You are on page 1of 5

Latihan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1. Kata Muthu,”Emak saya guru,”

A. Muthu berkata bahawa emaknya guru.


B. Muthu berkata bahawa emak guru.
C. Muthu berkata bahawa emak saya guru.
D. Muthu berkata emak dia guru.

2. Cikgu berkata,”Seng Kuang, padamkan


papan hitam.”

A. Cikgu berkata kepada Seng Kuang padamkan papan hitam.


B. Cikgu Seng Kuang berkata memadamkan papan hitam.
C. Cikgu Seng Kuang berkata memadamkan papan hitam.
D. Cikgu menyuruh Seng Kuang memadamkan papan hitam.

3. “Maafkan saya, mak,” kata Ali.

A. Ali meminta emaknya memaafkannya.


B. Ali meminta emaknya memaafkannya.
C. Ali meminta emaknya memaafkan saya.
D. Ali meminta supaya emaknya dimaafkan.

4. “Sayalah yang melakukan perkara itu,”


kata Ahmad.

A. Ahmad dialah berkata melakukan perkara itu.


B. Ahmad berkata bahawa dialah yang melakukan perkara itu.
C. Ahmadlah yang melakukan perkara itu, katanya.
D. Ahmad berkata bahawa sayalah yang melakukan perkara itu.

5. “Mengapa kamu tidak mahu mengambil


bahagian, Lee?” kata Basli.

A. Basli mengatakan bahawa Lee tidak mahu mengambil bahagian.


B. Basli menyuruh Lee tidak mahu mengambil bahagian.
C. Basli bertanya kepada Lee mengapa dia tidak mahu mengambil
bahagian.
D. Basli tahu mengapa Lee tidak mahu mengambil bahagian.

6. Kata Ah Moi kepada Aminah,”Ajarlah


saya.”

A. Aminah minta pengajaran daripada Ah


Moi.
B. Aminah diajar oleh Ah Moi.
C. Ah Moi meminta Aminah mengajarnya.
D. Ah Moi suka mengajar Aminah.

7. Ah Hock berkata kepada kawannya,


“Mari kita pergi ke kedai buku.”

A. Ah Hock menyuruh kawannya pergi ke kedai buku.


B. Ah Hock mengajak kawannya pergi ke kedai buku.
C. Ah Hock dan kawannya diajak pergi ke kedai buku.
D. Ah Hock melarang kawannya pergi ke kedai buku.

8. Kata bapa,”Kau buatlah kerja itu


sehingga selesai.”

A. Bapa menyuruh anak buatlah kerja itu sehingga selesai.


B. Bapa menyuruh saya membuat kerja itu sehingga selesai.
C. Bapa menyuruh saya dibuat kerja itu sehingga selesai.
D. Saya meminta bapa membuat kerja itu sehingga selesai.

9. Kata Kok Kin kepada adiknya,”Jangan


bermain di situ.”

A. Adik melarang Kok Kin bermain di situ.


B. Adik melarang bermain Kok Kin di situ.
C. Kok Kin melarang di situ bermain adiknya.
D. Kok Kin melarang adiknya bermain di situ.

10. “Ali, di mana Chee Hock,” kata Aminah.

A. Aminah bertanya kepada Ali di mana Chee Hock.


B. Aminah bertanya kepada Chee Hock di mana Ali.
C. Aminah bertanya di mana Ali dan Chee Hock.
D. Aminah bertanya Ali dan Chee Hock.

11. Kakak menyuruh Aminah pergi membeli


garam di kedai.

A. Kakak berkata, “Aminah, kakak pergi beli garam di kedai.”


B. Kakak berkata, “Aminah, pergi beli garam di kedai.”
C. Kakak bertanya, “Aminah suka membeli garamkah?”
D. Kakak bertanya, “Aminah suka pergi ke kedai, tak?”

12. Kee Heng berharap supaya dia tidak


dihukum kerana sebenarnya dia tidak
bersalah.

A. Kee Heng berkata,”Janganlah hukum saya. Sebenarnya saya tidak


bersalah.”
B. Kee Heng berkata,”Sebenarnya saya tidak dihukum kerana dia tidak
bersalah.”
C. Kee Heng berkata, “Janganlah hukumnya. Sebenarnya dia tidak
bersalah.”
D. Kee Heng berkata,”Saya dihukum kerana saya tidak bersalah.”
13. “Saya telah membeli tiga batang pensel,”
kata Rahim.

A. Rahim berkata bahawa saya telah membeli tiga batang pensel.


B. Saya berkata bahawa Rahim telah membeli tiga batang pensel.
C. Rahim berkata bahawa dia telah membeli tiga batang pensel.
D. Rahim berkata bahawa dia ada tiga batang pensel.

