Professional Documents
Culture Documents
27 Pedagogi Rasulullah S A.W. Dalam Peng PDF
27 Pedagogi Rasulullah S A.W. Dalam Peng PDF
DALAM PENGAJARAN1
Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pedagogi yang digunakan Rasulullah s.a.w.
dalam pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran-kemahiran pedagogi
tersebut akan disokong dengan hadis-hadis sahih yang berkaitan. Kertas kerja ini terbahagi
kepada lima bahagian, iaitu: (1) Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik terulung; (1) kemahiran
Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kuliah; (3) kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam
bercerita; (4) kemahiran Raulullah s.a.w. dalam bersoal jawab; dan (5) kemahiran Rasulullah
Kata kunci: pedagogi, kaedah syarahan, kaaedah bercerita, kaedah soal jawab, kaaedah
menjalankan aktiviti.
Pengenalan
Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Esah
Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek
pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-
tugas pengajaran secara berkesan. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu
pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
1
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 pada 3-6 Julai 2012
bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam Zon Tengah.
1
mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song, 2009). Manakala
Pedagogi Rasulullah s.a.w. merujuk kepada kaedah pengajaran yang telah dipraktikkan oleh
Raulullah s.a.w. dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabat r.a. (Abd al-Fattah Abu
Ghuddah, 2001).
Kehebatan tamadun Islam 1432 tahun yang lepas dalam menangani kejahilan di kalangan
masyarakat Arab jahiliyyah, telah menyaksikan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. membentuk
umat Islam dari kalangan para sahabat r.a. Ketika itu, Nabi s.a.w. telah berupaya dengan izin
Allah s.w.t. mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya sehingga melahirkan satu
generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa sehingga mendapat pengiktirafan dari
Allah s.w.t. sebagai khair al-ummah sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah li-Imrn
3:110 yang bermaksud:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Suruhlah
kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t.
Baginda Rasul s.a.w. juga telah diiktiraf oleh golongan bukan Islam dengan dinobatkan sebagai
orang pertama yang berpengaruh dalam sejarah dunia (Hart M. H, 2005). Rasu1ullah s.a.w.
bukan sahaja bertindak sebagai seorang rasul, malah, juga pendidik kepada ahli keluarga baginda
s.a.w. dan para sahabatnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat Nabi s.a.w. yang
bernama al-Sulam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1277), bahawa
al-Sulami telah berkata yang bermaksud: Maka demi bapa dan ibu ku, sesungguhnya aku tidak
pernah melihat guru yang terbaik cara pengajaranNya (Rasulullah s.a.w.) sebelum dan
selepasNya (Rasulullah s.a.w.). Maka demi Allah s.w.t. Baginda s.a.w. tidak pernah memarahi
ku, memukul ku dan mencela ku. Nabi Muhammad s.a.w. antara guru terhebat dalam lembaran
2
sejarah Islam. Kesan pengajaran dan dakwah baginda terbukti telah dapat membentuk generasi
yang bertakwa. Dengan itu, sejak awal Islam hingga ke hari kiamat, Rasu1ullah s.a.w. menjadi
model utama di dalam dunia pendidikan (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, 2001; Razali Saaran,
Dalam aspek pendidikan, Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai penyampai
ilmu atau dikenali sebagai muallim, bahkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga berperanan sebagai
murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metode dalam
mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya
('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Abdullah Nih Alwn 1968; al-afiz al-Suwid 1988;
Kamarul Aazmi 2010). Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Azab (33: 21)
yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak
Dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w. sendiri membuat pengakuan bahawa Baginda s.a.w.
diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai pendidik serta pembimbing yang memudahkan urusan orang
lain. Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1478) yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengutuskan Aku (Muhammad) untuk menyusahkan umat ku
dan bukan pula untuk aku menyusahkan diri ku, tetapi aku diutuskan sebagai pendidik yang
memudahkan.
