You are on page 1of 17

Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

3. Cuaca Tempatan: Kawasan Pergunungan


ANGIN DISEBABKAN OLEH PENYEJUKKAN dan PEMANASAN TEMPATAN

Edaran ketiga juga


disebabkan oleh
kesan penyejukkan
dan pemanasan
tempatan. Dalam
keadaan
normal, kelajuan
angin adalah lemah
dan sederhana;
bagaimanapun,
keadaan
angin berhampiran
dan dalam kawasan
pergunungan selalu berubah daripada ciri normalnya. Kadangkala,
kawasan pergunungan akan menyalurkan angin melalui lembah dan
pergunungan. Kesan penyaluran ini menghasilkan kelajuan angin yang
sangat bahaya.

a. KESAN PENYALURAN

Angin bertiup merentasi halangan pergunungan lazimnya menjadi leper dan


mengelilingi gunung atau bertiup diatas gunung. Jika terdapat sesuatu jurang
atau lembah yang memecahkan halangan ini, udara dipaksa melalui jurang
ini pada kelajuan tinggi. Keadaan ini dinamakan kesan penyaluran
(funnel effect) dan dijelaskan oleh theorem Bernoulli. Mengikut theorem
Bernoulli, tekanan paling rendah bila halaju paling tinggi; dan sebaliknya,
iaitu, tekanan paling tinggi bila halaju paling rendah. Cerapan ini adalah
benar untuk cecair dan gas.

(Rajah 1.Angin kuat disebabkan oleh


penyaluran).

Theorem Bernoulli sering digunakan


untuk meramal angin edaran ketiga
dipergunungan barat United States.
Contohnya ialah keadaan Santa Ana di
selatan California. Angin berkaitan

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 1


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
dengan tekanan tinggi di Utah disalurkan melalui lembah yang masuk
kebandar Santa Ana berhampiran pinggir pantai California. Tekanan rendah
berkembang pada kuala lembah dan menghasilkan angin kencang
merbahaya yang panas dan kering. Bila angin Santa Ana cukup kuat, kesan
yang dirasai disetiap lembah yang wujud di sepanjang pantai selatan
California. Kenampakan dihadkan kerana pasir yang berterbangan.
Kadangkala, pekhemah, trailer, dan trak diterbalikkan oleh angin kencang ini.
Bila penyaluran angin mencapai magnitud ini, ia dinamakan sebagai kesan
jet angin, angin ngarai, atau angin pergunungan-lembah.

Angin Katabatik dan Angin Anabatik


Angin katabatik wujud dibanyak kawasan didunia dan adalah angin yang
bertiup dari ketinggian tinggi pergunungan, dataran tinggi dan bukit
menuruni lereng masuk ke lembah atau satah dibawahnya. Terdapat banyak
nama untuk angin katabatik bergantung kepada lokasinya. Contoh nama
adalah Foehn, Bora, dan Chinook.

Angin katabatik juga dikenali


sebagai arus pergunungan.
Dalam musim sejuk, angin yang
menuruni bukit akan
berkembang pada waktu pagi
bila satu kolam udara sejuk aras
tinggi mendap dari tanah tinggi
kerana ketumpatan tinggi udara
ini. Lanskap ini memaksa aliran
udara ini untuk bertumpu dan
menjadikannya lebih kencang.
Ia didorong oleh tarikan graviti
dan juga lereng yang lebih
curam. Angin ini boleh
mencapai keketinggian 500 ke
600 meter (1640 - 1970 kaki)
diatas aras permukaan,
walaupun ketinggiannya
berbeza. Angin jenis ini boleh
mencapai kelajuan ke 4 meter se
saat. Luruan udara sejuk
menuruni lereng akan
mengurangkan suhu udara disekelilingnya sewaktu ia menuruni gunung
dengan cepat ke lembah.

Angin katabatik lazimnya dicetus atau diaktifkan oleh sistem cuaca skala
besar saperti sistem tekanan tinggi di kawasan tinggi. Ia juga dipengaruhi

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 2


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
oleh sinaran matahari pada waktu siang dan penyejukan sinaran pada
waktu malam. Angin katabatik tidak selalunya merupakan angin
sejuk. Sewaktu desakan synoptik, pemanasan pengembangan udara yang
berlaku dapat meningkatkan suhu angin bila ia menuruni lereng gunung.
Secara am, bungkusan udara boleh diibaratkan sebagai kotak yang
dikelilingi oleh jisim udara yang diangkat dalam udara. Sewaktu kotak ini
diangkat , ia mengembang dan menjadi lebih ringan dan mengeluarkan
haba kerana mengeluarkan air daripada dalam udara. Proses ini
dinamakan penyejukan pengembangan.

