You are on page 1of 15

PMIOL Style Guide

Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Asing: Sebuah Catatan Pengalaman


Universiti Sains Malaysia

Tuan Nordin Tuan Kechik


Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia
Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
dan
Mazlina Bahruddin
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia
Minden, Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRAK
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam yang merupakan antara
universiti terawal ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya. USM juga merupakan
universiti pertama yang mendapat status universiti Apex di Malaysia yang merupakan satu
penghargaan dan kepercayaan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terhadap USM. USM
menerima pelajar dari pelbagai negara seperti pelajar dari negara China, Libya, Sudan, Mesir,
Nigeria, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain lagi yang kesemuanya melebihi lima belas
buah negara. Majoriti pelajar antarabangsa yang mendaftar di USM merupakan pelajar pascasarjana
dan sebahagian kecilnya merupakan pelajar ijazah pertama. Kertas kerja ini merupakan hasil
pengalaman penulis dalam mengajar kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kurus wajib
universiti yang perlu diikuti dan wajib lulus sekurang-kurangnya mendapat gred c oleh pelajar
antarabangsa yang belajar di Universiti Sains Malaysia. Dimensi utama penyelidikan ini adalah
untuk melihat keberkesanan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada pelajar
peringkat pascasarjana dengan model pengajaran yang menggunakan modul kursus Bahasa
Malaysia I (LKM100) yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan
Terjemahan. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan sepenuhnya iaitu penulis akan merujuk
hasil peperiksaan akhir semester pelajar yang melibatkan 100 orang pelajar pada peringkat sarjana
dan doktor falsafah. Keputusan peperiksan mereka diambil untuk dianalisis secara terperinci
berdasarkan pecahan tajuk yang terdapat dalam peperiksaan tersebut bagi menghasilkan suatu
kesimpulan terhadap kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan dapatan secara ilmiah
terhadap keberkesanan penggunaan modul pengajaran dan pencapaian pelajar.
Keyword: Pengajaran bahasa Melayu, bahasa asing, Universiti Sains Malaysia

1
PMIOL Style Guide

1. Pengenalan
Universiti Sains Malaysia mewajibkan semua pelajar antarabangsa pada peringkat pascasarjana
mengambil kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) sebagai kursus wajib pengijazahan bagi semua
pusat pengajian. Kursus ini merupakan kursus Bahasa Malaysia peringkat permulaan. Pelajar diajar
cara menyebut perkataan mengikut Sistem Bunyi Bahasa Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan
tatabahasa asas dan dilatih membina ayat yang mudah. Kosa kata yang diperkenalkan lebih kurang
500 patah perkataan meliputi kata nama, kata kerja, kata sendi nama, kata adjektif dan kata tugas.
Isi kandungan modul kursus Bahasa Malaysia I terdiri daripada empat belas unit yang merangkumi
sistem bunyi bahasa Malaysia, ucap selamat, nombor dan masa, wang, memperkenalkan diri,
mengenal pasti objek, penjodoh bilangan, keluarga, kalendar dan aktiviti harian, kedudukan objek,
pengangkutan, arah dan lokasi, makanan dan rasa serta negara dan cuaca. Kursus ini juga
membolehkan pelajar menggunakan perbualan yang mudah dalam pelbagai situasi harian. Pelajar
juga akan didedahkan dengan budaya masyarakat Malaysia khususnya budaya Melayu.

Struktur kursus ini dapat dibahagikan pada dua bahagian itu bahagian kerja kursus dan bahagian
peperiksaan akhir yang masing-masingnya mewakili 50% markah pada setiap bahagian. Terdapat
empat penilaian dalam bahagian kerja kursus iaitu peperiksaan bertulis I (10 markah) dan
peperiksaan bertulis II (10 markah), pembentangan lisan di dalam kelas (10 markah), dan ujian lisan
perseorangan (20 markah). Manakala peperiksaan akhir semester mewakili 50% markah lagi. Setiap
pelajar dikehendaki mengambil kedua-dua bahagian peperiksaan dengan sekurang-kurangnya
mendapat gred C.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, kita mengetahui beberapa metode
pengajaran bahasa asing yang popular yang dilandasi oleh pokok pemikiran yang merupakan
landasan teori yang dianutinya. Walaupun beberapa metode kelihatannya mempunyai pendekatan
yang hampir sama, tetapi setiap metode pengajaran bahasa asing memiliki ciri-ciri khas atau ciri-ciri
yang menonjol sehingga kelihatan perbezaan yang jelas antara satu metode dengan metode
pengajaran bahasa asing yang lain. Antara metode pengajaran bahasa asing yang boleh digolongkan
agak baru adalah seperti Community Language Learning (CLL), Suggestopedia, Total Physical
Response, The Silent Way, Rapid Acquisition dan Audio Visual yang dikenali pula dengan metode
Saint-Cloud (R. Soewondo, 1989).

