You are on page 1of 6

Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

MATEMATIK TAMBAHAN

Kerja Projek 2014

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 0


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Satu perjalanan yang mengagumkan kini bermula ..3, 2, 1, 0

Daya tarikan Matematik terletak pada sifat menakjubkan pola nombor. Tiada perkataan
diperlukan untuk menggambarkan daya tarikan ini. Ia sungguh ketara dari pola yang
dipamerkan. Janjang aritmetik dan janjang geometri adalah dua contoh menakjubkan yang
terlintas secara spontan pada fikiran kita. Lihatlah, nikmatilah dan rasailah
kekagumannya.. Projek ini akan membuat anda lebih menggemari pola nombor!
Cubalah projek ini sepenuh hati untuk mengalami sensasinya!!

BAHAGIAN A

Hasilkan secara kreatif satu poster saiz A4 berdasarkan tema tempatan yang mempamerkan
pola nombor berikut:
1. Janjang aritmetik
2. Janjang geometri

BAHAGIAN B

Anda ialah seorang pelajar Matematik Tambahan Tingkatan 5 sebuah sekolah di Malaysia.
Sebagai satu kehendak sukatan, anda perlu menyiapkan empat tugasan.

Tugasan Bil. 1
Untuk spesifikasi kerja yang sama, dua syarikat menawarkan skala gaji yang berbeza:
Syarikat A : Gaji bulanan permulaan = RM900.00
Kenaikan bulanan = RM50.00

Syarikat B: Gaji bulanan permulaan = RM750.00


Kenaikan bulanan = RM60.00

(a) Pada Januari 2014, Ali mula bekerja di Syarikat A dan Ahmad di Syarikat B.
Bilakah gaji bulanan Ali dan Ahmad adalah sama?
Gunakan tiga kaedah termasuk penggunaan ICT.
(b) Skala gaji yang manakah lebih baik ? Beri justifikasi.

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 1


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Tugasan Bil. 2
Dua syarikat, C dan D, menawarkan skala gaji yang berbeza untuk jawatan yang sama.
Syarikat C: Gaji bulanan permulaan = RM500.00
Seterusnya, gaji bulanan untuk suatu bulan adalah 10% lebih daripada
gaji bulanan bagi bulan sebelumnya.

Syarikat D: Gaji bulanan permulaan = RM300.00


Seterusnya, gaji bulanan untuk suatu bulan adalah 15% lebih daripada
gaji bulanan bagi bulan sebelumnya.

(a) Azrin dan Aidil masing-masing mula bekerja di syarikat C dan D pada bulan yang
sama. Selepas berapa bulankah gaji bulanan Aidil akan lebih daripada gaji bulanan
Azrin?
Gunakan dua kaedah.
(b) Skala gaji yang manakah lebih baik ? Beri justifikasi.

Tugasan Bil. 3
(a) Sebuah syarikat menawarkan kenaikan gaji tahunan yang sangat merangsangkan.
Jadual 1 menunjukkan jumlah gaji yang diterima oleh seorang pekerja selepas
bekerja n tahun.

Bilangan tahun , n 3 4 5 6 7
Jumlah gaji yang diterima(RM) 28 080 39 360 51 600 64 800 78 960
Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, tulis satu konjektur yang sesuai tentang skala gaji tersebut.
Tentusahkan konjektur anda dengan kaedah graf yang sesuai.
Perihalkan selengkapnya skala gaji tersebut.

(b) Jadual 2 menunjukkan gaji bulanan seorang pekerja terima pada tahun ke - n.

n 3 4 5 6 7
Gaji bulanan (RM) 1 003.52 1 123.94 1 258.82 1 409.87 1 579.06
Jadual 2

Berdasarkan Jadual 2, tulis satu konjektur yang sesuai tentang skala gaji tersebut.
Tentusahkan konjektur anda dengan kaedah graf yang sesuai.
Perihalkan selengkapnya skala gaji tersebut.

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 2


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Tugasan Bil. 4
Untuk bahagian terakhir perjalanan yang mengagumkan ini, anda akan meneroka satu
janjang yang fantastik.

PENEROKAAN LANJUTAN
(a) Kira bilangan kelopak bunga bagi setiap bunga berikut untuk menjanakan 9 sebutan
yang pertama bagi suatu janjang yang fantastik. Teliti pola nombor ini untuk
menjanakan 6 sebutan yang berikutnya.

T1 T2 T3

T4 T5 T6

T7 T8 T9

T10, T11, T12, T13, T14, T15,

T10

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 3


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

T8 T9
(b) Untuk jujukan nombor yang anda janakan, cari nilai bagi dan .
T7 T8
Ungkapkan setiap jawapan sebagai satu nombor perpuluhan.
Berdasarkan jawapan anda, bentuk satu konjektur. Buktikan.

Tn
(c) Tentukan nilai bagi had betul kepada empat angka bererti.
n Tn 1

Jawapan anda untuk (c) di atas dikenali sebagai nisbah emas. Orang Yunani
mendapati bahawa suatu bangunan atau struktur dengan dimensi ini adalah sedap
dipandang mata. Maka, jika suatu segi empat tepat dengan panjang y cm dan lebar
y
x cm, di mana y > x, berkeadaan nisbah emas , maka ia adalah sebuah segi
x
empat tepat emas yang sedap dipandang mata.

(d) Kenal pasti 5 jenis barangan berlainan dengan permukaan yang berbentuk segi
empat tepat. Bagi setiap jenis barangan, kumpulkan beberapa item yang berlainan
saiz. Berdasarkan barangan yang anda kumpul, tentukan sama ada pemasaran
barangan masa kini mempamerkan nisbah emas.
Jadualkan dapatan anda.

(e) (i) Anda diberi maklumat berikut: x cm

berkeadaan
Segi empat tepat 1 cm

Tentukan sama ada segi empat tepat seperti ini merupakan segi empat tepat emas .

(ii) Anda diberi kes umum berikut: y cm

berkeadaan
Segi empat tepat x cm

Tentukan sama ada segi empat tepat seperti ini merupakan segi empat tepat emas .

(iii) Lebar sebuah segi empat tepat emas ialah 8 cm.


Cari panjangnya. Gunakan dua kaedah.
(iv) Anda diberi dua utas dawai, panjang setiap satu 20 cm. Seutas dawai dibengkokkan
untuk membentuk segi empat tepat yang terbesar mungkin dan seutas lagi
dibengkokkan untuk menjadi segi empat tepat emas. Tentukan panjang dan lebar
setiap segi empat tepat itu.
Bagi setiap kes, gunakan dua kaedah.

REFLEKSI
Matematik Tambahan menakjubkan. ....... pola, janjang, ............ di sini di sana.

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 4


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Buat refleksi secara kreatif.

Sektor Pengurusan Akademik JPN PERAK 5

You might also like