You are on page 1of 8

SMK PUSAT BANDAR PUCHONG(1)

JALAN WAWASAN 2/23


PUSAT BANDAR PUCHONG
47100 PUCHONG

UNIT ICT

DOKUMENTASI
LAPORAN PERASMIAN
KIOSK ICT KUAN

TAHUN 2017

TARIKH : 25 FEBRUARI 2017


HARI : SABTU
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : KIOSK ICT KUAN
ANJURAN : UNIT ICT, SMKPBP(1)
KERTAS KERJA KIOSK ICT KUAN
SMK PUSAT BANDAR PUCHONG(1)
TAHUN 2017

1. PENDAHULUAN

Selaras dengan perkembangan, trend dan tuntutan global semasa, transformasi pembelajaran kini
mengkhusus kepada pedagogi pendidikan yang mengutamakan ciri-ciri abad ke-21. Dalam hal
ini, platform utama dan paling integral adalah ICT yang juga merupakan entiti penting dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Entiti ini yang terangkum dalam Anjakan
ke 7 menuntut ICT dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dengan
kata lain, domain pendidikan kini perlu disulami dengan segala limpahan positif yang mampu
dibawa oleh semua potensi ICT.

Atas kesedaran ini dan mengambil kira sumbangan perkakasan dan perisian komputer
yang diberikan oleh YDP PIBG, kepimpinan sekolah mengambil kesempatan mengusulkan idea
penubuhan kiosk ICT. Seyogia dimaklumkan usaha pengetua ini telah diberi beberapa
penambahbaikan oleh PIBG dan YDP-nya sekali. PIBG menyumbangkan kerusi dan meja
komputer dan YDP PIBG pula telah bermurah hati menyediakan sistem pendingin hawa dan
kemudahan jaringan internet di kiosk tersebut. Justeru, pihak sekolah terpanggil untuk
menghargai sumbangan beliau (YDP PIBG) dengan menamakan stesyen ICT ini sebagai KIOSK
KUAN 2017.

2. MATLAMAT

a) Mewujudkan kalangan murid yang celik komputer.


b) Meningkatkan pencapaian teknologi dikalangan murid murid.
c) Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
d) Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
3. OBJEKTIF

a) Menambah baik kemudahan akses kepada ICT oleh pelajar dan guru
b) Mengaktifkan pembelajaran melalui VLE Frog
c) Menyediakan akses untuk kemudahan pembelajaran abad ke-21

4. KUMPULAN SASARAN

a) Murid-murid SMKPBP(1)
b) Ibu bapa
c) Guru-guru

5. TARIKH PELAKSANAAN

Dilaksanakan pada 25 Februari 2017

6. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Abibah Bt Harun


Timbalan Pengerusi : En. Ismawi B. Muhammad
Naib Pengerusi : En. Mohd. Asri B. Seman
Penyelaras 1 : Pn. Nurul Asyikin Bt Mohd Yasin
Penyelaras 2 : Pn. Nurazrin Bt. Yaacob
AJK Penyelenggaraan : En. Wan Nizar
AJK Kebersihan dan Keceriaan :Pn. Nur Athirah Zafirah
:Pn. Jumariah bt Junaidi
AJK Data dan Buletin :Pn. Rosmawati bt Jamil
AJK Dokumentasi :Pn. Nurul Asyikin bt Mohd Yasin
7. STRATEGI PELAKSANAAN

Masa Perkara
8.00-8.30 Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
8.30-10.00 Mesyuarat PIBG
10.00-11.00 Perasmian Kiosk ICT Kuan Oleh YDP PIBG
(En. Kuan Chee Heng)
Pemotongan Reben
YDP PIBG menandatangan Plat Perasmian
Ibu Bapa mengakses masuk VLE Frog
menggunakan ID VLE Ibu Bapa
11.00 Bersurai

8. Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga


1. Komputer Sumbangan PIBG
2. Wallpaper RM170
3. Kain Alas RM 40
4. Banner RM100
5. Hiasan RM 50
6 Kabel Internet + Modem RM300
JUMLAH RM660
9. PENUTUP

Di harap penubuhan dan perasmian Kiosk ICT Kuan ini dapat memberikan impak yang besar
kepada penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Kami juga berharap pelajar dapat
menggunakan sebaiknya kemudahan yang disediakan dan seterusnya dapat meningkatkan kadar
celik IT di kalangan warga sekolah.

Disediakan Oleh,

----------------------------------
(Pn. Nurul Asyikin Binti Mohd Yasin)
Penyelaras Kiosk ICT Kuan.
LAPORAN PERASMIAN KIOSK ICT KUAN
SMK PUSAT BANDAR PUCHONG(1)
TAHUN 2017

1. PELAKSANAAN

Pelaksaan program adalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Kiosk ICT Kuan tela
dirasmikan pada 25 Februari 2017 oleh YDP PIBG SMKPBP(1) iaitu En. Kuan CHee Heng.
Berikut adalah butiran peristiwa:

Masa Perkara
8.00-8.30 Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
8.30-10.00 Mesyuarat PIBG
10.00-11.00 Perasmian Kiosk ICT Kuan Oleh YDP PIBG
(En. Kuan Chee Heng)
Pemotongan Reben
YDP PIBG menandatangan Plat Perasmian
Ibu Bapa mengakses masuk VLE Frog
menggunakan ID VLE Ibu Bapa
11.00 Bersurai

2. KEKUATAN PROGRAM

Berikut adalah kekuatan program yang dikenalpasti:


a) Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMKPBP(1)
b) Semua AJK Program memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan Kiosk ICT ini.
c) Tempat yang strategik iaitu ruang di antara bilik guru dan bilik PBS memudahkan
pemantauan kiosk oleh guru-guru.
3. KELEMAHAN PROGRAM

Berikut adalah kelemahan program yang dikenalpasti:


a) Sekolah berada di dalam wilayah MAXIS menyukarkan pihak sekolah untuk melanggan
kemudahan internet lain
b) Kawasan sekolah belum ada capaian MAXIS FIBER jadi Kiosk ICT mengalami gangguan
internet pada waktu-waktu tertentu kerana berkongsi kemudahan internet sekolah.

4. CADANGAN PENAMBAHAIKAN

Berikut adalah cadangan penambahbaikan program yang dikenalpasti:


a) Melanggan internet yang khusus untuk KIOSK ICT Kuan.

5. PENUTUP

Majlis perasmian berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan bersurai pada pukul 11.00
pagi.

Disediakan Oleh,

----------------------------------
(Pn. Nurul Asyikin Binti Mohd Yasin)
Penyelaras Kiosk ICT Kuan.

You might also like