You are on page 1of 17

Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -

UPM

Unit 7
Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan

Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:

1. memahami peranan dan tugas kaunselor


2. memahami cara kaunselor mengurus klien secara klinikal
3. mengenalpasti masalah yang sering dihadapi pelajar

7.1 Pengenalan

Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang


mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan
yang berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor
ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Pengetua sekolah masing-masing yang bertugas sebagai
Kaunselor Pelajar.

Dalam menjalankan peranan mereka sebagai seorang kaunselor, terdapat banyak tugas
yang perlu dilakukan oleh mereka bagi mencapai objektif organisasi sekolah dan
keperluan pelajar itu sendiri. Untuk kita bersama meninjau dan meneroka bidang
tugas dan peranan secara mendalam seorang kaunselor di sekolah di Malaysia (dalam
institusi pendidikan) maka adalah amat baik kita mengikuti sesi temubual dan tinjauan
yang telah dijalankan oleh salah seorang pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan &
Kaunseling) kaedah pembelajaran Jarak Jauh Ideal UPM bersama salah seorang
kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Adalah diharapkan isi
temu bual ini akan dapat membawa kita kepada matlamat untuk memahami dengan
jelas akan peranan seorang kaunselor dalam setting pendidikan itu sendiri.

7.2 Temubual bersama Guru Kaunseling atau Kaunselor


Pelajar
Saya telah bertemuduga dengan seorang guru kaunseling sekolah menengah untuk
tugasan ini. Saya telah menyediakan satu borang temuduga untuk guru itu

80
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

mengisinya. (contoh borong ini dibahagian lampiran). Hasil yang diperolehi daripada
temuduga adalah seperti berikut.

Kaunselor merupakan seorang Melayu yang sudah berumahtangga dan berusia 37


tahun serta beragama Islam. Kini beliau bertugas di salah sebuah sekolah menengah
Kebangsaan di Ipoh, Perak. Pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.
Subjek yang diajarnya ialah mata pelajaran perdagangan dan mempunyai pengalaman
mengajar selama 10 tahun. Kelayakan akademiknya ialah Bacelor Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling) yang diperolehi dari Universiti Putra Malaysia.
Kelayakan ikhtisasnya ialah Sijil Perguruan Asas dari salah sebuah maktab perguruan
di Malaysia.

Setakat ini kaunselor hanya mengamalkan amalannya di setting sekolah menengah


sahaja dan mempunyai pengalaman hanya dua tahun sahaja dalam bidang kaunseling.
Kaunselor yang saya temui tidak mendaftarkan diri sebagai seorang ahli Persatuan
Kaunseling Malaysia ( PERKAMA ) dan belum lagi mendaftarkan dirinya sebagai
Kaunselor Berdaftar bersama Lembaga Kaunselor.

Tugasan yang biasa dilaksanakan olehnya sebagai seorang kaunselor sekolah ialah
menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan
perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas
pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod, inventori pelajar dan
aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Mengelola dan melaksanakan aktiviti
Bimbingan dan Kaunseling individu dan kelompok serta tunjukajar ( instructional )
yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum dan secara profesional dan
beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian
maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
Menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan
alkohol. Menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada pelung melanjutkan pelajaran
di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Melaksanakan program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling,
Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

Merancang program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan
guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan pelajar. Dia juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa
Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dia menjadi penggerak utama
dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan
profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah.

Beliau telah memberikan khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru kakitangan
dan ibu bapa yang memerlukannya dan menjadi personel perhubungan / seranta.
Menjadi ahli jawatankuasa ex – oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan
ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan

81
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Jawatankuasa Lembaga / Badan pengawas sekolah. Dia juga bertugas menjadi


penyelaras dalam program – program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

Tanggungjawabnya sebagai seorang kaunselor di sekolah itu ialah berperanan sebagai


fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan
menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya. Dia bertanggungjawab untuk
mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.
Kaunselor hendakalah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat
yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan
klien atau orang –orang di persekitarannya.

Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan


fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri
sendiri.Dia juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukkan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati
keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Dia juga mestilah
menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling. Dia hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal
sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsian.

Dalam menjalankan satu sesi kaunseling, pertemuan sesi kaunseling dengan klien
akan ditentukan oleh kaunselor dan klien melalui temu janji.Melalui temu janji
kaunselor dapat memberi khidmat dengan mudah dan teratur kepada klien. Borang
temujanji boleh didapati dari bilik kaunseling di sekolah itu.

Pihak sekolah juga telah menyediakan satu bilik khas untuk menjalankan sesi
kaunseling. Keadaan bilik kaunseling adalah selesa, kemas dan private klien juga
terjaga untuk menjalankan sesi kaunseling. Biasanya satu sesi kaunseling dengan
klien akan mengambil masa sekurang – kurang 40 minit. Mengikut kaunselor itu,
pelajar yang biasa mnghadapi masalah di sekolahnya adalah pada tahap umur antara
15 –17 tahun. Pada pendapatnya, pada tahap umur ini mereka akan masuk ke alam
remaja dan mula mengalami perkembangan diri serta tidak tahu sama sesuatu
perbuatan itu betul atau salah. Dalam kaunseling, dia biasa menggunakan Pendekatan
Adlerian kerana ia sesuai dengan remaja pada masa kini.

