Bab 9 Pengurusan Bahan

You might also like

You are on page 1of 63

9.

0 PENGURUSAN BAHAN

1. Pengenalan

~ Pusat Sumber Sekolah dianggap sebagai organisasi kerana terdapat


pengguna dan personel yang mengendalikannya dan mempunyai
objektif tertentu.

~ Pusat Sumber diwujudkan untuk mencapai objektif, mengekalkan ilmu


pengetahuan dan kegunaan masyarakat.

2. Takrif Pengurusan

~ Seni ( art of getting things done through people ) yang dilakukan untuk
mencapai apa yang dihasratkan.

~ Pengurusan merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk mencapai


matlamat Pusat Sumber.

~ Empat aktiviti yang dilakukan dalam pengurusan adalah perancangan,


pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

~ Memperolehi, memproses, menyimpan dan mengedarkan sumber dan


maklumat kepada guru dan pelajar bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.

~ Pengurusan pusat sumber yang berkesan berkait rapat dengan


produktiviti iaitu pengurusan yang betul dan dilakukan dengan cara
yang betul.

3. Kepentingan Pengurusan PSS

~ Memastikan PSS melaksanakan apa yang diharapkan oleh masyarakat.

~ Bertanggungjawab menentukan arah tuju PSS, perancangan masa


depan, pengorganisasian bahan dalam konteks pembangunan pelajar
dan guru.

~ Menentukan kaedah dan cara yang boleh dilakukan untuk kejayaan


PSS.

~ Menentukan cara yang boleh dilakukan untuk menentukan


keberkesanan dan produktiviti serta pencapaian PSS.
~ Bertanggungjawab terhadap kesan dan impak PSS terhadap masyarakat
sekolah.

4. Jenis Koleksi Bahan PSS

~ Bahan bercetak
~ buku – fiksyen, bukan fiksyen, rujukan ( atlas, ensaiklopedia, kamus
dll ), buku teks dan sebagainya.
~ bukan buku – majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya.

~ Bahan Bukan Bercetak


~ alat – alat ( hardware )
~ alat tayangan
~ alat-alat bukan tayangan
~ alat-alat audio
~ alat-alat pandang dengar
~ perkakasan sokongan lain
~ bahan-bahan / perisian ( software )
~ bahan dua dimensi
~ bahan tiga dimensi
~ bahan-bahan beraneka media

5. Pengurus Pusat Sumber

~ Induvidu yang mempunyai kebolehan, kemahiran, keupayaan,


pengetahuan dan komitmen untuk mengurus dan menjayakan program
Pusat Sumber.

6. Peranan Pengurus

~ “leader” pemimpin menentukan, mengarah dan mengkoordinasi kerja-


kerja yang perlu dilaksanakan – perolehan resos, proses dan
melaksanakan aktiviti demi kepentingan pelajar dan guru.

~ ‘negotiator’ perunding dengan pentadbiran sekolah, jabatan dan


kementerian dalam menentukan perkenbangan PSS.

~ ‘liason’ penghubung di antara guru besar, guru dan PSS dalam


memastikan sokongan daripada mereka yang terlibat dalam kejayaan
pusat sumber.
7. Harapan Pengguna dari Pengurus PSS
~ Mewujudkan budaya kerja dan budaya ilmu yang menggabungkan
eknologi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang serta mempunyai
daya kreatif dan inovatif.

~ Menjadikan pusat sumber sebagai ‘ one-stop center’ dalam memenuhi


keperluan maklumat pelajar dan guru.

~ Menyediakan kemudahan sumber bacaan bercetak dan elektronik bagi


menggalak dan memperkembangkan minat dan kemahiran membaca
serta menghargai kesusasteraan.

~ Menjadi perantara sumber dan agensi maklumat dengan pelajar dan


guru.

~ Menjadikan pusat sumber sebagai tempat yang mempunyai pelbagai


sumber maklumat bagi tujuan perkembangan minda pelajar dan guru.

8. Keperluan Pengguna dan Perkhidmatan PSS

~ Pengkatalogan dan Pengkelasan


~ membuat rekod resos bagi memastikan ia boleh diakses apabila
diperlukan.
~ menentukan bahan diletakkan bersamaan dengan bahan yang
mempunyai subjek atau bidang yang sama.

~ Sirkulasi
~ menentukan pengguna yang layak m,eminjam bahan keluar dari PSS.
~ menentukan kemudahan peminjaman, tempahan, peminjaman antara
perpustakaan dan pemulangan boleh dilaksanakan.
~ menentukan stok resos yang terdapat di PSS.

~ Perkhidmatan maklumat
~ mengumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat dan bahan
yang diperlukan oleh pengguna PSS.
~ membantu dalam mencari dan mendapatkan bahan maklumat yang
diperlukan.
~ membantu pengguna yang memerlukan bimbingan dalam
mendapatkan bahan.
~ mengadakan program kemahiran perpustakaan.

~ Perhubungan awam
~ mewujudkan perhubungan yang baik di antara pengguna dan PSS.
~ mengadakan program dan aktiviti yang memperkenalkan dan
meningkatkan nama PSS.
~ muwujudkan suasana PSS yang menggalakkan pengguna suka
mengunjungi dan menggunakan PSS.

~ perolehan
~mengenalpasti keperluan maklumat dan resos pelajar, guru dan
pentadbir sekolah.
~ menentukan sumber dan kaedah untuk mendapatkan bahan.
~ melakukan penilaian sebelum membuat penilaian.
~ mendapatkan dan memproses.

~ peraturan
~ tindakan tertentu yang perlu diambil dalam sesuatu situasi. Peraturan
selalunya disertai dengan tindakan atau denda.
~ peraturan pemulangan buku.
~ peraturan dalam pusat sumber.

9. Kesimpulan

~ Sekiranya PSS telah dilengkapkan dengan kemudahan seperti alat /


bahan yang ‘ sophisticated ‘ dan memberi perkhidmatan serta
kemudahan yang memuaskan maka PSS dapat memberikan sumbangan
secara berkesan demi untuk meningkatkan mutu pelajaran.

~ Dengan hal yang demikian, satu orientasi pengurusan alat / bahan PSS
sangat penting dan harus diberi keutamaan.
9.1 PENGKELASAN

A. Pengkelasan Bahan

Pengkelasan merupakan satu proses di mana bahan-bahan dikumpulkan dan


diletakkan bersama-sama di atas rak tanpa mengira bentuknya asalkan bahan-
bahan itu mengenai perkara yang sama.

B. Definisi dan Tujuan Pengkelasan Bahan

Mengkelaskan buku bermakna meletakkan buku-buku itu secara berkumpulan


supaya tiap-tiap kumpulan mengandungi seberapa boleh, kalau boleh, semua
buku mengenai satu perkara tertentu , misalnya geologi atau semua buku, tidak
kira perkaranya yang ditulis dalam sesuatu bentuk tertentu, misalnya puisi,
atau semua buku yang ada kena mengena dengan sesuatu masa tertentu,
misalnya zaman pertengahan…………

Tujuan dan fungsi pengkelasan

~ Menyusun bahan dan entri-entri katalog di dalam satu susunan yang


memudahkan pengguna.
~ Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan
bahan itu ke tempat asal.
~ Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
~ Memberi panduan yang berkesan dan jelas.
~ Memudahkan pameran buku dan proses pilih buang.
~ Memudahkan proses semakan stok.
~ Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan
buku dan rekod pinjaman.
~ Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak ( browsing)
dengan cara menuju kepada nombor pengelasan yang diperlukan.
~ Memudahkan kerja-kerja menyediakan kad katalog.
~ Mewujudkan hubungan antara perkara-perkara.
Contoh :

500 590 595 595.5


~ Digunakan dalam rujukan bibliografi.