Dalam kes yang bertentangan, jika kotak udara mendapkan ke permukaan


bumi, udara akan dimampatkan kerana menjadi lebih berat kerana molekul
yang disusun secara padat. Proses ini dinamakan pemanasan
kemampatan dan ia mematuhi hukum gas. Angin katabatik yang panas
mengikuti kes pemanasan kemampatan sementara Angin katabatik sejuk
berkaitan dengan udara berketumpatan tinggi.

Angin anabatik
pula bertentangan
dengan Angin
katabatik. Angin
ini bertiup menaiki
lereng gunung
daripada lembah
kerana pemanasan
sinaran matahari
dilembah. Udara
panas dilembah ini
akan naik keatas
melalui lereng
gunung itu. Angin
anabatik juga
digelar bayu lembah. Ia lazim berlaku sewaktu siang hari pada musim panas.
Angin yg bertiup menaiki bukit dipanggil sebagai aliran kecerunan naik dan boleh
menyebabkan kabus, hujan dan salji.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 3


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

ALIRAN MENURUNI BUKIT

Aliran kecerunan turun membawa matahari dan kepanasan.

Aliran kecerunan turun boleh mengakibatkan cuaca panas dimana suhu meningkat
di kawasan pergunungan. Contohnya ialah bila udara panas dan lembap di timur
Lautan Pacifik merentasi pergunungan di barat USA. Bila angin menolak udara
menaiki pergunungan, ia akan menyejuk dan kebanyakan kelembapannaya akan
melalui proses pengwapcairan untuk membentuk awan, hujan dan salji yang turun
pada kecerunan barat kawasan
pergunungan.

Udara yang lebih sejuk dan


kering ini akan meneruskan
perjalanannya menuruni
kecerunan bahagian timur.
Bila aliran udara menuruni
pergunungan, ia menjadi lebih
panas pada kadar 5.5 darjah
Fahrenheit per 1,000 kaki bila
ia mendap. Bila udara ini tiba
di tanah daratan barat, ia telah
menjadi panas dan adalah
agak kering.

Udara panas dan kering yang bertiup menuruni pergunungan akan cepat menyejat
sajli pada permukaan, yang menyebabkan ramai peramal cuaca memanggil angin
di pergunungan Rockies sebagai "Chinook", yang bermaksud pemakan salji.

Bagaimanakah angin pergunungan boleh memanaskan udara?

Angin yang bertiup menuruni pergunungan akan dikembangkan sewaktu


penurunannya, dan proses ini akan memanaskannya. Kawasan antara Lautan
Pasifik dan Pergunungan Cascade di Washington dan Oregon dipanaskan
sebanyak 10 ke 15 darjah lebih panas daripada suhu putara, contohnya, pada Jun
23, 1995. Kawasan bertekanan tinggi wujud diutara Idaho dan Montana, hingga ke

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 4


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
Kanada. Udara dialirkan dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah di
pingir barat laut. Disamping dipanaskan, kelembapan udara yang berkurangan
sewaktu ia merentasi pergunungan membantu membersihkan awan atau kabus, dan
membolehkan langit cerah dan bermatahari memanasi lagi kawasan ini.

Rajah . Angin pergunungan yang memanaskan kawasan baratlaut Pasifik

Angin disebabkan oleh Penyejukkan Tempatan


Dua jenis angin yang disebabkan oleh kesan penyejukkan tempatan ini ialah
angin glasier dan angin pengaliran (drainage angin).

b. ANGIN GLASIER

Angin Glasier atau angin luruh berlaku dalam banyak keadaan diseluruh
dunia dimana glasier atau jisim darat yang diliputi oleh salji dan ais sewaktu
musim sejuk. Sewaktu musim sejuk, kawasan salji adalah lebih meluas.
Tekanan lemah menghasilkan sinaran penyejukkan maksimum. Oleh itu,
udara yang bersentuhan dengan salji akan menjadi sejuk. Kesan
penyejukkan akan menyebabkan udara diatasnya lebih padat dan lebih berat
daripada udara persekitarannya. Aliran udara sejuk padat akan mengalir
dikedua belah glasier atau dataran tinggi. Jika penyaliran adalah melalui
jurang atau lembah, ia akan menjadi sangat kencang. Jenis angin ini
mungkin wujud sewaktu siang atau malam disebabkan oleh sinaran
penyejukkan.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 5


