You are on page 1of 2

ANUGERAH TOKOH MURID MITHALI

Pelajar cemerlang ini sering menampilkan sahsiah yang mulia dan murni dalam aktiviti
seharian. Percakapan beliau dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara
yang berharga tanpa provokasi yang tidak berfaedah.Beliau sering menampilkan ciri
asertif secara konsisten, sentiasa mengimbangi hak diri sendiri dengan hak orang lain.
Mereka tidak bersikap agresif, iaitu hanya menjaga hak diri sendiri, atau bersikap
permisif dengan hanya mementingkan hak orang lain semata-mata. Beliau juga turut
sentiasa mewakili Sekolah dalam pelbagai taklimat, bengkel dan kursus kepimpinan
murid. Pencapaian juga turut membanggakan dalam kepimpinan dan akademik.
Beliau juga turut mewakili barisan kepimpinan pengawas yang berdedikasi dan aktif
dalam aktiviti kegiatan dakwah serta program penghayatan islam.

Majlis menganugerahkan saudari

..
Sebagai penerima anugerah tokoh mithali SKTM1 bagi sesi 2017

ANUGERAH TOKOH MURID..


Pelajar cemerlang ini sering menampilkan pencapaian akademik cemerlang, sentiasa
mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah,
pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan. Sentiasa menggembleng segala potensi
dan fakulti yang ada dalam diri beliau untuk memperoleh hasil pembelajaran yang
maksimun. Turut sentiasa menggunakan kapasiti diri sama ada sebagai pemimpin,
peserta atau petugas dalam aktiviti kelab, persatuan, unit badan beruniform,
permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman dengan
mengamalkan sikap ringan tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan
sebarang aktiviti yang dirancang. pelajar cemerlang ini turut memiliki sejumlah
kualiti diri yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Beliau
tidak menganggap bahawa diri mereka serba sempurna, sebaliknya sentiasa berusaha
melakukan penambahbaikansemasa ke semasa.

Majlis menganugerahkan saudara,

..
Sebagai penerima anugerah tokoh muridSKTM1 bagi sesi 2017

You might also like