2
PMIOL Style Guide

 Jadual  1. Jumlah pelajar antarabangsa yang mengambil Kursus Bahasa Malaysia I.


 Sidang akademik Semester 1 Semester 2 Bilangan
pelajar
2011/2012 406 317 723
2010/2011 352 390 742
2009/2010 393 341 734
 
Jumlah     2199
 
(Sumber: Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia)

1.1 Pernyataan masalah


Di Malaysia kajian terhadap pengajaran dan pemelajaran bahasa telah banyak dilakukan oleh
banyak penyelidik. Namun pernyelidikan terhadap pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing
agak kurang didapati. Kebanyakan penyelidik lebih cenderung melihat kaedah pengajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa pertama contohnya seperti Norizan Abdul Razak (2000), Ramli Salleh et.al
(2000), Mahzan Arshad (1999), Zamri Mahamod (1999, 2000), Ab. Rahim Mahmood (1997, 1999),
Nuraihan Mat Daud (2000), Marsis Mohamad Nasir (1998), Zulkifley Hamid (1999, 2000), Mohd.
Tajudin Rahman (1999), Ismail Dahaman (1998) dan banyak lagi penyelidik yang memberikan
fokus terhadap pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Kajian terhadap
kemahirwacanaan bahasa kedua oleh Suyono (2000), dan Ambigapathy Pandian (2000).
1.2 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat menjelaskan tujuan dan dapat memberikan sumbangan yang
bermakna dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa asing. Di
samping itu juga kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan asas terhadap penyelidikan lanjutan
terutama dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing yang berasaskan modul.
1.3 Objektif kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan keberkesanan pengajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa asing dengan mengunakan kaedah pengajaran berasaskan modul yang digunakan
sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pemelajaran. Penandaarasan bagi kajian ini dengan
melihat hasil peperiksaan akhir semester pelajar berdasarkan markah bagi setiap topik yang diuji
dan dinilai.
1.4 Batasan kajian
Skop kajian adalah untuk mengetahui kekerkesanan pengajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing dengan menggunakan kaedah pengajaran berdasarkan modul. Kajian ini dilakukan terhadap
100 pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus pada peringkat pascasarjana di Universiti Sains
Malaysia yang mengikuti kursus Bahasa Malaysia I (LKM 100) dan menduduki peperiksaan akhir
semester I, sidang akademik 2011/2012. Hasil peperiksaan akhir akan dianalisis dan dinilai
3
PMIOL Style Guide

berdasarkan prestasi pelajar.


1.5 Definisi operasional
a. Pengajaran bahasa
Pengajaran bahasa merujuk metodolgi pengajaran dan pembelajaran bahasa sesuatu bahasa agar
senang difahami oleh semua pelajar dengan menggunakan modul sebagai bahan rujukan pengajaran
dan pemelajaran.
b. Bahasa asing
Bahasa asing merujuk bahasa yang tidak digunakan oleh orang yang tingal di sesebuah tempat yang
tertentu contohnya bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa asing di Amerika Syarikat. Bahasa
asing juga merupakan bahasa yang tidak digunakan di negara asal seseorang. Sebagai contoh
seorang pelajar dari Kenya datang ke Malaysia mempelajari bahasa Melayu, jadi bagi mereka
bahasa tersebut merupakan bahasa asing.

2. Metodologi kajian
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Ia
melibatkan data kualitatif yang diperoleh melalui analisis kesan pada kognitif yang disokong
dengan perhatian yang mendalam terhadap proses semasa pelajar menggunakan modul. Rujukan
terhadap kertas peperiksaan akhir pleajar yang mengambil peperiksan Bahasa Malaysia I (LKM
100) pada semester I, sidang akademik 2011/2012. Sampel kajian terdiri daripada 100 skrip
peperiksaan akhir yang telah dinilai oleh guru. Markah peperiksaan akan dinilai dan dianalisis
berdasarkan bahagian yang terdapat dalam skrip jawapan berdasarkan objektif kajian. Data yang
telah dikutip akan dianalisis secara kualitatif.

