You are on page 1of 13

5.

0 Susunan Kerja
Catatan
Masa Susunan kerja
8.15 pagi Menyediakan alatan dan bahan untuk
(25 minit)
1. Sediakan alatan seperti pisau,
mangkuk adunan, sarung tangan
plastik, kuali, pencungkil gigi,
pelecek dan pisau roti.

2. Sediaka
n bahan

untuk membuat air dan bahan


untuk memasak.

8.40 pagi
(20 minit)

Menyiapkan meja
9.40 pagi Penyediaan kuih Cek Mek Molek
(1 jam 15
minit)
1. Basuhkan ubi keledek sehingga
besih dan rebus dengan air besih
sehingga empuk isinya.

2. Lenyek isi ubi keledek sehingga


lumat dengan menggunakan
pelecek.

3. Selepas isi telah dilenyek sehingga


lumat, campurkan dengan tepung
gandum sehingga adunan tidak
melekit dan senang dibentuk.
4. Kemudian bentukkan adunan
kepada bentuk bulat.

5. Tekankan doh itu untuk meletakkan


gula.

6. Gorengkan doh yang sudah


dibentukkan hingga kuning-
kuningan.

11.00 pagi
(30 minit) Persediaan Teh Strawberi

1. Buka bungkusan uncang the


strawberi.
2. Tuangkan air dan sesudu besar
gula ke dalam teko teh.
11.30 pagi Menghidangkan makanan
(30 minit)
1. Sedia menghidangkan sandwich
sardin.

2. Aturkan kuih cek mek molek dalam


pinggan dan dihiaskan dengan daun
pandan.

3. Susun minuman teh


strawberi.
4. Hidangkan kuih,
sandwich dan buah
tembikai.
Mengemas dan mencuci perkakas.
2.0 Pilihan Masakan

Bil Pilihan masakan Ramuan utama Kaedah

1(a) (i) Sejenis kuih - 2 batang ubi keledek Menggoreng dan


tempatan - Secawan tepung gandum merebus
- Cek Mek Molek - 200g gula

(ii) Sejenis sandwich - 4 keping roti Persedian sejuk


savouri - tin sardin
- Sandwich Sardin - 2 biji limau kasturi
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai cili merah
- 1 biji timun
- 1 biji tomato
- sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh garam
- 1 ikat daun salad

(b) Minuman teh strawberi - 1 uncang teh strawberi Menyeduh


- 1 sudu besar gula

Buah-buahan: - 6 keping Pencuci mulut


(c) - Buah Tembikai

Persiapan meja untuk 1 helai kain alas meja. Menyediakan


(c) empat orang 4 cawan dan piringnya. meja.
4 pinggan hidangan.
1 teko teh,cawan gula.
Jag susu, 4 camca teh.
Gubahan bunga.
3.0 SENARAI BELI-BELAH DAN ANGGARAN KOS (BAHAN KERING)

Bil. Bahan Kering Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos


(RM) (RM)
1. Daun pandan 1 helai 0.20 0.20
2. Gula pasir 200g 2.40 0.64
3. Garam secubit 5.00 0.50
4. Ubi keledek 2 batang 2.00 2.00
5. Tepung gandum Secawan 1.39 0.40
6. Roti 4 keping 2.45 0.80
7. Lada sulah sudu teh 10.00 0.10
8. Uncang Teh Strawberi 1 uncang 2.00 2.00
9. Sardin tin 7.95 3.90

Jumlah Kos Bahan RM 10.54


4.0 SENARAI BELI-BELAH DAN ANGGARAN KOS (BAHAN BASAH)

Bil. Bahan Basah Kuantiti Harga Jumlah Kos


Seunit (RM)
(RM)
1. Limau Kasturi 2 biji 7.99 0.80
2. Timun 1 biji 0.63 0.63
3. Tomato 1 biji 0.98 0.98
4. Cili Merah 1 tangkai 1.10 1.10
5. Bawang besar 1 labu 1.49 0.15
6. Daun salad 1 ikat 2.99 2.99
7. Tembikai 6 keping 6.99 2.50

Jumlah Kos Bahan RM 3.66


6.0 SENARAI PERALATAN MENGHIDANG DAN PERANGGU MEJA

Bil. Item Kuantiti


1. Kain alas meja 1 helai
2. Cawan 4 set

3. Piring 4 set
4. Pinggan hidangan 4 set

5. Teko teh 1
6. Cawan gula 1
7. Jag susu 1
8. Camca teh 4 buah
9. Gubahan bunga Sepasu
7.0 REFLEKSI

Pada hari 9 bulan March 2017, sebelum kami menjalankan amali masakan,
kami disuruh oleh pensyarah Puan Zaleha bt Endot untuk menyediakan resepi iaitu
hidangan Kuih Cek Mek Molek sebagai hidangan minum petang dan air minuman
iaitu Teh Strawberi. Sebelum ini, saya tidak pernah makan kuih tempatan Cek Mek
Molek yang dari Terengganu. Oleh itu, sebelum kami menjalankan amali masakan,
saya telah banyak menonton klip video tentang Kuih Cek Mek Molek supaya saya
dapat membuat kuih tersebut tanpa membuat kesilapan.