3
Rasulullah s.a.w. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan kemahiran pedagogi
dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran pedagogi
Rasulullah s.a.w. inilah yang perlu dihayati oleh GPI agar menjadi murabbi yang berupaya
membimbing murid menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Kemahiran pedagogi dalam KM
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.15 mencakupi kemahiran menyampaikan kuliah,
kemahiran bercerita, kemahiran bersoal jawab dan kemahiran menjalankan aktiviti ('Abd al-
Fattah Abu Ghuddah 2001; Abdullah Nih Alwn 1968; al-ammd 1987; al-afz
Suwid 1988; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007; al-Nalw 1979; Razali
Saaran 2010).
Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk
penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai (Atan
Long 1983). Pembelajaran dengan kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak
pergantungan murid kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat murid terhadap
guru (Ahmad Mohd. Salleh 2001). Dalam konteks PI kaedah ini sesuai digunakan bagi
pengajaran akidah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007).
Rasulullah s.a.w. juga menggunakan kaedah ini ketika mana Baginda s.a.w. diarahkan oleh Allah
s.w.t. untuk berdakwah secara terang-terangan. Rasulullah s.a.w. telah meminta kaum Quraish
untuk berkumpul di Bukit Safa dan di situlah Rasulullah s.a.w. berdakwah dalam bentuk kuliah
yan ringkas. Begitu juga ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbahnya yang terakhir di
4
Lembah Uranah di Gunung Arafah. Lazimnya Rasulullah s.a.w. apabila menyampaikan kuliah
atau syarahan umum, Baginda s.a.w. tidak mengambil masa yang panjang dan hanya bercakap
Sebagai guru yang mengajar PI, kuliah atau syarahan yang diberikan kepada murid perlulah
didasari dengan sumber daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. (al-Nahlawi 1979). GPI
perlulah mahir dalam merujuk dalil al-Quran dan hadis apabila bercakap tentang sesuatu isu.
Penggunaan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dalam kuliah harus diberikan penjelasan makna
dan dikaitkan dengan tajuk dan isu semasa. Dengan demikian, kuliah yang disampaikan adalah
tepat, padat dan tidak menyimpang dari tajuk yang ditetapkan (Razali Saaran 2010).
Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran
yang bertujuan memberi itibar dan melibatkan intonasi suara, mimik muka, gaya tubuh,
imaginasi dan peralatan tambahan (Shahabuddin Hashim et al. 2003). Dalam konteks PI, kaedah
bercerita boleh digunakan bagi pengajaran sirah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim
Tamuri 2007).
Al-Quran banyak menggunakan kaedah cerita dalam memberi pengajaran kepada umat Islam (al-
Nufal 2002). Sebahagian daripada ayat al-Quran yang menggunakan kaedah penceritaan seperti
kisah Nabi Yusuf a.s. (surah Yusuf 12:7-48), kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khaiir a.s. (surah
al-Kahfi 18:7-27), kisah Nabi L dan kaumnya (surah al-Naml 27:54-58), kisah Nabi Sulayman
a.s. dan burung hud-hud (surah al-Naml 27:20-21), kisah Maryam (surah al-Maryam 19:1-34),
kisah Nabi Ayyub a.s. (surah al-Anbiya 21:83), kisah zu al-karnaian dan yajuj dan majuj
5
(surah al-Kahfi 18:83), kisah ashab al-kahfi (surah al-Kahfi 18:9-26) dan banyak lagi. Rasulullah
s.aw. juga kadang kala menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar para sahabat r.a.
(Abdullah Ni 'Alwn 1968). Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada
para sahabat r.a. tentang seorang penzina wanita yang telah diampunkan Allah s.w.t. kerana
perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan. Cerita tersebut telah
digambarkan dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 3280) yang bermaksud:
Tatkala seekor anjing mengelilingi perigi dan hampir mati kerana dahaga, tiba-tiba seorang
penzina dari bani Israil datang dan meletakkan air pada kasutnya lalu memberi minum kepada
anjing tersebut.
