You are on page 1of 1

Melalui :

Semua Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan

Tuan,

BENGKEL KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) SEMAKAN MODUL
TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) BAGI MATA PELAJARAN TAHUN 1

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan akan
dilaksanakan mulai tahun 2017. Antara perubahan yang akan berlaku ialah mata Pelajaran
Dunia Sains dan Teknologi (DST) akan dikenali sebagai Sains. Perubahan ini menyebabkan
elemen TMK akan diserap menjadi modul bagi semua mata pelajaran Tahun 1.

3. Suhubungan dengan itu, satu bengkel bagi pelaksanaan modul TMK akan
dilaksanakan kepada semua sekolah negeri Kelantan. Seorang Guru Muda Tahun 1 yang
mahir dalam TMK dikehendaki menghadiri kursus tersebut. Bengkel akan dijalankan
mengikut zon dan jadual pelaksanaan sebagaimana Lampiran 1.

4. Untuk makluman, guru yang akan menghadiri bengkel perlu memastikan
penyebaran modul TMK ini kepada semua guru dalam tempoh 14 hari selepas tarikh
penyebaran. Laporan perlu dihantar kepada PPD selepas taklimat dilaksanakan.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Pendidikan Daerah Teknik Vokasional
masing-masing. Tuan juga boleh menghubungi penyelaras negeri iaitu Pn. Zuriah
Muhamad, Ketua Unit ICT dan Pengkomputeran di talian 09-7418076/ 013-9336566 atau
YM Tuan Mohd Rizal bin Tuan Rahim, Penolong Pengarah ICT dan Pengkomputeran di
talian 09-7418373/ 014-5351115 di Sektor Pengurusan Akademik.

Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

You might also like