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

Angin glasier sangat lazim berlaku


sewaktu the musim sejuk bila
terdapat banyak salji dan ais yang
wujud. Bila terdapat perubahan
kecerunan tekanan yang
menggerakkan jisim udara yang
banyak dibahagian tebing dataran
tinggi, pergerakan ini akan
menggerakan angin glasier (angin
jatuh) yang sangat kencang, gigih
dan meliputi kawasan luas.

Bila ia berlaku, halaju kejatuhan ditambah dengan tekanan kecerunan akan


menyebabkan udara sejuk meluru turun kebawah kearas laut di sepanjang
satu perenggan yang boleh melebar luas kebeberapa ratus batu. Keadaan ini
berlaku dalam musim sejuk atau pada skala besar disepanjang pinggir
bongkah ais di Greenland. Dikebanyakan tempat di sepanjang bongkah ais,
angin mencapai halaju melebihi 90 knot selama beberapa hari dan mencapai
ke 150 nautika dilaut lepas.

Angin Glasier adalah angin katabatic


sejuk (menuruni bukit). Kerana
kesemua angin katabatic dipanaskan
secara adiabatik sewaktu ia menuruni
cerun, ia adalah kering. Kadangkala,
angin glasier mengangkat
kelembapan daripada kerpasan yang
jatuh bila ia bergerak diatas udara
panas. Walaupun ia mengalami adiabatic, kesemua glasier atau angin jatuh
adalah angin sejuk kerana keadaan uara yang sangat sejuk disumber
kawasan itu. Berbanding dengan angin menuruni cerun yang lain yang panas
dan kering, angin glasier adalah sejuk dan kering. Ia lebih sejuk, tahap ke
setahap, daripada jisim udara yang ia pindahkan dan gantikan. Di hemisfera
utara, angin glasier lebih banyak menuruni cerun dari glasier dan dataran
tinggi di Alaska, Canada, Greenland, dan Norway.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 6


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

a. PENGALIRAN ANGIN

Pengaliran angin (angin pergunungan, angin graviti) yang disebabkan oleh


penyejukkan udara sepanjang lereng pergunungan. Hasilnya, udara menjadi
berat dan mengalir menuruni bukit dan menyebabkan BAYU PERGUNUNGAN.
Pengaliran angin adalah angin katabatik dan saperti angin glasier; kecerunan
tekanan yang lemah diperlukan untuk memulakan aliran menuruni cerun ini.
Bila udara berhampiran atas pergunungan menyejuk melalui proses sinaran
atau bersentuhan dengan permukaan lebih sejuk, ia menjadi lebih berat
daripada udara sekelilingya dan beransur-ansur mengalir kebawah cerun.
(Rajah. 1). Pada mulanya aliran ini adalah lemah (2 4 knots) dan hanya
beberapa kaki tebal.

Rajah. Campuran angin lazim dan angin


tempatan di local Santa Ana (angin katabatic
yang menuruni bukit) menjana pola pada
permukaan laut di Selat Santa Barbara,
California. (Rajah daripada satelit). Angin
lazim baratlaut bertiup kencang untuk
membentuk lapisan angin (sel Langmuir)
sepanjang ombak putih di permukkan laut
dipantai. Angin ini juga menghasilkan riak
atmosfera dibelakang pulau San Miguel yang
bercantum dengan lapisan awan stratus di
selatan Kepulauan Channel. Angin ini
menjana riak laut yang bergelora dibelakang
pulau Santa Cruz, ditimur San Miguel. Angin
menuruni bukit tempatan Santa Ana wujud
akibat sistem tekanan tinggi di timur
California dan Nevada. Angin ini, yang
bertiup dari utara, menyebabkan lorekan
pada permukaan laut di selatan Channel
Islands, dan di pantai Santa Barbara. Percampuran angin ini ada dicerap di sebahagian
pantai California.

