan orang lain. Cara-
cara yang tertentu telah digunakan untuk menghasilkan rempah ini serta dibantu dengan
faktor-faktor lain seperti suhu, kelembapan, dan sebagainya. Oleh itu, hanya sesetengah
tempat di dunia ini yang mempunyai keadaan yang sesuai untuk menghasilkan rempah ratus
tersebut.

Kejatuhan Funan Semasa Krisis Abad Ke-6

Dalam bab ini akan menceritakan mengenai era-era kejatuhan kerajaan Funan selepas lebih
500 tahun. Kerajaan Funan ini mulai runtuh selepas penakhlukan oleh kerajaan Khmer di
kawasan utara. Kejatuhan kerajaan ini disifatkan berlaku sejajar dengan perubahan dan
masalah yang berlaku yang melibatkan jalan perdagangan maritim dari kota Constantinople
ke selatan China. Empayar Heptthalite Asia Tengah telah menembusi kubu pertahanan
tentera Sassanian, kubu yang melindungi Iran dan India. Namun demikian, pemerintah
Sassanian di Iran berjaya menghadapi kekalahan ini sehingga 100 tahun. Pada abad ke-6 ini
juga, empayar-empayar telah berpecah menjadi beberapa kerajaan di sesetengah kawasan. Isu
yang berlaku di antara raja Etophia dan raja Himyarite di Najran telah menakhluk Yemen
selama 45 tahun. Empayar Byzantine dan Iran pada ketika itu telah memasuki era pepeangan
dan telah menyebabkan kuasa tentera Sassanian telah menakhluki Yemen dan memusnahkan
penguasaan kuasa Etophia di Laut Merah. Penguasaan Iran di Yemen telah bertahan selama
lebih 60 tahun.
Turut menambah kepada masalah mengenai laluan perdangan di selatan adalah kemunculan
wabak penyakit taun. Wabak ini telah merebak dari India sehingga ke kota Constantinople di
mana merebak sehingga 10 000 kes sehari. Wabak ini mulai merebak ke kawasan
Mediterranean untuk tempoh hampir 200 tahun. Mc Neill menyatakan bahawa penyebaran
wabak ini dikatakan bermula disebabkan oleh kegiatan komersial di antara India, Afrika dan
Mediterranean. Spesis tikus hitam merupakan pemangkin kepada penyebaran wabak ini yang
berasal di India. Perebakan wabak ini juga telah menjadi pemangkin kepada penguasaan
Eropah ke atas Mediterranean sehinggalah ke kawasan utara. Kuasa Funan dan Dinasti Sui
telah bersatu untuk menentang penguasaan Muslim. Dinasti Umayyad telah menguasai jalan-
jalan dari China sehingga ke Mediterranean. Namun demikian, penguasaan Muslim ini tidak
memberi kesan kepada laluan laut Melayu. Era kerajaan Funan mulai hancur, dan pelabuhan-
pelabuhan perdagangan mulai berubah tempat ke kawasan Asia Tenggara di kepulauan
Sumatra dan Jawa.
Pada abad ke-6 ini juga telah menjadi momentum kepada perubahan struktur ekonomi. Hal
ini demikian, pembuatan sutera mula diperkenalkan dengan mengimport benang untuk
membuat sutera ini. Masalah mengenai ini mulai berlaku apabila empayar Byzantine dan
Sassanian mulai membuat kacau di kawasan perdagangan ini. Penggunaan sutera untuk
digunakan dalam pengebumian bangsa Kristian mulai berkurangan disebabkan oleh
kekurangan sumber dan empayar Byzantine tidak lagi berjaya untuk memuaskan sekutu-
sekutunya telah pemberian sutera disebabkan oleh kekurangan benang untuk membuat sutera.
Namun demikian, jalan penyelesaian telah ditemui dengan menggunakan sutera daripada
kepompong yang diputar dari ulat yang memakan daun mulberi. Penyeludupan ulat ini dari
China ke empayar Byzantine menggunakan buluh telah dilakukan dan empayar Byzantine ini
berjaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sutera China masih lagi menjadi
produk utama perdagangan namun era permintaan produk ini tidak kira melalui jalan darat
atau laut sudah menemui penghujungnya.

You might also like