You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BLOK J, PARAS 7 Tel : 03-2556900


PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2543107
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : KP(BS)8591/Jld.VI / (62)


Ruj. Kami : KP(PPK)32/4/Jld.XI (60)
Tarikh : 20 November 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


MALAYSIA

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/1991 :


Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran
Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990 dan
Bil. 6/1991 bagi memaklumkan tentang sukatan pelajaran dan peruntukan masa untuk mata-
mata pelajaran KBSM untuk menengah atas.

2. Surat Pekeliling ini memaklumkan tentang syarat-syarat tambahan bagi pemilihan


mata-mata pelajaran elektif.

3. Pemilihan mata-mata pelajaran elektif tertakluk kepada syarat-syarat yang


terkandung dalam Perenggan Empat, Pekeliling Ikhtisas 8/1990 dan Perenggan Tujuh,
Pekeliling Ikhtisas 6/1991. Syarat-syarat tembahan ialah seperti berikut :

(i) Pelajar yang mengambil dua atau tiga mata pelajaran sains tulen dibolehkan
mengambil lima mata pelajaran elektif.

(ii) Pelajar wajib mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran daripada


Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi)

4. Perkara-perkara lain yang terkandung dalam Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas 8/1990


dan 6/1991 adalah tidak berubah. Oleh itu Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-
sama dengan Surat-Surat Pekeliling terdahulu seperti tersebut di atas.

5. Kandungan pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua sekolah menengah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan CINTAILAH BAHASA KITA”

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k
1. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Setiausaha I dan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Semua Ketua Bahagian dan Ketua Jemaah Nazir


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Setiausaha Sulit
Y.B. Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN I

Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris


Senarai Karya-Karya bagi Peperiksaan
SPM 1993 & 1994
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Novel 1. The Pearl oleh John Steinbeck (Picador)
2. The Village by the Sea oleh Anita Desai (King Penguin)
3. Cry the Beloved Country oleh Alan Paton (Penguin)

Drama 1. Julius Caesar oleh William Shakespeare (Stanley Thorne)


2. All My Sons oleh Arthur Miller
3. An Inspector Calls oleh J.B. Priestly (Heinemann)

Short Stories 1. ”A House and Two Goats” oleh R.K. Narayan


2. ”The Necklace” oleh Guy de Maupassart
3. ”The Hitch-hiker” oleh Roald Dahl
4. ”The Open Window” oleh Saki
5. ”The Tell-Tale Heart” oleh Edgar Allan Poe
6. ”Various Temptations” oleh William Sansom

Poetry 1. Robert Frost a. Stopping by Woods on a Snowy Evening


b. Rad Not Taken
c. Mending Well
d. Birches
e. After Apple-Picking

2. William Wordsworth a. Daffodils


b. We are Seven
c. Lucy Poems
d. The World is Too Much With Us
e. ”My heart leaps up when I behold”

3. Muhd. Hj. Salleh a. Three Beserah Fishermen


b. Rain
c. Si Tenggang’s Homecoming
d. Words for Father
e. The New Road

4. William Blake a. A Poison Tree


b. London
c. The Tyger
d. The School Boy
e. The Clod and the Pebble

5. D.H. Lawrence a. The Best of School


b. Snake
c. Last Lesson of the Afternoon
d. Mosquito
e. Piano

LAMPIRAN 2

Syarat-syarat peperiksaan

1. Pelajar dikehendaki menjawab dalam Bahasa Inggeris.


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Pelajar mestilah menjawab soalan dari keempat-empat genre, iaitu Novel, Drama,
Short Story and Poetry.

3. Walau bagaimanapun pelajar hanya perlu memilih beberapa bilangan karya sahaja
dan setiap genre seperti berikut :-

Bilangan pilihan karya yang Bilangan karya untuk di


Genre
ditawarkan jawab dalam peperiksaan

Novel 3 1

Drama 3 1

Short Story 6 3

5 penyair dengan 5 buah 3 penyair dengan 5 buah


Poetry
puisi bagi setiap penyair puisi bagi setiap penyair

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like