Bila penyejukkan berlanjutan, aliran meningkat ke kelajuan 15 knot pada kaki


pergunungan dan tebalnya ke 200 kaki atau lebih. Angin melebihi 15 knot
jarang berlaku, hanya bila bayu pergunungan disalurkan dengan kuat. Angin
pengaliran adalah sejuk dan kering. Pemanasan Adiabatic tidak cukup
untuk memanasi udara yang sedang mendap kerana ia lebih sejuk daripada
udara asal dan kerana jarak yang dilalui oleh udara lazimnya pendek.
Pengaliran angin mempunyai edaran tempatan.

Bila udara sejuk memasuki lembah, ia menggantikan udara panas. Suhu


terus menurun. Jika aliran mencapai kelajuan melebihi 8 knot , percampuran
akan menghasilkan antara udara panas lembah dan udara sejuk yang

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 7


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
mendap yang menyebabkan suhu meningkat. Itulah sebabnya pengembara
lebih suka membuat khemah di kaki pergunungan pada musim panas untuk
merasai kenikmatan penyejukkan kesan daripada bayu pergunungan.

Kesan Penyaluran BAYU LEMBAH

Bayu lembah adalah bayu pergunungan anabatic (naik bukit) . Bila


matahari memanaskan dinding lembah dan lereng
pergunungan sewaktu pagi, udara bersebelahan bumi dipanaskan
sehingga ia naik di sepanjang lerengnya.

Rajah 2a. Bayu Lembah (angin anabatik) dimana arus udara panas naik dilereng bukit.
Pada waktu siang, lereng bukit memanas dengan cepat. Kesan pemanasan
menyebabkan arus naik sepanjang lerengarus menurun dibahagian tengahnya.

Rajah 2b. Bayu pergunungan (angin katabatik) dimana arus sejuk menuruni bukit.
Sewaktu malam, sinaran yang keluar menyejukkan udara sepanjang lereng bukit
dibawah suhu beku. Udara sejuk turun kebahagian paling rendah lembah.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 8


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

Lereng yang berbatu atau berpasir yang tiada tumbuhan mendapati kesan
pemanasan permukaan yang ketara. Jika lereng curam, bayu yang naik akan
mendaki dinding lembah. Pengembangan udara panas bersebelahan
permukaan menghasilkan kecerunan tekanan tempatan yang kecil terhadap
permukaan bumi. Semakin pemanasan menjadi lebih kuat, arus perolakan
akan naik secara menegak daripada the lembah (Rajah 2). Arus naik di
sepanjang dinding lembah terus aktif, terutama dibahagian kepala lembah.
Bayu lembah akan mencapai kekuatan maximum pada awal petang. Ia lebih
kuat dan tebal daripada bayu pergunungan. Agak sukar untuk asingkan
kesan bayu lembah kerana wujud angin kecerunan lazim. Akhirnya, bayu
lembah mungkin ditindih sebagai angin lazim daripada bayu pergunungan,
yang akan wujud hanya jika tiada angin kecerunan yang lain. Bayu lembah
lazimnya terhad kepada lereng yang berhadapan ke selatan atau kepada
sinaran langsung matahari, dan ia ketara di garislintang selatan. Ia paling
kuat pada lewat petang dan pada musim panas.

MEMAHAMI CUACA PERGUNUNGAN

Runtuhan salji dan cuaca musim sejuk

Setiap tahun banyak nahas terjadi di


pergunungan oleh runtuhan salji jisim
yang tergelincir, gelinciran salji dan ais
yang menjadi longgar pada kecerunan
curam tanpa diduga dan mencapai ke
kelajuan 100 bsj dan membawa batu,
pokok, puing dan manusia bersamanya.
Ada runtuhan salji dicetus oleh peluncur salji, pendaki atau mobil salji. Nahas
runtuhan salji menjadi kerap kerana peluncur, pendaki mengharungi kawasan
merbahaya yang tidak dibenarkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 9


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
Bagaimana topografi mempengaruhi cuaca

Ngarai pergunungan sempit dibaratdaya Amerika Syarikat boleh menjadi kawasan


banjir yang hebat. Pergunungan azimnya mempunyai jumlah hujan yang tinggi
berbanding dengan kawasan berhampiran yang kurang tinggi. Di Seattle,
contohnya, hujan tinggi disebabkan oleh kesan topografi tempatan yang dipanggil
"Puget Sound convergence zone."

