You are on page 1of 4

SMK KAYU ARA PASONG

JALAN KAYU ARA PASONG


82000 PONTIAN, JOHOR

KERTAS KERJA
NAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN BILIK KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG
JALAN KAYU ARA PASONG, 82000 PONTIAN, JOHOR
_____________________________________________________________________ 
KERTAS KERJA
PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK KESIHATAN
 

1.      PENDAHULUAN

Bilik Kesihatan memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian rawatan
kesihatan pelajar termasuklah suntikan imunisasi dan rawatan pergigian. Justeru, kemudahan,
keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru, muid-
murid serta kakitangan klinik yang telibat dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
operasi unit kesihatan sekolah.

2.     OBJEKTIF

i) Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan rawatan kesihatan


pelajar.

Ii) Menjadikan Bilik Kesihatan sebagai bilik yang cantik dan ceria.

iii) Memberikan keselesaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar serta kakitangan klinik yang
terlibat untuk menggunakan bilik ini.

3.     RASIONAL & MATLAMAT

Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan unit kesihatan sekolah dan rawatan
imunisasi dan pergigian pelajar.

Memastikan Bilik Kesihatan  sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria
serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan unit kesihatan dan rawatan kesihatan
pelajar.

Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, buku kesihatan dan kad rawatan pergigian
dengan lebih sistematik.

4.         LOKASI SASARAN

Bilik Kesihatan Blok A


5.         PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah :

  

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT HARGA


1. Partition bilik bentuk L 2 unit RM80 RM160
2. Sinki 1 unit RM60 RM60
3. Kain langsir 2 kayu RM150 RM300
4. Cadar 2 set RM20 RM40
5. Bantal 2 unit RM15 RM30
6. Simen 1 bag RM20 RM20
7. Cat minyak 1 liter RM40 RM40
8. Kayu spin 2 unit RM10 RM20
9. Servis Aircond 1 unit RM250 RM500
10. Pad lock 2 unit RM25 RM50
11. Tilam 2 unit RM100 RM200
12. Tombol pintu 2 unit RM25 RM50
13. First Aid kit 2 unit RM50 RM100
14. Renda (Hias papan 5 meter RM5 RM 25
kenyataan)
15. Termometer 1 unit RM50 RM 50
16. Rak fail 1 unit RM25 RM 25
17. Jam dinding 1 RM20 RM 20
18. Tikar getah 1 gulung RM250 RM250
  Jumlah RM1940
6. PENUTUP

            Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan  murid yang
cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping
memberi semangat kepada guru untuk lebih bekerja secara produktif.  Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

 _____________________________________

SITI NORJANNAH BINTI MOHD HAMDI


PENYELARAS BILIK KESIHATAN
SMK KAYU ARA PASONG
PONTIAN, JOHOR

You might also like