You are on page 1of 2

KUMPULAN 3 ( TAUK 3)

1. Jelaskan 3 contoh pelanggaran peraturan 4A oleh seseorang guru.


Peraturan 4A (Gangguan seksual)
Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang
lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh 210 PENGENALAN TATATERTIB
SURCAJ PENAMATAN
(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta
layanan seksual daripada orang itu
(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang
lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan
menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.
(c) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam.

2. Nyatakan dua jenis hukuman yang akan dihadapi oleh penjawat awam
sekiranya melanggar peruntukan peraturan peraturan yang terkandung
dalam peraturan Kelakuan Tatatertib 1993?

( Contoh kes guru tersebut tidak hadir ke sekolah )

Encik GGG adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang bertugas di


Sekolah Menengah QAQ, pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas selama
2,983 hari dari 1 Ogos 1996 hingga 30 Oktober 2004. Ketua jabatan pegawai telah
mengeluarkan tiga (3) pucuk surat arahan kembali bertugas pada 15 Ogos 1996, 24
Mac 1997 dan 6 September 1999. Surat-surat tersebut telah diakui terima oleh
pegawai. Melalui siasatan yang dijalankan, Pegawai mengemukakan alasan
ketidakhadirannya seperti berikut:

- CONTOH 14 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN


(a) Pengetua tidak mahu berkompromi dengan cadangan yang telah pegawai
usulkan demi kebaikan sekolah
(b) kelulusan akademik, pengetahuan dan pengalaman pegawai lebih
menjurus kepada bidang teknikal dan amat bertepatan jika pegawai tidak
mengajar di dalam lapangan mata pelajaran lain
(c) pegawai berpendapat pegawai tidak wajar mengajar pelajaran di luar
bidang yang diceburi namun pegawai telah memberikan komitmen bagi
memastikan kejayaan pelajar beliau
(d) pegawai pada masa itu turut dipengaruhi oleh faktor marah.
Oleh sebab itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib
yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat)
setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa didapati bersalah dan
dikenakan hukuman buang kerja berkuat kuasa mulai 24 Oktober 2005 mengikut
peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993. Asas-asas pertimbangan keputusan:

-18 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN

(a) pegawai tidak menafikan pertuduhan

(b) tempoh ketidakhadiran terlalu lama tidak dapat dimaafkan

(c) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan.

(Contoh kes 2 Penerimaan hadiah atau sumbangan )

Puan HA adalah Pegawai Tadbir Gred N48, Pengarah, Jabatan P Negeri Y, semasa
bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan di Ibu Pejabat Jabatan PQR
telah dilaporkan ingkar perintah dan cuai dalam menguruskan sumbangan yang
diterima daripada pihak pembekal kepada Jabatan PQR Negeri Y antara 1.1.2004
sehingga 3.1.2006.

Dalam kes ini , pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan
dikenakan hukuman amaran mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan
keputusan:

(a) pegawai tidak secara langsung menafikan pertuduhan tetapi mengetahui bahawa
sumbangan diterima oleh jabatan daripada syarikat yang berkenaan

(b) sebagai seorang Pengarah Jabatan P, pegawai sepatutnya sedia maklum


tentang keperluan melaporkan penerimaan dan memohon kebenaran Ketua Jabatan
ke atas penerimaan pemberian tersebut

(c) sebagai pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan
yang sama.

You might also like