You are on page 1of 4

SEJARAH

TINGKATAN 2 E

1.Apakah maksud ALAM MELAYU?


Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah
besar di bahagian tenggara benua Asia. Alam Melayu
juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan
Melayu dan Dunia Melayu.

BAHASA

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah


besar di bahagian tenggara benua Asia. AlamMelayu juga
dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan
Melayu dan Dunia Melayu.

BUDAYA
Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun
yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur
sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.
Kerajaan Alam Melayu telah bermula daripada
petempatan kecil yang berkembang menjadipelabuhan.
Pelabuhan ini seterusnya berkembang menjadi kerajaan.

1. Kerajaan Funan
Lokasi: Lembah Sungai Mekong
Masa: Abad Pertama
Pusat Kerajaan: Vyadhapura

2. Kerajaan Champa
Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam.
Masa: Abad Kedua
Pusat Kerajaan: Indrapura

KERAJAAN FUNAN
-Kerajaan Funan yang berpusat di Vyadhapura diasaskan
oleh seorang Brahmin bernama Kaundinya.
-berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai
Mekong dan membentuk kerajaan Funan.
-Kerajaan Funan masyhur semasa diperintah oleh Fan
Shih-man.
-Beliau telah meluaskan empayar Funan ke Sungai
Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur.
-beliaumenguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra.
Kejayaan beliau menguasai wilayah inimembolehkan
Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur
dengan barat.
-pada abad ketiga Funan menjadi pusat perdagangan
utama di Alam Melayu.
-Raja Funan terakhir ialah Rudravarman.
-Serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan
telah menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan.
Latihan Pengukuhan
1. Siapakah pengasas kerajaan
Funan?
2. Nyatakan nama pengasas kerajaan
Champa?
3. Apakah punca kemerosatan
kerajaan Funan?
4. Nyatakan nama pemerintah yang
membawa banyak kejayaan kepada
kerajaan Funan?
5. Jelaskan sebab kemerosatan
kerajaan Champa
6. Senaraikan pusat pemerintahan
kerajaan Funan dan Champa
7. CCI?

You might also like