You are on page 1of 2

Macroeconomics UTM 15/16

DASAR FISKAL (1)


1.1 Definisi Dasar Fiskal

Dasar Fiskal atau dasar belanjawan ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan
kerajaan dan struktur pencukaian dalam usaha mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam
ekonomi. Dalam ayat yang lebih ringkas dasar ini merujuk kepada langkah atau tindakan kerajaan
menggunakan cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi di mana apabila
apabila berlaku kemelesetan ekonomi dan pengganguran kerajaan akan menurunkan cukai dan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

1.2 Objektif Dasar Fiskal

Dasar fiskal dijalankan bagi mencapai objektif kebajikan, pertumbuhan, pembangunan dan
keseimbangan agihan harta. Dalam huraian sebelumnya telah dijelaskan bahawa dasar (polisi)
fiskal merupakan dasar yang melibatkan hasil (percukaian) dan perbelanjaan kerajaan. Dengan
kata lain, ia merupakan langkah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dan sistem percukaian
untuk mempengaruhi kedudukan ekonomi negara. Dasar fiskal yang berkesan boleh membawa
kestabilan ekonomi serta langsung mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran.

1.3 Alat Fiskal dan Mekanisme


Alat Dasar Fiskal terbahagi kepada dua (2) iaitu Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai. Mekannisme
dasar fiskal juga terbahagi kepada dua (2) iaitu Dasar Fiskal Automatik dan Dasar Fiskal Budi
Bicara.

1.3.1 Dasar Fiskal Automatik

Merupakan satu sistem yang sediaada dalam mana-mana kerajaan yang berubah secara sendiri
mengikut situasi dalam ekonomi untuk mengurangkan kesan turun naik kegiatan ekonomi. Ia
melambatkan pengembangan apabila ekonomi berkembang dan melambatkan kemerosotan
apabila ekonomi merosot. Alat Dasar Fiskal Automatik terbahagi kepada dua (2) iaitu Cukai
Berkadar & Cukai Progresif dan Bayaran Pindahan Kerajaan.

Cukai Berkadar & Cukai Progresif adalah cukai yang menyebabkan jumlah cukai yang dikenakan
bertambah apabila pendapatan bertambah dan sebaliknya. Contoh: Semasa ekonomi melambung,
pendapatan individu cenderung meningkat. Cukai Progresif akan mengawal kenaikan pendapatan
individu iaitu dengan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi dan kesan daripada tindakan ini
perbelanjaan agregat berkurang dan aktiviti ekonomi dikurangkan.

Bayaran Pindahan Kerajaan adalah bantuan kewangan kerajaan kepada rakyat. Contoh :
Pewujudan Skim Elaun Pengangguran di mana semasa ekonomi meleset, ramai pekerja akan
kehilangan pekerjaan dan pengangguran meningkat. Dengan adanya skim ini kerajaan akan
memberi bantuan kewangan secara tetap kepada penganggur sehingga mereka berjaya mendapat
pekerjaan dan ini dapat mengurangkan kemerosotan perbelanjaan agregat akibat pengangguran
tersebut.
Macroeconomics UTM 15/16

1.3.2 Dasar Fiskal Budibicara merujuk kepada usaha kerajaan di dalam melakukan perubahan
terhadap cukai dan perbelanjaan kerajaan dalam usaha mengatasi masalah ekonomi apabila dasar
fiskal automatik sudah tidak berkesan. Terdapat tiga (3) cara untuk melaksanakan Dasar Fiskal
Budi Bicara iaitu Mengubah Perbelanjaan Kerajaan Sahaja, Mengubah Cukai Sahaja dan
Mengubah Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai secara serentak.

You might also like