3. Teori pebelajaran bahasa


Teori pembelajaran bahasa merujuk penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran
yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kajian linguistik menunjukkan bahawa terdapat banyak
teori pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh sarjana yang terkenal dan berwibawa seperti Ivan
Pavlov (1849- 1936), John. B. Watson (1878 – 1958), B.F. Skinner (1904 – 1990) E. L. Thorndike
(1874 – 1949) dan banyak lagi sarjana muthakhir yang memberikan sumbangan yang bermakna
dalam pembentukan teori pembelajaran bahasa. Terdapat empat mazhab teori pembelajaran bahasa
yang terkenal seperti Teori Behavioris, Teori Kognitivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Namun
demikian secara keseluruhannya teori tersebut dapat digolongkan pada dua golongan besar iaitu
Teori Makenis dan Teori Mentalis. Noam Chomsky meletakkan Teori Mekanis sebagai Teori
Empiris dan Teori Mentalis yang digerakkannya sendiri sebagai Teori Rasionalis. Manakala W.M.
Rivers pula menyebut Teori Mekanis sebagai Teori Aktivis dan Teori Mentalis pula sebagai Teori
Formalis. Aliran teori yang terbentuk daripada kedua-dua teori ini disebut sebagai Aliran Behavioris
dan Aliran Mentalis

4
PMIOL Style Guide

4. Reka bentuk modul


Modul Bahasa Malaysia I (LKM 100) terdiri daripada 14 unit yang perlu diselesaikan proses
pengajaran dan pembelajaran selama 15 minggu termasuk sesi ujian dan penilaian.
Unit 1 Sistem bunyi bahasa Malaysia
Unit 1 merupakan pengenalan terhadap sistem bunyi dalam bahasa Malaysia, pengenalan terhadap
skrip, sistem ejaan, bunyi, abjad, vokal lunak, diftong, konsonan, gabungan dua konsonan
contohnya ng, sy, gh, dan ny juga diperkenalkan dalam unit tersebut. Dalam unit 1 juga latihan
sebutan pada posisi awal, tengah dan posisi akhir bagi mewakili semua huruf yang terdapat dalam
bahasa Malaysia.
Unit 2 Ucap selamat
Pelajar didedahkan dengan perbualan untuk dihafal dengan menggunakan semua bentuk ucap
selamat seperti selamat pagi, selamat tengah hari, selamat petang, selamat malam, selamat datang,
selamat tinggal, selamat jalan, terima kasih, sama-sama dan pelbagai ucapan selamat yang lain.
Pelajar disediakan latihan untuk dilatih tubi di ruangan tetap. Dalam unit 2 ditambah kosakata
baharu contohnya sila masuk, sila duduk, sila makan, sila minum, sila baca dan sebagainya. Di
samping itu dimasukkan juga latih tubi bersambut dalam bentuk soalan dan jawapan contohnya,
Apa khabar? Khabar baik, Kamu apa khabar? Saya kurang baik. Dalam unit 2 diperkenalkan juga
ucapan selamat bagi perayaan di Malaysia contohnya Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru
Cina, Selamat Hari Deepavali, dan Selamat Hari Krismas. Unit 2 juga memasukkan latihan ucap
selamat secara bergambar dan kosa kata baru dan terjemahannya diperkenalkan.
Unit 3 Nombor dan masa
Pelajar diperkenalkan dengan nombor dan masa untuk dibaca dan dihafal seperti nombor kardinal
(1 - 100), nombor ordinal seperti pertama, kedua, ketiga, keempat, kesepuluh dan seterusnya. Di
samping itu juga dimasukkan juga sub-topik seperti pecahan, contohnya ½, ¾, perpuluhan
contohnya 0.5, 1.5, 40.11, peratus contohnya 3%, 52%, 65%, dan simbol matematik seperti +
(campur/tambah), - (tolak), X (kali/darab), = (sama dengan). Dalam unit 2 juga dimasukkan sub-
topik belajar tentang masa contohnya pukul 6.15, divariasikan menjadi pukul enam lima belas
minit, pukul enam suku, lima belas minit selepas pukul enam. Pelajar juga diperkenalkan dengan
kosa kata yang berkaitan dengan masa seperti saat, minit, jam, pukul, suku, setengah, tengah
malam, tengah hari dan lain-lain lagi. Unit ini juga disusuli dengan latih tubi berkaitan masa.
Unit 4 Wang
Pelajar diajar cara mengenali wang dan pengiraan wang yang melibatkan nilai juta, ribu, ratus,
puluh dan sen. Dalam unit ini pelajar diperkenalkan dengan ilustrasi gambar wang bermula dengan
sen hingga pelbagai nilai wang kertas. Dimasukkan juga perbualan tentang wang dan latihan
menulis nilai wang dengan perkataan. Sub-unit 4 juga memasukkan pelajaran tentang kata tanya
seperti, apa, siapa, berapa , mana, bagaimana, yang mana, bila dan mengapa dan disusuli dengan
latihan yang berkaitan dengan tajuk.