Lazimnya, ketinggian tinggi adalah lebih sejuk daripada ketinggian rendah , tapi ada
pola cuaca dikawasan tinggi yang mempunyai cuaca yang lebih panas daripada
ketinggian rendah.

Juga, salji paling lebat terdapat di puncak ketinggian banjaran pergunungan.

Udara yang mengukir aliran di ngarai

Sejak jutaan tahun, aliran udara dibarat Pergunungan Rocky mengukir tanah
batupasir kepada jaringan ngarai; ada yang lebar dan cetek, sementara yang lain
adalah curam dan dalam. Ngarai yang dibawah tanah dipanggil ngarai celah atau
ngarai lubang. Dinding dan tembok yang curam wujud diatas dasar sungai yang
kering dan berpasir, dan ini memberikan laluan semulajadi bila hujan lebat turun.
Kadangkala pelawat boleh terperangkap dan dibawa oleh arus deras bila hujan
turun (banjir), dan tiada jalan keluar untuk mereka.

Rajah 1. Hujan lebat: Ribut petir Rajah 2. Banjir: Air yang bertumpu dalam
berhampiran membawa hujan lebat dan ngarai yang sempit menjadi arus deras
mengalirkan limpahannya serta yang menghanyutkan apapun yang
bertumpu kedalam ngarai. terdapat dalam alirannya.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 10


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

Udara yang naik akan membentuk awan, hujan, salji


Angin yang menolak udara lembap menaiki kecerunan pergunungan boleh
menyebabkan hujan.

Rajah 1a. Pembentukan awan: Bila udara Rajah b. Hujan turun: Wap air terus
menaiki seuatu pergunungan, ia mengwapcair dan hujan turun daripada
mengalami pengwapcairan dan awan.
membentuk awan.

Bila udara diangkat ia akan menyejuk. Bila udara menyejuk, wap air dalamnya akan
mengwapcair kepada titis air awan. Dengan kelembapan yang mencukupi, titis awan
yang kecil boleh tumbuh menjadi titis hujan. Hujan lebat yang turun pada cerun
bukit atau pergunungan adalah salah satu penyebab banjir. Hurricane atau siklon
tropika yang tiba ke darat akan membawa bersamanya udara yang berkelembapan
yang tinggi kepada pergunungan dan boleh membahayakan kerana hujan bukan
saja lebat, tapi merebak ke kawasan yang luas. Dalam musim sejuk, udara aliran di
pergunungan menjana salji. Inilah sebabnya salji lebat turun pada kawasan
pergunungan berbanding kawasan lembah berdekatan.

Pengwapan dan pengwapcairan

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 11


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
Sama Cecair menang: Wap menang:
Jumlah cecair air akan malar Jumlah cecair dalam lecak Jumlah cecair dalam becak
bila pengewapan dan meningkat bila berkurangan bila pengwapan
pengwapcairan adalah sama pengwapcairan melebihi melebihi pengwapcairan.
dan mennghapuskan pengewapan.
sesama sendiri.

Kenapa kawasan tinggi boleh menjadi lebih panas pada cerun barat.

Lazimnya, salji akan turun pada ketinggian lebih tinggi, sementara hujan turun di
lembah. Ini bermakna bahawa ketinggian tinggi lebih sejuk daripada kawasan
rendah, terutama sewaktu kejadian ribut. Bagaimanapun, tidak mustahil untuk
kawasan lebih tinggi mempunyai suhu lebih panas daripada kawasan ketinggian
rendah, terutama bila suatu kawasan yang bertekanan tinggi menguasai cuaca
dikawasan itu. Kawasan bertekanan tinggi lazimnya menghasilkan malam yang
jelas dan tenang dilokasi di pergunungan Rockies, saperti di Jackson Hole,
Wyoming.

Udara sejuk Kedalam kolam Bila kabus Matahari


menuruni udara yang sangat terbentuk, ia memanaskan udara
pergunungan pada sejuk dalam mengurangkan diatas kabus.
waktu malam lembah suhu siang hari

Bila udara menyejuk pada waktu malam di pergunungan, ia akan cenderung untuk
mengalir turun dari pergunungan ke lembah kerana udara lebih sejuk adalah lebih
padat dan berat daripada udara lebih panas. Akbatnya, udara paling sejuk akan
berkumpul dalam lembah. Juga, pada malam yang jelas (tak berawan) dan sejuk,
satu keadaan kesongsangan akan wujud dalam lembah, dimana udara panas wujud
diatas udara lebih sejuk.

