You are on page 1of 6

GGGB6373 DASAR BIMBINGAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

ANALISIS SINTESIS POLISI / DASAR / PEKELILING BERKAITAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-Dasar Perkhidmatan Dan Bimbingan Kaunseling Di Sekolah


Rendah Dan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2017.

Pendahuluan

Sepertimana yang diketahui, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula menapak di Malaysia
pada tahun 1960. Namun, perkhidmatan bimbingan pada masa itu dikenali dengan nama
perkhidmatan bimbingan dan vokasional. Nama ini dipilih kerana bersesuaian pada keadaan masa
dahulu yang mana guru akan membimbing murid untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan
kelulusan mereka pada waktu itu. Namun sejajar dengan permintaan perkhidmatan bimbingan dan
vokasional, maka nama ini telah ditukar kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sehingga
kini.

Oleh kerana permintaan dan kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mula
menjadi permintaan, maka mulai tahun 1981, sudah ada Universiti tempatan yang menawarkan
kursus Ijazah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Situasi ini semakin hari semakin berkembang
dan kini kursus Bimbingan dan Kaunseling semakin mantap sejajar dengan perkembangan dunia
akademik dan permintaan industri.

Permulaan kepada perjawatan guru kaunselor sepenuh masa di Sekolah bermula di sekolah
menengah seluruh negara pada tahun 1996 ( Kementerian Pelajaran Malaysia) dan kaunselor
sepenuh masa di sekolah rendah pada tahun 2002. Dari masa ke masa, perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling telah diperkasakan mengikut keperluan murid dan peredaran masa. Oleh itu, bagi
memastikan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) melaksanakan seperti apa yang diarahkan oleh

1
Kementerian Pelajaran Malaysia, maka Pematuhan Dasar-Dasar Perkhidmatan Dan Bimbingan
Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2017 telah
dihantar kepada setiap JPN.

Sintesis Analisis

Merujuk kepada situasi di atas dan surat edaran Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-Dasar
Perkhidmatan Dan Bimbingan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah Kementerian
Pendidikan Malaysia Tahun 2017 bertarikh 8 Mac 2017, jelas menunjukkan bahawa surat edaran
yang dibuat tersebut adalah untuk mengingatkan kepada semua sekolah untuk mengikut garis
panduan sebanyak 29 perkara dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Malahan, edaran panduan ini
juga sebagai pandu arah kepada kaunselor untuk melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dengan lebih berkesan.

Menerusi penelitian analisis, dasar panduan pelaksanaan ini dibuat dan diedarkan adalah sebagai
langkah untuk melindungi guru kaunselor yang sering disalah anggap oleh guru lain kerana bidang
tugas mereka yang berbeza. Apabila adanya surat edaran dasar ini, yang mengingatkan semula
kepada pekeliling-pekeliling yang sebelum ini yang pernah diedarkan, akan memperkasakan lagi
perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Pandangan mata guru lain atau pihak tertentu terhadap
guru kaunselor akan berubah kerana sebagai kaunselor sekolah, mereka juga tertakluk dengan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Pada pandangan saya, edaran Dasar Pematuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah
baik kerana memberi impak kepada profesionalisme guru kaunselor di mata pihak lain. Tanggapan
negatif bahawa guru Kaunselor sekolah tidak mempunyai tugasan khas adalah salah sama sekali.
Malahan apabila dilihat, tugasan hakiki guru Kaunselor kini semakin terjejas akibat
dipertanggungjawabkan dengan tugasan tambahan yang tidak ada di dalam Dasar Panduan
Perkhidmatan. Contohnya sebagai pemegang jawatan setiausaha di dalam Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dengan adanya peringatan semula garis panduan dalam
pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, benar-benar membantu guru Kaunselor
dalam melaksanakan tugasan hakiki mereka.

2
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2013 PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE DI SEKOLAH

Pendahuluan

Program Mentor Mentee merupakan proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan
tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitik
beratkan mentee dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan,
menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi
individu yang berguna kepada masyarakat dan negara,

Sehubungan itu, panduan dan modul tentang pelaksanaan Program ini adalah bermanfaat kepada
guru kaunselor dan guru kepada warga sekolah yang lain. Malahan dengan panduan yang diedarkan
ini dapat membantu memberi cara pelaksanaan yang betul kepada guru kaunselor dan juga guru lain
yang akan melaksanakannya.