5
PMIOL Style Guide

Unit 5 Memperkenalkan diri


Pelajar didedahkan dengan topik memperkenalkan diri. Dimulai dengan perbualan memperkenalkan
diri seperti, Siapa nama encik, Berapa umur encik, Berapa nombor telefon encik, Apa alamat encik
dan sebagainya. Unit 5 dimasukkan banyak latihan tentang memperkenalkan diri dan latihan
menyusun ayat. Dalam unit ini juga dimasukkan topik tentang binaan ayat mudah contohnya ayat
NP + NP, contohnya Ali guru, Aishah pelajar, NP + VP contohnya Saya belum makan, Ali sudah
pulang ke Kuala Lumpur kelmarin, NP + PP, contohnya Buku itu di atas meja, Dia ke Kuala
Lumpur, dan NP + AP, contohnya Ahmad amat kacak, Buku itu sungguh tebal. Akhir unit
dimasukkan penggunan kata tidak dan bukan serta latihan berkaitan. Tambahan kosa kata berkaitan
pekerjaan, negara dan bangsa serta kata adjektif dimasukkan juga
Unit 6 Mengenal pasti objek
Dalam unit ini pelajar didedahkan dengan kaedah mengenal pasti objek dalam bentuk perbualan
seperti Itu apa?, dan Ini apa?. Pelajar juga diperkenalkan dengan kosa kata baharu terdiri daripada
kata nama seperti bendera, burung, bunga, rumput, pokok dan sebagainya. Banyak gambar
berwarna dimasukkan dalam unit ini. Unit ini juga memperkenalkan pelajar dengan semua jenis
warna dan pengenalan terhadap bendera negara dan warna, anggota badan seperti telinga, pipi,
hidung, mata, rambut dan sebagainya. Unit 6 juga memasukkan topik tentang pakaian dalam
pelbagai budaya di Malaysia seperti baju kurung, baju Melayu, cheongsam, samfoo dan sebagainya.
Sub-topik yang terakhir iaitu pelajar diajar tentang nama buah-buahan tempatan seperti pisang,
durian, mangga dan sebagainya.
Unit 7 Penjodoh bilangan
Unit ini merupakan unit pengenalan terhadap penjodoh bilangan. Antara fungsi penjodoh bilangan
yang diajarkan melalui unit ini ialah pengguaan penjodoh bilangan seperti kuntum, orang, ekor,
buah, biji, keping, helai, batang, bilah, pasang, buku dan bentuk. Kesemua penjodoh bilangan
tersebut disampaikan dalam bentuk gambar bagi mewakili setiap penjodoh bilangan tersebut. Unit
ini juga disusuli dengan latihan yang berkaitan dengan penjodoh bilangan dalam bentuk bergambar
dan berbentuk esei.
Unit 8 Keluarga
Terdapat esei tentang keluarga untuk dibaca dan difahami. Kosa kata berkaitan hubungan
kekeluargaan diperkenalkan seperti abang, adik, adik-beradik, anak, bapa saudara, bapa, ayah,
ibu, emak, cucu, datuk, nenek, ibu saudara, kakak, sepupu, suami, isteri dan sebagainya
diperkenalkan dalam unit ini. Carta keluarga diperkenalkan dalam unit ini. Disusuli banyak latihan
berkaiatan diadakan.
Unit 9 Kalendar dan aktiviti harian
Pelajar diajar berkaitan kalendar dan aktiviti harian. Kosa kata seperti hari ini, esok, besok, lusa,
kelmarin, kelmarin dulu, minggu ini, minggu lepas, minggu depan, bulan ini, bulan depan, bulan
lepas, tahun ini, tahun lepas, tahun lalu diperkenalkan kepada pelajar. Nama-nama hari dan nama
bulan dalam bahasa Malaysia diperkenalkan. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan kata
sendi nama seperti pada, selama, dari, selepas, sebelum, sejak, dan semasa. Unit ini juga
6
PMIOL Style Guide