Kaunselor ini biasa menjalankan sesi kaunseling individu. Sesinya dijalankan adalah
mengikut peringkat – peringkat yang terdapat dalam kaunseling. Dia juga menemui
klien yang tidak akan mendedahkan masalahnya walaupun telah mnejalankan
beberapa sesi dengannya. Dalam keadaan begini kaunselor biasanya akan
memberikan masa kepada klien untuk memahami diri, menwujudkan kepercayaan
terhadap kaunselor dan membina hubungan kefahaman dengan kaunselor. Selepas ada
satu ikat yang baik barulah klien akan meluangkan masalah kepada kaunselor. Ada
juga sesi yang hanya menjadi sesi perbincangan atau sesi bercakap dengan klien.
Contoh masalah yang sering dihadapi oleh kaunselor ini ialah rakan sebaya dan teman
lelaki.

82
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Sesi kaunseling kelompok juga dijalankan oleh kaunselor. Ahli yang terdiri dalam sesi
kaunseling kelompok adalah kaunselor sendiri dan pelajar – pelajar atau rakan yang
menghadapi masalah yang sama. Mereka akan membincangkan masalah dan
memahani antara satu sama lain. Isu yang biasa ialah masalah pembelajaran dan
kerjaya. Bilangan ahli dalam satu kelompok adalah tidak melebihi 10 orang.

Dalam menjalankan sesi kaunseling krisis, dia biasanya memberikan masa kepada
klien bercakap dan mendengarnya. Dia akan menerangkan dan mengawal klien dalam
sesuai keadaan. Dia tidak menanyakan soalan yang banyak seperti kaunseling yang
lain. Masalah ialah membunuh diri, tekanan fizikal dan emosi.

Kaunseling kerjaya diadakan oleh kaunselor ini untuk membantu pelajar dalam
meneroka bidang pendidikan lebih tinggi selepas Sijil Pendidikan Malaysia
(SPM).Kaunseling ini juga adalah memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada
pelajar supaya memilih aliran yang perlu masuk selepas Peperiksaan Malaysia
Rendah (PMR). Pelajar di sekolah didedahkan kepada penerokakan ke alam
pendidikan dan pekerjaan dan perkembangan akademik dan pekerjaan. Biasanya sesi
ini diadakan secara kelompok dan menfokuskan kepada apa yang yang diperlukan
oleh pelajar.

Dia juga pernah merancangkan Program Perkembangan Kerjaya kepada pelajar di


sekolahnya. Jenis - jenis program yang terdapatnya ialah Hari kerjaya, Pemilihan
Aliran oleh pelajar PMR dan Taklimat kepada pelajar SPM tentang sijil terbuka serta
bimbingan dalam bilik darjah.

Sekolah kaunselor ini juga menyediakan satu pusat kerjaya yang diselaraskan oleh
kaunselor ini.Ramai pelajar sekolah yang datang untuk mendapat maklumat tentang
kerjaya. Ia berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan pelajar dalam kelompok
kecil berbincang isu perkembangan kerjaya, mendapat maklumat pendidikan terkini
dan menyediakan papan kenyataan pekerjan untuk dipamir di tempat yang strategik
atau laluan pelajar.

Kaunselor ini juga menjalankan khimat rujukan disekolah dengan pertolongan


daripada guru dan personalia lain yang berada disekolah untuk mengenalipasti pelajar
yang bermasalah dan membantunya. Pihak pentadbir sekolah, guru dan kakitangan
lain di sekolah akan merujuk klien kepadanya. Satu borong rujukan perkhidmatan
kaunseling telah disediakan oleh kaunselor itu dan perlu diisi oleh pihak yang
merujuknya kepada kaunselor ini. Kaunselor juga akan mendapatkan maklumat
pelajar itu sebelum ia dipanggil untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Isu yang
biasa ialah pelajar yang kerap tidak hadiri kesekolah, masalah belajar dan seksual.
Sesi yang dijalankan dalam kes rujukan ialah kaunseling individu di mana kaunselor
akan membiarkan klien menerangkan masalah dengan mendalam, perasaan dan
kedudukan walaupun kaunselor mengenali masalahnya. Ini adalah supaya klien akan
mengenali dirinya dan keadaan yang sedang lalu.

Kaunselor juga menjadi konsultan atau pakar runding kepada guru sekolah, pentabdir
sekolah dan ibu bapa pelajar. Perundingan dengan pentadbir sekolah yang membantu

83
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

dalam membina alam persekolahan yang sihat untuk bukan sahaja pelajar tetapi juga
personalia lain seperti guru dan pakar lain yang terlibat dalam membentuk alam
sekolah. Di samping perundingan dengan ibu bapa dan kaunselor jugamungkin
meliputi masalah salahlaku anaknya yang bukanlah hanya hasli kegagalan sekolah
tetapi mempunyai kaitan besar dengan suasana rumah tangga. Oleh itu perundingan
dengan ibu bapa mengenai perkara ini juga adalah penting dan perlu
dilaksanakan.Kaunselor berunding dengan guru untuk memberikan maklumat
tambahan tentang kaedah yang baik dan berkesan yang dapat memaksimakan
pembelajaran dalam bilik darjah dan mengatasi masalah pelajar yang tidak ke bilik
darjah.

