You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA

JALAN PUTERI HANG LI POH


75100 MELAKA

KERTAS KERJA LAWATAN TAHUN 1, PRASEKOLAH DAN PRA INTERGRASI

TEMPAT:

ZOO MELAKA DAN PLANETARIUM MELAKA

TARIKH:

17 NOVEMBER 2015

ANJURAN:
GURU-GURU TAHUN 1, PRASEKOLAH DAN PRA INTERGRASI
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE ZOO MELAKA DAN PLANETARIUM MELAKA

1.0 PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik
darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka.
Sehubungan itu, kemantapan fizikal, mental, dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat
membantu perkembangan individu murid-murid.
Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala
kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih
kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak
pengalaman.
Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk
mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam menghadapi
pelbagai situasi.
Bagi memenuhi rancangan aktiviti Prasekolah SK Bukit China projek yang dipilih pada tahun ini
ialah lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka dan Planetarium Melaka

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini diharap dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping
dapat memberi pendedahan kepada murid pendidikan khas tentang tempat-tempat menarik di dalam
negara. Aktiviti lawatan ini juga diharap mewujudkan sikap murni seperti tolong-menolong, bekerjasama,
berketrampilan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Allah, bertanggungjawab dan dapat
menambahkan ilmu dan pengalaman.

3.0 MATLAMAT

Matlamat lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang hidupan haiwan
san angkasa lepas sert memupuk minat murid supaya melancong di dalam negara sendiri sambil
menyahut seruan kerajaan bagi mengelakkan pengaliran wang negara ke luar negara. Selain itu, lawatan
ini diharapkan dapat mendedahkan murid-murid kepada berbagai hidupan serta menikmati keindahan
dalam negara sendiri.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan mengenai ilmu yang diajar di sekolah.
4.2 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk beriadah serta menanam minat yang
mendalam tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cintakan haiwan.
4.3 Program Pelancongan Pendidikan.
5.0 KUMPULAN SASARAN

Lawatan ini disertai oleh murid Tahun 1, Prasekolah dan Pra Intergrasidan diiringi oleh
ibubapa/penjaga, guru dan pembantu pengurusan murid seramai 40 orang peserta

6.0 TARIKH LAWATAN

Tarikh lawatan : 17 November 2015

7.0 JAWATAN KUASA


Penasihat : En Muhamad Nor Bin Hamzah
Guru Besar SK Bukit China
Pengerusi : Puan Khiarullaila Bt Hj Mokhtar
GPK Ko-kurikulum SKBC

Naib Pengerusi : Pn Suzana Bt Jaafar


Setiausaha : En Ahmad Faiz Bin Omar
Bendahari : Pn Suzana Bt Jaafar
AJK : Ustaz Adnin Naim
Pn Zarina Bt Ismail
Pn Norazan Bt Mohd Najib
Pn Noorzirwatul Reny Bt Ab. Wahab
Ustaz Abdul Aziz B Ishak
Pn Zalina Bt Ibrahim
Pn Kamila Bt Jalal

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM LAWATAN


Rujuk Lampiran B

PENUTUP
Adalah diharapkan agar lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mencapai
objektif yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan program ini amatlah bergantung kepada
peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti program berjalan dengan lancar
dan berkesan. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.

Disediakan Oleh Diluluskan Oleh

......................................... .....................................................
(En. Ahmad Faiz B. Omar) (En. Muhammad Nor B. Hamzah)
Guru Prasekolah Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Chin Sekolah Kebangsaan Bukit China
Lampiran A
TINTATIF LAWATAN
KE ZOO MELAKA DAN PLANETARIUM MELAKA

9.30 am - Berkumpul dan bertolak di perkarangan SK Bukit Cina

10.15 am 12.00am - Tiba di Zoo Melaka dan Melawat Zoo Melaka

12.00am 12.30am - Makan Tengahari

1.00pm 3.00am - Melawat Planetarium Melaka

3.00am - Bertolak ke SK Bukit China

ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN

Anggaran Perbelanjaan Jumlah


Besar

Bas :
RM 300 RM 300

Tiket Planetarium Melaka


Dewasa (RM 10) RM 90
Kanak-Kanak (RM 5) RM 200
Tiket Zoo Melaka
Dewasa (RM 15) RM 135
Kanak-Kanak ( RM 8) RM 320

Makan
RM 3 x 40 peserta RM 120

Jumlah anggaran perbelanjaan RM 1165.00

You might also like