Professional Documents
Culture Documents
Sekolah Selamat
Sekolah Selamat
(Artikel ini adalah sedutan daripada sebahagian tulisan kertas kerja/kajian penulis )
1.1 PENDAHULUAN
Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang
agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang
selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah
berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan
berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan sekolah yang
mengabaikan tentang keselamatan. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang
terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang
kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat.
Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan
kejayaan murid serta guru.
Bahagian Sekolah KPM menyediakan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat sebagai
panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-
kanak. Buku itu turut memuatkan aspek manual untuk pelajar menangani isu keselamatan
dalam bidang aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan sekolah, sosial, serta
persekitaran dan lokasi sekolah.
Akhbar Utusan (Edisi On line) 16 November 2004 melaporkan Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan (Jabatan Sekolah), Datuk Kusaini Hasbullah, dalam satu pertemuan, menjelaskan
sebenarnya konsep sekolah selamat sudah pun ada dalam sistem pendidikan formal selama
ini. Memanglah menjadi hasrat guru, ibu bapa dan pelajar supaya semua yang dilakukan
tercapai dalam keadaan selamat. Sekiranya berjaya pun, berjaya dengan selamat. Itu adalah
hasrat serta cita-cita kementerian juga. Jadi konsep sekolah selamat ini daripada begitu
umum, dibina dan dikembangkan menjadi satu konsep khusus yang dilaksanakan di sekolah
seluruh negara. Malah, didapati kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan 10,000 sekolah
rendah dan menengah kini menjalankan konsep ini secara aktif, katanya.
1.Rekabentuk kebanyakan sekolah rendah (sekolah kebangsaan dan sekolah rendah jenis
kebangsaan) yang ada tidak mesra kepada pengguna yang terdiri daripada anak-anak kecil
terutama dari aspek keselamatan dan kesihatan.
2.Faktor dan aspek ergonomik tidak diberi perhatian utama dalam penyediaan peralatan,
kemudahan dan perabot sekolah.
4. Tiada rekabentuk standard yang digunapakai bagi kemudahan di dalam bangunan dan di
kawasan sekolah khususnya sekolah rendah.
http://wanrashid.blogspot.my/2008/06/sekolah-yang-selamat.html
RABU, 11 JUN 2008
Sekolah Yang Selamat (Bhg. 3)
KESELAMATAN BANGUNAN
DEFINISI
Kemalangan (accident)
Kemalangan ialah kejadian yang berlaku tanpa dijangka atau tidak dirancang, dimana
kejadian itu boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada manusia, kerosakan
harta benda serta kemusnahan alam sekitar.
Hazad (hazard)
Hazad ialah sesuatu yang berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan. Ia
termasuklah :-
Risiko (risk)
Risiko ialah sesuatu yang kebarangkalian atau kemungkinan yang kerananya berlaku
kejadian berbahaya.
PENGURUSAN RISIKO
Pengurusan risiko ialah suatu amalan pengurusan baik terhadap proses interaktif yang
mengandungi beberapa langkah-langkah yang perlu dibuat secara berterusan bagi
meningkat tahap keselamatan.
Pengurusan risiko ini lebih merujuk kepada keberkesanan cara dan keputusan yang diambil
seperti mengenalpasti hazad, menganalisa hazad, langkah-langkah kawalan, pemantauan
dan komunikasi terhadap aktiviti-aktiviti yang berisiko. Ini adalah bertujuan bagi
mengurangkan kadar kehilangan atau kerugian terhadap sesuatu organisasi.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) di bawah Seksyen 15(2) telah
menetapkan tanggungjawab majikan iaitu :-
1. Mengadakan dan menyenggara setakat yang praktik tempat kerja dan sistem kerja yang
selamat;
2. Menyediakan kaedah atau cara yang boleh menjamin keselamatan dan kesihatan semasa
pengendalian, penggunaan, simpanan dan pengangkutan bahan;
3. Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan;
4. Mengada dan menyenggara laluan masuk dan keluar dari tempat kerja adalah selamat;
dan
5. Mengada persekitaran kerja yang selamat dengan menyediakan kemudahan bagi
kebajikan pekerjanya.