memasukkan sub-unit iaitu berkaitan aktiviti harian dengan memperkenalkan kosa kata baru seperti
bangun, setiap, hari, selalu, buat, mandi, bersarapan, kemudian, tempat kerja dan sebagainya.
Banyak latihan berkaitan diadakan dalam unit ini.
Unit 10 Objek
Pelajar diperkenalkan dengan kata sendi nama seperti di, ke, dari, di hadapan, ke hadapan, dari
hadapan, di antara, di belakang, di dalam, di luar, di sebelah, di tepi, di atas, di bawah, kiri,
kanan, seberang, sudut dan sebagainya. Banyak latihan diwujudkan seperti latih tubi gantian mudah
di ruangan tetap, soalan berdasarkan gambar, isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai dan
bina ayat dengan menggunakan kata arah.
Unit 11 Pengangkutan
Pelajar didedahkan dengan jenis-jenis pengangkutan dan cara menggunakan pengangukutan. Kosa
kata baru diperkenalkan seperti pengenalan terhadap pengangkutan darat seperti bas, basikal, teksi,
beca, kereta api, dan motosikal. Kenderaan udara seperti helikopter dan kapal terbang serta
kenderaan laut seperti feri, kapal dan sampan. Pengenalan terhadap struktur ayat berkaitan
pengangkutan turut dimasukkan. Kosa kata baru seperti menaiki, memandu, menunggang,
membonceng, stesen bas, lapangan terbang, pelabuhan, stesen kereta api, pemandu bas,
juruterbang, bertolak, tiba, berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan pengangkutan
diperkenalkan. Banyak latihan dimasukkan dalam unit ini seperti latihan membina ayat dan latihan
menyusun ayat.
Unit 12 Arah dan lokasi
Pelajar didedahkan dengan cara untuk bertanyakan arah dan lokasi. Pengenalan terhadap kosa kata
baharu bersama-sama simbol yang sepadan seperti belok kiri, belok kanan, jalan terus, naik, turun,
lampu isyarat, berhenti, simpang empat, simpang tiga, bulatan, awas, beri laluan, perlahan, ikut
kiri dan sebagainya. Dalam unit ini terdapat juga perbualan yang merujuk pertayaan arah dan
disertai latih tubi gantian mudah di ruangan tetap. Contohnya, Di mana balai polis?, Di mana
pejabat pos? dan seterusnya. Akhir sekali dalam unit ini terdapat banyak latihan dan kosa kata yang
berkaitan dengan nama tempat.
Unit 13 Makanan dan rasa
Dalam unit 13 pelajar diajar cara-cara memesan makanan dan minuman dalam bentuk perbualan.
Pelajar diperkenalkan dengan kosa kata baharu yang berkaitan dengan makanan dan rasa contohnya
pesanan, bayar, bil, dahaga, lapar, ambil, tambah, hantar, makanan, minuman, sepinggan, seketul,
sebungkus, dan juga kosa kata nama menu bagi sarapan,minum petang, makan tengah hari dan
makan malam seperti roti bakar, telur setengah masak, roti canai, nasi lemak, mi kari, laksa, kuih,
nasi goreng, nasi campur, nasi ayam dan minuman seperti segelas susu, secawan kopi, segelas jus
belimbing dan sebagainya. Pelajar juga diminta untuk melakukan latih tubi gantian mudah di
ruangan tetap sebagai contoh, Di sini ada jual makanan?, Di sini ada jual minuman? dan
sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan kosa kata baharu yang berkaitan dengan rasa seperti
manis, masin, agak, pedas, tawar, basi, terlalu, sedap, masam, pahit, hangit, panas, sejuk, cair,
pekat, dan sebagainya.
7
PMIOL Style Guide

Unit 14 Negara dan cuaca


Dalam unit ini terdapat satu esei tentang negara dan cuaca yang memperkenalkan negara Malaysia
yang terdiri daripada 13 buah negeri dengan jumlah penduduk seramai 29 juta orang. Dalam unit ini
pelajar diperkenalkan dengan kosa kata baharu seperti, bangga, aman, terletak, terbahagi, ibu
negara, penduduk, semenanjung, aman, benua, persekutuan, wilayah, agama, bangsa,dan kosa kata
berkaitan cuaca seperti hujan, panas, sejuk, cerah, mendung, berawan, bersalji, ribut, petir, kabus,
kilat dan sebagainya. Terdapat juga latih tubi gantian mudah di rungan tetap contohnya, Cuaca hari
ini baik, Cuaca hari ini panas, Cuaca hari ini sejuk dan sebagainya.