Kaunselor ini juga menjalankam bimbingan dalam bilik darjah dengan pelajar . Tajuk
perbincangan yang biasa dibincangkan dengan pelajar ialah pendidikan dan kerjaya,
penbangunan diri, kaedah pengurusan dan bahaya menggunakan dadah serta kaedah
jangkitan HIV / AID.

Di sekolah kaunselor juga mempunyai Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ).


PRS juga membantu kaunselor dalam mengatasi masalah . Ahli – ahli PRS akan
memberi latihan asas seperti kemahiran asas komunikasi, komunikasi interpersonal,
kemahiran asas psikologi manusia dan kemahiran khusus untuk melaksanakan projek
yang dirancang. Aktiviti yang dijalankan ialah lawatan sambil belajar oleh ahli PRS,
kemahiran – kemahiran kaunseling dan permainan kaunseling yang memfokus kepada
kemahiran mendengar dan celik akal.

Dalam merancang satu program perkhimatan bimbingan dan kaunseling, kaunselor


akan member keutamaan kepada banyak perkara dan yang sangat dipentingkan ialah
visi, matlamat dan objektif program ini. Keutamaan juga diberikan kepada perkara
yang sangat diperlukan oleh pelajar di sekolah itu. Bentuk perancangan yang dibuat
oleh kaunselor ialah untuk jangka panjang. Antara program perkhimatan yang dibuat
di sekolah ialah pendidikan , kerjaya, perkembangan diri dan aliran yang dimasuki
selepas SPM.Program yang biasa direncanakan untuk sekolah ialah progam
minggunan seperti Hari Kerjaya.

Masalah yang biasa kaunselor berkerjasama dengan guru disiplin di sekolah ialah
masalah ponteng sekolah, masalah seksual dan merokok. Kaunselor akan memberi
jalan yang betul dan penyelesaian kepada masalah. Dia juga akan membuat satu
perjanjian dengan klien secara lisan dalam sesi kaunseling jika klien melanggar
perjanjian ini maka kaunselor akan menyerahkan kes ini kepada guru disiplin sekolah
untuk mengambil tindakan disiplin yang sepatutnya.

Melalui temubual bersama kaunselor sekolah ini, saya juga telah dapat mengenalpasti
masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut :

1. Seksual 4. Ponteng Sekolah


2. Rakan Sebaya 5. Peperiksaan
3. Kerjaya

84
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling untuk 14 Minggu


Program Bulanan Perkhimatan Bimbingan Dan Kaunseling Bagi Tahun 2002

Bulan Aktiviti Tujuan Personalia Sasaran Catatan

Mac 1.Ujian 1.Membantu Pelajar Ceramah


Guru
Personaliti pelajar Tingkatan
Bimbingan
( SDS ) mengaitkan minat 4&5
dan
kerjaya dengan Kaunseling
personalitinya

Semua Keratan
2.Dengarlah 2. Agar guru – Unit pelajar Borang
Sayang pelajar dan ibu Bimbingan
bapa dapat dan
meluahkan Kaunseling
perasaan masing –
masing. Pelajar
Unit Tingkatan Ceramah
3.Motivasi Awal 3.Memberi Bimbingan 3&5
PMR dan SPM motivasi awal dan
kepada pelajar Kaunseling
yang akan
menduduki Semua
peeriksaan. Unit pelajar Ceramah
Bimbingan
4.Ceramah dan
4.Meningkatkan
Pengingkatan Kaunseling
Konsep kendiri
Kendiri pelajar

April 1.Latihan PRS 1.Menanamkan Unit Semua Bengkel


Bermula sikap membantu Bimbingan pelajar
dikalangan ahli dan
PRS Kaunseling

2. Taklimat Unit Pelajar Taklimat


tentang 2.Membezakan Bimbingan Tingkatan
persijilan SPM sijil terbuka dan 5
terbuka dengan SPM Kaunseling
dahulu

3.Ceramah 3.mendedahkan Unit Pelajar Latihan


Kerjaya pelajar kepada Bimbingan Tingkatan dalam

85
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

peluang dan 5 Kumpulan


melanjutkan Kaunseling
pelajaran yang
diminati serta
sesuai
dengan
kemampuan yang
ada

4. Minggu Anti 4.Mendedahkan Unit Semua Kelompok


Dadah pelajar tentang Bimbingan pelajar Bimbingan
Peringkat bahaya dadah dan
Sekolah kepada kesihatan Kaunseling
fizikal dan mental.

5.Mendedahkan
kepada pelajar
bahawa
penggunaan dadah
satu perbuatan
yang dilarang oleh
agama.

Mei 1.Minggu Unit Pelajar


1. Mendedahkan Kaunseling
Kerjaya Bimbingan yang
pelajar kepada Kelompok
dan berminat
peluang
Kaunseling
melanjutkan
pelajaran dan
kerjaya.

