You are on page 1of 11

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang

Kini Sudah ditemui???


by mega 10/08/2014 | 11:09 12 Comments Posted in Fakta Menarik, Sejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan
menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik.
Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya
lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara
Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk
Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria
dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa
pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus
belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda
mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan
Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti
tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya
ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.
Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya
oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi
pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi
kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak
ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum
masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa
sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar.
Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat
Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH
meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.
Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan
terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa
Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi
sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar
System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan
malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya
Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara.
Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo,
Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai
Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali
kenyataan Augustus Le Plongeon (18251908), SEORANG PENYELIDIK yang
menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas
kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.
Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang
dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai
tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara.
Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana
pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W.
Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak
ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of
Atlantis Found..
Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini.
Cuma Melayu tidur terlalu lama tidur selepas sampai bangsa sendiri dipandang
hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah
sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang
digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.
Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang
pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang
masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka
mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-
sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun
semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir
besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.
Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak
berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang
bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear.
Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak
disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).
Plato dalam bukunya:
Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada
saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang
seluruh wilayah (Atlantis)
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan
wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu
untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan
ditenggelamkan (Surah Hud, ayat 37)
Dan
Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan
bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya
(disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman. Dan tidak ada orang-
orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Surah
Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah
bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak
dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh
merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat
canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan
yang hidup di atas muka bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah,
iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?
Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju,
mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal
melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis
menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber
tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.
Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat
mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam
berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang.
Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh
Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa
Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu
masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang seperti umat
yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya
terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.
Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan
Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus,
Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun
silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar
yang melanda dunia.
Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat
luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut
Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru
Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.
Kerajaan Aroi Matahari
Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang
terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang
bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun
Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya,
pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni
oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.
Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang
pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah
Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus
di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan.
Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud
selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang
nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.
Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih
kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang
Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh
dijumpai pada hari ini.
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800
oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa
Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman
Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di
dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu
sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan
Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di
bawah empayarnya.
Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya
merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik
nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu
kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh,
Srivijaya dan Melaka.
Kesimpulan
Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam
lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman
banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di
dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya
tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek
moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi
Rujukan:
The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
The Ancients oleh Fernando Gallegos.
The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
The Solar System Oleh Powell
Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan
selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan
kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay
Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan
Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur
dari kira-kira 20 utara garis lintang ke kira-kira 10 selatan garis lintang. Ia terdiri
daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan
Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the
Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and
Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang
paling padat penduduknya di dunia.
Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi
(kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini
menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King
Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport
rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.
Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau
masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis
gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini
menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke
Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND
OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal
langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?
Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian
Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu
yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan
semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu
manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai
Thai Peninsular atau Indochina Peninsular atau Polynesian Peninsular. Mengapa
orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian
Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?
Mengapa?
INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND)
TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-
MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA
(YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA
PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang
musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang
masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib
seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan
dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan
Burma pada tahun 1767.
Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800
oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa
Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman
Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di
dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu
sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan
Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di
bawah empayarnya.
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan
dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana
bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke
mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata
canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak
dengan nama jolokan JONG. Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana
Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-
arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang
penyelamat.
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah
Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini Mengenangkan bangsa gunung yang
hebat lagi kuat dengan rajanya.
Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-
bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.
Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi
yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang
yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang
merentasi dari :
UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris
diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati
sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-
arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung
ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda
bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu
boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya
berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.
Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa
Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari
kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat
perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut.
-Nostrad
Difirmankan: Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari
Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu.
Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan
dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami. (Huud 11:48)
Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para
pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-
manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noahs Ark) tidak
dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di
Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-
pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid
(Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid
bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan
Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti
Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia
Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi
perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh
yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA
pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.
Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat
Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria
dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini
membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di
dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-
mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa
yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak
menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana
Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang patriarch yang disegani.Manakala
pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh
tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian
bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para
pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana
sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan
(atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.
Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik
keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari
golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain
seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan
perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang
berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan
yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua
petunjuk misteri ini,
*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

You might also like