5. Model peperiksaan akhir semester


Peperiksaan akhir semester diadakan apabila pelajar mengikuti kelas empat jam seminggu dalam
dua kali pertemuan selama 15 minggu. Peperiksaan akhir tersebut mengambil masa selama dua jam
dan komposisi soalan dan pembahagian markah adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di
bawah.
Jadual 2: Komposisi soalan dan pembahagian markah Bahasa Malaysia I

SOALAN MARKAH HURAIAN MAKLUMAT BERKAITAN


PENUH
1 20 Bahagian A Pembahagian:
Pemahaman
Jawab 5 soalan
1 soalan 2 markah

Bahagian B Bina 10 ayat


1 ayat 1 markah

2 20 Bahagian A Susun semula perkataan supaya menjadi ayat


yang lengkap.
10 soalan.
1 ayat 1 markah.

Bahagian B Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan


yang sesuai.
10 soalan
1 jawapan 1 markah

3 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang


sesuai.
10 soalan.

8
PMIOL Style Guide

1 jawapan 1 markah

Bahagian B Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang


sesuai.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah.

4 20 Bahagian A Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai


berpandukan gambar.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah

Bahagian B Jawab soalan berpandukan peta yang diberikan.


4 soalan.
2 jawapan 2 markah.
2 jawapan 3 markah

5 20 Bahagian A Bina soalan menggunakan kata tanya yang


sesuai.
10 soalan.
1 jawapan 1 markah

Bahagian B Tulis karangan berpandukan gambar yang


diberikan.
(50-60 patah perkataan)
10 markah
Isi-5
Bahasa-3
Kesan-2

Jadual 3: Jadual spesifikasi ujian Bahasa Malaysia I


No Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bilangan MARKAH

Soalan

1 Petikan √ √ √ √ √ √ 5 10

kefahaman

9
PMIOL Style Guide

Bina ayat √ √ √ √ √ √ 10 10
2 Susun semula √ √ √ √ √ √ 10 10

perkataan

supaya

menjadi ayat

yang lengkap.
Isi tempat √ √ √ √ 10 10

kosong

dengan

penjodoh

bilangan

yang sesuai.
3 Isi tempat √ √ √ √ 10 10

kosong

dengan kata

sendi nama

yang sesuai.
Isi tempat √ √ √ √ √ 10 10

kosong

dengan kata

adjektif yang

sesuai.
4 Isi tempat √ √ √ √ √ 10 10

kosong

dengan kata

arah yang

sesuai

berpandukan

gambar.
Jawab soalan √ √ √ √ √ 4 10

berpandukan

peta yang

diberikan.
5 Bina soalan √ √ √ √ √ √ 10 10

10
PMIOL Style Guide

menggunakan

kata tanya

yang sesuai
Tulis √ √ √ √ √ √ 1 10

karangan

berpandukan

gambar yang

diberikan.
JUMLAH 80 100

5. Keputusan kajian dan analisis data


Sebanyak 100 skrip jawapan peperiksaan akhir Bahasa Malaysia I (LKM 100) Semester I, Sidang
Akademik 2011/2012 dikumpul bagi tujuan pengumpulan dan penganalisisan data. Kesemua skrip
peperiksaan merupakan skrip jawapan pelajar pada peringkat pascasarjana dari luar negara. Analisis
statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat purata dan peratusan variabel berkaitan data bagi
menjelaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir tersebut.
5.1 Petikan kefahaman (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian petikan kefahaman iaitu markah penuh (10
markah) iaitu seramai 26 orang pelajar (26%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 4
markah (1%). Purata markah bahagian petikan kefahaman ialah 8.96 (89.6%).
5.2 Bina ayat (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian bina ayat iaitu markah penuh (10 markah)
iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 1 markah
(1%). Purata markah bahagian bina ayat ialah 7.47 (74.7%).
5.3 Susun semula perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian susun semula perkataan supaya menjadi
ayat yang lengkap iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Dua orang
pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (2%). Purata markah bahagian susunan semula
perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap ialah 6.91 (69.1%).
5.4 Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan penjodoh
bilangan yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 20 orang pelajar (20%).
Seorang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 2.5 markah (1%). Purata markah bahagian Isi
tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai ialah 7.93 (79.3%).
5.5 Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan kata sendi nama

