You are on page 1of 25

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN

LAPORAN PENCAPAIAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLORR)
&
LAPORAN PENCAPAIAN
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLORR)

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional


i
Cetakan Pertama 2017

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5-6, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,62604 Putrajaya.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional ii


AHLI JAWATANKUASA
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN CLORR DAN PLORR

PENASIHAT
En. Zainuren bin Haji Mohd Noor

PENGERUSI
En. Fauzi bin Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Hafidzah bt Omar

PENGURUS PROJEK
En. Ismail bin Ahmad

SETIAUSAHA
Pn. Anita Binti Hashim

AHLI-AHLI
Tn. Hj. Mohd Nazri bin Hashim
Pn. Suriani bt Abdul Hamid
En. Siow Hing Siong
Pn. Salsiah binti Tak
ISI KANDUNGAN
Ustaz Ahmad Safwan bin Raihan
Cik Sharifah Amirah binti Syed Ali

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional iii


ISI KANDUNGAN

Muka surat

AHLI JAWATANKUASA iii

ISI KANDUNGAN iv

SINGKATAN v

PENGHARGAAN vi

KATA ALUAN vii

1.0 PENDAHULUAN
1

2.0 OBJEKTIF
3

3.0 GLOSARI
4

4.0 CARTA ALIR PENYEDIAAN LAPORAN CLO DAN PLO

4.1 CARTA ALIR 1 : PENYEDIAAN JSPB


8
4.2 CARTA ALIR 2 : PENYEDIAAN LAPORAN PENCAPAIAN HASIL
PEMBELAJARAN KURSUS (CLORR) 9

4.3 CARTA ALIR 3 : PENYEDIAAN LAPORAN PENCAPAIAN HASIL


10
PEMBELAJARAN PROGRAM (PLORR)

5.0 MANUAL PENGGUNAAN TEMPLET LAPORAN CLO DAN PLO

5.1 MANUAL PENYEDIAAN JSPB


11

5.2 MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN CLO 12

5.3 MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN PLO 16

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional iv


SINGKATAN

AST - Assessment Specifications Table


BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
CO - Course Outline
CLO - Course Learning Outcome
CLORR - Course Learning Outcome Review Report
JSPB - Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan
KP - Ketua Program
KPI - Key Performance Indicators
KKM - Kerangka Kelayakan Malaysia
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MQA - Agensi Kelayakan Malaysia
OBE - Outcome Based Education
PLO - Programme Learning Outcome
PLORR - Programme Learning Outcome Review Report
PA - Penilaian Akhir
PB - Pentaksiran Berterusan
PDP - Pembelajaran dan Pengajaran
PPT - Pemberi Pendidikan Tinggi

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional v


PENGHARGAAN

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) ingin merakamkan penghargaan


yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan dokumen Garis Panduan Penyediaan CLORR dan PLORR ini.

Komitmen yang ditunjukkan serta sokongan dan jalinan kerja sepasukan yang padu
telah memastikan garis panduan ini dapat dihasilkan dengan sistematik untuk
kegunaan pensyarah-pensyarah di Kolej Vokasional dalam melaksanakan
pengukuran hasil pembelajaran.

Semoga kesungguhan yang ditunjukkan ini terus berkembang bagi mencapai matlamat
untuk merealisasikan transformasi pendidikan vokasional dalam melahirkan tenaga kerja
mahir serta menjana modal insan kreatif dan inovatif bagi memenuhi aspirasi negara.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5 & 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Tel: 03 – 88845154

Fax: 03 88845047

www.moe.gov.my

www.bptv.edu.my

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional vi


KATA ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Transformasi.

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di atas kesempatan menerbitkan Garis
Panduan Penyediaan CLORR dan PLORR ini bagi membantu membangunkan modal insan
negara yang mampu bersaing dengan negara maju di persada antarabangsa serta
berupaya m e l a h i r k a n g e n e r a s i m u d a y a n g berpengetahuan, mampu berfikir
secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Sehubungan itu Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional telah mengambil langkah
proaktif dengan membangunkan Garis Panduan Penyediaan CLORR dan PLORR bagi
kegunaan pensyarah dalam melaksanakan pengukuran hasil pembelajaran kursus
dan hasil pembelajaran program.

