You are on page 1of 1

Pemerolehan bahasa Melayu murid bukan penutur natif sekolah rendah.

Muhammad Ikhmal Shaffiq bin N. Sherap (GS55999)


Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor Malaysia.

ABSTRAK

Kajian tentang masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur
natif di sekolah rendah ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Permasalahan yang didapati semasa
proses pemerolehan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif adalah
kesukaran dalam membaca dan menyebut huruf-huruf bahasa Melayu dengan betul. Selain itu,
murid bukan penutur natif ini juga sering mengalami kekeliruan dalam mengecam beberapa
abjad dengan abjad lain. Oleh itu pada peringkat awal, pengkaji akan melakukan ujian bagi
mengenal pasti tahap kewujudan masalah dalam proses pemerolehan bahasa Melayu dalam
kalangan sampel kajian. Seterusnya, pengkaji akan mengenal pasti cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru bahasa Melayu serta pengkaji menyenaraikan langkah dalam membantu
mengatasi masalah pemerolehan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif
dengan mewujudkan alat bantu proses pembelajaran bahasa. Kajian dilakukan dalam bentuk
tinjauan ke sekolah terpilih iaitu sekolah rendah kebangsaan yang mempunyai murid yang
berbangsa Cina dan India. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji ialah pendekatan
kualitatif. Pengkaji mengaplikasikan sebuah teori dalam menganalisis objektif satu iaitu Teori
Analisis Kesilapan oleh Corder (1967) iaitu Model Penerangan Mudah. Kaedah pengumpulan
data dilakukan dengan pelaksanaan ujian dan skala. Langkah dalam membantu mengatasi
masalah pemerolehan bahasa Melayu dihasilkan sesuai dengan cabaran yang dihadapi oleh
guru bahasa Melayu di sekolah tersebut.

You might also like