Jelas sekali bahawa Seksyen 15(2) ini menuntut suatu pengurusan risiko yang terbaik dari
para majikan di Malaysia.
KAWALAN RISIKO
REKABENTUK
Sebagai seorang Pengurus Projek di sebuah firma arkitek bumiputera yang terkemuka,
Seksyen 15(2) AKKP merupakan satu tanggungjawab besar. Lebih-lebih lagi apabila
membicara MEREKABENTUK BANGUNAN SEKOLAH YANG SELAMAT BAGI MURID MURID
SEKOLAH RENDAH
Bagi projek sekolah milik kerajaan, klien ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang
merupakan majikan kepada guru-guru seramai 346,673 di seluruh negara dan kakitangan-
kakitangan lain di sekolah yang sudah siap dibina dan beroperasi. Seluruh kawasan sekolah
adalah tempat berkerja.
Adalah tanggungjawab majikan iaitu KPM mematuhi peruntukan Seksyen 4 AKKP yang
menjadi objektif penggubalan akta tersebut.
PENTINGNYA KESELAMATAN
Perkara-perkara yang menyebabkan stres boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan
murid. Apabila seseorang murid menghadapi stres, mereka boleh terjejas dari segi emosi,
kelakuan dan akademik.
Merekabentuk bangunan sekolah yang selamat pemilihan lokasi adalah penting. Lokasi
sekolah yang kurang sesuai seperti persekitaran yang bising di tengah bandar dan sekolah
yang terlalu jauh sehingga pelajar menghabiskan banyak masa dalam perjalanan
mempengaruhi pembelajaran dan emosi pelajar.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong dipetik sebagai berkata Tahap
keselamatan bangunan di sekolah perlu diberi penekanan bagi memastikan keselamatan
murid-murid terjamin. Beliau berkata, pemantauan dan penilaian berhubung tahap
keselamatan bangunan di sekolah perlu dilakukan secara berkala bagi tujuan tersebut.
Masalah bangunan sekolah yang sudah lama seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Chung Hwa 1 menyebabkan sekolah itu mengalami masalah kekurangan murid kerana ibu
bapa tidak mahu menghantar anak-anak ke sekolah itu kerana bimbangkan keselamatan
mereka.
Kementerian tidak mahu masalah membabitkan bangunan sekolah mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran seperti insiden serangan ulat bulu di Sekolah Kebangsaan
Bandar, Kota Tinggi, Johor 22 April lalu, sehingga sekolah tersebut terpaksa ditutup selama
dua hari, katanya ketika ditemui pemberita di SJKC Pei Yang di Muar.
http://wanrashid.blogspot.my/2008/06/keselamatan-bangunan-sekolah.html
ANALISA KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Membicara rekabentuk sekolah yang selamat sudah pasti Program Sekolah Selamat
KPM menjadi bandingan dalam kajian ini. Selain bertujuan untuk menjawab
persoalan mengenai aspek rekabentuk sekolah yang selamat di sekolah-sekolah
rendah di seluruh Malaysia, kajian ini juga ingin mengenalpasti sekiranya terdapat
perbezaan pandangan antara sekumpulan responden yang dikaji.
Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang direka sendiri oleh Penyelidik
berasaskan kepada persoalan dan tujuan kajian serta telah dikaji kesesuaiannya
melalui kajian awal yang dijalankan. Borang-borang kaji selidik telah dikirimkan
secara pos kepada responden. Sebahagian borang juga dihantar secara serahan tangan.
Borang yang diserah secara serahan tangan kebanyakkannya pihak responden
memberi maklumbalas serta merta berdasarkan soalan-soalan dalam borang tersebut.
4.1.2 Responden
Menurut Ary et al .(1990) suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria
iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel
yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Perwakilan pula membawa maksud
bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat
kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan.
Dengan mengambil kira formula penentuan saiz sampel ini, saiz sampel yang
digunakan untuk kajian ini adalah terdiri daripada 31 orang Pengetua atau Guru Besar,
20 orang guru biasa, 20 orang murid dan 10 orang arkitek.
