You are on page 1of 11

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal
insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru
akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi
menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan
sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan
modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat
direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi
pendidikan.Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan
yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah
menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR).

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

Di antara perbezaan KBSR dan KSSR ialah :

a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja iaitu
komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu.Manakala
KSSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang yang terdiri dari
komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan
estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri.

b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran. Manakala bahan kurikulum


bagi KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum.

c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum bagi
KSSR pula berbentuk Modular.

d) Organisasi kurikulum KBSR bagi tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran


teras,wajib dan tambahan.Manakala bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran

1
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

teras, wajib dan tambahan.Bagi organisasi kurikulum KSSR tahap 1(1,2 dan 3)
pula mengandungi Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.
Untuk Tahap II (4,5dan 6) pula Mata pelajaran Teras dan Elektif.

e) Elemen KBSR berfokuskan Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif.


Manakala elemen KSSR pula ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit.

f) KBSR berfokuskan kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira. KSSR pula


lebih berfokuskan kepada 4M (Membaca,Menulis danMenaakul).

PERBEZAAN DALAM BENTUK JADUAL

BIDANG KSSR KBSR

Bentuk Modular berasakan 6 tunjang: Linear berasaskan 3 bidang:

Komunikasi
Komunikasi
Manusia dan alam
Kerohanian, sikap & nilai kelilingnya perkembangan
diri individu
Kemanusiaan
Perkembangan fizikal &
estika
Sains dan teknologi
Keterampilan diri

Organisasi  Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan  Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan


Modul Teras Asas, Modul Teras Mata pelajaran Teras, Wajib
Tema & Modul Elektif & Tambahan

 Tahap II ( Tahun 4, 5 & 6)  Tahap II ( Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras & Elektif Mata pelajaran Teras, Wajib
& Tambahan

2
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

Pedagogi Penegasan dan penekanan Kemahiran Berfikir dalam P&P


kepada pendekatan berikut: Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Berfikir dalam Dalam P&P
P&P Penggunaan TMK
Aplikasi Kecerdasan Pengajaran Berasaskan
Pelbagai Dalam P&P Kajian Masa Depan
Penggunaan TMK Pembelajaran Secara
Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme
Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara
Pembelajaran Secara Kontekstual
Konstruktivisme Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Secara Pembelajaran Masteri
Kontekstual Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Masteri
Belajar Cara Belajar

Kaedah Dijalankan secara berterusan Penekanan yang ketara


Pentaksiran untuk mengesan kepada pentaksiran
perkembangan dan sumatif
pencapaian murid dalam
pembelajaran

Bersifat autentik dan holistik

Sukatan Pelajaran
Bahan Dokumen Kurikulum
Huraian Sukatan Pelajaran
Standard Kandungan
Kandungan
Standard Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Buku Teks
Cadangan Aktiviti P&P
Buku Teks

3
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini
akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.
Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang
menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju
dan canggih kini.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu.Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR
terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini
merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara
matapelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini
diajar padatahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu,
berfungsi sebagaibahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

Pada tahap 1, murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.
Manakala, pada tahap 2 pula,murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran
belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan
dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan
untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta
menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa
ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling
mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat


terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara
seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi
yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu
kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang.

Jika kita lihat di dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas
berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi
memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa

4
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk
verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang
komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar,
bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita
lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar,
bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi
ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu
menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu
yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga
tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-
kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia
memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai
dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang
yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan
dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sIstem pendidikan negara
memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan
yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga
memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan
ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. setempat, negara dan global.
Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep
pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber
tenaga berterusan (sustainable and renewal energy).

Selain itu, ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat


patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum,budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang
menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat
patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal
persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk
perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya
dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.Seterusnya, Tunjang
Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda

5
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai


keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut
mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing,
berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu
dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam
aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah,
daerah mahupun kebangsaan.

Tunjang ketrampilan diri memberi pula tumpuan kepada pemupukan kepimpinan


dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.Penglibatan dalam aktiviti sedemikian
memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid
memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang
mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid
menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan
jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat
umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan
hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi
penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan
apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan
apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian
terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk


tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang
dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains
dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran
6
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di


samping kemahiran ICT.

Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu
memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua
aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan
penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid
celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran
proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam
pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan
konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan
masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau
infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan
seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya
manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR
ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah
memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh
Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan
sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah,
merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan
diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif
dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian
merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat
murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan
pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk
7
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-
satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan
atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang
diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah
Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga
peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan
berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu,
Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti
penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang
ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR
terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat
beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan
modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil
peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah
ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran
yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di
sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab
peperiksaansemata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem
pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,


maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat
mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan
berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang
digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah
pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta

8
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab


melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru
membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan
proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam
melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal
mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan
mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada
hujungpembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid
dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau
kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala
perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu
bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan
menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen
ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio
perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke
semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta
membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang
hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa
menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau
kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.
Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada
akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan
penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan
mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian
penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek
yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari
aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai
persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan pelbagai dalam

9
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa depan,pembelajaran


secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses
kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan
masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan
sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu.
Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit
seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak
sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif
mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang


seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi
pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.
Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam
system pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-
peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa
kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan
P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,
ibu bapa serta pihak berkepentingan.

10
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

KESIMPULAN:

Dunia pendidikan sekarang mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam


arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam
kurikulum.Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif
untuk menyemak dan melakukan penambahbaikan kurikulum.Tujuannya adalah bagi
meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa ini
dan abad ke 21. Untuk menjayakanhasrat Kementerian Pendidikan, guru haruslah
memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan
pembelajaran supaya lebih berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan
komitmen menyeluruh daripadasemua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus
kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Matlamatnya adalah untuk
memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, serta penerapan nilai.murni.Kurikulum ini
dikajisemula adalah bagi memastikan kurikulum yang holistic dan sentiasa relevan
bagi melahirkan modal insane seimbang yang dapat menangani cabaran dan masa
depan.

11

You might also like