Justeru diharap garis panduan ini dapat membantu pensyarah Kolej Vokasional ke arah
pencapaian Key Performace Indicators yang telah ditetapkan bagi hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk
menghasilkan garis panduan ini.

Saya berharap Garis Panduan Penyediaan CLORR dan PLORR ini dapat melancarkan
peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam melaksanakan aktiviti semakan pelaksanaan
kursus dan program di Kolej Vokasional.

Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional vii


1.0 PENDAHULUAN

Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) merupakan suatu perubahan dasar transformasi

yang menyeluruh bagi Kolej Vokasional. Bagi tujuan memperkasakan DVM ini, Bahagian Teknik

& Vokasional telah menawarkan pelbagai bidang pengajian bagi memenuhi keperluan Negara

untuk melahirkan geraduan yang berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan industri. Oleh

itu, Oleh itu setiap program yang dibangunkan adalah berdasarkan Kerangka Kelayakan

Malaysia (KKM). DVM adalah meliputi keupayaan dan tanggungjawab yang luas dan membawa

kepada sesuatu pekerjaan sebagai titik akhir. Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan

termasuk perniagaan dan pengurusan, perkhidmatan masyarakat, teknologi maklumat dan

komunikasi, seni dan reka, teknologi kejuruteraan, sains dan teknologi, hospitaliti dan

pelancongan serta pertanian. Pengajian tahap diploma menyeimbangkan teori dan praktikal

serta menekankan pemupukan nilai, etika sikap supaya pelajar boleh:

i. Menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja;

ii. Membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika

dengan autonomi sederhana;

iii. Mempunyai keyakinan diri dan ciri keusahawanan untuk menjana pekerjaan sendiri;

iv. Menjadi individu yang bertanggungjawab dalam masyarakat;

v. Menguasai kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada idea, proses dan prosedur

baharu untuk perkembangan kerjaya;

vi. Menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan

pekerjaan; dan

vii. Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, dan

penyelesaian secara jelas dan meyakinkan kepada pakar dan bukan pakar.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional


1
Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE) yang dilaksanakan dalam pengajian diploma

menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap

program yang diikuti. Hasil pembelajaran menitikberatkan persoalan mengenai pengetahuan,

sikap dan kemahiran yang perlu dicapai semasa pengajian dan diaplikasi dalam kerjaya

mereka. OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan:

i. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan pelajar

mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.

ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan pelajar

mencapai semua hasil pembelajaran yang dirancangkan.

iii. Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan

secara jelas dan berkesan.

OBE merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, kaedah

pembelajaran dan pengajaran, kaedah penilaian dan pelaporan pencapaian bagi tujuan

penambahbaikan program. Ini bagi memastikan pelajar sentiasa menguasai pembelajaran di

tahap tertinggi pada setiap semester, tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan

tamat pengajian. Konsep OBE memberi fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program

pengajian.

Justeru, garis panduan ini dibangunkan berdasarkan keperluan dan kriteria penilaian oleh

Agensi Kelayakan Malaysia Malaysian Qualifiqation Agency (MQA) khususnya dalam bidang

Pemantauan dan Semakan Program untuk memastikan Kolej Vokasional selaku Pemberi

Pendidikan Tinggi (PPT) mewujudkan suatu mekanisme untuk menilai program yang

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 2


ditawarkan. Bagi setiap kursus yang ditawarkan, Hasil Pembelajaran Kursus Course Learning

Outcome (CLO) dibina berdasarkan Objektif Pendidikan Program Programme Education

Objective (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program Programme Learning Outcome (PLO) yang

telah ditetapkan dengan menggunakan Hasil Pembelajaran Kursus Course Learning Outcome

(CLO) yang dibangunkan, Strategi pengajaran dan kaedah penilaian disesuaikan mengikut

tahap domain kognetif, psikomotor dan afaktif agar penjajaran konstruktif berlaku dan sekaligus

mewujudkan keselarian di antara hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan kaedah penilaian.