Sebelum melaksanakan amali masakan ini, penyediaan bahan masakan


sangat penting. Mujurlah ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama yang
mencukupi untuk membahagikan tugasan masing-masing. Hal ini sangat
memudahkan dan mencepatkan pelaksanaan amali masakan. Bahan masakan perlu
disediakan dahulu sebelum memulakan memasak. Bahan yang perlu dibersihkan
terlebih dahulu ialah daun pandan dan ubi keledek. Bukan sahaja pandan dan ubi
keledek, peralatan yang perlu digunakan juga dibersihkan terlebih dahulu.
Pembentukan Cek Mek Molek sangat penting. Walau bagaimanapun, kami telah
silap membentukkannya kerana kekurangan pengalaman. Selepas mendengar
nasihat Puan Zaleha, kami telah membentukkan Cek Mek Molek dengan saiznya
lebih kecil supaya senang dimakan. Menggoreng kuih Cek Mek Molek memerlukan
kesabaran dan juga kepakaran yang paling penting. Kumpulan kami tidak pernah
menggunakan kaedah menggoreng sebelum ini. Oleh itu, kami telah membuat
kesilapan kerana telah menggunakan api yang terlalu besar untuk menggoreng dan
kesannya sebiji kuih Cek Mek Molek telah hangus. Bukan ini sahaja, kami
merealisasikan bahawa gula yang kami simpan dalam doh Cek Mek Molek terlalu
kurang dan gula tidak mencair selepas goreng. Walau bagaimanapun, kami dapat
mengatasi masalah ini dalam masa yang singkat. Dalam proses penyediaan
sandwich sardin, saya bersyukurlah ahli kumpulan saya yang telah memberi
kerjasama dan menghidangkan sandwich sardin ini dalam masa yang singkat
dengan kelihatan kemas.

Ahli kumpulan kami selalu memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa


melaksanakan amali masakan dan inilah faktor utama untuk menlancarkan proses
memasak. Namun begitu, kelemahan adalah kami tidak dapat mengendalikan dapur
gas dengan baik dan inilah menjadikan beberapa biji kuih Cek Mek Moleh menjadi
hangus.
Komen dan penilaian yang kumpulan kami terima daripada pensyarah iaitu
tatasajian yang menggunakan alatan dan susunan alatan mengidang yang sesuai.
Tambahan pula, kami telah menerima komen oleh kawan-kawan iaitu tekstur dan
rasa Cek Mek Molek dan sandwich sardin agak enak dan bagus. Komen-komen
yang diberi oleh pensyarah dan kawan-kawan sudi diterima supaya dapat
menambahbaikkan hidangan kami pada masa kelak.

Selepas amali masakan ini saya telah mempelajari cara menghias sesuatu
hidangan. Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan
hidangan minum petang iaitu Cek Mek Molek, sandwich sardin dan air minuman teh
strawberi. Hal ini disebabkan kami tidak berpengalaman dalam menyediakan
hidangan minum petang sebelum amali masakan ini. Kami juga berpuas hati dengan
hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya
kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik cara
masak kami supaya dapat menghasilkan makanan yang lebih enak pada masa
kelak.
1.0 Pengenalan

Makanan merupakan keperluan fizikal yang sangat penting. Malaysia


merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik.
Hal ini demikian, terdapat pelbagai jenis makanan di Malaysia untuk memenuhi
keperluan kaum-kaum yang berbeza.
Minum petang merupakan satu hidangan yang ringkas di antara waktu makan
yang utama. Dalam amali masakan Pengenalan Kepada Teknologi Rumah Tangga
yang dilaksanakan pada 9 Mac 2017, kami telah diberikan tugasan untuk
menghasilkan hidangan makan minum petang iaitu kuih tempatan yang dihasilkan
dengan menggunakan bahan tempatan seperti ubi keledek dan juga hidangan
sabouri. Selepas perbincangan dengan ahli kumpulan, kami membuat keputusan
untuk membuat kuih tempatan Cek Mek Molek, savouri iaitu sandwich sardin,
tembikai sebagai pencuci mulut dan juga minuman teh strawberi.
Dalam amali masakan tersebut, kami perlu menyediakan minuman petang
yang lengkap yang mengandungi kuih tempatan sebagai makanan utama. Selepas
amali tersebut, kami perlu melakukan pendokumentasian bagi amali masakan
tersebut. Dalam tugasan ini, kami haruslah menerangkan pilihan masakan,
senaraikan beli belah dan anggaran kos bahan kering serta basah, peralatan
menghidang, susunan kerja semasa amali masakan dijalankan dan juga refleksi.

You might also like