You are on page 1of 2

Galeri Gemilang SK Serdang

KERTAS KERJA PEMBINAAN GALERI GEMILANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi membina sebuah Galeri
Gemilang SK Serdang untuk menempatkan segala sejarah sekolah, pencapaian sepanjang
masa serta pelbagai info rujukan berkaitan sekolah.
1.2 Diserahkan kepada pihak tuan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan memberi
persetujuan bagi peruntukan tersebut demi merealisasikan hasrat pihak SK Serdang
membina Galeri Gemilang SK Serdang.
1.3 Menjadikan sudut bermaklumat yang boleh diakses sesiapa sahaja bagi tujuan mengenali
lebih lanjut SK Serdang serta maklumat sejarah lampau dan semasa.
1.4 Menjadikan kawasan dan tempat istirehat secara santai tetapi bermaklumat untuk
pengunjung harian atau pihak luar terutama lawatan dari sekolah lain.
1.5 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria apabila
berada di SK Serdang serta Galeri Gemilang SK Serdang ini dapat digunakan sepenuhnya
oleh warga SK Serdang.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Galeri Gemilang SK Serdang ini merupakan tempat pengunjung mendapatkan informasi dan
mengenali kekuatan sekolah dan juga untuk kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran.
2.2 Galeri Gemilang SK Serdang ini akan menempatkan segala sijil, cenderamata, gambar,
bahan dan peralatan serta maklumat SK Serdang.
2.3 Pembinaan Galeri Gemilang SK Serdang ini akan menjadikan segala bahan maklumat ini
terjaga serta mudah diakses secara terkawal oleh pihak sekolah.
2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan ini amat
diperlukan bagi tujuan di atas.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 25,000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 Sumbangan

1
Galeri Gemilang SK Serdang

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon kepada pihak tuan agar dapat menerima
dan meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jangka
masa yang telah ditetapkan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap Galeri Gemilang SK Serdang akan dapat direalisasikan
sebagai mercu tanda SK Serdang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_____________________ ____________________________
(SALAHUDDIN BIN MD JAHI) (P.RANGIT SINGH A/L PRITAM SINGH)
GPK KOKURIKULUM GURU BESAR
SK Serdang SK Serdang

You might also like