C. Sistem-sistem Pengkelasan

TAHUN PENGASAS SISTEM KOD


PENGKELASAN

1876 Melville Louis Kossuth Perpuluhan DDC


Dewey Dewey

1893 Charles Ammi Cutter Expensive EG

1896 Henri La Fontaine & Pail Perpuluhan UDC


Otlet Universe

1906 Hames Duff Brown Perkara SG

1933 S.R. Ranganathan Colon CG

1936 Henry Evelyn Bliss Bibliographic BG

1936 Kakitangan Perpustakaan Library of LG


Congress USA

D. Sistem Pengkelasan Dewey ( SPPD )

a. Pengenalan SPPD

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey telah dicipta oleh Melville Louis


Kossuth Dewey ( 1876 ) . SPPD membahagikan semua ilmu pengetahuan
kepada 10 bahagian utama, sembilan daripadanya mewakili sembilan
bidang ilmu pengetahuan umum dan satu bahagian yang terlalu umum
seperti ensaiklopedia, surat khabar dan lain-lain. Setiap kelas utama
dikenali dengan penggunaan nombor siri ke seratus.

b. Setiap kelas utama dikenali dengan penggunaan nombor ke seratus seperti:

Ringkasan Pertama

000 Karya Am
100 Falsafah
200 Agama
300 Sains Kemasyarakatan
400 Bahasa
500 Sains
600 Teknologi
700 Kesenian
800 Kesusasteraan
900 Geografi dan Sejarah

Ringkasan Pertama SPPD adalah tidak mencukupi untuk mengkelaskan


pengetahuan dunia, maka Dewey telah menyediakan senarai Ringkasan
Kedua dalam SPPD.

c. Berikut adalah Ringkasan kedua dalam SPPD. Pembahagian nombor


berikut, Dewey pecahkan kepada 9 bahagian seperti:

Ringkasan Kedua

100 FALSAFAH 200 AGAMA

110 Wujudiah 210 Agama Ketuhanan


120 Ilmu, Sebab, Tujuan Manusia 220 Kitab Injil / Kristian
130 Psikologi Kaji Jiwa 230 Asas Ajaran Kristian
140 Biasa / Ghaib 240 Moral dan Ibadat
150 Pendapat Falsafah Tertentu 250 Kristian
160 Psikologi 260 Teologi Misyen & Kepadrian
170 Ilmu Mantik 270 Aspek Sosial & Hal Ehwal
180 Etika / Akhlak Kristian
190 Falsafah Timur / Falsafah 280 Sejarah & Geografi Gereja
Barat 290 Mazhab & Puak Kristian
Agama Lain

300 SAINS 400 BAHASA


KEMASYARAKATAN

310 Perangkaan 410 Linguistik


320 Sains Politik 420 Bahasa Inggeriis
330 Ekonomi 430 Bahasa Jerman
340 Undang-undang 440 Bahasa Perancis
350 Pentadbiran Awam 450 Bahasa Itali
360 Perkhidmatan sosial 460 Romania dll
370 Pendidikan 470 Bahasa Portugis & Sepanyol
380 Perniagaan & Perhubungan 480 Bahasa Latin & Itali
390 Adat Resam & Budaya Rakyat 490 Bahasa Greek Klasik &
Moden
Bahasa-bahasa lain

500 SAINS TULEN 600 TEKNOLOGI

510 Ilimu Hisab 610 Sains Perubatan


520 Astronomi 620 Kejuruteraan
530 Fizik 630 Pertanian
540 Kimia 640 Sains Rumahtangga
550 Sains Bumi 650 Perkhidmatan
560 Kaji Fosil 660 Pengurusan
570 Sains Hayat 670 Teknologi Kimia
580 Sains Tumbuhan 680 Hasil Perusahaan Kimia
590 Sains Haiwan 690 Hasil Kilang Lain
Bangunan

700 KESENIAN / HIBURAN 800 KESUSASTERAAN

710 Seni Taman & Budaya 810 Sastera Amerika


720 Senibina 820 Sastera Inggeris
730 Archa 830 Sastera Jerman
740 Lukisan & Seni Hiasan 840 Sastera Perancis dsbnya
750 Mengecat & Catan 850 Sastera Itali, Rumania
760 Seni Grafik 860 dsbnya.
770 Seni Foto 870 Sastera Sepanyol, Portugis
780 Muzik 880 Sastera Latin & Itali
790 Seni Hiburan & Lakonan 890 Sastera Yunani
Sastera bahasa-bahasa lain

900 GEOGRAFI / SEJARAH 000 KARYA AM

910 Geografi / Lawatan 010 Bibliografi


920 Biografi 020 Sains
930 Sejarah Am Dunia Purba 030 Perpustakaan
940 Sejarah Eropah 040 Ensaiklopedia
950 Asia 050 (belum ditentukan karyanya)
960 Afrika 060 Terbitan berkala
970 Amerika Utara 070 Pertubuhan Am
980 Amerika Selatan 080 Kewartawanan Koleksi
990 Bahagian Lain dunia 090 Karya
Manuskrip & buku nadir
Contohnya :

a. Abdul Samad Ismail, Kursus Wartawan, Kuala Lumpur : Pustaka


Antara, 1996.
b. Ensaiklopedia Perintis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1970.

Menurut Ringkasan Pertama buku-buku ini dikelaskan kepada


nombor umum 000.

Berpandukan pada Ringkasan Kedua pula kita lihat buku-buku


tersebut dikhaskan satu nombor tertentu iaitu Kursus Wartawan itu
diberi nombor 070 ( kewartawanan ) dan Ensaiklopedia Perintis
diberi nombor 030 ( ENSAIKLOPEDIA )

Di sini menerangkan yang Ringkasan Kedua itu menunjukkan


nombor-nombor yang lebih detail dan spesifik.

Ringkasan Ketiga

Dalam keadaan tertentu Ringkasan pertama dan Ringkasan kedua


masih kekurangan dalam senarai nombor pengkelasan.

Contoh : SAINS TULEN

590 - Sains Haiwan


591 - Kaji Haiwan
592 - Haiwan Invertebrata
593 - Kehidupan Laut,bunga karangan laut
594 - Moluska dan Invertebrata berkulit
cengkerang keras
595 - Haiwan Invertebrata yang lain:cacing,
labah-labah, halipan sengkenit
596 - Haiwan Vertebrata
597 - Ikan
598 - Burung
599 - Mamalia

Contohnya :

a. Muhammad Salleh, mengenai Agama Islam Kelantan : Pustaka


Aman, 1961.
b. Suzuku D.T. An Introduction to Zen Buddhism. London : Arrow
Book, 1957.

Kedua-dua buku ini dikelaskan dengan menggunakan Ringkasan


Kedua, kelasnya 290. Kita dapati buku-buku ini Islam dan Buddha
dikelaskan dalam satu nombor yang khusus mesti diberi kepada
kedua-dua jenis buku ini kerana kandungannya nombornya sendiri.
Di sinilah kita dapati kekurangan dalam Ringkasan kedua tadi.
Ringkasan Ketiga adalah merupakan pecahan nombor pengkelasan
yang lebih spesifik.

Contohnya :

a. Fauziah Othman, Ruku Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara,


1974.

Buku Rukun Islam jika dikelaskan nombor pengkelasannya :


297.5

200 - Agama

290 - Agama-agama Lain

297 - Agama Islam

297.5 - Rukun Islam

Senarai lengkap boleh didapati daripada buku :


1. “Senarai Ringkas Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey” terbitan Dewan
Bahasa & Pustaka
2. “Cara Mengelaskan Buku-buku Perpustakaan” oleh Mat Jizat Abdul, 1977.
3. “Senarai Tajuk Perkara” terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

Nombor pengkelasan boleh juga dicari menggunakan buku “Senarai Tajuk


Perkara” dengan cara :
1. Tentukan dahulu perkara dengan melihat isi buku tersebut.
2. Rujuk perkara itu di dalam buku “ Senarai Tajuk Perkara” mengikut
ABJAD.
3. Tentukan nombor pengkelasan buku yang dicari.
E. Unit-unit Pengasingan

Terdapat dua jenis unit pengasingan dalam Sistem Perpuluhan Dewey.

