You are on page 1of 3

Tahun 5 (Cakap Ajuk & Cakap Pindah)

Cakap Ajuk & Cakap Pindah

1) Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat
tanpa mengubah maksud asalnya

2) Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik (“…”). Contohnya:

a) “Saya sudah makan” kata Ali kepada emaknya

b) Pesan emak kepada kakak. “Berbelanjalah dengan cermat.”

3) Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu

a) Cakap ajuk jenis ayat penyata. Contohnya:

i) “Saya berasa gembira,” kata Ali kepada Ahmad

ii) “Inilah adik saya,” kata Surah kepada Keong

b) Cakap ajuk jenis ayat perintah. Contohnya:

i) “Silalah menjamu selera,” kata ayh kepada para tetamu

ii) “Tolong tutup makanan itu,” kata emak kepada saya

c) Cakap ajuk jenis ayat seruan. Contohnya:

i) “Wah, besarnya rumah kamu!” kata Ali kepada Anis

ii) “Pergi engkau dari sini!” tengking orang kaya kepada pengemis tua itu

d) Cakap ajuk jenis ayat tanya. Contohnya:

i) “Mengapakah tangan kamu berbalut?” tanya Ali kepada Ahmad

ii) “ibu bapa kamu di kampung bagaimana?” tanya Ali kepada Ahmad

4) Cakap pindah pula ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan
menggunakan ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya

5) Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik (“…”). Contohnya:

a) Ali memberitahu emaknya bahawa dia sudah mandi

b) Emak berpesan kepada kakak supaya berbelanja dengan cermat

6) Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:


Cakap Ajuk Cakap Pindah

“Gadis yang berbaju merah itu sepupu Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis
saya,” kata Ali kepada Ahmad yang berbaju merah itu adalah sepupunya

“Siapkan latihan Matematik ini sebelum Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya


waktu rehat,” kata Cikgu Ali kepada menyiapkan latihan Matematik itu
murid-muridnya sebelujm watku rehat

Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia
Ahmad?” sedih

7) Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa
perkara yang perlu diubah atau diberi perhatian

Kelas Kata Cakap Ajuk Cakap Pindah

Kata ganti diri ~ aku, saya, hamba, patik ~ dia,ia,nya,beliau

~ kami,kita ~ mereka

~ beta ~ baginda

~ anda,awak,kamu,engkau ~ saya,dia,nya

Kata ganti tempat ~ sini ~ situ,sana,tempat itu

Kata ganti tunjuk ~ ini ~ itu

Kata keterangan cara ~ Demikian ini ~ demikian tiu

~ begini ~ begitu

Kata keterangan masa ~ sekarang ~ masa itu, ketika itu

~ malam tadi ~ malam semalamnya

~ semalam ~ semalamnya

~ hari ini ~ hari itu

~ tadi ~ ketika itu

~ esok ~esoknya,keesokan harinya,


hari itu

8) Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh
dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:
Cakap Ajuk Cakap Pindah

Salah Betul

“Tolong bawakan saya Ayah berkata kepada emak Ayah meminta emak
segelas air,” kata ayah tolong bawakannya supaya membawakannya
kepada emak segelas air segelas air

“Ah, aku tidak peduli kata- Ali berkata dengan Dengan marahnya Ali
katamu itu!” kata Ali marahnya, ah, dia tidak berkata bahawa dia tidak
dengan marahnya peduli akan kata-katanya peduli akan kata-katanya
itu itu

“Jangan pijak rumput itu,” Cikgu Ali berkata kepada Cikgu Ali melarang murid-
kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya jangan muridnya supaya tidak
murid-muridnya pijak rumput itu memijak rumput itu

You might also like