You are on page 1of 1

SK.

Bugaya,
Peti Surat 299,
91308 Semporna Sabah.

Kepada :

Encik Dzulkifli Ali Basha,


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna
Peti Surat 87,
91308 Semporna Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG KANAN DI DAERAH SEMPORNA

Perkara di atas dirujuk. Saya, Suriah Binti Abdul Samad(K/P 740608-12-5842), dengan sukacitanya ingin
mengemukakan permohonan jawatan sebagai Penolong Kanan Sekolah di daerah Semporna.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya kini bertugas sebagai seorang guru Siswazah DG41 di SK. Bugaya
Semporna bermula dari tahun 1999 sehingga kini iaitu 2017.

3. Buat masa ini, selain mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Tahun 6, saya juga
memegang jawatan sebagai setiausaha kurikulum dan Ketua Penasihat Kelab Bola Jaring sekolah. Saya
sangat tertarik untuk merancang plan strategik serta kecemerlangan sekolah. Oleh sebab itu, saya
memohon jawatan ini agar dapat membantu sekolah dan daerah khasnya untuk sama-sama mencapai
kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum.

Saya berharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.
Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. (Bersama-sama surat ini dilampirkan sijil
sokongan dan resume untuk makluman pihak tuan)

Sekian,Terima Kasih.

Yang benar.

...............................................
SURIAH BINTI ABDUL SAMAD

sk. - Sektor Pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah, 88604 KOTA KINABALU SABAH
- Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, 91308 SEMPORNA.
- Fail.

You might also like