Pengetua atau Guru Besar yang terpilih adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang
terlibat dengan projek rintis penulisan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat
iaitu 16 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah yang
dimaksudkan itu ialah :-
Analisis data statistik kajian ini dibuat secara manual memandangkan tempoh masa
serta bilangan responden memberi maklumbalas adalah kecil. Penggunaan perisian
The Statistical Package for the Social Science (SPSS) (Norusis 1988) adalah lebih
sesuai untuk menganalisis data yang berskala besar. Walaupun analisis dibuat secara
manual, ketepatan pengiraan adalah menjadi keutamaan dalam kajian ini.
Kajian mengenai program sekolah selamat hanya melibatkan Pengetua atau Guru
Besar, guru biasa dan murid-murid yang berjumlah 71 responden. Apa yang sangat
mengejutkan ialah 66.2 % responden bersetuju bahawa Program Sekolah Selamat
sebenarnya lebih mementingkan aspek kecantikan dan keceriaan sekolah .
4.2.6 Kemalangan
Kajian mengenai kemalangan di sekolah diperolehi daripada 51 responden yang
terdiri daripada 31 orang Pengetua atau Guru Besar dari 31 buah sekolah di seluruh
Malaysia bagi tahun 2007 dan 3 bulan pertama tahun 2008. Maklumbalas yang
diperolehi adalah sebagaimana Jadual 6. Punca-punca kemalangan pula ditunjukkan
di dalam Jadual 7 di bawah.
PERBINCANGAN KEPUTUSAN
Ramai guru dan Pengetua tidak mengetahui tentang AKKP 1994, jauh sama sekali
untuk mengamal dan mempraktiknya di sekolah. Sebab itulah kajian mendapati
peralatan untuk mencegah dan melawan kebakaran disediakan secara ala kadar.
Bukan setakat sahaja, guru-guru pula mengakui bahawa mereka tidak pernah diajar
cara bagaimana menggunakan peralatan-peralatan tersebut.
Program Sekolah Selamat mempunyai matlamat yang baik, iaitu bagi mewujudkan
budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat. Bagaimanapun, selepas 6 tahun pelaksanaan
program itu, masyarakat masih digemparkan dengan insiden memalukan dan
berlawanan arus dengan usaha bersungguh-sungguh banyak pihak untuk menjadikan
negara pusat kecemerlangan pendidikan.
Beberapa kejadian bumbung asrama melayang ditiup angin, bangunan makmal
komputer roboh dan terbaru bumbung bangunan dewan di sebuah sekolah di Dungun,
Terengganu bulan lepas telah ranap menyembah bumi. Itu belum lagi dikira kes-kes
keracunan makanan yang berlaku hampir setiap minggu di seluruh negara sejak awal
tahun ini.
Menurut pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri
Lee Lam Thye konsep sekolah selamat tidak seharus terbatas kepada masalah
disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata,
tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan
sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta aplikasinya kepada institusi
pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan.
Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja, tetapi ia
termasuk juga peruntukan mencukupi bagi melindungi perkara-perkara lain yang
terjejas. Lee berkata selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan
Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan
keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar
dan pelawat.
Kajian juga menunjukkan bahawa kemalangan di bahagian tangga pada tahun 2007
mencatatkan kadar kemalangan yang paling tinggi iaitu 36.3 % berbanding bahagian-
bahagian lain seperti bilik darjah, tandas, kantin dan lain-lain. Bagi tempoh 3 bulan
pertama tahun ini, tangga mencatatkan kadar kemalangan sebanyak 28.6 %. Oleh
kerana itu rekabentuk tangga perlu diberi perhatian khusus dalam cadangan
penambahbaikan rekabentuk sekolah.
http://wanrashid.blogspot.my/2008/06/sekolah-yang-selamat-bhg-4.html
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, analisis dan perbincangan yang telah diutarakan dalam kajian ini,
berikut dikemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi amalan keselamatan agar lebih
mesra dan selamat kepada murid-murid sekolah rendah.
Ukuran dalam binaan tangga adalah sangat penting. Peraturan mengenai tangga telah termaktub
di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL). Peraturan yang ada mensyarat
ukuran ketinggian maksima anak tangga ialah 177 mm manakala kelebaran minima anak tangga
ialah 255 mm.