2.Ceramah 2.Memberi JK HEM / Pelajar Ceramah


Keremajaan pendedahan cara Unit Tingkatan oleh LPPKN
menangani isu Bimbingan 5
remaja masa kini dan
Kaunseling

3.Bengkal 3.Melatih pelajar JK HEM / Pelajar Ceramah


Pengurusan Diri agar dapat Unit Tingkatan
/ Masa mengurus masa Bimbingan 4
dan diri dengan dan
sebaik mungkin Kaunseling

4.Bengkal 4.Mendedahkan Unit Pelajar Inventori

86
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Kemahiran pelajar tentang Bimbingan Kelas minat


Belajar cara – cara belajar dan Harapan
yang berkesan Kaunseling dan
Pelajar
yang
berminat

Jun JK HEM / Semua Taklimat dari


1.Taklimat 1.Mendedahkan
Pelajar guru
Penjagaan Diri pelajar kepada cara Guru
sesi Pagi
– cara menjaga diri Disiplin
Sekolah /
Unit
Bimbingan
dan
Kaunseling
2.Membuka
2.Lawatan pemikiran pelajar Unit Pelajar Kelompok
Kerjaya dan memberi Bimbingan yang Kerjaya
semangat dan berminat
Kaunseling (Fokus
Tingkatan
5)

87
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

7.3 Tugas Kaunselor Dalam Membantu Pelajar Dalam


Setting Pendidikan (Peranan Klinikal)

Dengan mengemuduga kaunselor sekolah ini, saya telah mengenalpasti masalah -


masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang sering
dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti berikut :

1. Seksual 4. Ponteng Sekolah


2. Rakan Sebaya 5. Peperiksaan
3. Kerjaya

7.3.1 Masalah Pertama: Seksual

Masalah yang paling utama di sekolah itu ialah masalah seksual di mana pelajar
perempuan mempunyai hubungan dengan teman lelaki di luar kawasan sekolah yang
menyebabkan banyak masalah lain yang timbul daripadanya. Masalah ini telah
dikenali pasti oleh kaunselor sekolah ini apabila dia mengadakan sesi kaunseling
individu dengan pelajar yang terlibat.

Ini telah menyebabkan pelajaran pelajar itu merosat dan sering pontong sekolah.
Tingkah laku pelajar telah mula berubah di mana kurang perhatian dalam bilik darjah
dan tidak menyiapkan kerja rumah dan tugasan yang diberikan serta selalunya gagal
dalam peperiksaan.

Semasa sesi kaunseling dijalankan telah mendapat tahu bahawa pelajar ini akan
keluar dengan teman lelakinya pada waktu ibu bapa tidak ada di rumah . Apabila ibu
bapa hantar dia ke sekolah, dia tidak masuk ke sekolah tetapi mengikut teman
lelakinya.Dia juga telah mengadakan hubungan seksual dengan teman lelakinya.

Rakan sebaya merupakan penyebab utama dalam masalah sebegini. Sekolah


merupakan terkumpulnya pelbagai budaya dan ragam . Ini memudahkan pengaruh
sosial dipengaruhi penghuni sekolah. Pelajar terikut dengan ragam rakannya tanpa
berfikir kesannya kerana ia akan membawa keseronakkan kepada dan tidak
mempunyai daya fikiran yang mendalam kepada pelajar. Mengikut mereka dengan
adanya hubungan baru ini, mereka akan hormati oleh kawannya dan sudah sempurna
untuk membina hubungan ini.

Ibubapa juga yang tidak memberikan perhatian kepada anak –anaknya dan
membiarkan dengan kehidupannya. Tanggungjawab telah diberikan kepada pihak
sekolah untuk bertindak sebagai ibubapa. Anak –anak ini juga kurang mendapat kasih
sayang daripada ibu bapa tetapi ia didapati daripada hubungan barunya. Maka mereka
lebih mementingkan hubungan itu dan bertindak tanpa berfikir. Ibu bapa yang tidak
memberi pelajaran keremajaan kepada anak – anaknya apabila mereka sudah sampai
pada satu tahap umur untuk mengetahui.

88
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Sistem pendidikan yang tidak memberi pendedahkan awal kepada remaja tentang
masalah seksual dan kesan yang akan dihadapi daripadanya. Remaja ini belum cukup
matang untuk menguruskan hal seperti maka dengan adanya pendidikan awal mereka
dapat mengetahui cara –cara menguruskan dirinya sebagai remaja.

Cara-cara masalah ini diselesaikan

Selepas mengenalpasti masalah klien dan puncanya. Langkah pertama berunding


dengan ibu bapa tentang masalah ini dan mengatakan bahawa klien telah mnegadakan
hubungan dengan teman lelakinya. Klien membawa jumpa dengan doktor untuk
mendapatkan memeriksaan kesihatan. Ia di bawa dengan keizian ibubapa klien dan
sangat penting ialah kebenaran klien itu sendiri . Keputusan kesihatan mestilah
berbincang dengan ibu bapa mereka dan kaunselor akan mengikuti sesi kaunseling
yang berikut.

Kaunselor akan memberitahu pihak sekolah tentang masalah ini tanpa mendedahkan
indentiti pelajar ini. Ini membolehkan guru disiplin sekolah menguatkuasakan
peraturan sekolah supaya pelajar tidak dapat keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran pengetua sekolah dan setiap pelajar akan di awasi oleh guru sekolah di
kawasan sekolah dan diluar kawasan sekolah. Dengan adanya undang – undang ketat,
masalah seksual dikalangan pelajar dapat di kawal daripada dipengaruhi pelajar lain
di sekolah.

