You are on page 1of 2

Pengurusan Lesen Import Dan Eksport Gula

Pada 2 Februari 2015, KPDNKK telah mengambil alih portfolio pengeluaran lesen import dan eksport
gula selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/ Eksport) (Pindaan) 2015. Bermula
dari tarikh tersebut, Kementerian ini telah dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan
import dan eksport gula.

Tatacara Permohonan
1. Permohonan adalah secara online bagi semua permohonan import dan eksport gula.
2. Pemohon perlu mendaftarkan syarikat secara online sama ada sebagai pengguna baharu /
pengguna sedia ada Dagangnet. Bagi pemohon/pengguna sedia ada Dagangnet (Sila tambah
modul KPDNKK / MITI Gula). Status existing maknanya pemohon/pengguna sudah pernah
mengguna modul lain dengan Dagangnet / agensi Kerajaan yang lain.
3. Selepas pendaftaran Syarikat diluluskan, Syarikat boleh terus memohon AP secara online.
4. Permohonan pendaftaran atas talian boleh dibuat melalui : r eg.dagangnet.com

Pendaftaran atas talian (Daftar Syarikat): New/ Existing Dagangnet Customer (Mendaftar
untuk modul AP MITI/ KPDNKK) Status existing maknanya pemohon/pengguna sudah pernah
mengguna modul lain dengan Dagangnet / agensi Kerajaan yang lain.

Senarai Semak Pendaftaran Syarikat :

1. Profil syarikat (BORANG 24)


2. Profil syarikat (BORANG 49)
3. Profil syarikat (BORANG 9)
4. Tambahan BORANG 13 jika syarikat tukar nama pendaftaran lain maklumat di Pendaftaran
SSM lain.
5. BORANG A, B dan D (hanya untuk syarikat Perkongsian dan Persendirian sahaja, jika syarikat
Sdn. Bhd., mohon muat naik dokumen kosong)
6. Memorandum & Artikel of Association (M&A) Dokumen perjanjian penubuhan syarikat
diperlukan di bawah Akta Syarikat.
7. Katalog (Produk) ( *Tidak diperlukan untuk gula halus & gula mentah)

Sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan dengan sistem, sila hubungi :

Dagang Net Technologies Sdn Bhd


Pusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline,
Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South,
No. 8, Jalan kerinchi,
59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi : 24 jam (7 hari seminggu)
Telefon : 1 300 133 133
Fax : 03-27132990
Emel :
Web : http://www.dagangnet.com
A. Import Gula
a. Import Lain-Lain Gula (HS 1701)
i. Senarai Semak Permohonan Import Lain-Lain Gula (HS 1701)
1. Invois/ Kontrak Jualan
2. Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan,
Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam
3. Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)
B. Import Lain-Lain Gual (HS 1702)
a. Senarai Semak Permohonan Import Lain-Lain Gula (HS 1702)
i. Invois/ Kontrak Jualan
ii. Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan, Bahagian
Perkhidmatan Teknik Kastam
iii. Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)
C. B. Eksport Gula Bertapis, Eksport Lain-lain Gula dan Import Lain-lain Gula
(Permohonan melalui online sahaja)
a. Permohonan permit di ePermit : newepermit.dagangnet.com.my
b. Maklumat lanjut berkenaan ePermit (Slaid ePermit AP Sugar Awareness)
i. Eksport Gula Bertapis
1. Senarai Semak Permohonan Eksport Lain-Lain Gula
a. Invois/ Kontrak Jualan
b. Laporan Pengeluaran dan Jualan Bulanan
ii. Eksport Gula Bertapis (in sachet)
1. Senarai Semak Permohonan Eksport Lain-Lain Gula
2. Invois/ Kontrak Jualan
3. Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan,
Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam
4. Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)
iii. Eksport Lain-Lain Gula
1. Senarai Semak Permohonan Eksport Lain-Lain Gula
a. Invois/ Kontrak Jualan
b. Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan,
Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam
c. Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)

Pertanyaaan
Sebarang maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan bolehlah menghubungi pegawai
seperti berikut :

Puan Munirah Binti Mohd Zaki


Tel : 03 8882 6069
Email : munirahmohdzaki@kpdnkk.gov.my

Cik Nur Syafiqah Binti Jaafar


Tel : 03 8882 6501
Email : nursyafiqah@kpdnkk.gov.my

Puan Puteri Amirah Binti Megat Ibrahim


Tel : 03 8882 5989
Email : puteriamirah@kpdnkk.gov.my

You might also like