1. Unit Pengasingan Sama

Pembahagian yang halus di bawah itu boleh dilakukan juga mengikut


bentuk buku itu ditulis, misalnya kamus, ensaiklopedia dan buku
panduan mengenai sesuatu topik, seperti di bawah:

01 Teori dan Falsafah

02 Buku Panduan

03 Kamus & Ensaiklopedia

04 Esei & Syarahan

05 Terbitan Berkala

06 Organisasi & Persatuan

07 Mengajar & Belajar sesuatu perkara

08 Koleksi karya oleh beberapa pengarang

09 Sejarah bagi sesuatu perkara

Contoh :

540 - Kimia
540.7 - Cara mengajar Kimia dan Sains Gunaan
598 - Burung
598.03 - Ensaiklopedia mengenai burung

Secara amnya, hanya satu sifar “0” diperlukan bagi menunjukkan pembahagian
bentuk ; tidak perlu ditambah sifar “0” dalam bentuk pembahagian jika nombor
yang berkenaan itu sudah ada “0” dihujungnya.

Contoh :

600 - Teknologi
610 - Sains Perubatan
610.2 - Panduan Sains Perubatan ( bukan 610.02 )

F. Cara-cara Mengkelas Bahan PSS

Bahan-bahan cetak ( buku )

1. Tentukan perkara buku yang hendak dikelaskan dengan menimbangkan


perkara-perkara berikut:-

a. Karya – judul, kandungan, pendahuluan, ciri-ciri istimewa, teks,


judul ( jangan berdasarkan tajuk sahaja kadang-kadang
mengelirukan )
b. Maklumat dari punca lain termasuk buku rujukan dan orang
yang pakar mengenai sesuatu perkara itu.

2. Pilih nombor pengkelasan ikut langkah demi langkah :-

a. Cari bahagian yang sesuai dalam bidang atau kelas ilmu yang
berkenaan.
b. Tentukan secara umumnya bidang atau kelas ilmu yang
berkenaan.
c. Daripada judul yang disediakan, pilih nombor yang paling
sesuai dan tepat atau kena-mengena dengan perkara itu.

3. Jika lebih daripada satu aspek ( perkara ) dibincangkan dalam buku itu,
pilih mana-mana satu cara seperti berikut:-

a. Pilih satu nombor yang dapat merangkumi semua aspek dalam


buku itu.
b. Pilih perkara yang ditegaskan dalam buku itu.
c. Jika kedua-dua perkara diberi penegasan yang sama, pilih
perkara yang terdahulu disebutkan dalam jadual pengkelasan

Bahan –bahan Bukan Buku

Mengkelaskan bahan-bahan bukan buku adalah sama seperti mengkelaskan


bahan tersebut mengikut perkara yang diutarakan.

Contoh 1 : Sebuah carta mengenai Matematik hendaklah dikelaskan pada


510 sebagai Matematik.

Contoh 2 : Carta gambar ikan dikelaskan pada 590 sebagai sains atau 697
untuk lebih spesifik.
Contoh 3 : Bagi peta pula dikelaskan pada 912 sebagai Geografi.

G. Nombor Panggilan

Bahan Buku

a. Buku-buku Fiksyen

Tulis sahaja huruf F dan dibawahnya tiga huruf pangkal nama


pengarang.

Contohnya :
Nama Buku : A Tale of Two Cities
Pengarang : Charles Dickens
No. Panggilan : F
DIC

Nama Buku : Budak Cerdik


Pengarang : Maarif Mahmud
No. Panggilan : F
MAA

b. Buku-buku Rujukan

Tulis huruf R di atas nombor panggilan.

Contoh:
Encyclopedia Britannica : R
030
ENC

c. Buku-buku Bukan Fiksyen

Nombor panggilan terdiri daripada nombor pengkelasan dan komponen


tiga huruf pangkal nama pengarang.

Contoh :
Nama Buku : Senarai tajuk perkara untuk Perpustakaan
] Sekolah.
Penyusun : Kay Eaton
No. Panggilan : 020
EAT
Bahan Bukan Buku

Nombor panggilan terdiri daripada kod petunjuk media, nombor pengkelasan


dan komponen tiga huruf awal pengarang atau judul.

Contoh :
P - Peta
959.5 - Nombor pengkelasan peta.
SEJ -Tiga huruf awal judul.

H. Masalah-masalah Pengkelasan

1. Buku-buku bersiri

a. Buku-buku bersiri bagi perkara yang sama boleh diberi nombor


pengkelasan yang sama dalam kumpulan yang sama.
b. Buku-buku dari siri yang sama tetapi mengenai perkara yang
berlainan hendaklah dikelaskan mengikut perkara masing-
masing.

2. Buku-buku mudah bergambar

a. Buku-buku ini bolehlah dikelaskan dan dijadikan satu kumpulan


yang berasingan – tanda dengan huruf (BP) di atas nombor
kelasnya.

3. Buku-buku teks yang banyak naskahnya.

a. Tinggalkan 2 / 3 naskah sahaja untuk Pusat Sumber.


b. Yang tidak terletak atas rak tidak perlu dikelaskan. Memadai
dengan diadakan satu kumpulan buku-buku teks mengikut
kelasnya.

4. Buku-buku rujukan untuk guru.

a. Di sekolah rendah patut diadakan kumpulan untuk buku-buku


demikian.
b. Bagi sekolah menengah, buku-buku ini dikelaskan dan elok
ditempatkan dalam bahan rujukan bersekala.
5. Risalah

a. Bahan-bahan boleh dikumpul dan diletakkan dalam kotak


risalah mengikut tajuk perkara masing-masing.

6. Ensaiklopedia Am

Ensaiklopedia Am terdiri dari beberapa jilid dan tiap=tiap jilid itu


mempunyai judul yang tertentu, boleh dikelaskan di bawah satu
nombor pengkelasan umum iaitu 030, supaya semua jilid itu tidak
diasngkan.

Contoh : Oxfort Junior Encyclopedia

Volume 1 - Mankind

Volume 2 - Nature History

Volume 3 - The Universe

Volume 4 - Communication

Volume 5 - Great Lives

Volume 6 - Farming and Fisheries

( Tiap jilid akan diberi nombor pengkelasan yang sama iaitu 030 –
nombor untuk ensaiklopedia am )
9.2 PROSES TEKNIK

9.2.1 Proses Teknik Bahan Pusat Sumber

Pengenalan

Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses
supaya dapat diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat

Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber,


Penyelaras PSS perlu memahami keperluan dan masalah-masalah mengenai :

I. tempat letak bahan


2. pengedaran
3. penggunaan
4. penyelenggaraan bahan

Penyelaras PSS perlu senantiasa dapat mengatasi masalah dan


mengubahsuaikan keadaan serta mengemaskini perkhidmatan supaya satu
sistem yang sempurna dapat tercapai.

Oleh kerana cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah berbeza-beza
antara satu sama lain, jadual kerjanya perlu diasingkan mengikut jenis bahan
yang diproses.
CARTA ALIRAN UNTUK MEMPROSES BUKU DAN BAHAN BUKAN
BUKU

Menerima bahan dari pembekal

Semak borang pesanan dan invois dengan bahan


yang diterima

Adakah bahan yang


Tidak diterima itu seperti
tercatat dalam
borang

Ya
Pulangkan bahan itu kepada
pembekal

Periksa keadaan fizikal


Tidak bahan itu, adakah bahan
dalam keadaan
memuaskan

Ya

Kelas dan lengkapkan slip kerja

Rekod butiran bahan dalam buku stok / perolehan

Jalankan proses teknik / fizikal

Sediakan kad katalog

Sediakan panduan pengguna

Sediakan kemudahan baik pulih bahan


9.2.2 Bahan Buku

Buku-buku di Pusat Sumber secara umumnya dibahagikan kepada tiga


kumpulan:

1. Buku Rujukan
2. Buku ‘ Red Spot’
3. Buku Pinjaman

Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-buku tersebut


mengikut cara penggunaannya.

Buku Rujukan

~ Ditempatkan pada rak “ Bahagian Rujukan “.


~ Tidak boleh dipinjam. Oleh itu tiada kad buku dan tiada slip tarikh
pulang.
~ Ditandakan dengan huruf ‘R’ pada label tulang buku.

Buku ‘ Red Spot ‘

~ Ditempatkan pada rak ‘Red Spot’


~ Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang singkat.
~ Tiada kad buku dan tiada slip tarikh pulang.
~ Ditandakan merah pada tulang buku.

Buku Pinjaman

~ Ditempatkan pada rak buku bahagian pinjaman.


~ Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
~ Dilengkapkan dengan kad buku dan slip tarikh pulang.
RR

R 927
571 ABD
OTH

Buku Rujukan Buku Red Spot

420
IBR

Buku Pinjaman
CARTA ALIRAN UNTUK MEMPROSES BUKU

Menerima buku dari pembekal

Semak borang pesanan dan invois dengan buku


yang diterima

Adakah buku yang


Tidak diterima itu seperti
tercatat dalam
borang

Ya
Pulangkan buku itu kepada
pembekal

Periksa keadaan fizikal


Tidak buku itu, adakah bahan
dalam keadaan
memuaskan

Ya

Kelas dan lengkapkan slip kerja

Rekod butiran bahan dalam buku stok / perolehan

Jalankan proses teknik

Sediakan kad katalog

Sediakan panduan pengguna

Sediakan kemudahan baik pulih bahan


9.2.3 Proses Teknik Bahan Buku

9.2.3.1 Bahan yang diperlukan

~ Slip kerja
~ Poket buku
~ Kad buku
~ Slip tarikh pulang
~ Sticker ( label )
~ Tranparensi tape
~ Cop hak milik
~ Cop butiran perolehan
~ Stamp pad
~ Sesiku ‘L’ ukuran 1.5 cm
~ Gam, gunting, kertas dsbnya.

9..2.3.2 Langkah-langkah proses teknik buku

Langkah 1

~ menyemak borang pesanan dengan buku yang diterima.


~ menyemak buku – pastikan buku berkeadaan baik.
( Lihat gambarajah 1 )

1. Periksa buku 2. Buku koyak 3. Muka surat tertinggal


dengan rapi
Gambarajah 1

~ bagi menentukan pengukuhan penjilidan buku. Buka buku


mengikut cara yang betul. ( Lihat gambarajah 2 )

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3


Gambarajah 2

Langkah 2 Mengecop hak milik

~ bahagian luar ketebalan buku


~ muka surat rahsia ( mukasurat 8, 18 dan 58 )
~ muka surat belakang
Lihat gambarajah 3

Cop hak milik

Sekolah
Kebangsaan
Selayang
Utama

PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA
68100 GOMBAK
SELANGOR DARUL EHSAN

Cop hak milik pada bahagian luar ketebalan kulit buku

PUSAT SUMBER
SEK. KEB.
GOMBAK (1)
Cop hak milik pada muka surat rahsia

SE
K.
KE
B.
GO
MB
AK
(1)

Gambarajah 3

Langkah 3 – Mengecop butiran perolehan

~ muka surat judul


~ penuhi butiran pada cop butiran.
Lihat gambarajah 4

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA

Cop hak PANGGILAN


NOMBOR milikpada bahagian luar ketebalan
NOMBOR buku
PEROLEHAN

TARIKH PUNCA

HARGA NASKAH

Cop Butiran Perolehan

Gambarajah 4
Langkah 4 - Merekod butiran dalam Slip Kerja

~ Isikan butir-butir buku ke dalam slip kerja. Slip kerja ini boleh
digunakan sebagai Kad Senarai Rak.
( Lihat panduan mengisi slip kerja )

Langkah 5 – Merekodkan buku dalam Rekod Perolehan

~ Rekodkan butir-butir dalam Buku Rekod Perolehan.


~ Masukkan nombor perolehan buku pada cop perolehan.
( Lihat panduan mengisi Buku Rekod Perolehan )

Langkah 6 - Menyediakan kad buku

~ penuhi butiran pada kad buku.


~ nombor panggilan ( sebelah kiri )
~ nombor perolehan ( sebelah kanan )
~ nama pengarang
~ judul

Langkah 7 - Melekatkan poket buku

~ lekatkan poket buku pada bahagian dalam kulit buku hadapan.


~ ukuran : 1.5 sm dari tepi dan 1.5 sm dari bahagian bawah.
~ masukan kad buku ke dalam poket buku.
( Lihat Gambarajah 5 )

Langkah 8 – Melekatkan “Barcode”

~ diletakkan pada kulit dalam di bahagian bawah.


( Lihat gambarajah 5 )

Langkah 9 - Melekatkan Slip Tarikh Pulang

~ lekatkan pada muka surat pertama sebelum muka surat judul.


~ sekiranya tiada muka surat tersebut, lekatkan helaian kertas dan
kemudian lekatkan slip tarikh pulang pada helaian tersebut.
~ ukuran : 1.5 sm dari tepi dan 1.5 sm dari atas.
( Lihat gambarajah 6 )

530 No.
No.Pangillan 2509 Perole
KOE
han
Nama PENGARANG
pengarang Koe Chong
Aun
JUDUL
Judul
Ulangkaji fizik moden untuk SPM
buku

TARIKH NAMA TINGKATAN/


PULANG PEMINJAM TAHUN

Kad Buku

No.
No.Pangillan 530 2509
Perol
KOE
ehan
Nama
pengarang Koe Chong Aun
Judul buku Ulangkaji fizik moden
untuk SPM
Poket Buku

Gambarajah 5

1.5
sm

Kulit Slip tarikh


bergambar pulang

Kad
buku

Poket
buku
1.5 Muka
sm Surat
judul

Helaian tambahan
Gambarajah 6

Langkah 10 - Melekatkan label buku

~ penuhi butiran nombor panggilan pada label, lekatkan label


buku pada tulang belakang buku.
~ ukuran : 3.5 sm dari bahagian bawah.
( Lihat gambarajah 7 )

Tulang
buku
Transparent
tape

BUKU NIPIS

Label

3.5 sm
Tulang 1.5 sm
buku
3.5 sm
Gambarajah 7

PANDUAN MENGISI SLIP KERJA / KAD SENARAI RAK

Slip kerja merupakan satu borang maklumat yang mengandungi keterangan tentang
sesuatu bahan yang terdapat di PSS. Biasanya keterangan sesuatu bahan terdiri
daripada butir-butir seperti nama pengarang, judul, maklumat imprin, siri dan
sebagainya.

Slip kerja digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan sesuatu bahan. Dengan
adanya slip kerja, kita jarang melakukan kesilapan ketika memproses dan
menguruskan sesuatu bahan.

Slip kerja merupakan asas kepada penyediaan kad katalog. Sehubungan itu, slip kerja
perlu disediakan bagi memulakan kerja-kerja katalog mengkatalog sesuatu bahan. Slip
kerja perlu disediakan bagi setiap bahan walau pun terdapat dua atau lebih bahan di
bawah judul yang sama.
Selepas selesai menjalankan pemerosesan bahan, slip kerja boleh dijadikan sebagai
Kad Senarai Rak. Ia boleh membantu kita untuk menjalankan proses semakan stok
dengan mudah dan efektif bila perlu.

Panduan Mengisi Slip Kerja Bahan Buku

1. Nombor Panggilan

Rekodkan kod buku ( jika ada ) dan diikuti dengan Nombor Pengkelasan
( SPPD ). Seterusnya dicatatkan tiga huruf awal nama pengarang atau judul
(jika tiada pengarang )

Contoh : Dibawah pengarang Dibawah judul

T R
372.3 511.24
RAM BAH

2. Nombor Perolehan

Nombor yang diberi kepada setiap buku yang didaftarkan sebagai satu bahan
PSS. Setiap buku hendaklah mempunyai nombor perolehan yang tersendiri.
Jika ada dua buku atau lebih di bawah datu judul, kesemua buku itu hendaklah
didaftarkan dengan memberi nombor yang berasingan. Semua buku ( semua
bahasa dan jenis) hendaklah dimasukkan ke dalam satu rekod. Rekodkan
nombor perolehan mengikut bilangan buku berkenaan.

Contoh : 0001 0002 0003 dan seterusnya.

3. Nama Pengarang

Nama pengarang perlu ditulis mengikut peraturan katalog.


Contoh :

Nama Barat : Roger Mills - Mills, Roger

Nama Melayu : Datuk Ahmad b. Dahlan - Ahmad b. Dahlan,Datuk

Nama India : Amutha Muniandy - Amutha Muniandy

Nama Cina : Dr. Lim Ah Lek - Lim, Ah Lek, Dr

 Jika tiada pengarang, tandakan dengan tanda sengkang


dalam ruangan ini.