Tahap berikut dalam sesi kaunseling adalah memberikan satu gambaran kepada klien
sama ada perbuatan itu betul atau tidak . Ini adalah untuk menilai pandangan klien
terhadap masalah yang dihadapi. Ia juga membolehkan klien berfikir dengan sendiri
tentang hal ini.Kaunselor juga boleh mewujudkan kesedaran, hala tujuan dan
matlamat kehidupan dan pendidikan. Memberikan kesedaran bahawa dia mempunyai
keupayaan positaf untuk bergerak sebagai remaja yang biasa tanpa mengfikirkan
masalah lama ini. Klien juga diberikan kesedaran supaya sentiasa sedar daripada
perbuatan dahulu.

Kaunselor juga menggalakkan klien membina semula kehidupan baru dan


menerimanya sebagai pelajar biasa. Kaunselor memastikan klien tidak mengubah
tingkah laku dan fikiran di mana kaunselor akan membuat perjanjian dengan klien
supaya tidak berubah. Kaunselor mestilah membawa klien kepada satu pendekatan
bahawa dia mementingkan pendidikan dan keluarganya tanpa mengirakan perkara
seperti ini.Dengan adanya seperti ini klien tidak dapat mengfikirkan masalh lain
dalam kehidupannya.

Kaunselor juga mestilah berunding dengan ibu bapa mereka agar mereka dapat
memberikanperhatian yang lebih kepada anaknya dan tidak menyerahkan
tanggungjawab kepada pihak sekolah. Mereka mestilah memberi kasih sayang yang
lebih kepada anak kerana melalui kasih sayang sesorang itu tidak akan
mengpengaruhi masalah sosial. Mereka juga mestilah selalu mengawasi tingkah laku
anaknya supaya boleh mengetahui masalah anaknya lebih awal.

89
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Pihak sekolah juga mestilah merancang satu program kepada pelajarnya dalam
menguruskan hal seksual. Dengan kematangan seksual dan fizikal, remaja perlu
menggadungkan identiti dengan sikap yang diperlukan untuk menjadi perempuan .
Imej diri mereka perlu di sesuaikan dengan rasa kewanitaan mereka. Selain itu
mereka perlu tanam nilai- nilai murni berhubung kelakukan seksual mereka. Di
samping cara – cara ini kaunselor akan dapat mengatasi masalah di sekolahnya.

7.3.2 Masalah Kedua: Rakan Sebaya

Isu yang berikut yang dapat dicari dalam sekolah kaunselor ini ialah masalah rakan
sebaya. Ia adalah masalah yang disering hadapi oleh pelajar sekolah. Satu sesi
kaunseling kelompok telah dijalankan oleh kaunselor sekolah dengan klien yang
terdiri daripada pelajar tingkatan dan rakannya. Daripada masalah ini timbul dua lagi
masalah utama iaitu pelajar yang tidak boleh bekerjasama dengan rakannya dan
pelajar yang tidak dapat menerima pandangan dan pendapatn rakan lain. Disebabkan
dua perkara utama ini wujud masalah antara rakan sekolah.

Pada pendapat saya masalah ini berpunca daripada rakan yang tidak mempercayai
rakan mereka sendiri iaitu dari segi kemampuan dan kebolehan rakannya. Maka dia
akan bertindak sendiri dan wujud satu hubungan persahabatan tidah faham memahami
antara mereka.

Ada juga yang mementingkan diri sendiri yang tidak mahu mengongsi maklumat dan
pengetahuaannya. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka memperolehi daripada
hasli usahanya sendiri dan ingin mendapat markah tinggi serta perhatian daripada
guru. Sebab lain ialah mereka yang telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak ada
bekerjasama maka mereka tidak boleh bekerjasama dengan rakannya. Daripada ini
timbulnya masalah tidak bekerjasama dengan rakannya.

Masalah pelajar tidak boleh menerima pandangan dan pendapat rakan lain adalah
berpunca tidak ada perasaan menghormati pandanagn rakan walaupun ianya salah.
Rakan yang bersaing antara satu sama lain yang mengatakan bahawa pendapat
mereka adalah betul walaupun salah tanpa menilai pendapat mereka. Maka di sini
tidak ada kefahaman yang medalam dalam hubungan mereka.

Mereka juga mempunyai perasaan ego dalan hati yang fikirkan mereka sahaja betul
dan lain adalah salah. Semua individu mempunyai personaliti dan keindividuan yang
tersendiri dan tidak semua individu mempunyai empati atau mempunyai kefahaman
untuk memahami. Ad.a juga pelajar yang takfirkan pandangan dan pendapat rakannya
dan berlaku bertentangan pendapat.

Cara-cara masalah ini diselesaikan

Mendedahkan klien kepada konsep diri di mana pelajar mestilah memahami dan
mengenai diri sendiri dahulu. Dia juga mestilah mengenali kekuatan dan kelemahan
dirinya supaya tidah timbul masalah dalam diri dan dapat menyesuaikan dirinya

90
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

dalam apa –apa keadaaan. Sesuatu hubungan baik hanya dapat dijalin dengan adanya
memahami diri dahulu.Kalau sudah memahami diri maka boleh memahami orang lain
dengan mudah. Mengetahui kelemahan dan kekuatan rakannya supaya bertindak
mengikut kemampuannya dan tidak akan merendahkan rakannya

Memberi kesedaran kepada klien tentang hubungan persahabatan itu penting dan tidak
hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Oleh itu, dalam hubungan persahabatan
mesti ada aspek penting iaitu kepercayaan antara satu sama lain. Dengan adanya
kepercayaan boleh mewujudkan suasana kerjasama dengan rakannya dan tidak dapat
menyoalkan kemampuan lain dan percayai setiap insan mempunyai kebolehan dan
kemampuan yang tersendiri. Klien mesti menyedari hal ini dari sesi kaunseling yang
dijalankan oleh kaunselor.

