You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH


BIL. 1 TAHUN 2018
SMK MENGKUANG,14000 BUKIT MERTAJAM

Tarikh : 24 Januari 2018 (Rabu)


Masa : 2.15 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Mengkuang
Pengerusi : Pn Noraizi bt Ghazali
Kehadiran :

1. En Abd. Rani bin Shaari Naib Pengerusi


2. En Fauzi bin Mohamad GK Bahasa
3. Norazimah binti Hasan GK Teknik & Vokasional
4. Cik Rashadah binti Abdul Wahab GK Kemanusiaan
5. Pn Faizah binti Abdullah GK Sains dan Matematik
6. En Ahmad bin Daud Ketua Panitia Pendidikan Islam
7. Pn Nizaha binti Abu Hassan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
8. Pn. Ritha a/p Palayah @Kuriaya Ketua Panitia Sains Tulen
9. En. Mohd Zaki bin Said Ketua Panitia Geografi
10. En. Mohd Faiz bin Dali Ketua Panitia Matematik Tambahan
11 Pn Norliyana binti Abdul Rahman Ketua Panitia Kemahiran Hidup
12. Pn Nor Hanani binti Mustafa Ketua Panitia Sains Rumah Tangga
13. Pn Suraya binti Sulaiman Ketua Panitia Prinsip Akuan
14. Pn Nor Haliza binti Ariffin Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan
15. Pn Wan Salina binti Wan Shuib Ketua Panitia Matematik
16. En Mohd Rohaya binti Md Salleh Ketua Panitia Sejarah
17. En Kamsani bin Abdul aziz Ketua Panitia Pend Seni Visual
18. Pn Wan Norhayati binti Wan Marzuki Ketua Panitia PJK
19. Pn Nazifah Husna binti Shafie Ketua Panitia Pend Sivik
20. Pn Noraizi binti Ghazali Guru Perpustakaan Media
21. Pn Fareha binti Kashim Unit Multimedia/ABM
22. Pn Rohana binti Sedik Unit Nilam
22. Pn Saniyah binti Abdul Samat Setiausaha
23. Pn Nor Hayati binti Samsudin Penolong Setiausaha
24. Pn Wahidayah binti Abd Wahab Unit Nilam
25. Pn Nor Syuhada binti Abu Hassan S/U Koko
26. Pn Nor Juzailah bt Abd Rahman Pusat Akses
27. Pn Noraini binti Elias Pusat Akses
28. Pn Wan Zuraida binti Wan Othman Pembantu Pusat Sumber
29. Pn Nursyuhaida binti Mustafa Ketua Panitia Perdagangan
30. Pn Siti Habsyah binti Mohd Hariri Pusat Akses
31. Pn. Siti Mardziah binti AMiruddin S/U PBS
32. Pn Suhaili binti Shamsudin Unit Keceriaan

Tidak Hadir Bersebab :


1. En Fariez bin Rosli Pusat Akses
2. Pn Nursyazwani binti Bakri Ketua Panitia Sains
3. Pn Nor Aziah binti Yusoff Guru Pengawas PSS
4. Wan Rosmaini binti Wan Mustafa Roni Guru Pusat Sumber PPKI

1
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pn Noraizi bt Ghazali (pengerusi) mengalu-alukan kedatangan AJK dan mengucapkan


terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber
kali pertama bagi sesi 2018.
1.2 Pn Noraizi menyampaikan salam dari Pn Norhayati binti Sharif (PKP) kerana tidak dapat
hadir pada mesyuarat kali ini disebabkan tugas rasmi diluar.
1.3 Beliau juga mengalu-alukan ahli baru dalam jawatan kuasa pusat sumber sekolah iaitu En
Fariez dan Pn Juzaila bagi mengantikan Pn Siti Habsyah sebagai guru pendidikan bestari.