GPI perlulah menggunakan kaedah bercerita bagi menyampaikan kandungan PI yang bercorak
sejarah dan bertujuan memberi pengajaran agar murid berasa tertarik dengan pengajaran tersebut.
Menurut Mak Moon Song (2009) beberapa kemahiran perlu dihayati oleh guru apabila
menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar. Kemahiran tersebut seperti memilih cerita yang
sesuai dengan objektif pengajaran, bercerita dengan bersahaja tanpa melihat nota, menggunakan
alat-alat sokongan, bercerita dengan penuh emosi, menggunakan intonasi yang sesuai dengan
jalan cerita dan watak yang terlibat, melibatkan murid semasa sesi bercerita, menggunakan
Kaedah soal jawab merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang melibatkan interaksi
antara guru dan murid. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2001) kaedah menyoal bukan sahaja
untuk menilai kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran, bahkan terdapat beberapa
6
tujuan lain seperti menggerakkan minda, membetukan kesilapan murid, merentas kandungan
mengerakan interaksi menyelesaikan masalah, mengaitkan dengan tajuk sebelumya dan memberi
kesedaran. Kaedah yang melibatkan penglibatan murid ini juga berupaya membina rasa percaya
Kaedah menyoal juga digunakan dalam al-Quran seperti pada surah al-Anam 6:19, surah al-
Isr 17:17, surah li Imrn 3:25 dan beberapa tempat lain dalam al-Quran. Kata tanya seperti
ma, ai (apakah), kaifa (bagaimana), aina (di mana), a, hal (adakah), dan kam (berapa) digunakan
bertujuan menggalakkan pembaca berfikir dan bertadabbur (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim
Tamuri 2007). Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s.a.w. ketika
menyampaikan ilmu kepada para sahabat r.a. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari
(1987, no. hadis 1554) bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat r.a. satu
soalan bagi membuka minda mereka, yang bermaksud: Apakah pandangan kalian sekiranya
terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut
lima kali sehari, Akan adakah kekotoran pada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan ada
kekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas: begitulah dengan solat lima waktu, akan terhapus
GPI perlulah menggunakan kaedah soal jawab dalam menyampai dan mengukuhkan kandungan
PI. Kaedah ini boleh digunakan kepada semua komponen dalam PI (al-amm(Mohammad
Shatar Sabran et al., 2010)di 1987). Terdapat beberapa kemahiran dalam soal jawab yang boleh
dipraktikkan oleh guru seperti meminta murid mengulang soalan dan guru menjawab semula
bagi pengembangan idea, tidak menjawab soalan yanhg diajukan malah bertanya semula soalan
7
lain kepada murid yang bertanya bertujuan membuka minda, mengajukan soalan kepada murid
yang telah mengetahui jawapannya bagi mewujudkan daya saing antara mereka, memberi
jawapan lebih daripada yang disoal, meminta murid lain yang menjawab soalan yang diajukan
kepada guru bertujuan memberi motivasi, mengabaikan soalan yang difikirkan bertujuan
mengenakan guru atau rakan lain, dan melewatkan memberi jawapan kepada soalan yang
diajukan sekiranya jawapan tidak pasti ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Razali Saaran 2010).
Selain daripada kaedah menyampaikan kuliah, bercerita dan bersoal jawab, guru juga boleh
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh GPI
bagi menyampaikan kandungan PI ialah melalui aktiviti penyelidikan, lukisan, perbincangan dan
debat, demonstrasi, permaianan dan lawatan. Di samping mencipta suasana pembelajaran yang
baru, melalui aktiviti, pelbagai kemahiran generik murid dapat dipupuk, seperti kemahiran
komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, adab dan pembelajaran sepanjang
Hadis-hadis Nabi s.a.w. menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan aktiviti dalam
pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w.
dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a. ialah menggalakkan sahabat
r.a. melakukan penyelidikan. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis
12697) menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada para sahabat r.a.
seorang pemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. Sahabat r.a. yang tertanya-
8
tanya lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati bahawa pemuda tersebut
Aktiviti ini boleh dilakukan dalam bentuk kertas projek bagi meningkatkan penglibatan murid
melalui aktiviti pengajran yang lain. GPI berperanan menyediakan tajuk dan memberi kebebasan
kepada murid untuk memilih tajuk. Garis panduan penyediaan kertas projek perlu disediakan dan
GPI perlu memantau dan membimbing kajian murid dari masa ke semasa (Mohd Azam Mahat
2009).