Pendedahkan perlu diberikan oleh kaunselor supaya menghormati rakan dan


mendengar pandangannya walaupun salah supaya tidak merasakan rendahkan diri.
Memberi kesedaran kepada klien tidak perlu ada persaingan dalam hubungan
persahabatan kerana ia tidak membawa keuntungan.

Perlulah membawa satu gambaran kepada klien bahawa setiap individu mempunyai
personaliti yang berbeza dan tidak sama dengan orang lain. Tidak semua mepunyai
aspek empati di mana kebolehan merasai dengan betul apa yang dirasai oleh orang
lain. Melalui gambaran itu, klien boleh memahami dan bertindak mengikut
personaliti.

Rakan yang bermasalah tentang latarbelakang tidak diasingkan, perlulah diterima


dengan ikhlas dan memberikan masa untuk untuk berubah dan berkerjasama
denganrakan lain. Memberi kesedaran kepada rakan bahawa dia mepunyai keupayaan
positif dan mempunyai kekuatan supaya dia boleh bertindak mengikutnya.

Klien juga perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan rakan melalui berbincang
dengan rakannya dan tidak melihatkan pihak ketiga dalam masalah. Penyelesaian
masalah ini akan menyedadkan mereka lebih memahami antara satu sama lain.

Akhirnya perlu kaunselor perlu menekankan kepada klien untuk membina hubungan
stabil dan produktif kerana rakan sebaya menjadi kemuncuk yang penting sewaktu
awal dan pertengahan remaja. Melalui rakan sebaya atau kelompok kawan
mengambarkan sebaik mana mereka dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat
sosial dan psikologi.

7.3.3 Masalah Ketiga: Kerjaya

Masalah kerjaya merupakan isu yang dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Kaunseling
Kerjaya telah kepada klien untuk mengenalpasti masalah dan punca masalah secara
dalam. Klien tidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai untuk dirinya dan masa
depan. Ini menyebabkan dia keliru dalam membuat keputusan muktamad dalam
kehidupannya.

91
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Punca masalah ini timbul kepada klien mempunyai minat dalam banyak bidang
kerjaya sehinggatidak dapat menentukan kerjaya yang sesuai kepadanya selepas
tamatnya pendidikan. Ini menyebabkan dia tidak tahu apa hendak buat dan bagaimana
hendak memilih satu kerjaya yang sangat sesuai dan diminati.

Selain itu, desakan ibu bapa yang bercita – cita berlainan dan klien tidak menyukai
kerjaya itu. Dia mempunyai cita – cita yang tersendiri tetapi dia tidak boleh
menentukan samaada cita – cita itu menjadi kerjaya pada masa depan.

Cara – cara masalah ini diselesaikan

Kaunselor perlu mendedahkan klien kepada kesedaran diri. Dia perlu menyedari diri
sendiri kehendak – kehendaknya dalam hidupnya. Dia mestilah mengenai kekuatan,
kegemaran dan kebencian peribadinya. Ini membolehkan pembinana pengetahuan diri
dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan membantunya mebuat
keputusan kerjaya seumur hidupnya. Membantu klien memahami konsep kendiri dan
profil diri supaya memilih kerjaya yang sesuai dengan profilnya.

Penerangan secara mendalam perlu diberikan kepada klien tentang dunia pekerjaan
supaya dia boleh mnemahaminya sebelum memasuki. Klien juga diberitahu oleh
kaunselor tentang kemahiran asas yang diperlukan untuk memasuki ke alam
pekerjaan. Antaranya kemahiarannya ialah Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, Kebolehan membaca dengan baik, Kebolehan menulis dengan terang dan
jelas, Kemahiran berkomunikasi secara lisan, Kebolehan menimbang dan
menyelesaika masalah, Kemahiran perorangan ( Interpersonal Skill ) yang baik,
Memahami matematik asas, Pengetahuan sains dan teknologi asas, Pengetahuan
dalam pengajian sosial dan ekonomi dan Etika kerja dan sikap positif . Pendedahkan
ini akan memudahkan klien mengenali kemahiran yang perlu dalam alam pekerjaan.
Klien boleh menyediakan dirinya dengan kemahiran mengikut alam pekerjaan yang
diingin.

Pencapaian klien dalam pendidikan juga penting kerana ia akan menentukan


kelayakan yang perlukan dalam pekerjaan. Ia juga akan membantu klien untuk
memilih kerjaya yang sesuai dengan kelulusan akdemik. Selain itu, majikan juga akan
menitikberatkan keputusan akdemik dan diikut yang lain.Oleh itu klien perlu
mencapai keputusan akdemik yang cemerlang.

Klien yang mempunyai minat dalam banyak bidang kerjaya dan tidak dapat
menentukan kerjaya sesuai. Ujian minat kerjaya boleh digunakan oleh kaunselor
untuk membantu klien mengetahui bidang kerjaya minat utama individu. Alat
pengukuran Self – Directed Search ( SDS ) digunakan untuk mengukur minat klien.