Prestasi dan kemajuan pelajar di dalam hubungannya dengan objektif program melalui analisis

semakan pentaksiran berterusan (PB), analisis keputusan penilaian akhir (PA), analisis

Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus dan Pencapaian Hasil Pembelajaran Program bagi

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk tujuan Penambahbaikan Kualiti Berterusan

Countinues Quality Improvement (CQI). Pencapaian Hasil Pembelajaran Program bergantung

kepada Indeks Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI) yang telah ditetapkan dalam

program yang direka bentuk. Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus dilaksanakan pada

setiap hujung semester manakala Pencapaian Hasil Pembelajaran Program dilaksanakan

setelah tamat satu kitaran sesi pengajian program.

2.0 OBJEKTIF

Di akhir penggunaan garis panduan ini, pensyarah di KV akan :

i. Mengetahui tatacara mengisi lampiran-lampiran CLORR dan PLORR untuk


membuat .

ii. Memperolehi satu kaedah yang standard dalam membuat rumusan CLORR dan
PLORR.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 3


iii. Mengetahui kepentingan analisis CLORR dan PLORR dalam mentadbir urus
kurikulum berasaskan OBE.

iv. Laporan ini dapat digunakan untuk penambahbaikan kualiti berterusan(CQI)


seperti yang diperlukan dalam Bidang 9 kriteria penilaian MQA.

3.0 GLOSARI

i. Pendidikan Suatu pendekatan pendidikan yang dimulakan dengan


Berasaskan Hasil fokus yang jelas dan nyata mengenai perolehan akhiran
Pembelajaran pembelajaran yang signifikan dan kontekstual serta
berkualiti tinggi dan seterusnya merancang atau
menyusun segala persekitaran sistem pendidikan agar
apa yang penting mampu dilakukan dengan jayanya
oleh semua pelajar pada akhir pengalaman
pembelajaran mereka. Ini bermakna menggambarkan
dengan jelas dan nyata apa yang penting untuk pelajar
lakukan dan kemudiaannya menyusun kurikulum,
kaedah pengajaran dan pentaksiran untuk memastikan
pembelajaran yang dihasratkan akhirnya berlaku buat
semua pelajar.

ii. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran Kursus mengandungi kata


Kursus (CLO) perlakuan yang boleh diukur, pengisian yang
sepatutnya dipelajari dan juga tahap kompetensi yang
diinginkan. Hasil pembelajaran perlu dicapai setelah
berakhirnya suatu sesi pembelajaran. Hasil
pembelajaran tersebut adalah merupakan pengukuran
formatif yang sistematik dan bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian CLO para pelajar.

iii. Pengukuran Pengukuran adalah hasil daripada proses mengukur


dan memberikan nilai angka kepada atribut atau ciri dan

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 4


juga kepada pencapaian hasil pembelajaran.

iv. Penilaian Penilaian ialah suatu proses membuat pertimbangan


dan keputusan mengenai prestasi pelajar dan prestasi
program bersandarkan kepada standard tanda aras
yang dinyatakan oleh kriteria prestasi dan sasaran
prestasi bagi sesuatu hasil pembelajaran berdasarkan
bukti yang telah diperolehi daripada proses pentaksiran.
Sebagai contoh menentukan tindakan selanjutnya bagi
pelajar setelah pemberian skor atau gred bagi sesuatu
tugas pentaksiran dalam kursus yang diambil ataupun
menentukan tindakan selanjutnya bagi program adalah
dianggap sebagai menilai pelajar atau program

v. Pentaksiran Suatu kaedah pengumpulan data langsung dan tidak


langsung serta bukti pembelajaran pelajar yang
dijalankan secara sistematik, berterusan dan berulang
dengan menggunakan sumber yang pelbagai dan
berbeza. Data yang dikumpul, di dan dibincangkan
adalah bertujuan untuk mengetahui dan memahami
secara lebih mendalam mengenai apa yang pelajar
benar-benar tahu dan mampu lakukan supaya maklum
balas dapat disampaikan untuk tujuan menambahbaik
kualiti prestasi pelajar, kemajuan pelajar, pengajaran staf
akademik, perancangan kurikulum dan keberkesanan
program secara keseluruhan. Data yang dikumpulkan
melalui proses pentaksiran digunakan oleh para pelajar,
staf akademik, pereka bentuk kurikulum dan pentadbir
untuk memupuk serta menggalakkan pembelajaran
pelajar dan bukannya untuk membuat pertimbangan
mengenai prestasi mereka