4. Judul : maklumat lain mengenai judul :

Judul hendaklah ditulis dengan sepenuhnya. Gunakan huruf besar untuk huruf
pertama dan diikuti dengan huruf kecil kecuali nama khas. Jika ada judul kecil
( maklumat lain mengenai judul ), gunakan noktah bertindih selepas pertunjuk
media dan diikuti dengan judul kecil.

Contoh :

Pengkatalogan bahan bukan buku : panduan untuk pusat sumber sekolah

Burung-burung di Malaysia

5. Kenyataan Pihak Penanggungjawab:

Jika ada, mulakan dengan nama pengarang ( ikut seperti mana terdapat pada
buku ) dan guna koma bertindih dan diikuti dengan kenyataan pihak-pihak lain
( jika ada ) yang bertanggungjawab bersama untuk menghasilkan buku
berkenaan.

Contoh :

Dr. Sidek Mohamad ; ill. Oleh Lim Ah Lek

Robert Wagner ; ill. By John Dewey

6. Kenyataan Edisi:

Edisi pertama tidak perlu direkodkan. Jika ada edisi kedua, ketiga dan lain-
lain, catatkannya seperti berikut :

Contoh :

Ed. ke2 3rd ed. Ed. baru

~ Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.

7. Kenyataan Imprin :

Maklumat ini dimulakan dengan tempat penerbitan ( jika ada ) dan diikuti
dengan tanda noktah bertindih. Seterusnya direkodkan nama penerbit 9 jika
ada) dan diikuti dengan tanda koma. Kemudian dicatatkan tarikh penerbitan
dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh :

Petaling Jaya : Fajar Bakti , 1998. - jika ada semua butiran.

[ T.T.P ] : Kumpulan Budiman , c2001. - jika tiada tempat penerbitan.

Kuala Lumpur : [T.N.P], 1972. - jika tiada nama penerbit

Kuala Lumpur : DBP, [t.t.]. - jika tiada tarikh penerbitan.


8. Huraian Fizikal

Ruangan ini adalah untuk menghuraikan keadaan fizikal sesuatu buku.


Catatkan huraiannya berdasarkan butir-butir berikut:

 muka surat roman, muka surat rumi : * illustrasi.


 Rekodkan maklumat yang terdapat pada buku berkenaan
sahaja
 Kalau tidak ada mukasurat, bilang dan tulis dalam [ ].
Jika tiada illustrasi tandakan sengkang.

9. Kenyataan Siri :

Maklumat siri tidak terdapat pada semua buku. Jika ada, rekodkan sepenuhnya
nama siri berkenaan dalam kurungan bulat.

Contoh :

( Siri Pendidikan Fajar Bakti ).

 Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam


ruangan ini.

10. Nota :

Nota adalah penting untuk membantu pengguna mencari buku yang tepat dan
sesuai. Nota hendaklah direkodkan dengan ringkas dan padat.

Contoh :

1. PSS ada dua naskah / buah.


2. Sesuai untuk murid tahap 2.
3. Bahan yang disertakan bersama …..
4. Sinopsis / kandungan buku.

11. ISBN :

Jika terdapat International Standard Book Number ( ISBN ), rekodkan seperti


berikut:
Contoh :

ISBN 967-933-024-9

ISBN 967 933 024 9

 Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam


ruangan ini.

12. Trasing:

Trasing hendaklah direkodkan selang satu baris selepas ISBN pada kad
katalog.

Entri Perkara
Entri Perkara direkodkan hanya untuk bukan fiksyen sahaja.
Rujuk buku Senarai Tajuk Perkara untuk menentukan tajuk perkara.
Gunakan HURUF BESAR untuk menulis tajuk perkara.

Contoh :

BURUNG – MALAYSIA
GUNUNG BERAPI

 Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam


ruangan ini.

Entri Tambahan
Maklumat ini biasanya terdiri daripada butir-butir berikut:-
Pengarang Kedua / Pengarang Ketiga / Pihak –pihak Penanggungjawab
Jika terdapat butir-butir tersebut, hendaklah ditulis mengikut peraturan katalog.

Judul dan Siri – Jika ada, hanya perlu merekodkan perkataan Judul dan Siri
sahaja.

 Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam


ruangan ini.

13. Butiran Perolehan:

Butir-butir dalam ruangan ini hendaklah ditulis berdasarkan maklumat yang


terdapat pada borang pesanan, invois atau bil. Semua butiran berkaitan perlu
diisi.
Ruang catatan hendaklah diisi seperti berikut:

Lokasi bahan - nyatakan tempat letaknya buku berkenaan.


Kategori bahan - bahan biasa ( fiksyen & bukan fiksyen ) /
rujukan am / rujukan khas.
Statua bahan - hilang / rosak / hapus kira dan sebagainya.
Jenis koleksi - umum / khas /bahan terlarang / diharamkan dan
sebagainya.

14. Semakan Stok:

Ruangan ini hendaklah diisi dengan tarikh penyemakan dan tandatangan


penyemak semasa membuat semakan stok berdasarkan polisi PSS berkenaan.

9.3 REKOD-REKOD PEROLEHAN

Pengenalan

Setiap Pusat Sumber Sekolah Perlu menyimpan dan mengemaskinikan rekod-


rekod perolehan bahan. Antara rekod-rekod yang perlu ada di sesebuah Pusat Sumber
Sekolah ialah :

1. Rekod Perolehan Bahan Buku


2. Rekod Perolehanan Bahan Bukan Buku
3. Rekod Bekalan Pejabat
4. Rekod Perolehan Akhbar
5. Rekod Perolehan Majalah

Rekod-rekod tersebut perlu disimpan di tempat yang selamat agar segala


maklumat dapat dijaga dengan rapi dan memudahkan AJK membuat semakan
mengikut jangka masa yang ditetapkan.
9.4 KATALOG

9.4.1 Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi kepada sesebuah sekolah. Pusat
Sumber mengandungi bahan cetak dan bahan bukan cetak. Untuk menggunakan
bahan-bahan ini dengan mudah dan berkesan, satu indeks atau senarai bahan perlu
disediakan. Indeks atau senarai bahan dalam koleksi perpustakaan atau Pusat
Sumber dikenali sebagai KATALOG. Proses menyediakan katalog ini dipanggil
PENGKATALOGAN.

9.4.2 TUJUAN PENGKATALOGAN

1.1.1 untuk menyimpan satu rekod yang lengkap tentang koleksi bahan
dalam Pusat Sumber.
1.1.2 untuk semakan stok dan mengesan semula bahan dalam simpanan.
1.1.3 untuk memudahkan pencarian bahan mengikut aspek-aspek yang
diketahui oleh pengguna.
1.1.4 Untuk membantu dalam pemilihan bahan.
i. dari segi format fizikal
ii. dari segi kandungan
iii. dari segi edisi

9.4.3 FUNGSI PENGKATALOGAN

Katalog merupakan direktori atau rekod mengenai semua koleksi Pusat Sumber
bagi membolehkan pengguna mencari bahan dengan mudah dan cepat.

9.4.4 BENTUK, UKURAN DAN WARNA KATALOG

Terdapat pelbagai bentuk katalog, antaranya ialah Kad, Microfis, CD ROM,


Automasi dan sebagainya.

Ukuran katalog sama ada kad atau bentuk lain ialah 3 in. x 5 atau 7.6 cm x 12 cm.

Warna yang biasa digunakan untuk kad katalog ialah warna putih untuk buku dan
warna merah jambu untuk bukan buku.
9.4.5 JENIS-JENIS ENTRI KATALOG

9.4.5.1 Entri Senarai Rak

i. Merupakan maklumat lengkap bagi sesebuah bahan buku atau


bukan buku sebagai satu rekod stok yang lengkap.
ii. Kad Rujukan untuk Guru Penyelaras PSS.
iii. Disimpan dalam laci katalog yang terletak di pejabat PSS.
iv. Disusun mengikut Nombor Perolehan bahan buku atau bukan
buku.
v. Kad Entri Utama di bawah pengarang atau judul sahaja
dijadikan sebagai Kad Senarai Rak.

9.4.5.2 Entri Utama

DI BAWAH PENGARANG

i. Kad utama bagi bahan buku dan bukan buku yang


menggunakan nama pengarang.

ii. Nama pengarang dicatat sebagai kad utama.

