You are on page 1of 5

TUGASAN 1: PEMBINAAN SOALAN UJIAN (TUGASAN KUMPULAN)

1.0 TUJUAN UJIAN DIJALANKAN

Memang tidak dinafikan bahawa ujian dan peperiksaan memainkan peranan


yang amat besar dalam sistem pendidikan negara kita. Ujian adalah pentadbiran satu-
satu instrumen secara sistematik untuk mengukur sampel perlakuan seseorang
(Gronlund and Linn, 1990). Pengendalian ujian tidaklah seketat dan sehebat
peperiksaan awam namun tujuannya adalah sama untuk mendapatkan maklumat
tentang keupayaan kognitif, bakat, kebolehan dan latar belakang murid (Mertler, 2001).

Untuk memenuhi kehendak tugasan bagi kerja kursus EDUP 3063 Pentaksiran
Dalam Pendidikan, ahli-ahli kumpulan kami iaitu Ling Fung Ngiik, Luk Teck Bing dan
Shirley Lau Kho Ee telah berbincang untuk menjalankan satu ujian terhadap murid-
murid sekolah rendah mengikut kesesuaian tahun persekolahan mereka. Kami telah
menyediakan satu set soalan ujian yang mengandungi 10 item soalan objektif pilihan
dan lima item soalan subjektif dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Dua.
Seterusnya, soalan ujian yang telah dibina ini akan diberi kepada 10 orang murid
Tahun Dua semasa kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ketiga
pada 13 hingga 18 Mac 2017 yang akan datang.

Tujuan kami menjalankan ujian ini adalah untuk memantau kemajuan


pembelajaran murid dalam subjek Pendidikan Kesihatan Tahun Dua. Selain itu, kami
juga dapat mengesan kesilapan murid melalui ujian yang dijalankan. Melalui kesilapan
yang ditunjukkan oleh murid, kami dapat mengetahui tahap kefahaman murid tentang
topik-topik yang telah diajar iaitu topik pertama tentang Kesihatan Diri dan Reproduktif
serta topik kedua berkaitan Pemakanan. Daripada maklumat dan data yang dikumpul,
kami dapat mengetahui prestasi murid dan perkara ini dapat membantu kami membuat
keputusan terhadap tindakan yang boleh diambil seterusnya. Guru boleh merancang
aktiviti pemulihan bagi membimbing murid yang lemah serta merancang aktiviti
pengayaan untuk murid yang telah menguasai pengetahuan tentang sesuatu
kandungan.

Bukan itu sahaja, tujuan ujian ini dijalankan juga adalah untuk memberikan
maklum balas kepada murid dan menggalakkan mereka untuk belajar. Melalui
maklumat dan data yang dikumpul, murid-murid akan mengetahui tahap pencapaian
mereka dalam subjek Pendidikan Kesihatan. Maklum balas yang diberi dapat
membantu murid mengetahui kekuatan dan juga kelemahan mereka. Murid dapat
memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kekuatan mereka melalui bantuan guru.
2.0 PERINGKAT PEMBINAAN UJIAN

Kumpulan kami telah membina soalan mengikut peringkat pembinaan ujian


supaya item-item ujian yang dibina boleh dipercayai dan bermakna terhadap murid.
Beberapa pertimbangan perlu diambil berat agar ujian yang dibina itu sah contohnya,
tujuan utama ujian yang ingin digubal, pembinaan JSU, penggubalan item ujian
berdasarkan JSU, memasang item ujian serta modifikasi dan memurnikan item ujian
(Boon, Lee & Lawrence, 2017).

Dengan membuat rujukan terhapap Rancangan Pengajaran Tahunan 2017


Pendidikan Kesihatan Tahun Dua, soalan yang dibina adalah berasaskan topik yang
telah dipelajari oleh murid iaitu topik pertama berkaitan Kesihatan Diri dan Reproduktif
serta topik kedua tentang Pemakanan. Antara berikut merupakan topik-topik yang
hendak diuji dan masa yang digunakan untuk mengajar topik-topik tersebut.

BIL TOPIK/TAJUK Masa untuk mengajar


1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 3.5 jam
2 Pemakanan 1.5 jam
JUMLAH 5jam
Jadual 1: Topik-topik yang hendak diuji dan masa yang digunakan

Seterusnya merupakan peruntukan markah bagi soalan-soalan objektif dan subjektif


yang hendak diuji berdasarkan masa untuk pengajaran dan kepentingannya.

Jenis Soalan Peratus


Soalan objektif 30%
Soalan subjektif 10%
JUMLAH 40%
Jadual 2: Jenis soalan dan peratusannya

BIL Topik/Tajuk Masa untuk Peratus markah Peratus markah


mengajar muktamad (%)
1 Kesihatan Diri dan 3.5 jam (3.5/ 5 x 30=21) + 28
Reproduktif (3.5/ 5 x 10=7)
2 Pemakanan 1.5 jam (1.5/ 5 x 30=9) + 12
(1.5/ 5 x 10=3)
JUMLAH 5 jam 40
Jadual 3: Peruntukan markah bagi soalan-soalan objektif dan subjektif
Soalan ujian yang dibina adalah berdasarkan taksonomi pembelajaran dengan
pemberatan aras kemahiran senang sebanyak 25% (aras mengingat dan memahami),
aras kemahiran sederhana sebanyak 50% (aras aplikasi dan analisis) dan aras
kemahiran susah sebanyak 25% (aras menilai dan mencipta).