Selain daripada menggalakkan para sahabat melakukan penyelidikan, Nabi s.a.w. melakukan
teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat r.a. Ini seperti yang
dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668) yang bermaksud:
Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakah kalian
tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya
yang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelak
ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti Muhammad,
Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun.
Aktiviti melukis bukan sahaja membantu murid dalam memahami kandungan pengajaran bahkan
mampu mengembangkan daya imaginasi murid, meluahkan perasaaan yang tersimpan dan
mengurangkan tekanan (al-Sys 2006). Justeru GPI bolehlah menjalankan aktiviti melukis pada
topik-topik yang dianggap berat agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih santai dan
9
Selain daripada aktiviti melukis, Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan
perdebatan dengan para sahabat r.a. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap
sesuatu perkara. Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita,
seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita!
Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa golongan
wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.?
Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami. Nabi bersabda lagi: Aku
tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya yang mampu menewaskan
golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan
akal kami wahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.: bukankah penyaksian perempuan itu
cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulah bukti
Aktiviti perbincangan dan perdebatan memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan
pendapat mereka. Di samping mengasah ketajaman berfikir, aktiviti sebegini mampu membina
kreativiti murid, membentuk keyakinan diri dan mengajar sifat toleransi (Basri bin Ibrahim
2009). Justeru GPI digalakkan melakukan aktiviti perbincangan dan perdebatan dalam
Selain daripada aktiviti perbincangan dan perdebatan, aktiviti lain yang dilakukan Rasulullah
s.aw. dalam menyampaikan pengajaran iailah aktiviti demonstrasi. Ini seperti yang telah
diriwayatkan oleh Abu Daud (1980, no. hadis 109 ) bahwa Sayyina Uthman bin Affan r.a. telah
10
menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat r.a. yang lain dan memberitahu bahawa
Aktiviti ini sesuai digunakan bagi kurikulum ibadah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.
Halim Tamuri, 2007). Menurut Mohd Azam Mahat (2009) aktiviti ini boleh dilakukan samada
menggunakan model hidup (guru atau rakan murid), model simbolik (arahan guru secara bertulis
atau lisan serta gambar) dan model persepsi (tayangan video, bahan maujud bahan alam).
Selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan, Rasulullah s.a.w. juga kadangkala melakukan
aktiviti permainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bermain teka teki
dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh hadis
yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1735) bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan
satu teka teki kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan jawapannya. Hadis
tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yang bewarna hijau dan mempunyai
keberkatan seperti seorang muslim, daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia
potensi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani di samping mengukuhkan kemahiran-
kemahiran lain yang baru dipelajari (Abdul al-Jabbar & al-Nabbah 1988; Jabir & al-Dib 1971;
al-Isw 2003; Mohd Azam Mahat 2009). Antara bentuk permainan pembelajaran yang boleh
dilakukan GPI ialah kotak beracun, teka-teka, cantum perkataan, silang kata dan lain-lain.
11
Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga telah menerima kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari
semalam melalui aktivi pengembaraan israk dan mikraj. Allah s.w.t. telah mengajar Rasulullah
dipaparkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menguatkan lagi ingatan dan menambahkan
keyakinan Nabi s.a.w. (Ab. Halim Tamuri et al. 2004). Pengajaran terbesar dalam peristiwa
tersebut ialah tanggungjawab menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan kepentingan
menjaga kemuliaan masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam (Abdul Halim
Mahmud 1977).