DI BAWAH JUDUL

i. Nama judul dicatat sebagai kad utama.

ii. Menggunakan judul sebagai kad utama jika tiada pengarang


atau lebih dari 3 orang pengarang.

9.4.5.3 Entri Tambahan

i. Kad Tambahan disediakan dibawah:-


 Nama pengarang bersama
 Nama pihak penanggungjawab
 Judul
 Siri

ii. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat


yang terdapat dalam bahagian ‘Trasing’.

9.4.5.4 Entri Perkara


i. Kad Perkara disediakan untuk bahan buku dan bukan buku yang
berbentuk bukan fiksyen sahaja.

ii. Kad-kad ini disediakan mengikut urutan daripada maklumat


yang terdapat dalam bahagian ‘Trasing’.

iii. Buku Senarai Tajuk Perkara digunakan untuk menentukan kad


ini.

9.4.5.5 Entri Rujukan

i. Kad Entri Rujukan disediakan berdasarkan maklumat yang


terdapat pada buku Senarai Tajuk Perkara.

ii. Kad Rujukan ‘lihat’ dan juga ‘lihat juga’ merupakan kad arahan
supaya pengguna dapat melihat kad seterusnya seperti yang
diarahkan berikut:-

x - lihat

xx - lihat juga

9.4.6 PENENTUAN ENTRI UTAMA

A ENTRI UTAMA DI BAWAH PENGARANG

Pengarang perseorangan ialah orang utama yang bertanggungjawab


keatas kandungan kreatif dan intelektual sesuatu karya.
- Karya oleh seorang pengarang

i. Entri Utama di bawah nama pengarang


ii. Entri Tambahan di bawah judul

Contoh:-

Darmawan Rahman
Pelabuhan cinta terakhir / Darmawan Rahman

I. Judul

- Karya oleh dua orang pengarang


i. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.
ii. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan judul.

Contoh:-

Munir Ali
Puteri Indera Bayu / Munir Ali dan Omar Din

I. Omar Din II. Judul

- Karya oleh tiga orang pengarang perseorangan

i. Entri Utama di bawah nama pengarang pertama.


ii. Entri Tambahan di bawah pengarang kedua dan ketiga serta
judul.

Contoh:-

Betsy, Li
Prinsip Akaun SPM / Betsy Li, Tan Sai Kim dan Goh Ling
Chin.

I. Tan, Sai Kim II. Goh, Ling Chin


III. Judul

- Karya hasil terjemahan

i. Entri Utama di bawah nama pengarang perseorangan yang asal.


ii. Sekiranya pengarang asal tidak dapat dikenalpasti, Entri Utama
di bawah judul.
iii. Entri Tambahan di bawah penterjemah.
Contoh:-

Mc Gregor, Douglas
Aspek kemanusiaan dalam perusahaan / Douglas Mc
Gregor ; diterjemahkan oleh Hassan Ali

I. Hassan Ali II. Judul

- Karya Semakan

i. Karya yang disemak semula, diringkas, ditokok tambah, dipadat


dan dikemskinikan.
ii. Entri Utama di bawah nama pengarang yang asal.
iii. Entri Tambahan di bawah kenyataan Pihak Penanggungjawab.

Contoh:-

Fowler, H. W.
A dictionary of modern English usage / by H. W.
Fowler. 2nd ed. / revised by Sir Ernest Gowers.

I. Gowers, Ernest, Sir. II. Judul

- Karya dipadankan

i. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis


semula atau disesuaikan untuk kanak-kanak.
ii. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.
iii. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:-

Suton, Felix
Adventure of Tom Sawyer / Mark Twain ;
Rewritten for young readers by Felix Suton

I. Twain, Mark II. Judul

- Karya hasil kerjasama antara Pengarang dan Pelukis

i. Karya yang ditulis semula dalam bentuk sastera lain, ditulis


semula atau disesuaikan untuk kanak-kanak.
ii. Entri Utama di bawah nama Pihak Penanggungjawab.
iii. Entri Tambahan hendaklah disediakan di bawah judul.

Contoh:-

Suton, Felix
Adventure of tom Sawyer / by Mark Twain ;
Rewritten for young readers by Felix Suton

I. Twain, Mark II. Judul

PERATURAN MENULIS NAMA PENGARANG


Berikut adalah cara menulis nama-nama Pengarang mengikut peraturan katalog,

iaitu AACR:-

Nama Orang Barat

i. Roger Mills

Direkodkan sebagai:

Mills, Roger

ii. Cecil Day-Lewis

Direkodkan sebagai:

Day-Lewis, Cecil

iii. J. E. Kane

Direkodkan sebagai:

Kane, J. E.

iv. Mary Russel Vick

Direkodkan sebagai:

Vick, Mary Russel

v. Sir Frank Swettenham

Direkodkan sebagai:

Swettenham, Frank, Sir.

Nama Orang Melayu

i. Nik Aziz Nik Samad


Direkodkan sebagai:

Nik Aziz Nik Samad

ii. Haji Ali bin Akhbar

Direkodkan sebagai:

Ali bin Akhbar, Haji.

iii. A. Samad Said

Direkodkan sebagai:

A. Samad Said

iv. Tan Sri Dahlan Yusof

Direkodkan sebagai:

Dahlan Yusof, Tan Sri.

v. Noor Azlina Tunas

Direkodkan sebagai:

Noor Azlina Tunas

Nama Orang Indonesia

i. Abdullah bin Nuh

Direkodkan sebagai:

Abdullah bin Nuh

ii. Dr. Mohammad Hatta


Direkodkan sebagai:

Mohammad Hatta, Dr.

iii. Adi Waskito

Direkodkan sebagai:

Adi Waskito

iv. Alan Budi Kasuma

Direkodkan sebagai:

Alan Budi Kasuma

v. B. J. Habibie

Direkodkan sebagai:

Habibie, B.J.

Nama Orang India

i. M. Amutha

Direkodkan sebagai:

Amutha, M.

ii. Rabindranath Tagore

Direkodkan sebagai:

Rabindranath Tagore
iii. Tan Sri V. Manicka Vasagam

Direkodkan sebagai:

Manicka Vasagam, V., Tan Sri.

iv. Dr. C. Baranitharan

Direkodkan sebagai:

Baranitharan, C., Dr.

v. Steven Raj

Direkodkan sebagai:

Raj, Steven

B. ENTRI UTAMA DI BAWAH NAMA BADAN BERGABUNG


(SELEMBAGA)

Badan Bergabung (Selembaga) ialah satu organisasi atau kumpulan


orang yang mempunyai satu nama dan mungkin bertindak sebagai satu
badan.

 Kerajaan (Persekutuan / Tempatan)


 Agensi-agensi Kerajaan
 Persatuan
 Institusi
 Agensi Antarabangsa
 Persidangan
 Pameran
 Pertunjukan

Contoh:-

Malaysia, Bank Pertanian. Laporan pertanian.


Malaysia. Labour Law.

Malaysia. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Peristilahan ilmu


perpustakaan dan dokumentasi.

Seminar Bengkel Kemudahan Memperoleh Penerbitan Di peringkat


Kebangsaan (1987 : Kuala Lumpur)

C. ENTRI UTAMA DI BAWAH JUDUL

Entri Utama di bawah judul ditetapkan berdasarkan keadaan-keadaan


berikut:-

 Pengarangnya tidak diketahui dan tiada badan bergabung (selembaga)


yang bertanggungjawab.

 Karya yang ditulis oleh lebih daripada tiga orang pengarang dan tiada
di antara mereka adalah pengarang utama.

 Satu koleksi karya atau satu karya dihasilkan di bawah siding


pengarang dan mempunyai satu judul kolektif.

 Kitab suci

9.4.7 JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM REKOD KATALOG

A Tajuk

1.1 Pengarang atau orang lain atau nama badan bergabung (selembaga)
yang dipilih sebagai entri utama.
1.2 Judul, jika (1.1) di atas tidak dipilih.