Aras Peratus (%) Kiraan Jumlah


Kemahiran Item
Senang 25 25/100 x 10= 2.5 3
Sederhana 50 50/100 x 10=5 5
Susah 25 25/100 x 10=2.5 2
JUMLAH 100 10 item
Jadual 4: Jumlah item soalan objektif

Aras Peratus (%) Kiraan Jumlah


Kemahiran Item
Senang 25 25/100 x 5= 1.25 1
Sederhana 50 50/100 x 5=2.5 3
Susah 25 25/100 x 5=1.25 1
JUMLAH 100 5 item
Jadual 5: Jumlah item soalan subjektif

BIL Topik/Tajuk Masa Peratus (%) Kiraan Jumlah Item

1 Kesihatan Diri 3.5 jam 21 21/30 x 10=7 7


dan Reproduktif
2 Pemakanan 1.5 jam 9 9/30 x 10=3 3

JUMLAH 30 10
Jadual 6: Jumlah item soalan objektif berdasarkan topik

BIL Topik/Tajuk Masa Peratus (%) Kiraan Jumlah Item


1 Kesihatan Diri 3.5 jam 7 7/10 x 5=3.5 3
dan Reproduktif
2 Pemakanan 1.5 jam 3 3/10 x 5=1.5 2
JUMLAH 20 5
Jadual 7: Jumlah item soalan subjektif berdasarkan topik
Peringkat kedua dalam proses pembinaan soalan ujian adalah membina JSU
dengan tepat. JSU merupakan satu blueprint bertulis yang menggambarkan sesuatu
ujian dari segi huraian objektif ujian, aras kesukaran dan sasaran berasaskan domain
Taksonomi Bloom (Ismail, 2009). Perkara yang diambil kira dalam penggubalan JSU
ialah bentuk item ujian, kandungan yang diukur, kemahiran yang diuji, jenis item,
jumlah item dan pengagihan markah.

Menurut Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh Anderson dan


Krathwohl (2001), terdapat enam peringkat dalam domain kognitif iaitu mengingati,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Taksonomi ini
digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur kebolehan kognitif
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). JSU yang lengkap bagi ujian mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Dua boleh dirujuk di bahagian lampiran.

Peringkat terakhir dalam pembinaan soalan ujian adalah memastikan


panjangnya ujian dan tempoh masa ujian adalah munasabah. Masa yang dicadangkan
untuk menjawab kertas soalan ini adalah 30 minit. Kami telah membuat anggaran
masa yang diperlukan untuk menjawab satu jenis item ujian mengikut panduan yang
dikemukakan oleh Peterson (2012).

Jenis Item Anggaran Bilangan Jumlah Masa


Masa Soalan
Item betul atau salah 4.5 minit 1 4.5 minit
Soalan Item isi tempat kosong 1 minit 4 4 minit 19 minit
Objektif Item isi tempat kosong 4.5 minit 1 4.5 minit
Item aneka pilihan 1.5 minit 4 6 minit
Subjektif Item respon terhad 2 minit 4 8 minit 11 minit
Item respon terbuka 3 minit 1 3 minit
JUMLAH KESELURUHAN 30 minit
Jadual 8: Anggaran masa yang diperlukan
3.0 PENILAIAN SOALAN UJIAN

Selepas membina soalan ujian ini, kita telah memberi kertas soalan ujian ini
kepada pensyarah Pendidikan Jasmani, iaitu Encik Zulkefly bin Jamil untuk menilai
dan memberi komen supaya dapat membuat penambahbaikan. Beliau telah memberi
cadangan-cadangan untuk mengubah suai soalan-soalan ujian yang telah kami buat
supaya soalan-soalan tersebut bertepatan dengan prinsip asas pembinaan item.

Terdapat beberapa ayat dalam soalan ujian tidak sesuai digunakan kerana
akan menyebabkan kekeliruan kepada murid-murid yang masih kecil. Oleh itu, kami
telah mengubah suai soalan-soalan ujian berdasarkan cadangan yang diberi oleh
Encik Zulkefly. Beliau telah memberi tunjuk ajar kepada kami dengan begitu sabar dan
baik hati.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pandangan dan cadangan yang


diberikan oleh Encik Zulkefly sangat bermanfaat kepada kami supaya kami
mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembinaan soalan. Melalui tugasan ini,
kami telah mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru tentang cara
pembinaan soalan ujian. Penilaian soalan ujian yang dibuat oleh Encik Zulkefly boleh
dirujuk di bahagian lampiran.

You might also like