You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK DAN RBT 1/2014

TARIKH : 17hb Februari 2014

HARI : Isnin

MASA : 02.00 petang -3.30 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Sebat

KEHADIRAN:

1. Encik Tan Abdul Kirry bin Tan Sojet (GB)


2. Encik Menchil A/K Mahli (GPK 1)
3. Puan Rokiah binti Abdullah (GA RBT)

AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru.


1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia
TMK dan RBT untuk tahun ini.
1.3. Tambahan lagi, pada tahun ini TMK dan RBT baru sahaja diperkenalkan berdasarkan
KSSR yang merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan.
1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP
TMK dan RBT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid
mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan.

(Makluman : Semua guru)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

1
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : ISU-ISU MESYUARAT

4.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa TMK dan RBT


4.1.1 Pengerusi : En. Tan Abdul Kirry Bin Tan Sojet
Penasihat : En. Menchil AK Mahli
Penyelaras : Ustazah Rokiah binti Abdullah
Setiausaha : Ustazah Rokiah binti Abdullah
AJK : Ustazah Rokiah binti Abdullah (Guru TMK dan RBT)

(Makluman : Semua guru)

4.2 Pengurusan Fail Panitia


4.2.1 Guru Besar mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawal
Februari ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.
4.2.2 GB mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai
jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata
guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja
yang melibatkan panitia.
(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

4.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


4.3.1 Semua guru yang terlibat mestilah menghantar RPT kepada Guru Besar untuk
semakan selewat-lewatnya 17 Februari 2014.
4.3.2 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh
KPM.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.4 Peruntukan masa mengajar untuk TMK dan RBT


4.4.1 Peruntukan waktu mengajar untuk TMK dan RBT adalah 2 masa seminggu (1
jam) yang diajar secara berselang-seli.
4.4.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang
telah ditetapkan.

2
(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

4.5 Ujian TMK dan RBT


4.5.1 Walaupun TMK dan RBT merupakan matapelakaran dibawah KSSR, akan tetapi
Guru Besar telah menetapkan supaya 3 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur
tahap pencapaian murid-murid.
4.5.2 Tiga kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Bulanan 1, Ujian Penggal 1 dan
Ujian Penggal 2.
4.5.3 Oleh itu, disamping menguji Tahap Penguasaan (TP) mereka, penilaian sumatif
turut diadakan untuk kebaikan akademik murid-murid.
4.5.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan
disemak oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperbanyakkan.

(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.6 Penyediaan Soalan untuk TMK dan RBT


4.6.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
(subjektif) dan Bahagian B (Objektif).
4.6.2 Bahagian A memperuntukkan 20 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan
30 markah.
4.6.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.
(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

4.7 Aktiviti Tahunan Panitia TMK dan RBT


4.7.1 Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
4.7.1.1 Pertandingan Reka Cipta dari Bahan Kitar Semula
4.7.1.2 Pertandingan Gambar Inspirasiku
4.7.1.3 Pertandingan Mencipta Pakaian Angkasawan

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada hal-hal lain

3
AGENDA 6 : PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru.


6.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan menikut
kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap semuanya
akan berjalan lancar.
6.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada
perkhidmatan kita.
6.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini semua panitia akan bergerak dengan lebih aktif dan
efektif.
6.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Minit dicatat oleh: Disemak oleh:

. .

(ROKIAH BINTI ABDULLAH) (EN TAN ABDUL KIRRY TAN SOJET)

Setiausaha Panitia TMK dan RBT Guru Besar SK Sebat, Lundu.

You might also like