11
PMIOL Style Guide

yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 27 orang pelajar (27%). Seorang pelajar
memperoleh markah terendah iaitu 1 markah (1%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong
dengan kata sendi nama yang sesuai ialah 7.56 (75.6%).
5.6 Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan kata adjektif
yang sesuai iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 15 orang pelajar (15%). Seorang pelajar
memperoleh markah terendah iaitu 1 markah (1%). Purata markah bahagian Isi tempat kosong
dengan kata adjektif yang sesuai ialah 7.41 (74.1%).
5.7 Isi tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian Isi tempat kosong dengan kata arah yang
sesuai berpandukan gambar iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 29 orang pelajar (29%).
Tiga orang pelajar memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (3%). Purata markah bahagian Isi
tempat kosong dengan kata arah yang sesuai berpandukan gambar ialah 7.63 (76.3%).
5.8 Jawab soalan berpandukan peta yang diberikan (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian jawab soalan berpandukan peta yang
diberikan iaitu markah penuh (10 markah) iaitu seramai 24 orang pelajar (24%). Seorang pelajar
memperoleh markah terendah iaitu 1.5 markah (1%). Purata markah bahagian jawab soalan
berpandukan peta yang diberikan ialah 8.08 (80.8%).
5.9 Bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai (10)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian bina soalan menggunakan kata tanya yang
sesuai iaitu markah (9.5 markah) iaitu seramai 1 orang pelajar (1%). Dua orang pelajar memperoleh
markah terendah iaitu 0 markah (2%). Purata markah bahagian bina soalan menggunakan kata
tanya yang sesuai ialah 6.49 (64.9%).
5.10 Tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan (10 markah)
Markah tertinggi yang diperoleh pelajar pada bahagian tulis karangan berpandukan gambar yang
diberikan iaitu markah (9.5 markah) iaitu seramai 2 orang pelajar (2%). Empat orang pelajar
memperoleh markah terendah iaitu 0 markah (4%). Purata markah bahagian tulis karangan
berpandukan gambar yang diberikan ialah 5.9 (59.%).

6. Perbincangan
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan metode pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa asing dengan menggunakan modul. Hasil keputusan peperiksaan
menunjukan bahawa kesemua pelajar memperoleh keputusan yang baik dan lulus sekurang-kurang
mencapai gred C. Pelajar dapat memahami dan mengikuti setiap unit yang diajar dengan baik dan
berkesan. Sebahagian besar pelajar lebih bersedia dan memahami soalan dengan baik iaitu mereka
dapat menjawab soalan berbentuk membina ayat dengan baik dan mendapat markah yang
12
PMIOL Style Guide

cemerlang iaitu purata markah 8.96 (89%). Manakala bahagian soalan jawab soalan berpandukan
peta yang diberikn dapat memberikan sumbangan markah yang besar kepada pelajar iaitu purata
markah sebanyak 8.08 (80%). Bahagian isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai,
purata markah pelajar ialah 7.92 (79%), manakala bahagian isi tempat kosong dengan kata arah
yang sesuai berpandukan gambar, purata markah pelajar ialah 7.63 (76.3%) berada pada tempat
keempat dalam kemampuan pelajar menperoleh markah. Tempat kelima iaitu bahagian isi tempat
kosong dengan kata sendi nama yang sesuai purata markah pelajar ialah 7.55 (75.5%). Bahagian
bina ayat purata markah pelajar ialah 7.49 (74.9%), manakala bahagian isi tempat kosong dengan
kata adjektif yang sesuai, purata markah pelajar ialah 7.41 (74.1%). Bahagian susun semula
perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap, purata markah pelajar ialah 6.91 (69.1%), manakala
bahagian bina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai, purata markah pelajar ialah 6.49
(64.9%). Bahagian tulis karangan berpandukan gambar yang diberikan, merupakan bahagian yang
memberikan sumbangan markah yang paling rendah jika dibandingkan dengan purata markah pada
bahagian yang lain iaitu purata markah pelajar pada bahagian tersebut ialah 5.9 (59%).

Nilai markah pada bahagian-bahagian yang diuji dalam peperiksaan akhir bagi kursus Bahasa
Malaysia I (LKM 100) menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung mendapat markah yang tinggi
pada bahagian petikan kefahaman dan bahagian isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
dapat memberikan sumbangan markah yang bermakna kepada pelajar. Hal ini demikian kerana
pelajar sudah disediakan jawapan yang perlu dipilih berdasarkan kesesuaian soalan. Keadaan yang
berbeza pada pilihan soalan yang terakhir iaitu pelajar dikehendaki membuat karangan yang
panjangnya antara 50 hingga 60 patah perkataan. Pada bahagian ini pelajar dikehendaki membina
ayat dengan kemahiran dan kemampuan bahasa tersendiri. Pada bahagian ini juga merupakan
bahagian menguji kebolehan membuat tafsiran terhadap gambar yang diberikan dan seterusnya
mengolah idea ke dalam bentuk ayat yang lengkap sehingga terhasil sebuah karangan yang baik dan
betul dari segi tatabahasa bahasa Malaysia.

