You are on page 1of 1

Pada Februari 2015 yang lepas, semua pelajar unit Program Persediaan Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Semester 2 Ambilan Jun 2014 telah diberikan
kerja kursus bagi mata pelajaran BMM 1054 iaitu Morfologi Bahasa Melayu. Dalam kerja
kursus ini, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama pelajar perlu
menganalisis sebuah cerpen.

Dalam bahagian pertama ini, pelajar dikehendaki untuk memilih mana-mana


cerpen untuk dijadikan bahan kajian mereka. Cerpen yang saya pilih ialah
“Harga Sebuah Lukisan” karya Baharudin A. Manan. Melalui teks cerpen yang telah dipilih,
pelajar dikehendaki untuk menjelaskan tentang golongan kata dalam bahasa Melayu
dengan memberi contoh golongan kata yang terdapat dalam cerpen itu. Seterusnya, pelajar
juga dikehendaki untuk menjelaskan tentang proses pembentukan kata dalam bahasa
Melayu dengan memberi contoh proses pembentukan kata yang terdapat dalam cerpen itu.
Selepas itu, pelajar dikehendaki untuk menjelaskan tentang bentuk kata dalam bahasa
Melayu dengan memberi contoh bentuk kata yang terdapat dalam cerpen itu.

Manakala dalam bahagian dua pula, pelajar perlu mengkaji isu penggunaan kata
bahasa Melayu yang terdapat dalam bahan cetak atau bahan elektronik. Pelajar boleh
membuat pilihan sama ada ingin mengulas rencana berkaitan isu penggunaan kata dalam
bahasa Melayu dalam bahan cetak atau bahan elektronik ataupun menganalisis
penggunaan kata yang digunakan dalam iklan yang dipaparkan dalam bahan cetak atau
bahan elektronik bagi menghuraikan isu penggunaan kata dalam bahasa Melayu.
Seterusnya, pelajar juga dikehendaki untuk mengemukakan cadangan bagi mengatasi
masalah-masalah yang berlaku.

Akhir sekali, dalam bahagian ketiga pula, pelajar dikehendaki membuat reflektif
dengan berkongsi pengalaman semasa melakukan tugasan ini seperti masalah dan
bagaimana cara mengatasinya.

You might also like