You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (1) ,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,


112, JALAN TENGKU KELANA,
41000 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-33736478

Rujukan kami : SKC 1800-2/5/1 ( )


Tarikh : 6 Oktober 2017

Kepada,

Guru Besar SK Convent (2),


112, Jalan Tengku Kelana,
41000 Klang, Selangor

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN KELAS DAN DATARAN UNTUK
BENGKEL RBT DAERAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah mewakili Panitia RBT Daerah akan
menganjurkan Bengkel Digital Classroom PAK 21 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2017


Hari : Rabu
Masa : 8:30 pagi 4:00 petang
Tempat: SK Convent (1) Klang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk
menggunakan satu kelas iaitu kelas 5 Bestari dan Dataran Terbuka untuk digunakan semasa
bengkel tersebut. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.
(CHIA SIEW LEE)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent (1) Klang

You might also like