B Deskripsi

1.2.1 Judul dan Kenyataan Pihak Penanggungjawab


 Judul benar termasuk judul pilihan jika ada.
 Judul selari dan judul-judul kecil
 Petunjuk Media (bahan bukan buku sahaja)
 Kenyataan Pihak Penanggungjawab
C. Kenyataan Edisi

1.2.2 Kenyataan edisi (nama, nombor atau kedudukannya).

D. Butiran Khusus Bahan (atau jenis penerbitan)

1.2.3 Untuk bahan-bahan kartografi, terbitan bersiri, muzik, bahan mikro,


fail-fail computer dan sebagainya.

E. Penerbitan

1.2.4 Tempat Penerbitan, Pengedar dll.

1.2.5 Nama Penerbit, Pengedar dll.

1.2.6 Tahun hak cipta.

F. Huraian Fizikal Bahan

1.2.7 Keluasan bahan (ms., discs, frame)

1.2.8 Butiran fizikal yang lain (ilustrasi, had laju)

1.2.9 Dimensi (tinggi, lebar)

1.2.10 Bahan yang disertakan (panduan guru, peta)

G. Kenyataan Siri

1.2.11 Judul benar, selari, judul kecil

1.2.12 Kenyataan Pihak Penanggungjawab dengan siri

1.2.13 Nombor ISBN

1.2.14 Nombor ISSN

H. Nota
H.1.1 Maklumat tambahan mengenai bahan yang dikatalog yang dikira
penting.

I. Nombor Standard dan Syarat Perolehan

I.1.1 Nombor Standard (ISBN, ISSN)

I.1.2 Syarat Perolehan (harga, peruntukan kewangan)

9.4.8 KATALOG BUKU

1.1 Jenis-jenis Maklumat dalam Kad Entri Utama

1.1.1 Nombor Panggilan

745 - Nombor Pengelasan (SPPD)


AHM - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada
Pengarang atau Judul)

1.1.2 Judul

i. Judul Sebenar

Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada


sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut
tanda bacaan dan cetakan huruf.

Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil


lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’.

Contoh 1:

Guru Dan Perguruan

Direkodkan sebagai: Guru dan perguruan

Contoh 2:
Waktu & Kejayaan

Direkodkan sebagai: Waktu & kejayaan

ii. Judul Selari

Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut


terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul
sebagai judul selari.

Contoh:

AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580) &


COUNSELLORS ACT 1998 (ACT 580)

Direkodkan sebagai:

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)=Counsellors Act 1998 (Act


580)

1.1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul

i. Maklumat lain mengenai judul

Contoh:-

PENGKATALOGAN BAHAN BUKAN BUKU


Panduan untuk Pusat Sumber Sekolah

Direkodkan sebagai:

Pengkatalogan bahan bukan buku: panduan untuk Pusat Sumber


Sekolah

ii. Judul yang sangat panjang

Contoh:-

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru


Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Tahun
1993 – 1997

Direkodkan sebagai:

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pusat Kegiatan Guru…


(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

1.1.4 Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Contoh:-

KATALOG MENGKATALOG UNTUK PERPUSTAKAAN


SEKOLAH
Atma Singh
disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong

Direkodkan sebagai:

Katalog mengkatalog untuk perpustakaan sekolah/


Atma Singh; disunting dan diterjemahkan oleh Wong Kim Siong

1.1.5 Kenyataan Edisi

i. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada buku


ii. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan
Contoh:-

Edisi Kedua
Third Edition

Direkodkan sebagai:

Ed. Ke2
3rd ed.

1.1.6 Maklumat Imprin:

 Tempat Penerbitan
 Nama Penerbit
 Tarikh Penerbitan

Contoh 1:

Petaling Jaya
Penerbit Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd.
c1999

Direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999.

Contoh 2:

(tidak dinyatakan tempat penerbitan )


Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.
c1998

Direkodkan sebagai:
(T.T.P.): Kumpulan Budiman, c1998.

Contoh 3:

Kuala Lumpur
(tidak dinyatakan nama penerbit)
c1993

direkodkan sebagai:
Kuala Lumpur: (T.N.P.), c1993.

Contoh 4:

Melaka
Penerbitan Kota
(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)

Direkodkan sebagai:
Melaka : Penerbitan Kota, (t.t.)

1.1.7 Huraian Fizikal

Muka surat Roman, Muka surat Rumi; Kenyataan ilustrasi


Contoh 1:

Muka surat Roman : vii


Muka surat Rumi : 128
Ilustrasi : ada

Direkodkan sebagai:
vii, 128 ms. : ill.

Contoh 2 :

Muka surat Roman : xi


Muka surat Rumi : 128
Ilustrasi : tiada

Direkodkan sebagai :
128 ms. : ill.

1.1.8 Kenyataan Siri

Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh :

SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI

Direkodkan sebagai :

(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

1.1.9 Nota

i. Memberi maklumat tambahan mengenai buku berkenaan


ii. Menunjukkan kandungan sesuatu buku
iii. Menunjukkan bilangan buku atau saiz
iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksima

1.1.10 ISBN

 Ia merupakan International Standard Book Number

 Jika terdapat pada buku berkenaan, rekodkan seperti berikut:

ISBN 967 933 024 9.


ISBN 967-89-0927-8.

1.1.11 ISSN
 Singkatan bagi ‘International Standard Serial Number’

 ISSN digunakan sekiranya buku dibeli dalam set lengkap.

1.1.12 Trasing

 Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.

 Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI


PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN

 Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan


direkodkan dalam huruf besar.

 Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN di bawah


pengarang, judul, siri.

Contoh 1 (untuk buku fiksyen):

I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2 (untuk buku bukan fiksyen):

I. SAINS PERPUSTAKAAN I. Ong, Kim Siong.


III. Siri

9.4.9 KATALOG BAHAN BUKAN BUKU

1. JENIS-JENIS MAKLUMAT DALAM KAD ENTRI UTAMA

1.1 Nombor Panggilan

FJ - Petunjuk media
745 - Nombor Pengelasan (SPPD)
FIZ - Tiga huruf awal tajuk entri utama (iaitu sama ada
Pengarang atau
Judul)

1.2 Judul
i. Judul Sebenar

Rekodkan judul sebenar dengan tepat seperti yang terdapat pada


sumber maklumat utama, iaitu muka surat judul tanpa mengikut
tanda bacaan dan cetakan huruf.

Rekodkan huruf pertama dengan huruf besar dan huruf kecil


lainnya kecuali ‘NAMA KHAS’

Contoh 1:

Scan – Glob A / S

Direkodkan sebagai:

Scan – Glob A / S

Contoh 2:

Masyarakat Sihat Negara Maju

Direkodkan sebagai:

Masyarakat sihat Negara maju

ii. Judul Selari

Pilih satu judul sebagai judul sebenar sekiranya judul tersebut


terdapat di dalam dua bahasa atau lebih dan satu lagi judul
sebagai judul selari.

Contoh:

KAYU
Struktur sifat dan penggunaan

Direkodkan sebagai:

Kayu [ carta ] : struktur sifat dan penggunaan

1.3 Maklumat Lain Mengenai Judul


i. Maklumat lain mengenai judul

Contoh:

KATALOG PERPUSTAKAAN
Jenis-jenis entri

Direkodkan sebagai:

Katalog perpustakaan [ Slaid ] : jenis-jenis entri

ii. Judul yang sangat panjang

Contoh:

Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu di Hari


Penyampaian Sijil

Direkodkan sebagai:

Ahmad Zamani mempersembahkan rangkaian lagu-lagu …


(ringkas dan tidak meninggalkan idea utama)

iii. Tiada judul

Tulis judul deskriptif dalam kurungan siku

Contoh:

Terdapat 12 keping peta dengan judul masing-masing dalam


sebuah kotak tetapi tiada satu judul kolektif untuk kesemua 12
keping peta tersebut. Tiap-tiap satu peta menunjukkan ibu
negeri masing-masing di Malaysia seperti Alor Star, Ipoh …

Direkodkan sebagai:

[Ibu-ibu negeri di Malaysia]

1.4 Nama Petunjuk Media

Direkod dalam kurungan siku dalam Bahasa Melayu

Contoh:
[ Slaid ], [ Carta ], [ Video ]

1.5 Kenyataan Pihak Penanggungjawab

Contoh:

PANDUAN IBADAH
Teori dan Praktikal
oleh
Ustaz Md. Tahir bin Md. Yusof

Direkodkan sebagai:

Panduan Ibadah [ Pita Audio ]: teori dan praktikal / Ustaz Md. Tahir bin
Md. Yusof

1.6 Kenyataan Edisi

i. Edisi perlu dicatat jika terdapat pada bahan

ii. Edisi pertama tidak perlu dicatatkan.