Minat itu sangat penting kepada seseorang yang hendak bekerja kerana dengan minat
dia akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapainya.Dengan keputusan
yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan ke atas klien maka bidang minat
utama klien boleh diketahui. Ia akan memudahkan klien menunjukkna minat dalam
bidang itu.

92
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Ujian personaliti boleh dijalankan ke atas klien oleh kaunselor untuk mengenali ciri –
ciri personaliti klien dan ia juga adalah untuk mengetahui samaada ciri –cirinya
dimiliki bersesuaian dengan bidang kerjaya minat utama klien. Ini adalah untuk
mewujudkan keselarasan individu di mana kelarasan antara jenis personaliti dengan
jenis persekitran di mana individu tersebut bekerja. Stabiliti klien juga tidak akan ke
arah pertukuran kerjaya dan merasakan stabilan jika masalah wujud.

Kaunselor juga perlu membekalkan maklumat kerjaya yang sesuai dan tepat untuk
klien. Ia boleh dibahagiakan kepada 2 bahagian iaitu maklumat mengenai kerjaya dan
maklumat dalam pekerjaan. Dengan ini klien boleh mengenali kerjaya secara
dalam.Klien juga perlu mengetahui samaada kerjaya yang dipilih itu mempunyai
peluang pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan kelayakan akdemiknya.

Klien perlu disedarkan bahawa diaperlu dimiliki kerjaya mengikut minatnya sendiri ,
kelayakan dan personaliti dan bukan dipilih oleh orang lain. Ini akan mewujudkan
tidak puas hati dengan pekerjaan , tidak minat untuk bekerja dan mewujudkan banyak
masalah yang menjelaskan majikan dan imej sendiri.

Sekolah perlulah menyediakan satu pusat kerjaya di sekolah untuk memudahkan


pelajar mengetahui dan mengenali dunia pekerjaan sebelum menceburi. Maklumat
yang diperolehi memudahkan pelajar mengenali minat yang dimiliki dan boleh
membuat persediaan yang awal dari segi personaliti dan kelayakan akdemiknya.

7.3.4 Masalah Keempat: Ponteng Sekolah

Salah satu masalah yang dihadapi oleh sekolah ialah ponteng sekolah. Mereka tidak
ke hadiri ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan. Pelajar perempuan ini
biasanya berkelompok di luar kawasan sekolah dan keluar teman lelakinya atau
kawan – kawannya tanpa diketahui oleh sesiapa. Dengan berkelompok mereka
melakukan banyak aktiviti sepanjang tempoh ponteng dengan bersama.

Faktor kepada gejala ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. Pelajar biasanya
dipengaruhi oleh rakan –rakan yang lain untuk ponteng sekolah di mna rakannya
merupakan kaki ponteng. Ini telah menyerahkan lagi peluangnya untuk mengikut
rakannya. Kegiatan yang dilakukan ketika ponteng telah mempengaruhi rakan yang
mendengarnya dan menggalakkan rakan lain untuk mengikut.

Ibu bapa juga memainkan peranan dalam ini. Kesibukan bekerja dan mengejar
kemewahan membuatkan ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang
sewajarnya kepada anaknya. Daripada kemewahan yang dibolehi menyebabkan
merekan tidak bersungguh – sungguh dalam menuntut ilmu disekolah. Mereka
beranggapan kemewahan ibubapa sudah cukupi untuk mereka. Ibu bapa yang
langsung tidak menyedari anak – anak mereka tidak menyedari tidak ke sekolah dan
melakukan kegiatan ponteng ini. Ibu bapa pula hanya mengambil sikap lepas tangan
dan menyerah anaknya kepada pihak sekolah untuk memberi nasihat dan kaunseling.

93
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Kurang minat pada pelajaran oleh pelajar walaupun Kementerian Pendidikan telah
memasuki matapelajaran yang baru dalam sukatan pelajaran.Ia telah telah gagal
menarik perhatian pelajar untuk mepelajarinya.Tindakan ponteng banyak membawa
keburukan kepadanya di mana menyebabkan mereka ketinggalan dalam topik – topik
utama dalam menghadapi peperiksaan awam. Seterusnya mereka menjamun masa
depan yang lebih baik hanya kerana mencari keseronokan sementara.

Kewujudan pusat hiburan harian elektronik dan berkomputer telah m,enyebabkan


pelajar mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa ponteng sekolah. Pihak
pengusaha pusat permaianan juga mengambil peluang mengaut keuntangan daripada
pelajar seperti ini.

Cara – cara masalah ini diselesaikan

Bagi menarik minat para pelajar ponteng sekolah, beberapa program yang lebih
menarik dan berkesinambungan serta mempunyai matlamat yang lebih jelas masa
hadapan perlu dibentuk. Program sperti Pra – Rakan Muda yang diusahkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan menarik pelajar yang bermasalah.

Kaunselor sekolah perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk


mengatasi masalah pelajar. Berbincang dengan pelajar bukan pelajar yang bermasalah
tetapi secara umum dan membertahu keburukan yang akan dihadapi daripada masalah
ini.

Berunding dengan ibu bapa pelajar supaya mereka akan memberi lebih perhatian
kepada anaknya Anaknya juga akan mendapat kata – kata perangsang dari ibu bapa
bagi membakar semula semangat mereka untuk terus belajar dan terus berusaha.Ini
menyebabkan mereka melupakan kegiatan ponteng sekolah apabila mereka tahu
bahawa ibu bapa mereka ada bersama mereka yang memperhatikan dan memberikan
sokongan .

