You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANATIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

KALI KE 2 / 2011
TARIKH : 9 Febuari 2011 ( Rabu )
MASA : 1.05 Petang
TEMPAT : Bilik j-QAF

KEHADIRAN :
Pn. Hjh Nafisah bt Abu Bakar ( Guru besar )
Pn. Noreda bt Abd Karim ( Ketua Panatia )
En. Reduwan bin Ibrahim ( Setiausaha PAI )
Pn. Rosnani bt Jamari
Ust. Omar bin Hashim
Ust. Ahmad Mukhlis bin Ibrahim
Ustazah Wan Zatul Hizana bt Wan Anuar
Ust. Azrul Hisyam bin Ismail

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.


1.2 Menyampaikan perkara penting yang disampaikan oleh Ust Lutfi (Bahagian j-QAF JPN )
berkenaan dengan guru j-QAF yang telah dilantik layak /boleh memegang jawatan
penting di sekolah.
1.3 Soalan peperiksaan pertengahan tahun 2011 akan dibuat oleh JPN dan soalan akan
diedarkan disekolah bila tiba masanya.

AGENDA 2 : UCAPAN GURU BESAR

2.1 Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kerana Panatia Agama Islam telah berjaya
mengadakan mesyuarat Panatia buat kali ke 2.
2.2 Mengharapkan kejayaan dalam setiap aktiviti yang dirancang pada tahun 2011
2.3 Setiap aktiviti yang akan dilaksanakan perlulah dirancang dengan adanya kertas kerja
dan setelah dilaksanakan, perlulah menyediakan laporan lengkap.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PAI KALI 1

3.1 Ust. Ahmad Mukhlis mencadangkan minit mesyuarat PAI kali 1 disahkan dan ianya
disokong oleh Pn. Rosnani bt Jamari
AGENDA 4 : MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON TAIPING

4.1 Sk Asam Kumbang telah dilantik menjadi tuan rumah MTQ peringkat Zon Taiping
4.2 Tarikh pertandingan pada 2 Mac 2011
4.3 Mesyuarat membincangkan tempat pertandingan yang akan dilaksanakan.
4.4 Mesyuarat memutuskan :
-Pertandingan Nasyid - Dewan SK Asam Kumbang
-Pertandingan Bercerita - Pusat Sumber
-Pertandingan Tilawah lelaki - Surau Asrama lelaki
-Pertandingan Tilawah Perempuan - Bilik j-QAF
-Pertandingan tulisan jawi - Makmal Sains
-Hafazan lelaki / Perempuan - Makmal Komputer
- Makan minum pegawai - Dewan makan asrama

AGENDA 5 : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

5.1 Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 18 Febuari 2011
5.2 Aktiviti yang dicadangkan ialah, perarakan dan ceramah Maulidur Rasul
5.3 Perarakan akan bermula di dataran SK Asam kumbang dan akan mengelilingi kawasan
persekitaran sekolah.
5.4 Semua guru dan murid terlibat dalam perarakan ini.
5.5 Setiausaha akan mengeluarkan surat makluman kepada pihak Polis, Ketua Kampung,
Pengerusi PIBG dan Ajk PIBG. Pelan lokasi perarakan turut sama akan diedarkan.
5.6 Sepanduk lama akan digunakan semasa perarakan tersebut kerana masih elok dan
sesuai.
5.7 Bunga manggar akan diuruskan oleh guru yang akan dimaklumkan kemudian.
5.8 Penceramah Maulidur Rasul : Ust. Azrul Hisyam bin Ismail
5.9 Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul :
- Tahap 1 = Pertandingan mewarna
- Tahap 2 = Pertandingan menulis khat. ( Tema akan diberi )

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN


Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2 petang.

Disediakan oleh, Disemak,

.. ..
Mohamad Reduwan b. Ibrahim (Pn. Noreda bt Abd Karim )
Setiausaha Panatia PAI 2011 Ketua Panatia PAI 2011

You might also like