Ukuran ketinggian 177 mm yang seperti dalam UBBL adalah ukuran ketinggian maksima. Tiada
had bagi ukuran minima. Tetapi kebanyakan tangga sekolah-sekolah di seluruh negara telah
dibina menggunakan ukuran 150 mm tinggi dan 255 mm lebar. Ukuran tinggi anak tangga yang
dibina itu sebenarnya ukuran yang sepadan dengan orang dewasa. Bagi anak-anak kecil di
sekolah rendah apatah yang baru memasuki darjah satu dan terpaksa membawa beg sekolah
yang berat sudah tentu saiz yang sedia ada itu tidak bersesuaian.
Kajian dan pemerhatian yang dibuat selama berkhidmat sebagai arkitek ukuran anak tangga yang
sesuai bagi sekolah rendah ialah 100 mm tinggi dan 300 mm lebar seperti Gambar 21 di bawah.
Selain anak tangga, pembinaan susur tangan (handrail) besi pada tangga bertujuan untuk
berpegang, tetapi dalam masa yang sama ianya tidak selamat kepada kanak-kanak kecil kerana
mereka akan mudah tergelicir apabila terjatuh. Susur tangan seperti ini banyak terdapat di
sekolah-sekolah yang dibina secara kontrak reka dan bina (design and build).
Bangunan sekolah-sekolah dahulu susur tangan dibina menggunakan batu-batu kerana kosnya
yang murah (lihat Gambar 23). Sebenarnya pembinaan tembok batu-bata sebagai susur tangan
adalah lebih selamat kepada murid-murid berbanding susur tangan jenis besi seperti di atas.
Boleh dikatakan kesemua tangga di sekolah hari, binaan susur tangan hanya dibina di satu sisi
tangga sahaja. Adalah dicadangkan supaya susur tangan di sekolah rendah dibina pada kedua-
dua sisi tangga. Murid-murid amat gemar berlari dan berkejar-kejaran termasuklah semasa
menaiki atau menuruni tangga. Dengan adanya susurtangan di kedua-dua sisi tangga, ia akan
membantu murid-murid berpegang dan daripada mengelak kejadian yang tidak diingini.
5.1.2 Tandas
Pembinaan tandas murid juga perlu diberi perhatian. Permukaan lantai tandas didapati kerap
menyebabkan murid-murid terjatuh. Selain permukaan lantai yang licin, murid-murid mudah
tersepak drop pada bahagian pintu tandas.
Adalah dicadangkan supaya lantai drop tandas murid di sekolah rendah digantikan dengan lantai
slope sebagaimana kini terdapat pada tandas-tandas orang kurang upaya (OKU).
Jubin lantai tandas juga hendaklah ditukar kepada jubin jenis unglazed kerana ianya lebih
selamat apabila berkeadaan basah. Aksesori tandas juga hendaklah diganti kepada model yang
lebih ergonomik dan sesuai bagi murid-murid sekolah rendah. Banyak kes berlaku dimana murid
tergelincir kaki di dalam mangkuk tandas (w.c.). Ini adalah kerana saiz mangkuk tandas itu tidak
bersesuaian dengan mereka. Di pasaran sudah banyak mangkuk tandas (w.c.) dan basin
berukuran kecil khusus untuk kanak-kanak kecil, tetapi kenapa masih menggunakan aksesori
bersaiz besar.
Koridor, kakilima dan laluan pejalan kaki juga perlu kepada penambahbaikan untuk keselamatan
murid-murid. Sepertimana tangga, binaan susurtangan pada koridor juga wajar dibina dengan
tembok batu-batu.
Koridor, kaki lima dan kesemua laluan pejalan kaki adalah laluan keselamatan bila berlaku
kebakaran. Kesemua koridor dan laluan itu hendaklah bebas daripada objek yang boleh
menghalang orang berjalan.
Kelebaran koridor iaitu 120 cm mencukupi sebagai laluan selamat apabila berlaku kecemasan,
tetapi oleh kerana murid-murid hari ini menggunakan beg sekolah yang besar dan bertroli
lantaran banyaknya buku-buku kerja setiap hari, kelebaran koridor perlu fikirkan semula. Ukuran
150 cm adalah dirasakan lebih wajar dan munasabah untuk berselisih dan keselamatan.