Purata keputusan peperiksan akhir semester ialah 74. 34 %. Keputusan keseluruhan ialah seramai
45 orang pelajar mendapat gred A, 23 orang pelajar mendapat gred A-, enam orang pelajar
mendapat gred B+, lima orang pelajar mendapat gred B, manakala sembilan orang pelajar mendapat
gred B-. Tujuh orang pelajar mendapat gred C+ dan lima orang pelajar mendapat gred C.

7. Kesimpulan
Kajian mendapati bahawa penggunaan modul dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Asing kepada pelajar antarabangsa merupakan satu metode pengajaran bahasa yang berkesan. Hal
ini demikian kerana matlamat dan objektif kursus tercapai melalui penggunaan modul tersebut.
Pelajar dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, dapat memahami makna kata, frasa
dan ayat mengikut konteks petikan pemahaman, mengetahui dan memahami jenis kata dan
penggolongannya. Setelah keseluruhan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa selesai
13
PMIOL Style Guide

dipelajari oleh pelajar, mereka mempunyai asas yang kukuh dalam mengaplikasikan bahasa Melayu
dalam pelbagai situasi komunikasi seperti berkomunikasi sesama rakan, dalam urusan jual-beli,
bertanyakan sesuatu tempat, berkomunikasi dengan masyarakat kampus dan di luar kampus dan
sebagainya. Kajian ini merupakan satu kajian yang terhad pada keputusan peperiksaan akhir, maka
dicadangkan kajian seterusnya dapat dilakukan terutama kajian terhadap kemampuan lisan pelajar
antarabangsa di Universiti Sains Malaysia.

Bibliografi

Ab. Rahim Mahmood. (1997). Mastery learning: Aplikasi pendekatan pengajaran dan pemelajaran
bahasa Melayu. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 822 –
830.
Ab. Rahim Mahmood. (1999). Falsafah pendidikan dan hubungan teori-teori pendekatan kurikulum
dalam mempengaruhi pengajaran bahasa. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan
Pengembangan Bahasa. 61 – 71.
Ambigapathy Pandian. (2000). Pembacaan dalam bahasa pertama dan bahasa kedua: Kajian
terhadap pelajar Melayu Sekolah Menengah. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan
Pengembangan Bahasa. 219 – 227.
Ismail Dahaman. (1998). Bahasa Melayu dan pemerkasaannya. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan
dan Pengembangan Bahasa. 616 – 627.
Mahzan Arshad. (1999). Memahami pengajaran dan pemelajaran literasi bahasa Melayu. Dewan
Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 580 – 587.
Marsis Muhamad Nasir. (1998). Permasalahan pemelajaran bahasa Melayu di intitusi pendidikan.
Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 223 – 232.
Norizan Razak. (2000). Komunikasi di alam siber: Paradigma baru pengajaran bahasa Melayu.
Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1055 – 1062.
Nuraihan Mat Daud. (2000). Kesalahan bahasa dalam soalan peperiksaan. Dewan Bahasa - Jurnal
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 484 – 492.
Ramli Salleh. et.al. (2000). Prestasi pelajar dalam Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah: Analisis
berdasarkan format soalan bahasa Melayu I. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan
Pengembangan Bahasa. 1063 – 1076.
R. Soewondo Atmodarsono. (1989). Beberapa Metode Belajar-Mengajar Bahasa Asing:
Community Language Learning dan Suggestopedia. Ujung Pandang: Universitas
Hasanuddin.
Suyono. (2000). Kemahiran dan pemerolehan bahasa kedua. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan
dan Pengembangan Bahasa. 989 – 997.
Zamri Mahmod. (1999). Amalan psikolinguistik dalam pengajaran- pemelajaran bahasa Melayu di
SRJK Cina. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 825 – 841.
Zamri Mahmod. (2000). Pemindahan bahasa dalam pengajaran – pemelajaran bahasa kedua. Dewan
14
PMIOL Style Guide

Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 602 – 615.


Zulkifley Hamid. (1999). Teori, kaedah dan objektif dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa.
Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 489 – 494.
Zulkifley Hamid. (2000). Pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu di Malaysia: Hambatan dan
permasalahan. Dewan Bahasa - Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 818 –
848.

15

You might also like