Kabus juga akan terbentuk dalam udara sangat sejuk dalam lembah sambil suhu
udara mencecah ke suhu takat embun dan pengwapcairan berlaku. Kabus akan
membuatkan suhu siang hari tidak meningkat dalam lembah kerana matahari harus
dahulu memanasi kabus sebelum ia dapat memanaskan lembah. Hasilnya,
ketinggian lebih tinggi adalah beberapa darjah lebih panas daripada lembah bila
pola cuaca ini bergerak ke kawasan ini.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 12


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

Ketinggian memainkan peranan dalam jumlah salji musim sejuk

Ketinggian di Pergunungan Rocky di USA, memainkan peranan dalam jumlah salji


musim sejuk. Aras yang lebih tinggi lazimnya menerima 2 ke 4 kali ganda jumlah
salji berbanding dengan kawasan ketinggian rendah. Rajah diatas menunjukkan
bahawa di Salt Lake City, Utah, yang berada 4,222 kaki diatas aras laut, menerima
purata 13 inci salji setiap Januari. Brighton, di Utah, yang terletak hanya 20 batu
ditenggara Salt Lake City, menerima purata 69.4 inci salji setiap Januari. Perbezaan
ini adalah kerana Brighton terletak dalam Pergunungan Wasatch yang berada 8,740
kaki diatas aras laut. Salah satu sebab kenapa ketinggian memainkan peranan
dalam jumlah salji ialah suhu adalah lebih sejuk pada ketinggian tinggi daripada
ketinggian lebih rendah.

Rajah. Salji di barat Amerika Syarikat bergantung kepada ketinggian

Kejadian luncuran lumpur

Hujan lebat yang turun untuk jangka masa yang panjang pada lereng pergunungan
lazimnya menyebabkan luncuran lumpur dan batu. Hujan menyerap kedalam tanah
kering terutama bila tumbuhan telah mati atau dibakar dan pada dan menjadi lebih
panas dalam musim sejuk. Air akan mengalir melalui butiran tanah yang halus dan
bertindak sebagai pelincir. Bila tanah menjadi tepu, ia boleh pecah dan bebas
daripada tanah padat atau batu dibawahnya dan akan menggelungsur menuruni
bukit. Bongkah dan batu yang tertanam dalam tanah akan juga tergelincir
menuruni bukit bila tanah yang menampung dihakis daripada dasar batu. Luncuran
lumpur boleh menghalang jalanraya yang terdapat dalam lintasan tanah yang
bergerak ini. Ia paling banyak berlaku sewaktu hujan lebat turun dibarat
pergunungan Rockies, tetapi boleh berlaku dimanapun kawasan berbukit.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 13


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

Hujan menyerap Air mengalir dan Tertanam dalam Akhirnya, tanah


kedalam tanah bertindak antara tanah akan yang diserap akan
kering butiran tanah halus. tergelincir dan jatuh bebas dan pecah.
daripada bukit.

Rajah . Hujan membawa lumpur dan gelinciran batu

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 14


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan

TERMA

Terma adalah arus perolakan menegak terjadi daripada pemanasan


tempatan. Ia wujud dibawah aras perolakan. Perolakan terma dihasilkan
oleh pemanasan kuat di lapisan bawah atmosfera permukaan bumi. Kadar
lelap superadiabatik diatas bumi adalah penting untuk perkembangan terma
yang kuat. Ia terbentuk dengan mudah di kawasan batu terdedah atau pasir,
terutama bukit pasir atau bukit berbatu yang terdedah. Dalam kehadiran bayu
yang kencang atau sederhana kuat, terutama di kawasan berbukit , adalah
mustahil untuk membezakan antara kegeloraan dan arus perolakan terma.
Terma perolakan yang tulen berlaku pada hari yang cerah dan angin lazim
yang lemah dalam musim panas. Di timur United States, terma kering
hanya berkeamatan sederhana, jarang melebihi ketinggian 5,000 kaki dari
permukaan. Kandungan kelembapan yang tinggi dalam jisim udara pada
musim panas mengurangkan keamatan pemanasan permukaan. Kandungan
kelembapan lazimnya menahan tahap pengewapcairan udara permukaan
hampir pada atau dibawah 5,000 kaki dari tanah. Dibahagian barat daya
sesuatu negara, dimana pemanasan bumi sewaktu hari cerah dalam
musim panas adalah lampau, perolakan terma kering akan melebar ke
10,000 kaki atau lebih. Dalam keadaan ini, kegeloraan udara yang amat
boleh berlaku keapapun ketinggian terma, lazimnya tanpa awan dilangit.