7.3.5 Masalah Kelima: Peperiksaan

Masalah klien telah dikenalpasti iaitu menghadapi peperiksaan . Klien akan


menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dalam masa 6
bulan akan datang . klien sangat gelisah,takut dan bimbang menghadapi peperiksaan
ini.Dia belum sedia menghadapi peperiksaan ini. Klien sudahpun membuat
kesimpulan bahawa dia akan gagal dalam peperiksaan ini.

Puncanya ialah klien tidak boleh membaca dan memahami pelajaran dengan betul dan
mudah. Ini menyebabkan dia risau dalam pemahamannya dalam pelajaran
walaupundia membaca beberapa kali dia tidak dapat memahaminya dengan betul.
Dalam membuat sesuatu karangnya dia tidak dapat menulis mengikut tajuk dan selalu
terkeluar tajuk dan gagal dalam peperikssan sekolah.

Klien juga tidak tahu teknik menjawab soalan - soalan peperiksaan dengan jaeapan
berkesan. Dalam peperiksaan sekolah dia mendapat markah rendah kerana ini. Dia

94
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

juaga tidak dapat membahagikan masa untuk setiap mata pelajaran dengan baik. Ini
menyebabkn dia ketinggalan salah satu subjek kerana masanya. Dia juga tidak dapat
membuat nota ringkas denga mudah.

Cara – cara masalah ini diselesaikan

Selepas penerokaan kepada masalah dan mengenai punca masalahnya. Cara yang
digunakan ialah menerangkan klien tentang fikiran kerana dia tidak terlambat dan
masa untuk membaiki. Klien gelisah, takut dan risau akan melaemahkan semangat
sebagai pelajr. Bersemangatkan klien supaya dia dapat menguatkan perasaan dan
lahirnya perasaan postif. Keputusan tidak boleh dibuat sebelum menduduki
peperiksaan dan mestilah mempunyai satu matlamat baik sebelum menduduki
peperiksaan supaya mendapat keputusan cemerlang.

Klien mestilah digalakan membuat banyak nota ringkas dengan sendiri. Klien
mestilah membaca beberapa sehingga dia memahami dan kemudian dia membuat nota
ringkas dengan cara sendiri. Ini akan memudahkan pemahamannya setiap kali dia
membaca nota ringkasnya. Nota ringkas mestilah dibuat mengikut caranya kerana dia
akan membacanya.Nota ringkas ialah fakta yang difahami daripada bacaannya dan
membuat nota ringkas daripada fahamannya sertaia mestilah betul.

Klien mestilah mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul kerana
ia sangat penting. Dia boleh mengetahui daripada guru sekolah , buku – buku soalan
peperiksaan lepas dan mendapat bantuan daripada kawan sekolah cemerlang dalam
peperiksaan. Kaunselor perlulah mendedahkan kepda klien bahawa kaedah yang
paling baik perlu diamalkan. Seperti menggunakan soalan peperiksaan adalah baik
kerana mempunyai teknik jawab yang diperlukan oleh pelajar dan cara menjawab
dengan berkesan serta markah yang akan diperolehi.

Kaunselor juga menyedarkan klien untuk membaca soalan peperiksaan beberapa kali
dan memahaminya kehendak soalan dan barulah menjawab solan dengan
menggunakan jawapan yang betul dan berkesan.

Kaunselor juga perlu memberikan cara – cara klien boleh membahagikan masa untuk
setiap subjek dan memdisiplinkan diri untuk mematuhinya setiap kali. Klien
membahagikan masa dengan membuat jadual sendiri di rumah. Klien mestilah
mengulangkaji semua mata pelajaran dan bukan memilih matapelajaran yang diminati
sahaja.

Klien juga boleh mengulangkaji dengan kawan secara berkumpul kerana ia akan
menambahkan mamahami dengan menanyakan dan diikut dengan penerangan.
Kaunselor boleh berunding dengan guru – guru untuk membantu pelajar yang
bermasalah dalam pelajaran untuk membuat ulangkaji dengan pelajar. Ini akan
menambahkan ilmu pengetahuan dengan perbincangan.

95
Unit 7 Peranan Kaunselor Dalam Institusi Pendidikan ideal -
UPM

Kaunselor boleh bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan program motivasi


kepada pelajar- pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.ia akan menambahkan
semangat kepada pelajar.

Kesimpulannya, mengenalpasti masalah di sekolah dan menggunakan cara – cara ini


untuk menyelesaikan masalah akan mengatasi masalah darpada menjadi masalah
besar. Kaunselor boleh mengunakan jalan penyelesaian ini untuk membantu pelajar
kepada jalan betul dan menyedarikannya daripada masalah yang dihadapi.

7.4 Aktiviti

1. Berdasarkan temubual bersama kaunselor dalam unit ini, berikan


pandangan anda mengenai peranan kaunselor.

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah anda akan menyelesaikan masalah-


masalah utama para pelajar yang disebutkan dalam unit ini.

3. Selain daripada permasalahan utama pelajar yang disebut dalam unit ini,
pada pandangan anda apakah permasalahan-permasalahan lain yang sering
dihadapi oleh pelajar. Bincangkan cara anda mengatasi permasalahan-
permasalahan tersebut.

96

You might also like