You are on page 1of 1

Kampung Tinusa 2,

Batu 7,
Jalan Airport,
90000 Sandakan,
Sabah.

Giant Hypermarket,
90000 Sandakan,
Sabah. 15 Ogos 2017

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DUA MINGGU

Merujuk dengan perkara di atas, saya Marina Binti Omar bertugas sebagai juruwang di
Giant Hypermarket Sandakan ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang permohonan
saya untuk meletak jawatan bermula dari tarikh 16 ogos sehingga 31 ogos 2017.

01. Saya menghargai kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya bekerja, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan tugas sebagai
juruwang.

02. Sehubungan itu, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah
kesihatan yang tidak dapat dielakkan untuk bekerja seperti biasa. Sebarang kesulitan
amatlah dikesali.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar

..............................................
(MARINA BINTI OMAR)
Juruwang Giant Hypermarket.

You might also like