Justeru, GPPI juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan menganjurkan lawatan
sambil belajar ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran. Ini secara
tidak langsung memberi peluang kepada murid meneroka dan mengambil pengajaran
daripadanya.
Penutup
Demikianlah paparan hadis-hadis Nabi s.a.w. berkaitan kemahiran pedagogi Baginda s.a.w.
dalam pengajaran. Justeru, GPI bolehlah memanfaatkan pedagogi yang diaplikasikan Rasulullah
s.a.w. dalam pengajaran mereka, sekaligus beramal dengan amalan-amalan sunnah dalam
pengajaran.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim,
& Khadijah Abdul Razak. (2004). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam ke atas Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
12
Abd al-Fattah Abu Ghuddah. (2001) Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terunggul. Seremban:
al-Azhar Media Ent.
Abdul al-Jabbar, Muhammad Mahmud, & al-Nababah Muhammad Saleh. (1988). Psikologiah
al-La'b wa al-Tarwih. Riyard: Maktabah al-Safahat al-Zahbiyyah.
Abdul Halim Mahmud. (1977). Isra' wa al-Mi'raj. al-Azhar: Majma' Buhus Islamiyyah.
Abu Daud Sulayman bin al-Ash`at. (1980). al-Sunan. Beirut: Dar al-Fikir.
Ahmad Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal. (t.th). al-Musnad. Kaherah: Muassasah Qurtuba.
Ahmad Mohd. Salleh. (2001). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaeah P&P. Selangor:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih al-Bukhari (Ed. Ke-3 ed.).
Beirut: Dar Ibn Kathir.
al-Isawi Abdul Fatah. (2003). Falsafah fi Tarbiyyat al-tifl wa Hill al-Mushkilah. Kaherah: Dar
al-Kutub al-Misriyyah.
al-Syas Hidayatullah Ahmad. (2006). Mausu`at al-Tarbiyyat al-Amaliyyah li al-Tifl. Kaherah:
Dar al-Salam.
Atan Long. (1983). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Basri Ibrahim. (2009). Psikologi Rasulullah s.a.w. dalam Berinteraksi dengan Masyarakat.
Selangor: al-Hidayah Publisher.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Hart M. H. (2005). The 100: a Ranking of the most Influential Person in History. California:
Carol Publishing Group.
Jabir Isa Abdull, & al-Dib Amirah Abdul Aziz. (1971). al-Usus al-Nafsiyah li al-La`b Marhalah
al-Tufulah. Kuwait: Zat al-Salasul.
Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mak Moon Song. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran. Perak: Multimedia Sdn. Bhd.
Mohammad Shatar Sabran, Samir Muazzab Amin, Paramasivam, Aidi Ali, Zulhamri Abdullah,
& Azali Mohamed. (2009). Kemahiran Insaniah Pelajar. Kuala Lumpur: ZH Publishing
House.
Mohammad Shatar Sabran, Samir Muhazzib, Nordin Jusoh, Shahzool Hazimin Azizzam, Wan
Mahzom Ahmad Shah, & Mohd Nur Adzam Rasdi. (2010). Pelajar Holistik. Kuala
Lumpur: Wavelenght Publishing.
Mohd Azam Mahat. (2009). Guru Pendidik, Pengajar atau Pendakwah. Shah Alam: Karisma
Publication Sdn. Bhd.
Muslim Ibn al-Hujjaj Abu al-husayn al-Kushayri al-Naisaburi. (1984). al-Jami' al-Sahih. Beirut:
Dar Ihya' Turas al-Arabi.
Razali Saaran. (2010). Hebatnya Cara Rasululluh Mendidik. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.
Said Hawa. (1990). al-Rasul. Kaherah: Dar al-Salam.
Shahabuddin Hashim, Rohizan Yaakob, & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Ala-Uddin Othman.
(2011). eknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA. GEMA Online
Journal of Language Studies, 11(2), 67-82.
13
14