You are on page 1of 8

Kerja Kursus Geografi

Tajuk : Kajian Lapangan Tentang Jenis Pekerjaan Dan Kegiatan


Ekonomi Di Kampung Baru Aulong.

Nama : Yang Danish Hail bin Yang Sharkawi

Tingkatan : 109

Nama Guru : Puan Ezuria Irdawaty binti Abdul Rahman


Senarai Isi Kandungan

Bil Tajuk m/s


1. Penghargaan
2. Pengenalan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
Penghargaan

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja Kajian
Lapangan Tentang Jenis Pekerjaan Dan Kegiatan Ekonomi Di Kampung Baru Aulong

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya, adik beradik saya dan tak lupa kepada guru saya serta rakan-rakan saya yang
telah banyak membantu saya menjalankan kajian ini. Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar
mereka telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya segala yang baik itudatang dari Allah s.w.t dan segala kekurangan
serta kesilapan datang daripada diri saya sendiri.
Pengenalan
Nama saya ialah Yang Danish Hail bin Yang Sharkawi. Saya adalah pelajar Tingkatan
Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin, Taiping, Perak. Sekolah saya
terletak ira-kira 3 kilometer dari rumah. Saya telah memilih Kampung Baru Aulong untuk
kawasan geografi saya. Sebab utama saya memilih kampong ini kerana ia adalah kawasan
perumahan saya. Saya telah menjalankan kajian tentang jenis pekerjaan di kampong saya.
Saya juga telah memilih seramai 10 orang responden bagi tujuan kajian ini.

Saya juga menjalankan kajian tentang beberapa jenis kemudahan yang terdapat di
kawasan tempat tinggal saya. Kajian ini njuga telah membolehkan saya mengenalpasti jenis
pekerjaan di kawasan rumah saya serta mengeratkan silaturrahim di antara saya dan jiran-
jiran saya. Saya telah mengambil lima hari untuk menemubual responden saya.

Objektif kajian
1. Mengkaji pekerjaan dan kegiatan ekonomi di Kampung Baru Aulong.
2. Mengkaji kemudahan yang terdapat di Kampung Baru Aulong.
3. Mencadangkan kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan penduduk
Kampung Baru Aulong

Kawasan Kajian
Kawasan yang saya kaji ialah Kampung Bru Aulong. Saya telah memilih kawasan ini
kerana terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu kira-kira satu kilometer dari
rumah saya. Ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian dengan lengkap.

Terdapat beberapa buah kemudahan di kawasan kajian saya ini. Antaranya ialah
sekolah. Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu dan mendidik insan menjadi
manusia yang berguna. Selain itu terdapat masjid sebagai tempat beribadat dan mengerat
tali persaudaraan antara penduduk di kampong saya. Seterusnya terdapat jalanraya yang
memudahkan saya untuk menghubung antara satu tempat ke tempat yang lain.
Kemudahan-kemudahan lain yang ada ialah seperti kedai runcit. Kedai ini memudahkan
penduduk kampong untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian mereka.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpulkan data dan
memperoleh maklumat sepanjang saya menjalankan kajian. Antara kaedah yang digunakan
ialah:

1. Kaedah Pemerhatian
Saya telah menjalankan kajian ke atas Kampung Bru Aulong. Saya telah
meninjau dan melakukan pemerhatian untuk mengumpulkan data dan maklumat
tentang jenis pekerjaan penduduk serta kemudahan yamg terdapat di kawasan
kajian saya.

2. Kaedah Temubual
Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya telah menemubual 10 orang
responden. Saya mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan dan bilangan ahli
keluarga yang tinggal bersama responden tersebut. Saya telah mengambil masa lima
minit untuk menemubual responden saya.

3. Kaedah Rujukan
Saya telah menggunakan bahan rujukan seperti bukuteks, buku rujukan dan sumber
internet bagi menghasilkan kajian ini
Hasil Kajian
Penduduk Kampung Bru Aulong terdiri dari pelbagai peringkat umur dan generasi.
Kebanyakan mereka adalah pesara kerajaan atau perkhidmatan swasta. Selain itu, terdapat
di kalangan mereka yang menjadi penjawat awam. Ada juga sebahagian dari mereka yang
berkhidmat di bidang swasta seperti di sektor perkilangan dan sebagainya. Ramai juga di
kalangan wanita yang ada di sini menjadi suri rumahtangga sepanjang masa. Namun begitu
mereka mempunyai kegiatan ekonomi mereka sendiri yang dilakukan di rumah.

