You are on page 1of 15

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

ABSTRAK

Kajian karya catan Dzulkifli Buyong ini merupakan sebuah hasil kajian mengenai karya
catan yang telah dihasilkan oleh beliau. Kajian ini berdasarkan beliau mengaplikasikan
asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni visual pada
zamannya.

Pilihan karya catan beliau yang bertajuk Kelambu, 1964 telah digunakan sebagai
kajian untuk menunjukkan bahawa bagaimana beliau menggunakan kesemua aspek
seni bagi menghasilkan sebuah catan yang menarik.

LATAR BELAKANG
1
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

DZULKIFLI BUYONG

(1948-2004)

Dzulkifli Buyong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1948 dan menerima pendidikan seni
di Institut Victoria dari 1961 hingga 1965. Beliau belajar di Institut Victoria dan
mengenali pelukis yang juga guru seni iaitu Patrick Ng yang merupakan ahli kumpulan
seni Wednesday Art Group.

Sebelum beliau berumur 19 tahun, beliau telah pun mempamerkan karyanya kepada
umum dan telah memenangi banyak pertandingan. Beliau diangkat sebagai seorang
yang luar biasa dan telah dianggap sebagai Remaja Sensasi Dunia Seni Malaysia
kerana beliau telah menghasilkan beberapa lukisannya yang terkenal pada usia yang
sangat muda. Pada usia 16 tahun, beliau telah memenangi pelbagai anugerah
termasuk pingat emas dari Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah Tengku Ismail dan
Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Semasa dia berusia 17
tahun, beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Melukis Poster Negara.
Beliau adalah seorang tokoh yang biasa di Bilik Seni VI (kini Muzium Sekolah) dan
terdapat mural di dinding bertahun-tahun dahulu di mana sebagai simbol mengingati
beliau.

Dzulkifli menerangkan dirinya sendiri: " Saya suka melukis kanak-kanak, permainan
berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya. Kecantikan tidak penting
2
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

yang lebih baik adalah perkara biasa bahawa orang lain tidak melihat. Setiap hari yang
berlaku, khususnya kanak-kanak adalah keriangan mereka dan kegembiraan mereka."

Hadiah:

1962: Pertandingan Seni 4 Rakan Muda: Trofi Cabaran yang dibentangkan oleh Menteri
Pelajaran Encik Khir Johari, dan 1, 2, 3 hadiah untuk pastel;

Pertandingan Lukisan Kanak-Kanak Malaysia: pingat emas dari Di bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri, Tengku
Abdul Rahman, bagi kemasukan terbaik keseluruhan beliau;

Persaingan Artis muda : 2 hadiah (pastel)

1963: "Ibu dan Anak" Pertandingan: 3 hadiah (minyak); 3 hadiah (pastel);

Pertandingan Seni 5 Rakan Muda: 1 dan 2 hadiah (pastel);

Bulan Bahasa Kebangsaan Poster Pertandingan; 3 hadiah.

1964: "Joy of Living" Pertandingan: Hadiah Ke-2 (Pastel);

Pertandingan Inter-Sekolah Seni: 1 Hadiah (Kelapa), 2 hadiah (Kraf).

Pameran:

1962 - 1963: Pameran Rakan Muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia;

1962 - 1965: Pameran Artis muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia;

1962 - 1966: Pameran Tahunan Rabu Kumpulan Seni;

1965: Angkatan Pelukis Semenanjung Pameran Seni Kontemporari di Asia; Pameran


Seni Malaysia bagi Australia yang ditaja oleh Balai Seni Lukis Negara;

3
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

1964 - 1965: National Art Gallery Pameran Tahunan dan Pameran Malaysian Artists
Terbuka, yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia.

Koleksi:

Dzulkifli Buyong diwakili dalam Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negara oleh enam kerja,
termasuk Kapal Kertas (1964), kelambu (1964) dan Membakar Semut (1967).

PENGENALAN

Melihat dari segi penghasilan sesebuah karya, faktor kebudayaan masyarakat


sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna sesebuah karya
tersebut. Begitu juga dalam kesenian di Malaysia, bermula dengan kewujudan kesenian
kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, permainan tradisional serta kesenian
Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Salah seorang
4
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyong sering kali menggunakan imej-
imej figura di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu
di dalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catan
sejarah seni moden Malaysia seperti Murid Sekolah,1962, Kelambu, 1964, Kapal
Kertas,1966, Membakar Semut,1967.

DISKRIPSI KARYA KELAMBU,1967.