Rekabentuk kemudahan infrastruktur seperti jalan dan longkang juga penting untuk kawalan
keselamatan murid-murid. Tidak kurang juga kes-kes yang melibatkan murid terjatuh longkang
samada longkang di sekeliling bangunan ataupun longkang di tepi jalan.
Longkang yang tidak bertutup seperti dalam Gambar 27 adalah mendatangkan bahaya kepada
murid-murid. Adalah dicadangkan supaya kesemua longkang di dalam kawasan sekolah terutama
di kawasan yang menjadi laluan murid-murid di tutup. Adalah lebih selamat sekiranya ditutup
menggunakan lantaian konkrit (concrete slab).
5.1.5 Perabot
Di sekolah kerusi dan meja murid walaupun tidak dianggap berbahaya, tetapi sebenarnya boleh
memberikan kesan kronik pada jangkamasa yang panjang. Kerusi dan meja yang dibina daripada
kayu yang keras, rekabentuk yang tegak lurus, serta ketinggian yang tidak sesuai adalah tidak
ergonomik kepada murid-murid sekolah rendah.
Fizikal badan murid-murid darjah satu hingga tiga tidak sama dengan murid-murid darjah empat
hingga enam. Apatah lagi kalau dibandingkan dengan murid-murid sekolah menengah.
Pembesaran tubuh badan kanak-kanak adalah cepat di antara umur 7 hingga 12 tahun. Oleh
sebab itulah fizikal murid-murid darjah tiga begitu berbeza dengan rakan mereka di darjah
enam.
Adalah dicadangkan supaya kerusi murid direka dan dibuat menggunakan bahan yang lebih selesa.
Saiz kerusi dan meja sekolah rendah hendaklah didatangkan dalam dua saiz bagi dua kelompok
pelajar. Kelompok pertama pelajar darjah satu hingga tiga manakala kelompok kedua ialah
pelajar darjah empat hingga enam.
Kerusi dan meja komputer serta meja di Bilik Sains di sekolah rendah juga dicadang agar diganti
kerana ketinggiannya tidak sesuai. Ukuran yang ada hanya sesuai untuk murid sekolah menengah.
Kepada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) iaitu persatuan yang mewakili Arkitek Profesional
dalam negara dicadangkan supaya menyediakan satu manual yang standard bagi rekabentuk
perabot dan peralatan disekolah khususnya sekolah rendah. Untuk tujuan itu suatu seminar perlu
diadakan dan dihadiri oleh semua pengamal senibina berdaftar bagi tujuan menghasilkan manual
standard rekabentuk yang dimaksudkan itu.
5.2 KESIMPULAN
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu
perlu dilaksanakan bukan sekadar merekabentuk dan membina bangunan sekolah yang selamat.
Usaha bersepadu itu bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh
warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian
Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi
perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira
elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah.
Sekolah dan persekitaran merupakan faktor utama dalam mempengaruhi pembentukan sahsiah
dan pencapaian pelajar. Faktor sekolah termasuklah guru, kemudahan pembelajaran,
persekitaran pembelajaran, pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan, cara penyampaian
pendidikan, program sokongan, dan hubungan sekolah dan komuniti. Faktor persekitaran
termasuk komuniti, budaya sesuatu bangsa atau kaum serta sistem sokongan yang wujud dalam
masyarakat akan terus mewarnai kehidupan seseorang murid. Dengan lain perkataan, budaya
belajar seseorang pelajar itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor keselamatan,
keluarga, sekolah serta persekitaran yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang
pelajar baik dalam apa bidang pun serta dalam kehidupan sebenarnya.
RUJUKAN
Konsep dan Manual Sekolah selamat. 2002. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1997.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2002.
Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16.
Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd.Ismail Othman (2004). Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar. Pahang: PTS
Publications & Distributions Sdn.Bhd.
Salleh Buang (1996). Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di
Sekolah. http://www.utusan online .com.my
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. 19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.
http://www.utusan online .com.
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan.
http://www.utusan online .com.my
Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.
Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun
1999.Halaman 4.
Tiada ulasan:
http://wanrashid.blogspot.my/2008/06/sekolah-yang-selamat-bhg-5.html