You are on page 1of 13

Pengenalan Kelab Doktor

Muda SK. Pasir Akar

Kelab Doktor Muda SK.Pasir Akar


telah ditubuhkan pada tahun 2002
dengan kerjasama Klinik Kesihatan
Pasir Akar dan Pejabat Kesihatan
Daerah Besut. Pada awalnya diberi
nama Program Doktor Muda dan di
bawah seliaan Hal Ehwal Murid.
Segala aktiviti dijalankan oleh
kakitangan Klinik Kesihatan Pasir
Akar dan Pejabat Kesihatan Besut.
Namun setelah ditukarkan
kepada Kelab Doktor Muda, ianya
di bawah seliaan Kokurikulum.
Segala aktiviti diserahkan kepada
guru pembimbing yang dilatih
namun sentiasa mendapat
bimbingan dan kerjasama dari
Pejabat Kesihatan Daerah serta
Klinik Kesihatan Pasir Akar.
Pada awalnya ahli kelab seramai
30 orang dan terdiri daripada murid
tahun enam sahaja.
Pada tahun 2005 dan 2006, SKPA
tidak lagi terpilih untuk menyertai
program ini. Walau bagaimanapun,
syukur pada tahun 2007, SKPA telah
terpilih semula untuk menyertai
Kelab Doktor Muda sehingga kini.
Selain melaksanakan latihan
dalaman berdasarkan modul yang
dibekalkan, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan seperti Kem Sihat
sepanjang Hayat, Kem kesihatan
Pasca UPSR, ceramah di tempat
perhimpunan, senamrobik, gotong-
royong, memeriksa kesihatan
rakan sebaya, aktiviti bersama
komuniti, lawatan ke kemudahan
kesihatan dan banyak lagi. Aktiviti-
aktiviti ini dapat membuka minda
murid agar celik tentang
kepentingan kesihatan dan dapat
menyampaikan kepada ahli
keluarga, warga sekolah serta
masyarakat.
Impak daripada penubuhan
kelab ini dapat menambah ilmu
kesihatan murid serta dapat
membina keyakinan diri dan
memupuk minat murid dalam
bidang perubatan. Setakat ini
sudah ada alumni Kelab Doktor
Muda yang telah berjaya
menceburkan diri dalam bidang
perubatan. Pihak sekolah amat
berbangga dan amat berterima
kasih kerana murid-murid diberi
peluang menyertai Kelab Doktor
Muda.
Sesungguhnya Kelab Doktor
Muda yang berkonsepkan “Dari
Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada
Pelajar” merupakan satu
pendekatan proaktif yang perlu
dilaksanakan di sekolah bagi
melahirkan murid yang sihat,
cergas dan cerdas.
Generasi kini merupakan aset
negara yang amat bernilai untuk
menerajui negara pada masa
hadapan. Justeru Kelab Doktor
Muda mampu mentransformasikan
kesihatan murid selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
Pengenalan Kelab Doktor Muda SK. Pasir Akar

Kelab Doktor Muda SK.Pasir Akar telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pasir Akar dan
Pejabat Kesihatan Daerah Besut. Pada awalnya diberi nama Program Doktor Muda dan di bawah seliaan Hal Ehwal
Murid. Segala aktiviti dijalankan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Pasir Akar dan Pejabat Kesihatan Besut.

Namun setelah ditukarkan kepada Kelab Doktor Muda, ianya di bawah seliaan Kokurikulum. Segala aktiviti
diserahkan kepada guru pembimbing yang dilatih namun sentiasa mendapat bimbingan dan kerjasama dari Pejabat
Kesihatan Daerah serta Klinik Kesihatan Pasir Akar.

Pada awalnya ahli kelab seramai 30 orang dan terdiri daripada murid tahun enam sahaja. Pada tahun 2005 dan
2006, SKPA tidak lagi terpilih untuk menyertai program ini. Walau bagaimanapun, syukur pada tahun 2007, SKPA telah
terpilih semula untuk menyertai Kelab Doktor Muda sehingga kini.

Selain melaksanakan latihan dalaman berdasarkan modul yang dibekalkan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
seperti Kem Sihat sepanjang Hayat, Kem kesihatan Pasca UPSR, ceramah di tempat perhimpunan, senamrobik, gotong-
royong, memeriksa kesihatan rakan sebaya, aktiviti bersama komuniti, lawatan ke kemudahan kesihatan dan banyak
lagi. Aktiviti-aktiviti ini dapat membuka minda murid agar celik tentang kepentingan kesihatan dan dapat
menyampaikan kepada ahli keluarga, warga sekolah serta masyarakat.

Impak daripada penubuhan kelab ini dapat menambah ilmu kesihatan murid serta dapat membina keyakinan
diri dan memupuk minat murid dalam bidang perubatan. Setakat ini sudah ada alumni Kelab Doktor Muda yang telah
berjaya menceburkan diri dalam bidang perubatan. Pihak sekolah amat berbangga dan amat berterima kasih kerana
murid-murid diberi peluang menyertai Kelab Doktor Muda.

Sesungguhnya Kelab Doktor Muda yang berkonsepkan “Dari Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar” merupakan
satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas.
Generasi kini merupakan aset negara yang amat bernilai untuk menerajui negara pada masa hadapan. Justeru
Kelab Doktor Muda mampu mentransformasikan kesihatan murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.

You might also like