You are on page 1of 2

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM.

Dipetik
daripadaMaklumat kemasukan permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM), pelajar harus menduduki satu ujian khas iaitu Ujian Kecenderungan
Kemasukan Ke MRSM (UKKM) sebelum diterima masuk. Pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam ujian ini akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke
tingkatan 1 dan 4 di MRSM seluruh negara.

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke


MRSM
Berikut dikongsikan maklumat secara general berkaitan soalan UKKM yang
dikongsikan dari pelajar-pelajar yang telah menduduki ujian sebelum ini. Menurut
makluman MARA, UKKM akan diadakan buat pelajar Tingkatan 1 (Kemasukan
Sabah dan Sarawak) pada 14 hingga 18 Disember 2015. UKKM Tingkatan 4
(Semenanjung) pula akan diadakan dari 16 hingga 20 November 2015.

Contoh Format UKKM


Mengikut pengalaman mereka yang pernah menduduki Peperiksaan UKKM
Tingkatan 1, ianya dimulakan dengan sesi temuduga dahulu sebelum menjawab
soalan matematik, sains dan keperibadian. Semasa sesi temuduga pelajar akan
ditanyakan dengan soalan Bahasa Inggeris. Ianya mungkin berbeza sekarang,
hanya pemohon yang telah menghadiri sahaja yang tahu.

Bahasa Inggeris - 15 soalan


Sains - 50 soalan
Matematik - 40 soalan
Psykologi - 100 soalan
atau

1) Soalan Matematik (50 soalan) : 75 minit


2) Soalan Sains (50 soalan) : 60 minit
3) Soalan Keperibadian/ Personaliti (100 soalan) : 30 minit

Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen


berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM seperti
Kad Pengenalan, Angka Giliran, Kalkulator dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian
Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Semoga Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM secara


asas ini serba sedikit dapat membantu pelajar/ pemohon dalam membuat
persediaan ke ujian ini. Pelajar yang telah menduduki ujian UKKM ini boleh
berkongsi pengalaman mereka untuk kemudahan dan rujukan pemohon untuk tahan
berikutnya. Semoga berjaya dengan cemerlang.

You might also like