You are on page 1of 8

Diskusi Ilmiah Mingguan

TEORI FEMINISME DAN TEORI PENGKAEDAHAN


MELAYU
Teori Feminisme

 Teori Feminisme merupakan teori yang dipelopori oleh Elaine


Showalter.
 Teori yang memperjuangkan wanita untuk mendapatkan tempat
yang sedarjat dengan lelaki dan untuk memperkasakan kuasa
feminis.
 kehadiran teori dan kerangka pemikiran feminisme ini
memberikan ruang kepada pengkritik untuk menilai kembali citra
wanita dalam kesusasteraan
Ciri-Ciri Teori Feminisme

 Ciri Pertama - menentang patriaki dan seksisme. ketidakadilan,


dominasi dan subordinasi terhadap wanita.
 Ciri yang kedua ialah menolak peniruan pola pemikiran lelaki. Lelaki
dikatakan cenderung untuk memberikan gambaran yang tidak tepat
mengenai wanita.
 Ciri yang ketiga pula ialah kesamaan sosial, politik, dan ekonomi
antara kedua-dua jantina. Feminisme merupakan kepercayaan kepada
kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina.
 Ciri yang terakhir ialah jantina harus tidak merupakan faktor penentu
yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi
seseorang.
Prinsip-Prinsip Teori Feminisme

 Biologi - Menurut Elaine Showalter, pengkritik-pengkritik feminis


seharusnya berfikir perbezaan biologi dan hubunganya dengan
penulisan tentang watak wanita. apabila kita membincang
mengenai biologi, janganlah hanya tertumpu kepada tubuh
wanita sahaja malahan perlu berfikir lebih jauh daripada itu.
 Pengalaman - Pengalaman mempunyai kaitan yang erat dengan
aspek biologi. Ini bermaksud, perkembangan tubuh badan wanita
yang merupakan satu pengalaman sejak meraka dilahirkan
sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman mereka
melahirkan anak.
 Psikologi - Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana ia menjadi
alat dan dasar kajian untuk menghayati watak-watak dalam
genre sastera.
 Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu
Psikologi pengarang dan Psikologi watak-watak.
 Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui
psikologi watak-watak di dalam sesuatu karya. Antaranya ialah
pemikiran watak, imaginasi, keinginan watak, cita rasa, tekanan
perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari hati dan
kata-kata watak.
 Sosial - Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan
sosial kaum wanita apabila dicerminkan dalam karya.
 Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh digarap
dalam karya ialah proses sosialisasi (soal didikan, pendidikan,
pekerjaan dan pergaulan), tugas sosial (anak gadis, dara, ibu,
isteri, nenek) dan kelas sosial wanita (kelas bawahan, menengah
dan atasan).
Teori Pengkaedahan Melayu

 Teori Pengkaedahan Melayu telah dicetuskan oleh Hashim Awang.


 Diperkenalkan pada tahun 1989 - semua aspek kehidupan
manusia yang merangkumi cara dan sikap hidup, kepercayaan
dan kebudayaan setempat dalam masyarakat Melayu yang
melahirkan karyanya sendiri.
 Menjadikan alam sebagai sebahagian daripada kehidupannya
yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia.
 Alam dijadikan faktor utama untuk memenuhi keperluan
kehidupan manusia yang memberikan mata pencarian atau
pekerjaan, pengalaman, pengajaran dan kebajikan.
Pendekatan dalam Teori
Pengkaedahan Melayu
 Teori Pengkaedahan Melayu dibahagikan kepada dua iaitu Pengkaedahan
Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan.
 Pengkaedahan Alamiah berteraskan cara atau sikap hidup masyarakat
Melayu yang menjadikan alam sebagai sebahagian daripada dirinya.
Melalui pengkaedahan ini, ia dipecahkan kepada tiga pendekatan iaitu
pendekataan gunaan, moral dan firasat.
 Pengkaedahan Keagamaan pula ditakrifkan sebagai pendekatan yang
berteraskan kepada nilai keimanan dan ketakwaan yang bersendikan
akidah agama Islam.
 Bahan rujukan utamanya ialah al-Quran dan hadis, dan pembentukannya
bertujuan menonjolkan sifat-sifat keagungan Allah dan mempertingkatkan
ketakwaan terhadap-Nya. Pengkaedahan ini terbahagi kepada tiga iaitu
pendekatan dakwah, kemasyarakatan dan seni yang saling berkait antara
satu sama lain.

You might also like