CADANGAN
BIL NAMA ALAMAT P0SKOD BANDAR BILKELUARGA PEKERJAAN EKONOMI
NO 1028 LORONG 49, PEGAWAI MENJUAL ANAK
1 SUHAIMI BIN AZIDIN AULONG 34000 TAIPING 6 IMEGRESEN POKOK
WAN PAKARRUDIN BIN NO 1024 LORONG 49, PESARA MEMBAIKI
2 WAN HANIF AULONG 34000 TAIPING 8 TELEKOM PERABOT
MOHD JASNI BIN NO 1020 LORONG 49, PEMANDU PENGASUH
3 HUSSEIN AULONG 34000 TAIPING 5 LORI KANAK-KANAK
AHMAD SHAHIRI BIN NO 1014 LORONG 50,
4 MANAN AULONG 34000 TAIPING 7 TNB TIADA
SHMSUDDIN BIN MOHD NO 1010 LORONG 50, MENJAHIT
5 JAIS AULONG 34000 TAIPING 8 PESARA GURU PAKAIAN
MOHD AZMAN BIN NO 998 LORONG 50, PEMBANTU
6 MOHD NOR AULONG 34000 TAIPING 6 HOSPITAL MENJUAL KUIH
ANUAR BIN MOHD NO 964 LORONG 50, TUKANG
7 SAAD AULONG 34000 TAIPING 7 KASUT KATERING
JAMAL AZAM BIN NO 2013 JALAN PENGURUS MEMBAIKI BEG
8 ISMAIL MASJID, AULONG 34000 TAIPING 8 HOTEL DAN KASUT
NO 1222 LORONG 50, PESARA
9 HJ WAHAB BIN AHMAD AULONG 34000 TAIPING 7 TENTERA TIADA
ANUAR BIN NO 664 LORONG 46, PESARA TUKANG MASAK
10 JAMALUDDIN AULONG 34000 TAIPING 6 TENTERA RESTORAN
Graf Bar tentang jenis pekerjaan penduduk di
Kampung Baru Aulong.

4.5

3.5

2.5
Series1
2
Series2
1.5

0.5

0
1 2 3 4 5

P esara

Penjawat Awam

Bekerja Sendiri

Pekerja Swasta

Tafsiran Graf
Graf bar mudah ini menunjukkan jenis pekerjaan penduduk dan bilangan responden
Kampung Baru Aulong. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan oleh 10 orang
responden yang saya kaji.

Pekerjaan yang paling ramai ialah pesara iaitu seramai 4 orang. Pekerjaan yang
paling sedikit ialah bekerja sendiri iaitu seramai 1 orang sahaja

Kesimpulannya,ramai penduduk di tempat tinggal saya mempunyai perkegaan tetap


. Ini kerana taraf hidup dan ekonomi Negara semakin meningkat
Cadangan ekonomi bagi pnduduk kampong
baru aulong

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan di kampong baru aulong ,saya telah
menemu bual 10 orang responden, terdapat beberapa orang di tempat tinggal saya yang
tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan tetap. Saya mempunyai beberapa
cadangan ekonomi untuk menambahkan pendapatan penduduk di Kampong Baru Aulong.

Antara peker jaan yang saya cadangkan ialah menjual nasi lemak, kuih muih dan
menjalankan permainan online bagi suri ramah . Selain itu mengasuh kanak-kanak ,
menjual burger , mengambil upah menjahit dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang telah saya cadangkan pada penduduk di
tempat tinggal saya. Ada antaranya pekerjaan yang tidak memerlukan sebarang modal
manakala ada pekerjaan yang memerlukan modal perniagaan . Penduduk boleh memohon
bantuan modal daripada Program Keusahawanan.

Rumusan
Melalui kajian ini, saya telah mengamalkan beberapa nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, mengeratkan silaturrahim dan menepati masa. Kajian geografi ini juga dapat
membantu saya mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan di tempat tinggal saya.

Selain itu saya juga dapat mengenal pasti beberapa kaedah kajian yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian saya. Saya juga dapat melukis graf dan
mentafsirkan graf saya.

Kesimpulannya saya mencadangkan beberapa aktiviti pekerjaan yang dapat


membantu menambah pendapatan penduduk di kampung saya. Saya berasa bangga dapat
menghasilkan kerja lapangan ini

You might also like