14. Bapa menyuruh Nathan memasukkan


beg itu ke dalam kereta.

A. “Nathan, masukkan beg itu ke dalam kereta,” kata bapa.


B. “Bapa, masukkan beg itu ke dalam kereta,” kata Nathan.
C. “Bolehkah beg itu dimasukkan ke dalam kereta,” tanya bapa.
D. “Bolehkah beg itu dimasukkan ke dalam kereta, bapa,” kata Nathan.

15. Siti bertanya kepada Liza mengapa Ali


menangis.

A. Siti berkata, “Liza, mengapa Ali menangis?”


B. Siti berkata, “Mengapa Liza dan Ali menangis?”
C. Siti berkata,”Ali, mengapa Liza menangis?”
D. Siti berkata, “Ali dan Liza, mengapa dia mennangis?”

16. Hong Hui memberitahu abangnya


bahawa dia telah mandi.

A. “Saya telah mandi,” kata abang Hong Hui.


B. “Abang, dia telah mandi,” kata Hong Hui.
C. “Abang saya telah mandi,” kata Hong Hui.
D. “Abang, saya telah mandi,” kata Hong Hui.

17. Roslan bertanya kepada Ah kau bila dia


hendak pergi ke Sarawak.

A. “Bilakah dia hendak pergi ke Sarawak?” kata Roslan kepada Ah Kau.


B. “Bilakah awak hendak pergi ke Sarawak?” tanya Roslan kepada Ah
Kau.
C. “Roslan, bilakah awak hendak pergi ke Sarawak?” tanya Ah Kau.
D. “Siapakah hendak pergi ke Sarawak?” kata Roslan kepada Ah kau.

18. Cikgu menyuruh Talib menyapu lantai.

A. “Tolong talib sapukan lantai,” kata cikgu.


B. “Sapukan lantai Talib,” kata cikgu.
C. ‘Talib, tolong sapukan lantai,” kata cikgu.
D. “Talib tolong saya sapukan lantai,”kata cikgu.

19. Encik Tan melarang Ali berenang di tasik


itu.

A. Kata Encik Tan,”Tolong jangan berenang di tasik ini.”


B. Kata Encik Tan, “Ali, Jangan berenang di tasik ini.”
C. Kata Encik Tan,”Ali, sukakah kamu berenang di tasik ini?”
D. Kata Encik Tan,”Ali selalu berenang di tasik ini.”

20. Su Hai bertanya kepada Kim Eng di


mana dia bekerja.

A. “Di mana saya bekerja?” kata Su Hai kepada Kim Eng.


B. “Di mana Kin Eng bekerja?” kata Su Hai.
C. “Di mana kamu bekerja?” kata Kim Eng kepada Su Hai.
D. “Kim Eng, di mana kamu bekerja?” kata Su Hai.

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH


MOHD BAHRI
Cakap Ajuk
Cakap Ajuk merupakan percakapan seseorang dituis semula perkataan diucapkan tanpa
mengubah apa-apa makna.

Cakap Pindah
Cakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun tatabahasa
yang betul.
Perubahan-perubahan yang berlaku secara umum dalam menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah disenaraikan dalam jadual di bawah:
Ganti Nama Diri
(Cakap Pindah)
(Cakap Ajuk)
Saya, aku, patik, hamba Dia, mereka
Kita, kamu Mereka
Kamu, awak, engkau, anda Saya atau kami, dia atau mereka, nya, kamu
Dia Dia
Mereka Mereka
Adverba Tempat (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Ini Itu
Sini Situ, sana, tempat itu
Di sini Di sana, di situ
Ke sini Ke situ, ke sana
Begini Begitu
Keterangan Waktu (Cakap
(Cakap Pindah)
Ajuk)
Sekarang Masa itu, ketika itu
Malam kemarin, malam yang selpas, hari
Malam tadi, semalam
semalam
Hari ini Hari itu.
Contoh:
Cakap Ajuk
1. "Anda sepatutnya tekun membuat kerja rumah," kata Ahmad kepada adiknya.
Cakap Pindah
Ahmad menasihati adiknya supaya tekun membuat kerja rumah.
Cakap Ajuk
2. "Berapakah harga baju batik ini?" tanya kakak kepada penjual baju.
Cakap Pindah
Kakak menanya penjual baju tentang harga baju batik itu.

Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:

Cakap Ajuk Cakap Pindah

“Gadis yang berbaju merah itu sepupu Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis
saya,” kata Ali kepada Ahmad yang berbaju merah itu adalah sepupunya

“Siapkan latihan Matematik ini sebelum Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya


waktu rehat,” kata Cikgu Ali kepada menyiapkan latihan Matematik itu
murid-muridnya sebelujm watku rehat

Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia
Ahmad?” sedih

You might also like