vi. Pentaksiran Berterusan Perolehan data yang dilakukan secara berterusan di


sepanjang perjalanan kursus/modul atau di sepanjang

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 5


perjalanan program bagi tujuan pengumpulan bukti
berlakunya pembelajaran yang mana akan digunakan
untuk penambahbaikan pembelajaran, pengubahsuaian
pengajaran dan pengubahsuaian reka bentuk kurikulum.
Ia juga meliputi perolehan data yang digunakan untuk
mentaksir tahap pencapaian kursus yang ditawarkan
oleh sesuatu program ke arah menyokong pencapaian
hasil pembelajaran program.

vii. Sasaran Prestasi Menetapkan skor nilai ambang (threshold) dan frekuensi
ambang untuk menunjukkan keberkesanan pencapaian
program. Contohnya sasaran 60% pelajar memperolehi
skor 70 atau lebih dalam peperiksaan tamat program
adalah sasaran pencapaian/prestasi bagi hasil
pembelajaran program (PLO) yang dikaitkan dengan
kemampuan pelajar memperolehi dan mengguna pakai
pengetahuan dan kefahaman. Satu lagi contoh sasaran
pencapaian/prestasi ialah mensasarkan 80% pelajar
memilih skor 4 atau lebih pada skala Likert dalam kaji
selidik tamat program untuk menyatakan keberkesanan
pencapaian hasil pembelajaran sepanjang hayat (lifelong
learning).

viii. Jadual Spesifikasi Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB) ialah


Pentaksiran suatu jadual yang memandu para pensyarah untuk

Berterusan membina instrumen pentaksiran berterusan dengan


mengenalpasti kandungan pembelajaran, domain dan
aras taksonomi pembelajaran serta kaedah pentaksiran
yang bersesuaian. JSPB ini juga digunakan untuk
menentukan jenis pentaksiran berterusan yang sejajar
dengan hasil pembelajaran kursus (CLO) dan hasil
pembelajaran program yang hendak dicapai. Cadangan
pentaksiran berterusan yang boleh dilakukan adalah
seperti kuiz, ujian, amali, pembentangan, lisan, tugasan

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 6


bertulis
JSPB perlu disediakan untuk setiap pentaksiran
berterusan yang markahnya diambil kira untuk
pengukuran pencapaian hasil pembelajaran pelajar
samada ianya dilaksanakan secara face to face ataupun
non face to face
ix. PLO RR Satu laporan penilaian kepada pencapaian pelajar dalam
semua sembilan Hasil Pembelajaran Program (PLO).
Laporan ini menggunakan templet pengukuran Hasil
Pembelajaran Program yang dibina bagi mengenal pasti
pencapaian pelajar mengikut sasaran yang telah
ditetapkan dalam pelan strategik setiap program.
x. CLO RR Satu laporan penilaian kepada Hasil Pembelajaran
Kursus (CLO) bagi setiap kursus sama ada kursus umum
atau vokasional. Pensyarah akan mengisi maklumat yang
diperlukan ke dalam templet pengukuran Hasil
Pembelajaran Kursus yang dibina bagi menganalisis
pencapaian pelajar sama ada mencapai sasaran yang
telah ditetapkan atau tidak
xi. CQI Continous Quality Improvement (CQI) merupakan satu
proses penambahbaikan terhadap kurikulum kursus
vokasional dan umum serta aspek penilaian terhadap
pelajar yang berterusan berdasarkan pelaporan CLORR
dan PLORR.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 7


4.0 CARTA ALIR PENYEDIAAN LAPORAN CLO DAN PLO

4.1. Penyediaan Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB)


Tindakan: Semua Pensyarah

MULA

PENSYARAH MENGISI MAKLUMAT DI BAHAGIAN A DAN


LANGKAH 1 BAHAGIAN B DI DALAM TEMPLATE JSPB

PENSYARAH MENGISI MAKLUMAT DI BAHAGIAN C:

LANGKAH 2 i. Pilih jenis item penilaian dengan menekan butang


drop-down menu.
ii. Isikan standard kandungan/ pembelajaran

iii. Tentukan CLO yang diukur (rujuk jadual AST dalam


LANGKAH 3 course outline)
iv. Tentukan domain pembelajaran dan aras taksonomi
soalan

LANGKAH 4
v. Tentukan jumlah markah yang diperuntukkan bagi
setiap standard kandungan/standard pembelajaran.

