You are on page 1of 4

Lampiran F

CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 33,


40600 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

SMKS33/SA/S/SULIT/1/(3)
30hb. Safar 1428H
09 September 2007
Merah bin Kuning (KP : 123456-14-7890)
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,
40600 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,

Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah


Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Nama : Merah bin Kuning (KP: 123456-14-7890)
Tingkatan : 4P3

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu
melalui surat saya kepada kamu Ruj:SMKS33/SA/S/SULIT/1/(1) bertarikh 26.8.2007

2, Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan,


saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang
dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.
.
3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang
dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan
mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam,
kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah
Alam dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta mulai 09.9.2007.

4. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang


(Lampiran J) yang disertakan bersama-sama ini.

5. Mengikut para 10(1), Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959,


ibu bapa atau penjaga boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah
kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat
ini.

t.t.
(BIRU BIN HIJAU)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,
40600 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

21.
s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4, 40604 Shah Alam.

2. Pegawai Pelajaran Daerah


Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19 Shah Alam.

3. Encik Kuning bin Kelabu


No. 111, Jalan Waja 33/3, Seksyen 33,
40600 Shah Alam,

4. Fail

22.
CONTOH SURAT KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MAKLUMAN
TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 33,
40600 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

SMKS33/SA/S/SULIT/1/(3)
01hb. Rabiulawwal 1428H
10 September 2007
Encik Kuning bin Kelabu
No. 111, Jalan Waja 33/3, Seksyen 33,
40600 Shah Alam,

Tuan,

Makluman Tindakan Tatatertib Buang Sekolah Kali Pertama


Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Nama Pelajar : Merah bin Kuning


No. KP : 123456-14-7890
Tingkatan : 4P3

Saya dengan ini merujuk kepada surat tindakan tatatertib terhadap anak/jagaan
tuan Ruj:SMKS33/SA/S/SULIT/1/(3) bertarikh 9.9.2007

2, Dimaklumkan bahawa anak/jagaan telah didapati bersalah terhadap


pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan
sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 33 Shah Alam, dengan ini anak/jagaan tuan dibuang dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam dan keputusan ini berkuatkuasa
serta-merta mulai 09.9.2007.

3. Sila tandatangani akuan terima surat makluman ini menggunakan borang


(Lampiran J) yang disertakan bersama-sama ini.

4. Mengikut Peraturan 10(1), Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)


1959, ibu bapa atau penjaga boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah
kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat
ini.

t.t.
(BIRU BIN HIJAU)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,
40600 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

23.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4, 40604 Shah Alam.
2. Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling, Jalan Kepuk 19/2,
Seksyen 19 Shah Alam.

3. Fail

24.

You might also like