You are on page 1of 24

S MK .

TINGGI SE TAPA K

L A P O R AN D O K U M EN TAS I K E J O H A N AN O L A H R AG A TA H U N AN KALI
KE-39 ( KO T- 3 9 )

TARIKH: 28 FEBUARI 2009 MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: PADANG PULAPOL DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NOR BIN MAT SALLEH
MOHD NOR BIN MAT SALLEH, NORSHAMSIZAR BT. ABD. JALIL, MUHAMMAD RAFIS(3S1)
L A PO R A N L E NG K A P

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 (KOT-39)

Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL. Kejohanan ini telah
dirasmikan oleh Timbalan Komandan Pentadbiran PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b.
Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan
setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C dan
perempuan A. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah diadakan
pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah. Peserta berkumpul dan bersedia untuk
perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang PULAPOL. Ketibaan tetamu khas disambut
dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Pada jam
7.50 pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan
lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak
manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua
peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk
bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal
Bin Mohd Nor dan ucapan aluan oleh En. Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi
Setapak. Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku Supp. Zainal Bin Abd. Aziz,
diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan MSSKL yang lepas.
Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas. Pada jam 8.30
pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan kategori perempuan A, lelaki C,
lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk
semua kategori. Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan
pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut.
Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan dengan persembahan silat sebelum acara 800
meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan diteruskan lagi dengan acara
200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti persembahan pancaragam ‘Scottish
Bagpipe’ pada jam 10.30 pagi. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada
para hadirin. Selepas persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B
pada jam 10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan
perempuan A sehingga jam 11.45 pagi. Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan
suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada
semua guru dan ibu-bapa ini memerlukan mereka berlari sejauh 10 meter, mengutip
sebiji gula-gula di atas padang dan terus berlari mendapatkan pengurus kejohanan,
En. Selvaratnam a/l Navaratnam yang berada 10 meter di hadapan. SILA RUJUK
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN. Yang
Menjalankan Tugas, …………………………. Mohd Nor Bin Mat Salleh

2
K E PU T U SA N RA SM I K E JO HA NA N

PENCAPAIAN JOHAN NAIB JOHAN KE-3 KE-4

RUMAH SUKAN WIRA SATRIA WAJA PUTRA

MARKAH KESELURUHAN 1576 1410 1360 1246

OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI Olahragawan Lelaki A – Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)


Olahragawati Perempuan A – Noor Syazwani (SATRIA) Olahragawan Lelaki B – Hisham Bin
Alias (WAJA) Olahragawan Lelaki C – Mohd Hafizie (WIRA) REKOD BARU Lompat Tinggi
Lelaki A - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m. PERBARISAN LINTAS HORMAT PENCAPAIAN
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA RUMAH SUKAN SATRIA PUTRA WIRA BADAN BERUNIFORM KADET POLIS
PKBM PENGAWAS SEKOLAH

ACARA PEGAWAI Johan – En. Fathil (Suami Cikgu Azizah Abd. Latif) Naib Johan – En.
Abd. Halim Ismail (Guru Projek Bola Sepak) Ketiga – En. Anuar (NYDP. PIBG, Pegawai
Tentera Laut)

3
L A PO R A N B ERGA MB AR

Sukantara dan acara akhir padang.

4
Lontar peluru dan merejam lembing

5
Tarik tali

6
Raptai

7
Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang

8
Perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar sukan.

9
Bacaan doa dan ucapan aluan.

10
Ucapan perasmian dan cenderamata perasmi.

11
Penyampaian pingat dan jamuan VIP.

12
Acara 100 meter lelaki B dan 100 meter perempuan A.

13
Pegawai kejohanan sedang bertugas dengan penuh dedikasi. Persembahan silat.(bawah)

14
800 meter lelaki B dan 200 meter lelaki lelaki A.

15
Persembahan pancaragam “Scottish Bagpipe”.

16
4 x 100 meter perempuan A dan acara pegawai.

17
Keputusan acara pegawai diberikan kepada juruacara majlis.

18
Piala, pingat, sijil dan hadiah.

19
Wajah-wajah gembira para pemenang.

20
Tahniah !...pelajar dan guru rumah Wira sedang meraikan kejayaan mereka sebagai
JOHAN KOT-39.

21
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan KOT-39.

Khemah Rumah Sukan Yang Ceria Dan Berwarnawarni.

22
Penulis ditugaskan sebagai ketua Jawatankuasa Fotografi dan Dokumentasi bersama Pn.
Norshamsizar Bt. Abd. Jalil telah dibantu oleh Mohd Rafis (bawah)

MohdRafis, 3S1

Sekian, terima kasih…

L A M PI R AN

Lampiran terdiri daripada buku aturcara, borang pemarkahan, keputusan acara


perbarisan, skrip KOT-39, susunan upacara penyampaian hadiah, senarai pemenang
acara akhir padang, senarai peserta acara larian akhir dan nama pemenang kejohanan
olahraga MSSKL.

23

You might also like