LANGKAH 5 vi. Semak graf supaya aras pembelajaran yang dominan


mematuhi CLO yang ditetapkan.

JSPB YANG TELAH LENGKAP PERLU DIKEMUKAKAN


LANGKAH 6 OLEH KP KEPADA JAWATANKUASA AKADEMIK KV
UNTUK PENGESAHAN DAN DIFAILKAN KE DALAM FAIL
KURSUS

TAMAT

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 8


4.2. Penyediaan Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus (CLORR)
Tindakan: Semua Pensyarah dan Penyelaras Kursus

MULA

SEDIAKAN JADUAL SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BERTERUSAN.


LANGKAH 1 TINDAKAN : SEMUA PENSYARAH

KEY IN MARKAH *PB DAN *PA KE DALAM TEMPLET PENGUKURAN


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS BAGI SETIAP KELAS
LANGKAH 2 * PASTIKAN SEMUA MARKAH ADALAH PER 100
TINDAKAN : SEMUA PENSYARAH

PENSYARAH YANG MENGAJAR LEBIH DARI SATU


KELAS/PROGRAM BAGI KURSUS YANG SAMA PERLU
LANGKAH 3 MELENGKAPKAN TEMPLET PENGUKURAN CLO SECARA
BERASINGAN MENGIKUT KELAS/PROGRAM.
TINDAKAN : SEMUA PENSYARAH

LANGKAH 4 PENSYARAH MENYERAHKAN LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN


KURSUS KEPADA PENYELARAS KURSUS DAN KETUA PROGRAM
TINDAKAN : SEMUA PENSYARAH

LANGKAH 5 FAILKAN LAPORAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


(CLORR) DALAM FAIL KURSUS.
TINDAKAN : PENYELARAS KURSUS

TAMAT

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 9


4.3. Penyediaan Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLORR)
Tindakan: Ketua Program

MULA

KUMPULKAN LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


VOKASIONAL DAN PENDIDIKAN UMUM PADA AKHIR SETIAP
LANGKAH 1 SEMESTER.

PINDAHKAN PERATUS PENCAPAIAN PEMBELAJARAN KURSUS


MENGIKUT CLO YANG TERDAPAT DALAM LAPORAN HASIL
LANGKAH 2 PEMBELAJARAN KURSUS KE DALAM BORANG LAPORAN
PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM MENGIKUT
MATRIKS CLO-PLO PADA AKHIR SETIAP SEMESTER

KETUA PROGRAM HENDAKLAH MENYATAKAN KOMEN DAN


LANGKAH 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN PENCAPAIAN
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM TERSEBUT (PLORR) DI AKHIR
SETIAP KOHORT

FAILKAN LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS DAN LAPORAN


LANGKAH 4 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM DALAM FAIL
PROGRAM

TAMAT

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 10


5.0 MANUAL PENGGUNAAN TEMPLET LAPORAN CLO DAN PLO

5.1. Manual Penyediaan Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB).

RAJAH 1: Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB)

a) Isi maklumat dalam Bahagian A dan B.

 Maklumat Kursus dan Program.

 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO).

 Matriks CLO-PLO (Rujuk Course Outline).

b) Isi maklumat dalam Bahagian C.

 Pilih item penilaian.

 Isi Kandungan Standard yang diuji oleh penilaian tersebut.

