You are on page 1of 8

SULIT Modul Penilaian Berfokus 2Pulau Pinang 2016 3756/1

1. Encik Rahman, seorang peniaga telah merekod belian alat tulis


anaknya ke dalam akaun alat tulis perniagaannya.

Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?


A Materialiti
B Konservatisme
C Entiti berasingan
D Wang sebagai ukuran

2. Antara berikut manakah merupakan Akaun Kontra bagi Akaun Jualan?


A Ambilan
B Diskaun diberi
C Pulangan keluar
D Diskaun diterima

3. Antara berikut, yang manakah merupakan belanja kendalian perniagaan?


I Insurans
II Kadar bayaran
III Faedah atas pinjaman bank
IV Rugi atas pelupusan aset bukan semasa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Baiduri.

RM
Alatan pejabat 10 000
Stok akhir 3 980
Penghutang 3 000
Pemiutang 6 000

Berapakah ekuiti pemilik Perniagaan Baiduri?


A RM 6 980
B RM 10 980
C RM 16 980
D RM 22 980

5. Pada 5 Jun 2016, Encik Saiful membawa masuk komputer peribadinya bernilai
RM3500 untuk kegunaan perniagaan.

Apakah dokumen sumber yang sesuai digunakan untuk urus niaga tersebut?
A Memo
B Invois
C Nota debit
D Nota kredit

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
3
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

6. Perniagaan Azwa telah menerima dokumen dari pihak bank bagi memberi tahu
bahawa akaun Perniagaan Azwa telah didebitkan bagi bayaran insurans kedai.
Apakah dokumen tersebut?
A Nota debit
B Nota kredit
C Makluman debit
D Makluman kredit

7. Urus niaga manakah yang direkodkan dalam jurnal am?


A Memulangkan barang niaga yang salah model
B Membayar sewa kediaman dengan tunai pejabat
C Catatan penutup dan pemindahan baki-baki akaun
D Memasukkan tunai peribadi ke dalam bank perniagaan

8. Maklumat berikut diperoleh daripada Jurnal Jualan sebuah perniagaan.


Jurnal Jualan
Tarikh Butir Jumlah
2016 RM
April 14 Kedai Sukriah 4 500
17 Kedai Munir 3 200
30 X 7 700

Apakah X?
A Akaun Jualan
B Jumlah Jualan
C Jumlah Jurnal Jualan
D Pelbagai Penghutang

9. Urus niaga yang manakah direkod di sebelah debit Buku Tunai?


A Belian tunai
B Ambilan tunai
C Faedah pinjaman
D Faedah simpanan

10. Pemilik perniagaan membayar insurans peribadi dengan wang yang


diterima daripada jualan tunai. Apakah catatan lejar untuk urus niaga
tersebut?
Debit Kredit
A Insurans Tunai
B Insurans Jualan
C Ambilan Tunai
D Ambilan Jualan

11. Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?
I Bayaran gaji pekerja
II Bayaran tambang teksi
III Bayaran upah membersih pejabat
IV Bayaran hutang kepada pemiutang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
4
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

12. Petikan Akaun Kawalan berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

Akaun Kawalan Penghutang


2016 RM
Mac 20 X 200

Apakah X?
A Bank
B Kontra
C Jualan tunai
D Pulangan masuk

13. Antara yang berikut, item manakah yang dicatat di sebelah kredit Imbangan Duga ?
A Penghutang dan gadai janji
B Modal dan faedah atas overdaf
C Pinjaman dan faedah atas pinjaman
D Pemiutang dan faedah atas simpanan

14. Cik Zariah, seorang kerani akaun telah melakukan kesilapan yang berikut:

Bayaran bil elektrik rumah kediamannya sebanyak RM250 telah direkod dalam
Akaun Kadar Bayaran.

Apakah jenis kesilapan tersebut?


A Kesilapan prinsip
B Kesilapan komisen
C Kesilapan songsang
D Kesilapan saling mengimbangi

15. Antara yang berikut, yang manakah aset semasa?


A Gaji terakru
B Faedah simpanan terakru
C Komisen diterima terdahulu
D Faedah atas pinjaman terakru

16. Berikut adalah maklumat pada 31 Ogos 2016:


RM
Kenderaan 50 000
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 15 000

Pada 31 Ogos 2016, kenderaan tersebut telah dijual pada harga RM36 000 secara
tunai.

Berapakah untung atau rugi atas pelupusan kenderaan tersebut?


