You are on page 1of 2

(a) Apakah dua muslihat British untuk menjajah Sarawak dan Sabah?

F1 Untuk menguasai kekayaan hasil bumi Sarawak seperti minyak dan Sabah seperti hasil
hutan
F2 Melindungi pelaburan pemodal Barat
F3 Menguasai Sabah akan dapat menjamin kedudukan dan keselamatan mereka di Asia
Tenggara
F4 Dapat mengawal laluan perdagangan kerana Sabah terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara Singapura dan Hong Kong
F5 Dapat meluaskan pasaran barangannya

(b) Mengapakah tindakan penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Raja
Vyner Brooke kepada British adalah wajar?
F1 Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua tempatan sebelum menyerahkan
Sarawak kepada British.
F2 Keputusan Mesyuarat Majlis Negeri menyerahkan Sarawak kepada British telah
disokong oleh anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British dan bukan
pemimpin bumiputera.
F3 Penyerahan dibuat atas desakan daripada British.
F4 Penyerahan bercangah dengan Perlembagaan 1941 iaitu menyediakan Sarawak ke
arah berkerajaan sendiri.
F5 Penyerahan mengakibatkan Sarawak menjadi tanah jajahan Mahkhota British
F6 Tuntutan mengakibatkan Sarawak lewat atau gagal mendapat kemerdekaan.

(c) Pada pendapat anda, mengapakah gerakan penentangan penyerahan Sarawak kepada
British gagal?
F1 Gerakan gagal kerana pemimpin dan kumpulan etnik Sarawak tidak bersatu.
F2 Sarawak kehilangan pemimpin berwibawa setelah kematian Datu Patinggi Abang
Haji Abdillah
F3 Tindakan tegas terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat.
F4 Pembunuhan Gabenor Sarawak Sir Duncan Stewart ditikam oleh Rosli Dhobi
memberi peluang kepada British mengunakankan tindakan kekerasan
F5 Rosli Dhobi dan tiga orang lagi dihukum gantung menakutkan rakyat
F6 Tiada pertubuhan kebangsaan / organisasi yang menyatukan seluruh etnik di
Sarawak untuk bangkit menentang.

You might also like