You are on page 1of 3

Contoh Surat Notis Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Kelab Kembara dan Rekreasi, Ruj. Tuan:


SMK Kepala Batas, Ruj. Kami : SMKKB/05/KKR/09 (02)
13200 Kepala Batas, Tarikh : 15 Ogos 2009
Pulau Pinang.
___________________________________________________________________________

.
.
.

Saudara/Saudari,

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KELAB KEMBARA DAN REKREASI

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Kembara dan Rekreasi,
SMK. Kepala Batas akan diadakan pada :

Tarikh : 1 April 2009 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat: Bilik Kelas 5A

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2.3 Laporan Kewangan
2.4 Aktiviti-aktiviti yang dirancang
2.5 Perkara-perkara yang berbangkit
2.6 Hal-hal lain

3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

..
(SITI SARAH BT MOHD JIWA)
Setiausaha Kelab Kembara dan Rekreasi
SMK. Kepala Batas.

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.


2. Guru Penasihat Kelab Kembara dan Rekreasi
3. Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi.
Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Kembara dan Rekreasi Kali Kedua,


SMK. Kepala Batas, Pulau Pinang

Tarikh : 1 April 2009 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kelas 5A
Kehadiran :
1. Encik Mohd. Arif bin Ismail (Guru Penasihat)
2. Mohd. Jamil bin Mat (Pengerusi)
3. Loh Yeap Seng (Naib Pengerusi)
4. Siti Sarah bt Mohamad Jiwa (Setiausaha)
5. Nor Maimunah Bt Saad (Bendahari)
6. Kaviseelan a/l Subramaniam (AJK)
7. Saifuddin bin Nasharudin (AJK)
8. Mohd. Saleh bin Hitam (AJK)
9. Wong Fei Hong (AJK)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
Guru Penasihat Kelab dan semua ahli jawatankuasa. Beliau turut melahirkan rasa
bangga kerana semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada mesyuarat kali kedua ini.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan kembara yang akan
dianjurkan oleh kelab ini dan beberapa masalah berbangkit.

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat Jawatankuasa yang Pertama


Saudara Kaviseelan mengesyorkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa
sebarang pindaan. Usul beliau disokong oleh Saudari Nor Maimunah.

3.0 Laporan Kewangan


Bendahari membentangkan laporan kewangan bagi bulan Mac.

3.0 Aktiviti yang dirancang


3.1 Pengerusi meminta semua anggota memberikan pendapat bentuk kegiatan yang akan
diadakan.
3.2 Saudara Mohd. Saleh mengusulkan supaya pihak kelab mengadakan kegiatan
berkayak di sungai . Saudara Wong pula mengusulkan supaya diadakan kegiatan
mendaki gunung.
3.3 Guru Penasihat memberikan pendapatnya. Beliau lebih cenderung menggalakkan
kegiatan mendaki gunung kerana semua anggota dapat menyertainya. Jika diadakan
kegiatan berkayak , hanya anggota-anggota yang tahu berenang saja yang dapat
menyertainya. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan pendapat Guru Penasihat.

3.4 Saudara Loh mengusulkan supaya diadakan kegiatan mendaki Gunung Jerai. Semua
ahli jawatankuasa bersetuju dengan usul itu.
3.5 Saudara Wong mengusulkan supaya kegiatan itu diadakan pada 5 dan 6 Mei 2009,
yakni pada minggu pertama cuti semester. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan
tarikh tersebut.

3.6 Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa memikirkan syarat-syarat penyertaan.


3.7 Kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu daripada pihak berkuasa.
Tindakan : Semua AJK
: Setiausaha

5.0 Perkara-perkara berbangkit


Bendahari memaklumkan bahawa ada anggota yang masih belum menjelaskan yuran
bulanan.
Tindakan : Bendahari

6.0 Hal-hal lain


6.1 Semua ahli jawatankuasa dikehendaki memikirkan moto kelab yang baru.
6.2 Naib Pengerusi diberi tugas menghubungi orang perseorangan yang dapat menjadi
pemandu semasa pendakian.
Tindakan : Semua AJK
Naib Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan Guru Penasihat
yang sudi menghadiri mesyuarat itu hingga selesai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45
pagi.

Yang bertugas, 2 APRIL 2009

(SITI SARAH BT MOHAMAD JIWA)


Setiausaha,
Kelab Kembara dan Rekreasi,
SMK. Kepala Batas,
Pulau Pinang.

You might also like