A Rugi RM1 000
B Untung RM1 000
C Rugi RM14 000
D Untung RM14 000

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
5
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

17. Berikut adalah petikan Imbangan Duga Syarikat Seri Murni pada 31 Ogos 2016:

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2016


Debit (RM) Kredit(RM)
Penghutang 2 800
Peruntukan hutang ragu 180

Kadar peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan pada 5% atas penghutang


bersih.
Nyatakan kesan pelarasan di atas ke atas untung bersih syarikat tersebut.
A Untung bersih bertambah RM40
B Untung bersih berkurang RM40
C Untung bersih bertambah RM140
D Untung bersih berkurang RM140

18. Kawalan tunai oleh perniagaan bertujuan untuk.....


A mengenal pasti untung atau rugi bersih perniagaan
B memastikan perniagaan mendapat keuntungan maksimum
C mengelakkan berlakunya kehilangan hasil akibat tunai terbiar
D menyelaraskan baki di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank

19. Antara yang berikut, butiran manakah yang direkod dalam Belanjawan Tunai?
A Jualan kredit
B Belian kredit
C Pinjaman bank
D Diskaun diterima

20. Pada 30 Jun 2016, Penyata Bank menunjukkan baki debit RM380 tetapi Buku Tunai
menunjukkan baki yang berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh:

Cek belum dikemukakan RM1 650


Deposit belum dikreditkan RM2 300

Berapakah baki di Buku Tunai pada 30 Jun 2016?


A Baki debit RM270
B Baki debit RM1 030
C Baki kredit RM270
D Baki kredit RM1 030

21. Antara berikut, butir manakah yang merupakan komponen gaji kasar?
A Ansuran Pinjaman Perumahan
B Potongan Cukai Berjadual
C Caruman KWSP
D Tunggakan gaji

22. Antara berikut, manakah yang merupakan ciri-ciri perniagaan perkongsian?


A Liabiliti perniagaan perkongsian adalah terhad.
B Perkongsian profesional dimiliki oleh 2 hingga 50 pekongsi.
C Keuntungan perniagaan perkongsian dalam bentuk dividen akan diagihkan
kepada pekongsi.
D Jangka hayat perniagaan perkongsian diteruskan walaupun salah seorang
pekongsi menjadi tidak waras fikiran.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
6
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

23. Mengikut kaedah modal tetap, butir manakah yang akan dikreditkan dalam Akaun
Semasa pekongsi?
A Kongsi rugi
B Bonus pekongsi
C Modal tambahan
D Faedah atas ambilan

24. Semasa pembubaran perkongsian, premis direalis pada harga yang lebih tinggi
daripada kos. Antara berikut, manakah catatan yang betul untuk menutup Akaun
Premis?

Debit Kredit
A Realisasi Premis
B Premis Realisasi
C Realisasi Bank
D Bank Realisasi

25. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Perkongsian Setia Maju.

RM
Baki bank 8 000
Jumlah aset pada harga kos (tidak termasuk bank) 89 000
Semua aset direalis dengan cek 63 000
Pemiutang (RM10 000 tolak diskaun 2%) 9 800
Belanja pembubaran 1 200

Berapakah untung atau rugi realisasi?


A Rugi Realisasi RM60 000
B Untung Realisasi RM60 000
C Rugi Realisasi RM27 000
D Untung Realisasi RM27 000

26. Antara berikut, pilih pernyataan yang benar tentang Syarikat Impian Sendirian
Berhad.
A Saham tidak diniagakan di bursa saham.
B Bilangan pemegang saham mesti melebihi 50 orang.
C Saham boleh dibeli melalui broker saham atau internet.
D Penyata Kewangan perlu disiarkan dalam surat khabar.

27. Antara berikut, manakah jenis modal yang dicatat dalam Kunci Kira-Kira Syarikat
Berhad?
A Modal Dibenarkan dan Modal Diterbitkan
B Modal Dibenarkan dan Modal Belum Berbayar
C Modal Diterbitkan dan Modal Belum Diterbitkan
D Modal Belum Diterbitkan dan Modal Belum Berbayar

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
7
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

28. Maklumat berikut dipetik daripada Syarikat Sure Win Bhd.

Modal berdaftar syarikat terdiri daripada:


500 000 unit 5% saham keutamaan RM2.00 sesaham
1 000 000 unit saham biasa RM1.00 sesaham

Maklumat tambahan:
Lembaga Pengarah membuat keputusan untuk menerbitkan 200 000 unit saham
keutamaan dan 400 000 unit saham biasa.
Berapakah modal belum diterbitkan?

