You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP): FROG VLE

ANJURAN
GURU PENYELARAS BESTARI
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 3
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
FROG ASIA

1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini disediakan bagi memperincikan berkaitan Program Kursus Dalam Perkhidmatan
(Ladap): FROG VLE yang akan dianjurkan oleh Guru Penyelaras Bestari Sekolah Kebangsaan
Tengku Mahmud dengan kerjasama pegawai dari FROG ASIA.

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud telah diiktiraf sebagai salah satu Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) yang dirujuk sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan
unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya
kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara
holistik dan berterusan serta mampu bersaing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah
pilihan utama.

Sebagai salah sebuah SBT di Malaysia SK Tengku Mahmud mendukung penuh harapan dan
matlamat KPM dalam pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan itu, bagi meningkatkan
profesionalisme guru dalam bidang Teknologi Maklumat maka Kursus Dalam Perkhidmatan
(Ladap): FROG VLE dilihat sebagai satu keperluan dalam mendepani isu dunia pendidikan dalam
abad ke 21 ini.

Justeru itu, program Kursus Dalam Perkhidmatan (Ladap): FROG VLE adalah satu program yang
bertepatan dengan harapan dan matlamat KPM untuk melihat SKTM sebagai sebuah Sekolah
Berprestasi Tinggi dengan guru-guru yang mahir dengan “Virtual Learning Environment” ini.

2.0 Objektif
i. Meningkatkan profesionalisme guru dalam bidang Teknologi Maklumat umumnya dan VLE
khususnya.
ii. Guru-guru mampu membina site (laman) pengajaran dan pembelajaran FROG VLE.
iii. Meningkatkan keyakinan diri guru dalam menggunakan FROG VLE dalam pengajaran dan
pembelajaran masing-masing.
iv. Merealisasikan SK Tengku Mahmud selaku sekolah champion FROG VLE.

3.0 Tentatif Program

Tentatif perlaksanaan program ini:

25 dan 26 Mei 2014

4.0 Sasaran Program


Program ini menyasarkan semua guru SK Tengku Mahmud seramai 68 orang .
5.0 Perincian program
Jadual tentatif perlaksaan program ini ialah:

Tarikh / Masa Aktiviti


25 /5/2014 2.00 petang – Pendaftaran Kursus Kumpulan 1
2.15 – 5.00 ptg – Kursus berlangsung bersama pegawai
dari FROG ASIA.
5.00 ptg – Jamuan
26 /5/2014 2.00 petang – Pendaftaran Kursus Kumpulan 2
2.15 – 5.00 ptg – Kursus berlangsung bersama pegawai
dari FROG ASIA.
5.00 ptg – Jamuan

6.0 Belanjawan program

Bil Perkara Kuantiti RM/ Kuantiti / hari Jumlah


1 Makanan dan minuman guru 68 68 orang X RM5 340.00
2 Buku Manual FROG VLE 68 RM10 X 68 unit 680.00
Jumlah RM 1020.00
Jumlah belanjawan keseluruhan = RM1020.00

7.0 Jawatankuasa perlaksana

Penaung: Tn. Haji Abd. Rahman bin Sardar - Guru Besar


Penasihat: Pn. Asnah binti Masium - PK 1
En. Wan Rosli bin Wan Su - PK Hal Ehwal Murid
Pn. Norizam binti Che Mahmood - PK Ko Kurikulum
Pengarah Program: En. Syahruddin bin Abdullah - Penyelaras Bestari
Setiausaha: Pn. Aini Izawanis binti Mohd Yusof

Ahli Jawatankuasa: Cik Nurul Wahidah binti Yacob

8.0 Penutup

Semoga Kursus Dalam Perkhidmatan (Ladap): FROG VLE ini akan dapat berlangsung dengan jayanya.
Seterusnya ia akan menjadi penyumbang peningkatan profesionalism guru-guru SK Tengku Mahmud.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... .........................................................
(SYAHRUDDIN BIN ABDULLAH) (AB RAHMAN BIN SARDAR )
Guru Penyelaras Bestari Guru Besar

You might also like