 Isi jumlah markah di bawah kolum domain mengikut agihan dan aras yang
telah ditetapkan.

c) Jumlah markah akan keluar di bahagian kanan jadual mengikut domain.

d) Graf akan menunjukkan peratusan agihan markah mengikut domain.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 11


5.2. Manual Penyediaan Templat Pengukuran Hasil Pembelajaran Kursus.

RAJAH 2: Menu Utama

a) Pastikan merujuk kepada menu utama dalam templet pengukuran hasil


pembelajaran kursus.

b) Pautan (“hyper-link”) telah disediakan ke setiap helaian.

c) Nama dan maklumat pelajar diisi ke dalam Lampiran 1-Daftar Pelajar (Rajah
3)

RAJAH 3 : Lampiran 1- Daftar Pelajar

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 12


d) Nama dan maklumat pelajar boleh disalin dari ADOP.

e) Gunakan “Paste Special” dan klik pada “Values” bagi mengelakkan templet
mengalami masalah.

f) Isi maklumat yang diperlukan ke dalam helaian Lampiran 2- Maklumat


Kursus seperti Rajah 4.

RAJAH 4 : Lampiran 2- Maklumat Kursus

g) Isi semua PB, agihan peratus dan CLO yang dinilai olehnya.

h) Isi CLO dan PLO dengan merujuk kepada Course Outline.

i) Semua data yang dimasukkan dalam helaian sebelum ini akan muncul di
helaian pada Rajah 5. Helaian akan mengandungi;

 Maklumat pelajar

 Pentaksiran Berterusan.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 13


RAJAH 5 : Lampiran 3- Markah PB

j) Isi markah pelajar mengikut kolum yang sepadan. Pastikan markah dalam
per 100.

RAJAH 6 : Lampiran 4- Markah PA

k) Semua data yang dimasukkan dalam helaian sebelum ini akan muncul di
helaian pada Rajah 6.

l) Isi markah pelajar mengikut kolum yang sepadan. Pastikan markah dalam
per 100.

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 14


m) Semua data yang telah diisi dalam helaian sebelum ini akan di dan hasilnya
akan terpapar dalam helaian seperti Rajah 7.

RAJAH 7 : Lampiran 5- Laporan CLO

n) Graf akan terhasil dari data yang telah diisi menunjukkan pencapaian CLO.

RAJAH 8 : Graf Pencapaian Hasil Pembelajaran CLO

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 15


o) Cetak 2 (dua) salinan Laporan CLO dan Graf Pencapaian CLO, 1 (satu)
salinan diserahkan kepada Penyelaras Kursus dan Ketua Program bagi
tindakan selanjutnya dan 1 (satu) lagi salinan disimpan ke dalam Fail Kursus
untuk rujukan.

5.3. Manual Penyediaan Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLORR).

RAJAH 9: Templet Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLORR)

a) Sila isi semua maklumat yang diperlukan, iaitu nama kolej, nama program
dan kohort.

b) Bagi kursus Pendidikan Umum, Ketua Program hanya perlu memasukkan


data dari CLORR ke dalam kolum PLO yang telah ditandakan seperti dalam
Rajah 10.(Matriks CLO-PLO bagi kursus Pendidikan Umum adalah sama
bagi setiap program

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 16


RAJAH 10: Contoh Ruang PLO untuk Pendidikan Umum.

RAJAH 11: Contoh Ruang PLO untuk Pendidikan Umum.

c) Bagi kursus Pendidikan Vokasional, Ketua Program perlu memasukkan


maklumat-maklumat yang diperlukan seperti yang ditandakan pada Rajah 11.

d) Kod kursus, nama kursus, jumlah “credit hour” dan data dari CLORR
mengikut PLO yang telah ditentukan.

e) Rujuk borang CLORR bagi menentukan kolum PLO yang betul.

f) Pencapaian purata akan muncul dalam kolum ini secara automatik setelah
semua data dimasukkan (Rajah 12).

RAJAH 12 : Pencapaian Purata PLO

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 17


g) Pass” / “Tercapai” bermakna PLO tersebut mencapai KPI yang telah
ditetapkan oleh program.

RAJAH 13: Graf Pencapaian PLO

h) Graf ini akan muncul secara automatik setelah selesai semua data
dimasukkan.

i) Aras KPI ditentukan oleh Perancangan Strategik setiap program.

j) Garisan merah akan berubah mengikut jumlah peratus KPI yang dimasukkan

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 18

You might also like