A RM800 000
B RM1 000 000
C RM1 200 000
D RM2 000 000

29. Apakah tujuan menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi kelab dan
persatuan?

A Mengira lebihan atau kurangan bagi operasi kelab dan persatuan


B Mengira baki akhir tunai di bank bagi operasi kelab dan persatuan
C Mengira untung kasar atau rugi kasar bagi operasi kelab dan persatuan
D Mengira untung bersih atau rugi bersih bagi operasi kelab dan persatuan

30. Pilih pernyataan yang benar tentang dana terkumpul.


I Lebihan akan menambahkan dana terkumpul
II Pendapatan modal akan mengurangkan dana terkumpul
III Dana terkumpul dapat dihitung dengan menjumlahkan aset dan liabiliti
IV Dana terkumpul bagi kelab sama dengan ekuiti pemilik bagi perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

31. Maklumat berikut diambil daripada aktiviti jualan minuman Kelab TMK Taman
Bertam Indah.

RM
Baki awal pemiutang minuman 3 350
Baki akhir pemiutang minuman 2 320
Belian kredit 5 320

Hitung jumlah yang telah dibayar kepada pemiutang minuman.


A RM10 990
B RM8 670
C RM6 350
D RM4 290

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
8
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

32. Antara berikut situasi manakah boleh menyebabkan berlakunya rekod tak lengkap?
A Merekod menggunakan sistem catatan bergu
B Perniagaan tidak menyediakan belanjawan tunai
C Rekod perakaunan telah musnah dalam kebakaran
D Terdapat kesilapan dalam merekod buku tunai perniagaan

33. Encik Aliff tidak menyimpan rekod perakaunannya dengan lengkap. Antara berikut
yang manakah kaedah mengira untung atau rugi perniagaan?
A Membandingkan aset dengan liabiliti
B Membandingkan hasil dengan belanja
C Membandingkan jumlah jualan dan jumlah belian
D Membandingkan modal awal dengan modal akhir

34. Rumus berikut digunakan untuk menghitung untung bersih bagi peniaga yang
mengamalkan rekod tak lengkap.

UNTUNG BERSIH = MODAL AKHIR + AMBILAN MODAL AWAL MODAL


TAMBAHAN

Mengapakah ambilan perlu ditambah pada modal akhir?


A Ambilan bukan satu keuntungan
B Ambilan bukan suatu urus niaga lengkap
C Ambilan adalah sebahagian modal yang ditambah
D Ambilan adalah sebahagian modal yang dikeluarkan

35. Maklumat berikut berkaitan kos pengeluaran kerepek oleh Mazni Enterprise.

Kos tetap RM 20 000


Harga jualan RM 2 sekilogram
Margin caruman RM 5 sekilogram

Berapakah titik pulang modal sekiranya kos tetap meningkat sebanyak RM 10 000?

A 2 000 kilogram
B 6 000 kilogram
C 10 000 kilogram
D 15 000 kilogram

36. Apakah istilah yang digunakan bagi lebihan harga jualan daripada kos berubah?
A Untung
B Tokokan
C Margin caruman
D Titik pulang modal

37. Mahkamah mengarahkan Kilang Jati Berhad, sebuah kilang perabot menghentikan
operasinya selama sebulan kerana menyalahi undang-undang alam sekitar.
Apakah jenis kos yang perlu ditanggung oleh kilang tersebut?
A Kos tetap
B Kos berubah
C Kos pengeluaran
D Kos bahan langsung

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online
9
Modul Penilaian Berfokus Pulau Pinang 2016
SULIT 3756/1

38. Encik Razali memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak 30 sen
bagi setiap RM 1 kos jualan.
Apakah analisis nisbah yang digunakan?

A Margin
B Tokokan
C Nisbah semasa
D Pulangan atas modal

39. Maklumat berikut diberikan oleh Mohita Enterprise.

RM
Insurans terdahulu 250
Overdraf bank 1 500
Penghutang 6 000

Berapakah nisbah semasa Mohita Enterprise?

A 0.24:1
B 0.29:1
C 3.43:1
D 4.17:1

40. Apakah kegunaan nisbah kecairan kepada sesebuah firma?

A Untuk menunjukkan kecekapan firma mengurus penghutang


B Untuk menunjukkan kecekapan firma dari segi pengurusan stok
C Untuk membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa sesebuah firma
D Untuk mengukur kemampuan firma membiayai tuntutan hutang jangka pendek

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2016 Cg Narzuki Online

You might also like