Di dalam salah satu karya beliau iaitu Kelambu,1964 dapat dilihat dengan jelas
bahawa beliau gemar menggunakan watak-watak figura yang naif di dalam karyanya.
Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu
yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di
dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut
membawa watak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan
sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura di dalam karya tersebut adalah
sebuah keluarga. Kebarangkalian catan ini menggambarkan sebuah keluarga ibu
tunggal. Selain itu, figura-figura di dalam catan tersebut memperlihatkan pergerakan
yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan
tugas masing-masing. Catan tersebut juga menampilkan suasana di dalam bilik di mana
situasi yang rakamkan ketika sebuah keluarga sedang membuat persiapan sebelum
tidur bersama. Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat
nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan si ibu tidur di
bahagian luar. Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan
sedang melakukan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup
jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu , terdapat seorang yang sudah
berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan
badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati
suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta
mempunyai ton yang gelap. Karya catan ini juga memaparkan beberapa identiti
masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain
batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu
5
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari
apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.

APLIKASI ASAS SENI REKA DAN ORGANISASI


REKAAN DALAM ALIRAN PEMIKIRAN

SENI VISUAL

ASAS SENI REKA

Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, beliau telah mengaplikasikan asas seni reka dan
organisasi rekaan di dalam karya kelambu. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan
karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan
elemen serta prinsip dalam karyanya.

6
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

Beliau telah menerapkan unsur-unsur seni di dalam catan Kelambu mengikut 6


elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi
berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Di dalam karya catan ini,
terdapat pelbagai garisan yang dihasilkan antaranya adalah garisan nipis, tebal, dan
beralun. Di sini dapat dilihat garisan nipis terdapat di bahagian lantai, pintu, dan
bahagian tepi kelambu, manakala garisan tebal terdapat pada langsir dan tali kelambu.
Selain itu, garisan beralun terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di
sebelah pintu. Seperti contoh di bawah:

7
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

Garisan Nipis Garisan Tebal Garisan Beralun

Unsur rupa adalah garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Apa yang
dapat dilihat melalui catan ini rupa yang dihasilkan merupakan rupa yang positif kerana
ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Dapat dilihat rupa geometri yang wujud di
dalam karya ini pada bahagian kain figura di dalam catan kelambu ini. Selain itu,
terdapat juga rupa organik yang mana mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada
bentuk yang khusus. Seperti contoh gambar di bawah:

rupa geometri (bujur) rupa geometri (empat segi)

Bentuk pula mempunyai struktur jisim dan isi padu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk
konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau
ilustrasi. Catan kelambu ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan
dihasilkan melalui catan. Antara contoh bentuk yang terpapar adalah figura manusia
iaitu watak kanak-kanak itu sendiri dan ibunya.

Unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.
Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Oleh sebab catan ini
mempunyai permukaan rata oleh itu jalinan yang boleh ditafsirkan adalah jalinan
tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pakaian pada figura-
figura. Contohnya :
8
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

jalinan tampak (pada daun)

Seterusnya adalah unsur ruang yang mana ruang merupakan kawasan yang dikelilingi
oleh garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek.
Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang
akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak
unsur ruang yang boleh dilihat.

Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna
mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih cantik.
Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.
Dzulkifli Buyong memilih warna tertier sebagai warna yang utama di dalam karyanya ini.
Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna asas dan satu warna
sekunder. Warna ini ialah warna yang ketiga hebat kuasanya. Karya catan kelambu ini
digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang
melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung.

ORGANISASI REKAAN

Melalui karya Dzulkifli Buyong ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat
dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta
prinsip seni dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan
keseimbangan simetri di mana figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan
kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi
keseimbangan di dalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan perspektif telah
mewujudkan komposisi yang jelas di dalam karya di mana terdapat imej yang berada di
9
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

hadapan, di tengah dan juga berada di belakang. Bayang pada kelambu dan juga
dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui
pencahayaan yang diterapkan.

keseimbangan simetri

Kesan harmoni timbul dalam seni tampak apabila semua unsur-unsur seni dalam
sesuatu karya seni mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur. Ia dapat
dihasilkan melalui olahan unsur-unsur seni , termasuk susunan objek, warna, garisan,
rupa, bentuk, jalinan, saiz objek, dan ton. Warna yang digunakan oleh beliau telah
mewujudkan keharmonian di dalam karya ini. Tona yang digunakan pula lebih ke arah
tona gelap bagi menimbulkan suasana malam. Namun tidak kesemua warna yang
digunakan adalah warna yang bersifat bosan kerana masih terdapat penggunaan warna
lain. Selain itu susunan objek serta keseimbangan di dalam catan jelas menunjukkan
komposisi yang seimbang. Oleh itu karya ini memang wujudnya kesan harmoni.

Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek yang lain. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik
perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Ianya dapat diwujudkan melalui ruang, objek,
tema dan gaya. Fungsi Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk
memberi tumpuan dan menarik perhatian. Di dalam karya ini, penegasan yang wujud
adalah objek kelambu kerana saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati
untuk melihat. Selain itu, warna objek kelambu itu juga telah memberi penegasan
warna kerana warnanya lebih cerah berbanding warna objek yang lain.
10
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

penegasan melalui saiz objek kelambu

Kontra ialah keadaan apabila salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan
unsur-unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan badan ke
atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana
ketika telah mewujudkan unsur-unsur yang kontra. Ini kerana bentuk figura itu yang
berada di tengah-tengah kelambu dengan keadaan yang memberi perhatian kepada
pemerhati. Bentuk figura wanita itu lebih menunjukkan kontra apabila ia terdampar di
atas kelambu dan objek kelambu itu sendiri telah menunjukkan penegasan. Oleh itu
secara tidak langsung figura wanita itu menunjukkan kontra dari segi bentuk.

kontra dari olahan bentuk figura

Pergerakan adalah perlakuan unsur seni yang berulang-ulang dan tidak tetap
kedudukannya seperti keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, berpancar dan
sebagainya. Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu
dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan.

Kombinasi unsur jalinan ,rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip
kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai akan membentuk gagasan

11
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di dalam karya kelambu ini
wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada
corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarung yang dipakai, bentuk keadaan
figura, warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya.

Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan
menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini
berlaku secara seimbang, harmoni, dan saksama ia mewujudkan kesatuan. Karya
kelambu ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik
di mana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur
bersama. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti
masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain
batik, baju kurung, pelita dan juga motif sulaman pada bantal.

Kebanyakan karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti Murid Sekolah,(1962),


Kelambu, (1964), Kapal Kertas, (1966), Membakar Semut, (1967) tidak jauh
bezanya. Media yang digunakan karya kelambu dan hampir kesemua karya beliau
adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karakter yang ingin
disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai
visual yang ditampilkan oleh beliau dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej
figura yang lebih menjurus ke arah imej kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau
juga telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak
moden. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya
mencapai darjah yang tinggi di dalam tahap nilai estetika kerana telah meliputi
kecemerlangan dari segi aspek formal, serta makna yang terkandung.

12
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

KESIMPULAN

Dzulkifli Buyong merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan


peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah inti pati
pengisian makna di dalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di
dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang
sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak.

Proses menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah


menjadikan karya beliau mempunyai identiti sendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih
ke arah mengstailisasikan karakter di dalam karyanya menjadi bentuk figura naif dan
kelihatan seperti watak kartun. Beliau masih lagi menggambarkan di dalam karyanya
namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara
hidup serta kenangan zaman kanak-kanak.

Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting
kepada masyarakat seta generasi kini serta akan datang kerana ianya terkandung
keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia.

13
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

REFLEKSI

Pada 19 Januari yang lau, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi
satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami
dikehendaki membuat kajian karya catan Dzulkifli Buyong. Saya telah memilih karya
Kelambu, 1964 sebagai kajian dan diminta menghuraikan bagaimana pelukis karya
catan tersebut mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran
pemikiran seni visual pada zamannya.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari karya-karya yang telah dihasilkan
beliau untuk membuat pemilihan salah satu karyanya sebagai kajian. Sepanjang masa
yang ada saya mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai beliau melalui blog-blog
pelajar seni serta buku-buku yang berkaitan dengan beliau.

14
KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964 DPLI-PSV

BIBLIOGRAFI

Mohamed Ali Abdul Rahman (2004). Modern Malaysia Art : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Jeff Low, Syndia Low, H. Heather (2011). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
KBSM : Cerdik Publication Sdn. Bhd, Shah Alam.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson
Longman.

http://www.viweb.freehosting.net/viig_dzulkifli.htm

http://shunshahrul.blogspot.com/2011/05/irama-dan-pergerakan.html

http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/sejarah-seni-visual

http://www.scribd.com/doc/50860824/Dzulkifli-Buyong

15

You might also like