You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

HADIAH AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEK KEB RANTAU PANJANG,
KELANTAN 2017

1. PENDAHULUAN
Di dalam pendidikan yang formal dan tidak formal, ganjaran merupakan salah satu
pendekatan dalam memberi galakan kepada para pelajar untuk memajukan diri mereka
dalam mencapai kehendak ilmu pengetahuan. Di dalam teori pengajaran dan
pembelajaran terdapat kaedah memberi ganjaran yang berupa token sebagai memberi
galakan dan menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian di dalam sesi PdP dan
mencapai objektifnya. Bagi sesuatu institusi pendidikan, ganjaran akan diberikan
kepada mana-mana murid yang cemerlang dalam mata pelajaran dengan mengadakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi meraikan pelajar yang mencapai kejayaan dalam
mata pelajaran. Ianya dianugerahkan sijil atau kebendaan yang memberi kepada mereka
semangat dan galakan untuk terus maju dalam pelajaran.

2. MATLAMAT
Memberi galakan dan motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dengan gigih dan
istiqamah.

3. RASIONAL
Murid yang cemerlang akan diberi ganjaran hadiah dan sijil-sijil kepujian. Manakala
murid yang tidak berjaya akan menjadikan mereka sebagai tarikan untuk terus berusaha
agar mereka juga memperolehi ganjaran sedemikian juga.

4. OBJEKTIF
4.1. Menggalakkan pelajar sentiasa mencapai kecemerlangan.
4.2. Pengajian pelajar bukanlah sia-sia malah mereka dihargai dengan kebolehan
mereka.
4.3. Memahami bahawa memberi ganjaran adalah salah satu elemen menggalakkan
pelajar rajin belajar.
5. SASARAN
5.1. Semua pelajar yang terpilih dalam aktiviti yang dianjurkan.

6. TARIKH AKTIVITI
18 hingga 19 November 2016

7. TEMPAT
Kelas masing-masing

8. JAWATANKUASA KELAB SENI KHAT


Pengerusi : Pn Hajah Hasmah bt Harun.
Timbalan Pengerusi : En Hisham b Othman.
Naib Pengerusi : Tuan Haji Saidi b Muda.
Setiausaha : Ustazah Zaiton binti Seman
Bendahari : Ustazah Noraihan bt Ismail
AJK : Semua Guru Pendidikan Islam

11. PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah


Murid Terbaik Tulisan Jawi
Cantik Tahap 1: 13 X RM7.00 = RM91.00
1. Tempat Pertama 13 X RM5.00 = RM65.00 RM 195.00
Tempat Kedua 13 X RM3.00 = RM39.00
Tempat Ketiga
2. Tulisan Khat Terbaik 24 x RM10.00 RM 240.00
3 Soalan Kuiz Spontan 4 X RM3.00 RM 12.00
4 Peralatan RM 50.00
JUMLAH RM 497.00

Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Sahaja.

12. PENUTUP
Harapan daripada Jawatankuasa Panitia Pendidkan Islam agar dengan pemberian
hadiah ini akan memberi galakan dan dorongan kepada murid terus cemerlang dan
menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain. In Sya Allah.

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

(Mat Nasir bin Othman) (Pn Hajah Hasmah bt Harun)

Setiausaha Guru Besar


Panitia Pendidikan Islam SK Rantau Panjang, Kelantan.

You might also like