You are on page 1of 4

“Dasar pentadbiran tentera Jepun (1941-1945) di Tanah Melayu yang seakan-akan

memberi layanan baik kepada kaum Melayu sedangkan keras kepada kaum Cina
membawa kepada ketegangan hubungan etnik pada zaman pasca perang. Sejauh
manakah pandangan ini dapat dibuktikan?”

Berdasarkan topik 8 pembentang telah bentang dengan dengan baik. Pembentang turut
menegaskan pendapat mereka bahawa mereka bersetuju bahawa sememangnya dasar
pentadbiran tentera Jepun (1941-1945) di Tanah Melayu yang seakan-akan memberi layanan
baik kepada kaum Melayu sedangkan keras kepada kaum Cina membawa kepada ketegangan
hubungan etnik pada zaman pasca perang. Hal ini dapat dilihat dari segi slide-slide yang
disediakan. Pembentang telah menjawab soalan dengan menghuraikan berkaitan bukti layanan
baik Jepun terhadap orang Melayu dan bukti layan buruk Jepun terhadap kaum Cina. Seterusnya
pembentang meneruskan lagi pembentangan dengan menjelaskan berkaitan dasar pemerintahan
Jepun terhadap kaum-kaum di Tanah Melayu berbeza-beza mengikut kepentingan setiap kaum
kepada Jepun. Tambahan lagi pembentang meneruskan dengan contoh ketegangan hubungan
etnik selepas pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada akhir sekali pembentang membuat
kesimpulan tentang topik yang dibincangkan.

Secara keseluruhannya pembentang telah menjawab soalan dengan baik dan mengikut
kehendak soalan. Dari segi penegasan hingga ke kesimpulan. Namun begitu terdapat beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan topik yang dibincangkan dari segi isi-isi, contoh-
contoh dan kecuaian dalam penyusunan ayat. Setelah pembentang melakukan pembentangang,
pengulas telah diberi peluang untuk mengkritik dan mengulas berkaitan topik yang
diperbincangkan. Pengulas telah memulakan perbincangan dengan menanyakan berkaitan
maksud pasca perang. Pembentang gagal menyediakan maksud pasca perang dalam bahagian
slide. Tetapi pembentang telah memberi jawapan pasca perang adalah bermula dari selepas
pengunduran Jepun dari Tanah Melayu.

Seterusnya kritikan kedua adalah berkaitan dengan penyataan

“Za’ba pernah menyatakan yang beliau pernah menjadi tetamu kepada Tuan Yang Terutama
Tsukigawa iaitu seorang yang lemah lembut dan pemurah. Beliau merupakan seorang yang
disukai orang ramai di Kedah. Mereka memandangnya sebagai bapa kepada rakyat sekalian.”
(Paul Kratoska)

Pada pendapat pengulas contoh ini adalah tidak sesuai digunakan dalam pembentangan ini.
Pengulas telah menanyakan persetujuan pembentang sama ada bersetuju atau tidak bahawa
pengulas mengatakan bahawa Zaba’ ini adalah orang berpangkat tinggi dan beliau merupakan
orang yang pro-Jepun. Hal ini menyebabkan Zaba’ sememangnya akan mendapat layanan yang
baik dari Tuan Yang Terutama Tsukigawa. Bukan sahaja Zaba’ yang mendapat layanan baik,
malah orang-orang berpangkat tinggi turut akan dapat layanan yang baik demi kepentingan
Jepun. Jadi bagaimana pula dengan orang golongan bawahan? Adakah mendapat layanan yang
baik juga dari Jepun? Jika orang bawahan mendapat layanan yang baik dari Jepun kenapa masih
ada yang dibunuh dan makanan juga turut dicatu. Pembentang bersetuju dengan pendapat
pengulas berkaitan Zaba’ ini merupakan orang atasan dan contoh ini sepatutnya difikirkan
secara kritis untuk dimasukkan dalam pembentangan ini. Namun begitu, hal ini boleh
dibetulkan dengan memberikan contoh layanan baik Jepun terhadap orang bawahan. Antaranya
Jepun telah memberikan tunjuk ajar kepada orang Melayu berkaitan cara pertanian. Hal ini
merupakan salah satu contoh kebaikan Jepun kepada orang Melayu.

Kritikan yang seterusnya ialah pembentang tidak menyatakan fungsi Malay Women’s
Association. Pembentang telah menyatakan bahawa Jepun berusaha memenangi hati orang
Melayu dengan membenarkan orang Melayu menubuhkan organisasi seperti Malay Women’s
Association. Namun begitu pembentang tidak menjelaskan lebih lanjut maksud dan fungsi
organisasi ini secara jelas. Malay Women’s Association membawa maksud pertubuhan wanita
yang memperjuangkan hak wanita Melayu.