Antara variasi terma kering dapat dilihat dalam pusaran habuk atau pasir. Ia
terbentuk di permukaan yang dipanaskan bila angin adalah sangat lemah.
Pusaran habuk tidak melebihi 200-300 kaki tinggi dan hanya wujud selama
beberapa minit saja. Di kawasan gurun, pada hari yang cerah, lebih kurang
10-12 pusaran pasir dapat dilihat serentak. pusaran pasir yang besar boleh
membesar ke beberapa ratus kaki garispusat hingga keketinggian 4,000 kaki
dan dalam kes tertentu bertahan selama beberapa jam. Ia boleh berputar
secara antisiklon dan siklonik, sama saperti tornado.

Fenomena yang sama boleh


dicerap dilaut dalam bentuk
corong air. Corong Air
sering berlaku dalam kumpulan
dan terbentuk dalam keadaan
udara yang sejuk dan lembap
diatas permukaan laut panas
bila angin lemah. Corong air
jelas dilihat kerana
pengewapcairan wap air laut
atau pembentukan awan

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 15


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
dalam vorteks. Pengewapcairan terhasil oleh penyejukkan dinamik oleh
pengembangan dalam vorteks. Inilah yang membezakannya daripada ribut
pasir, yang sentiasa kering. Kedua ribut pasir dan corong air mewakili
jenis terma perolakan mudah yang melampau.

Ia tidak boleh dikelirukan dengan


tornado yang lebih hebat. Bila
terma perolakan kering
meningkat ke ketinggian dimana
terma kering mencapai ketahap
pengewapcairan, perolakan
kumulus akan mengambil
alih perolakan kering itu. Awan
kumulus, yang mempunyai asas
pada tahap pengewapcairan
udara yang sedang naik akan
berada diatas setiap arus
individu terma. Dibawah setiap turus awan kumulus tedapat arus naik yang
agak kencang. Jadi pola terma perolakan tempatan kelihatan dalam pola
awan kumulus. Awan kumulus terbentuk mula-mula di bukit dimana
terma berkembang dengan paling kuat. Dalam keadaan atmosfera stabil,
awan perolakan kecil akan terbentuk. Bagaimanapun, dalam keadaan tak
stabil terma akan membentuk kmulonimbus.

EDARAN KETIGA DINAMIC atau didorong

Terdapat 4 jenis edaran KETIGA DINAMIC atau edaran ketiga yang


didorong. Ia adalah Eddi / pusaran, kegeloraan, gelombang menegak skala
besar dan angin Foehn.

Eddi / pusaran

Sesuatu eddi adalah


edaran yang berkembang
bila aliran angin di atau
bersebelahan tanah kasap,
bangunan, pergunungan
atau apa halangan lain. Ia
terbentuk pada bahagian
teduhan angin sesuatu
halangan. Saiz eddi adalah
berkadaran dengan saiz

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 16


Angin Tempatan Kawasan Pergunungan
halangan dan kelajuan angin. Eddi / pusaran mungkin mempunyai edaran
yang mendatar atau menegak, yang boleh jadi siklon or antisiklon.

Eddi / pusaran mendatar terbentuk dalam kawasan teduhan angin sesuatu


pinggir pantai pantai atau rangkaian pergunungan. Contohnya ialah
eddi mendatar adalah edaran siklon lemah yang berkembang dalam saluran
di lepas pantai Santa Barbara, California. Angin sering bertiup selari di
utara pinggir pantai California sewaktu the musim sejuk , iaitu
musim kabus dan stratus. Saluran Santa Barbara lazimya tidak berkabus
kerana udara dilindungi daripada angin yang mengangkut kabus kedarat.
Bagaimanapun, bila angin cukup kuat, geseran sepanjang pantai yang kasap
menghasilkan siklon eddi yang lemah diatas terusan. Aliran siklon,
walaupun lemah cukup untuk membawa kabus kedalam kawasan itu.

Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia 17

You might also like