Sintesis Analisis

Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2013 telah diedarkan kepada semua
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing dengan tujuan untuk pemantapan pelaksanaan
program mentor mentee di sekolah negeri masing-masing. Dengan adanya surat ini dan panduan
pelaksanaan program ini menggunakan modul yang telah disediakan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, jelas membuktikan bahawa program mentor mentee ini dipandang serius
pelaksanaannya oleh pihak kementerian.

Malahan apabila adanya modul yang disediakan bersama surat edaran ini membuktikan lagi
bahawa bukan sahaja guru Kaunselor seorang yang bertanggungjawab melaksanakan program ini.
Guru-guru di dalam sekolah berkenaan juga turut memainkan peranan bersama dalam
melaksanakan dan menjayakan Program Mentor Mentee di peringkat sekolah.

3
Dengan adanya surat siaran terhadap pelaksanaan panduan ini, jelas membuktikan bahawa
Program Mentor Mentee bukan program yang direka atau dicipta oleh guru kaunselor untuk
memenuhi tugasan mereka. Program ini merupakan arahan daripada pihak atasan iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu para pelajar dengan pendekatan yang berbeza.
Malahan dengan adanya bukti surat siaran dan modul pelaksanaan, para guru kaunselor tidak perlu
mencari-cari apakah pengisian yang perlu untuk program ini. Guru Kaunselor akan mempunyai
panduan yang tetap untuk dirujuk dan ini memudahkan tugasan guru Kaunselor dalam
melaksanakan Program Mentor Mentee.

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 12 TAHUN 2012. PEREKAYASAAN


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.

Pendahuluan

Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia telah menimbulkan kegusaran dan
membingungkan kepada pelbagai pihak. Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini, tanda-tanda pengurangan masih tidak nampak. Malahan ada setengah pihak
saling tuding jari antara satu sama lain. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkara ini
dengan serius dan bagi mengelak keadaan ini, maka timbullah cadangan membantu perekayasaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di kalangan guru Kaunselor.

Sintesis Analisis

4
Melalui surat siaran KP (BPSH-SPDK) 201/005/02. Jil.4 (5) bertarikh 16 April 2012 telah memberi
penjelasan yang nyata dalam membantu Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
kalangan guru Kaunselor. Dipercayai dengan usaha Perekayasaan ini dapat membantu guru
Kaunselor dalam empat fokus sahaja dalam perkhidmatan. Jika sebelum ini, semua guru Kaunselor
perlu memberi fokus kepada 8 bidang iaitu akademik, psikososial dan kesejahteraan mental,
kaunseling keibubapaan, pembangunan diri, kerjaya dan Penyalahgunaan Dadah. Namun apabila
surat siaran ini diedarkan kepada semua JPN masing-masing, makanya sehingga kini semua guru
Kaunselor hanya berfokus kepada 4 bidang sahaja. 4 bidang tersebut ialah, Pembangunan dan
Pengembangan Sahsiah Diri Murid, Peningkatan Disiplin Diri Murid, Pendidikan Kerjaya dan
Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Dengan pengurangan fokus bidang, dipercayai dapat membantu meningkatkan tumpuan


fokus guru Kaunselor terhadap klien mereka. Ini memberi ruang kepada guru Kaunselor untuk
mendekati lebih dekat dengan murid dan seterusnya dapat membantu mengawal peningkatan
masalah sosial dan sahsiah murid menerusi program intervensi dan pembangunan sahsiah . Apabila
mendapat surat siaran yang memberi arahan hitam putih, memudahkan guru Kaunselor untuk
melaksanakan seperti apa yang diarahkan. Guru Kaunselor mempunyai rujukan yang konkrit apabila
melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tanpa dipertikaikan integriti
mereka.

Sejujurnya pada pandangan saya, apabila KPM mengarahkan semua Guru Bimbingan dan
Kaunseling (GBSM) fokus kepada 4 bidang sahaja, seharusnya mereka perlulah membangunkan satu
program yang menyeluruh iaitu program intervensi yang sama standard untuk terus dilaksanakan
terus oleh GBSM di sekolah. Ini disebabkan tidak semua GBSM berjaya melaksanakan program
seperti yang dirancang. Oleh itu, bantuan bimbingan modul yang ringkas tapi mantap dari segi
pengisiannya adalah banyak membantu kepada GBSM di sekolah. Semoga segala objektif yang
dikehendaki oleh KPM dalam mengurangkan dan mengawal masalah disiplin di sekolah seluruh
Malaysia berjaya dengan bantuan daripada GBSM.

5
6

You might also like