Selain itu kritikan lain pula ialah bahagian bukti layanan keras Jepun terhadap kaum Cina.
Pembentang telah menyenaraikan golongan yang terlibat menjadi mangsa operasi Sook Ching
ialah China Relief Fund, guru, peguam, orang Cina Hainan, lelaki bertatoo yang terlibat dengan
kongsi gelap. Hal ini menjadi tanda tanya kepada pihak pengulas mengapa golongan ini menjadi
golongan yang utama dalam operasi Sook Ching. Pihak pembentang telah memberi jawapan
golongan ini menjadi golongan utama kerana golongan ini berjawatan tinggi dan mereka yang
akan mempengaruhi orang awam yang lain untuk melakukan keganasan. Oleh itu golongan ini
perlu dihapuskan dahulu sebelum mereka mempengaruhi orang Cina yang lain untuk
menentang Jepun.

Krtikan seterusnya diteruskan kepada bahagian ketegangan hubungan etnik selepas


pemerintahan Jepun. Pembentang telah memberikan contoh bahawa peristiwa 13 Mei 1969
ialah contoh untuk bahagian ketegangan hubungan etnik selepas pemerintahan Jepun.
Pembentang turut menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa yang utama yang
menunjukkan ketegangan hubungan etnik selepas pemerintahan Jepun. Namun begitu,
pengkritik telah menolak pandangan tersebut yang menyatakan bahawa peristiwa 13 Mei adalah
peristiwa yang utama menunjukkan ketegangan hubungan etnik. Hal ini kerana sebelum
peristiwa 13 Mei masih ada banyak lagi peristiwa yang menunjukkan ketegangan hubungan
etnik. Seperti yang dikatakan sebelum ini bahawa skop perbingcangan adalah pada waktu pasca
perang. Oleh itu pihak pembentang perlulah menerangka peristiwa yang bermula dengan pasca
perang. 13 Mei 1969 juga merupakan waktu pasca merdeka dan bukannya pasca perang.
Tambahan lagi pada tahun 1969 merupakan zaman yang telah lepas dari zaman darurat iaitu
bermula dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Maka contoh yang diberikan kurang sesuai untuk
dikaitkan dengan soalan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ada pendapat yang mengatakan
bahawa 13 Mei ialah kesan daripada pendudukan Jepun suatu ketika dahulu. Oleh itu pengkritik
telah mencadangkan supaya pembentang memberikan contoh yang ketegangan hubungan etnik
yang berlaku dari 1948 selepas Jepun mengundur diri. Antara contoh yang boleh dimasukkan
ialah selepas Jepun menyerah kalah boleh dikatakan hari-hari berlakunya pergaduhan kecil
antara orang Melayu dan orang Cina. Selepas Jepun menyerah kalah setiap bangsa akan
menyimpan syak wasangka terhadap bangsa yang lain. Tamabahan pula orang Melayu
dikatakan sebagai pro-Jepun menjadikan orang Cina mahu balas dendam tehadap perkara yang
dilakukan orang Melayu ketika zaman penjajahan Jepun. Wal hal bukan semua orang Melayu
terlibat. Tambahan lagi golongan bawahan yang turut sama menjadi mangsa keganasan Jepun.
Pada tahun 1946 telah berlaku peristiwa masjid telah dijadikan markas dan dewan drama di
Parit 6 C. Hal ini telah mencabul kehormatan agama Islam justeru menaikkan kemarahan orang
Islam. Tindakan mereka ini juga boleh dijadikan sebagai contoh ketegangan kaum. Selain itu,
telah berlaku di Kampung Bekor ketika sedang bersolat Subuh seramai 80 orang telah ditembak
mati termasuk kanak-kanak. Terdapat lagi pelbagai contoh yang boleh dimasukkan oleh pihak
pembentang dalam memberikan contoh berkaitan ketegangan hubungan etnik pada waktu pasca
perang. Hal ini kerana selepas Jepun menyerah kalah hampir setiap hari berlaku pergaduhan
antara orang Melayu dan orang Cina.

Kritikan yang seterusnya adalah pada bahagian slide kesimpulan yang dibuat oleh pihak
pembentang. Berikut merupakan ayat yang dinyatakan oleh pihak pembentang

“Dasar layanan pilih kasih serta dasar pro-Melayu yang diamalkan oleh pihak Jepun di Tanah
Melayu telah membawa kepada ketengangan hubungan antara kaum Melayu dan juga Cina
semasa zaman kependudukan Jepun.”

Pengkritik telah mengkritik dari segi kepekaan pembentang dalam menjawab soalan. Hal ini
kerana pembentang perlu menggantikan perkataan semasa kepada selepas. Jika kesimpulan
menyatakan semasa, maka secara keseluruhannya pembentang seolah-olah tidak menjawab
soalan. Hal ini kerana soalan mahukan pasca perang iaitu selepas zaman pendudukan Jepun,
tetapi pembentang telah menjawab semasa pendudukan Jepun. Ini menunjukkan bahawa
pembentang tidak menjawab soalan. Jadi perlunya kepekaan pembentang dalam memilih
perkataan supaya tidak lari dari kehendak soalan.

Secara kesimpulannya, pengkritik dapat mengatakan bahawa pembentang perlulah berfikiran


secara kritis dan peka dengan tahun-tahun yang digunakan. Namun begitu, keseluruhannya
pembentangan yang memuaskan kerana audiens faham tentang perkara-perkara yang
disampaikan oleh pihak pembentang. Akhir sekali pengkritik berharap agar pembentang
mengambil kritkan dan teguran ini secara positif.

You might also like