Contoh:

Edisi Kedua
Third Edition

Direkodkan sebagai:

Ed. Ke2
3rd ed.

1.7 Maklumat Imprin

 Tempat Penerbitan
 Nama Penerbit
 Tarikh Penerbitan

Contoh 1:
Petaling Jaya
Penerbit Fajar bakti (M) Sdn. Bhd.
c1999

Direkodkan sebagai:
Petaling Jaya: Fajar Bakti, c1999

Contoh 2:

(tidak dinyatakan tempat penerbitan)


Kumpulan Budiman (M) Sdn. Bhd.
C1998

Direkodkan sebagai:
[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c1998

Contoh 3:

Kuala Lumpur
(tidak dinyatakan nama penerbit)
c1993

Direkodkan sebagai:
Kuala Lumpur : [T.N.P.], c1993

Contoh 4:

Melaka
Penerbitan Kota
(tidak dinyatakan tarikh penerbitan)

Direkodkan sebagai:
Melaka : Penerbitan Kota, [t.t.].

1.8 Huraian Fizikal

i. Bahan : Carta, Lukisan, Gambar, Poster, Slaid,


Transparensi.
ii. Huraian : Jumlah : hp/bwn.: saiz

Contoh:
CARTA:

C
381
JAD Jadual pertukaran metrik untuk perniagaan
Emas [ Carta ]: metric conversion table
Forgold trade. Kuala Lumpur: Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian, 1975.
1 : bwn.: 77 X 51 cm.

LUKISAN:

L
759
JOH Johnson, Jeanette
Mother earth [ Lukisan ]: in the bosom of
mother radiates the life energy of the sun /
Jeanette Johnson.
1 : pasir atas kayu ; bwn. : 33 X 18cm

iii. Bahan : Rakaman bersuara


Huraian : Kaset - Jumlah : masa permainan :
mono/stereo
Katrij - Jumlah : masa permainan : mono/stereo
Piring Hitam – Jumlah : kelajuan : mono/stereo

Contoh:

PITA VIDEO:

VK
750
DIA Diamond, Neil
I am glad that you are here with me [Pita Video] / Neil
Diamond.
Ultrecht : Vestron, 1987.
1 : 45 min. : stereo

PIRING HITAM:

PH
784
USM Usman Awang
Uda dan Dara [ Piring Hitam ]: dalam lagu dan suara /
Karya dan
lirik oleh Usman Awang : cipta lagu dan gubahan oleh Basil
Jayatilaka. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan dan
Sukan, 1999.
1 : 33 1/3 psm : stereo.

iv. Bahan : Glob. Peta


Huraian : Skala. Jumlah : hp/bwn. : saiz

Contoh:

GLOB:

G
912
TOL Tolman, Le Roy, M.
World nation series [Glob} / Le Roy M Tolman.
Skala
1:31,363,000. Meredith Corporation, 1987.
1 : bwn

PETA:

P
912
MAL Malacca [Peta] / prepared under the direction of The
Surveyor
General Malaya. Skala 1: 63,360. Kuala Lumpur:
Surveyor
General, Federation of Malaya, 1961.
1 : bwn. : 89 X 64cm.

1.9 Kenyataan bahan yang disertakan

Contoh:

Satu set carta disertakan dengan buku panduan guru dan buku kerja
murid.
Direkodkan sebagai:
1 : bwn. + 1 buku panduan guru + I buku kerja murid

1.10 Kenyataan Siri

Direkodkan dalam kurungan bulat

Contoh:

SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI

Direkodkan sebagai:
(Siri Pendidikan Fajar Bakti)

1.11 Nota

i. Memberi maklumat tambahan mengenai bahan berkenaan.


ii. Menunjukkan kandunagn sesuatu bahan.
iii. Menunjukkan bilangan bahan atau saiz.
iv. Menunjukkan golongan pengguna yang dapat faedah maksima.

1.12 Trasing

 Maklumat direkod dalam Bahasa Melayu.

 Menunjukkan entri-entri lain yang disediakan, iaitu ENTRI


PERKARA dan ENTRI TAMBAHAN.

 Nombor Rumi menunjukkan ENTRI PERKARA dan direkod


menggunakan huruf besar.

 Nombor Roman menunjukkan ENTRI TAMBAHAN dan di


bawah pengarang, judul dan siri.

Contoh 1

I. Rahman Ismail, Hj. II. Judul III. Siri

Contoh 2

1. SAINS PERPUSTAKAAN I. Wong, Kim Siong II. Judul


III. Siri
9.4.10 CONTOH PENYEDIAAN KAD KATALOG BUKAN BUKU

1.1 BAHAN YANG MEMPUNYAI PENGARANG

6.1.1 Entri Utama di bawah pengarang

FJ
915
CRO Crossfield, L.
The physical geography [Filem Jalur] / L., Crossfield.
London : Hulton Eduucational Publications, 1987.
1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).
Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.
1. MALAYSIA-GEOGRAFI FIZIKAL I. Judul
II. Siri

1.2 Entri tambahan di bawah judul

FJ
915 The physical geography
CRO Crossfield, L.
The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.
London : Hulton Educational Publications, 1987.
1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).
Kajian bentuk muka bumi Semenanjung

FJ
1.3 Entri 915
TambahanMALAYSIA-GEOGRAFI
di bawah perkara FIZIKAL
CRO Crossfield, L.
The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.
London : Hulton Educational Publications, 1987.
1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).
Kajian bentuk muka bumi Semenanjung.
1.4 Entri Tambahan di bawah siri

FJ
915 MCE Series
CRO Crossfield, L.
The physical geography [Filem Jalur] / L. Crossfield.
London : Hulton Educational Publications, 1987.
1 (46 fr) : bwn. + 1 buku panduan. (MCE Series).
Kajian bentuk muka bumi Semenanjung

2.1 Bahan yang tiada mempunyai pengarang atau lebih dari 3 orang pengarang

Entri utama di bawah judul

S
500
HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :
Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.
12 : bwn. (Elementary School Science).
Kandungan: Water made green by plants – Means of
observation – Tiny water plants – How to collect water
plants.
1. RUMPAI AIR i. Siri

S
Entri
500 tambahan di bawah
RUMPAI AIR perkara
HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :
Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.
12 : bwn. (Elementary School Science).
Kandungan: Water made green by plants – Means of
observation – Tiny water plants – How to collect water
plants.
Entri tambahan di bawah siri

S
500 Elementary School Science.
HOW How tiny creatures living in water [Slaid]. Tokyo :
Kokusai Bunka Shinkokai, c1972.
12 : bwn. (Elementary School Science).
Kandungan: Water made green by plants – Means of
observation – Tiny water plants – How to collect water
plants.

9.5 PENYUSUNAN DAN PANDUAN MEMFAIL KAD


KATALOG

1 Susunan berabjad
- susun semua entri menurut abjad

2 Perkataan demi perkataan


- fail menurut abjad berdasarkan perkataan demi perkataan.

Contoh:

I met a man
Image books
Image of America
In the days of giants
In unknown world

3 Tanda baca
- pemberian tanda baca tidak diambil kira.
Contoh:

Hand action games


Hand-ball
Hand-book
Hand in hand

4 Kata sandang awal


- perkataan “A”, “The”, “de” tidak diambil kira.

Contoh:

The man in black

Ditulis: Man in black

5 Kependekan
- kependekan seperti “St”, “Dr” dan “Mc” difailkan seperti dieja dengan
penuh.

Contoh:

Saint
Doctor

6 Akronim
- akromin diambilkira sebagai satu perkataan jika tidak diselangi dengan
noktah.

Contoh:

U.N.E.S.C.O.
Unemployment
UNESCO handbook

7 Angka-angka

Contoh:

2 budak nakal
2 little Indians

Seperti dieja:

Dua budak nakal


Two little Indians
8. Banyak judul

- sekiranya terdapat banyak buku ditulis oleh seorang pengarang susun ikut judul
buku secara abjad

You might also like