2.0 Laporan Aktiviti 2017

2.1 Pn Noraizi meminta semua AJK untuk melihat lampiran yang diberikan iaitu laporan
program Pusat Sumber yang berlangsung sepanjang tahun 2017.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa semua program pada tahun 2017 berjalan seperti yang
dirancang kecuali program Pameran Warisan Dunia dan program bersama Perpustakaan
Desa/NGO ditangguhkan dan akan dilaksanakan pasa tahun ini disebabkan kekangan
waktu pada tahun lepas.
2.3 Pn Noraizi juga memaklumkan bahawa Kem Membaca 1 Malaysia akan dilaksanakan
pada bulan April pada tahun ini berbanding bulan Oktober pada tahun lepas bagi
menyeragamkan waktu tersebut dengan sekolah-sekolah yang lain.
Makluman

3.0 Perancangan Aktiviti 2018

3.1 Pn Noraizi meminta semua AJK untuk melihat lampiran yang diberikan iaitu
perancangan program Pusat Sumber yang akan berlangsung sepanjang tahun 2018.
3.2 Beliau menyatakan bahawa perancangan pertama iaitu Orientasi Tingkatan 1 telah pun
selesai dilaksanakan pada awal tahun ini dan perancangan kedua iaitu program
Nilam/Literasi Maklumat berjalan seperti biasa mengikut jadual PdP yang diberikan
kepada guru.
3.3 Pn Noraizi juga memaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Baru akan dijalankan serentak dengan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah pada bulan
Mac dan dilaksanakan di BTPNPP.
3.4 Pn Noraizi mencadangkan kepada semua panitia supaya membuat aktiviti seperti kuiz
dan sebagainya di dalam Pusat Sumber bagi menggalakkan kolobrasi antara panitia
dengan Pusat Sumber sekolah.
3.5 Beliau juga memaklumkan bahawa Pameran dan Jualan buku (aktiviti galakan membaca)
akan diadakan pada hari Konferensi Waris bagi menggalakan penjualan buku kepada
para pelajar dan waris pada hari tersebut.
Makluman

4.0 Jadual Tugas

4.1 Pn Noraizi memaklumkan bahawa guru-guru Nilam boleh merujuk jadual di Pusat
Sumber bagi mengelakkan kesesakan penggunaan Pusat Sumber pada waktu yang sama.

makluman

2
4.2 Penggunaan bilik akses untuk kemudahan mencetak bahan. Pn Noraizi binti Md Ghazli
(GPM) memaklumkan pelajar boleh menggunakan kemudahan tersebut dengan bantuan
guru yang mengajar ketika waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) manakala pada
waktu rehat sesi pertama dan kedua dipantau oleh Pn Noraini
Tindakan : unit pusat Akses

5.0 Program NILAM

5.1 Pn Rohana memberi sedikit penjelasan tentang penulisan buku nilam kepada guru-guru.
5.2 Beliau meminta semua guru Nilam supaya menggalakkan pelajar membaca bahan buku
seperti jurnal, poster dan sebagainya kerana ia mudah diperolehi.
5.3 Beliau juga menggalakkan pelajar untuk membuat banyak aktiviti selepas pembacaan
untuk menaikkan markah pelajar tersebut.

Tindakan : guru Nilam

6.0 Perancagan Kewangan 2018

6.1 Pn Noraizi memaklumkan bahawa perancangan kewangan bagi tahun 2018 boleh dilihat
pada lampiran perancagan program Pusat Sumber tahun 2018.
6.2 Pn Noraizi juga memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM10,000 untuk Pusat
Sumber bukan untuk pembelian buku semata-mata.
6.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih pada 12 panitia dan waris yang telah
menyumbangkan buku dan kamus dewan kepada Pusat Sumber.

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Pn Noraizi meminta sedikit sumbangan PIBG bagi membeli sistem automasi yang terkini
kerana sistem yang sedia ada sudah terlalu lama.
7.2 Beliau juga meminta jasa baik guru-guru untuk membenarkan pengawas pusat sumber
yang bertugas rehat awal 10 minit berbanding pelajar-pelajar lain.
7.3 Pn Noraizi menggalakkan supaya cikgu ganti (relief) membawa pelajar ke Pusat Sumber
pada waktu tersebut supaya pelajar dapat membuat bacaan buku dan membuat ulasan
pada buku Nilam.
7.4 Pn Noraizi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PSS kerana memberi
kerjasama sepanjang mesyuarat Jawatankuasa pusat sumber sekolah dijalankan.
Mesyuarat bilangan 1 bertarikh 24 Januari 2018 ditangguhkan pada jam 3.30 petang
.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NOR HAYATI BINTI SAMSUDIN NORAIZI BINTI MD GHAZALI


Penolong Setiausaha Penyelaras
Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah
SMK Mengkuang. SMK Mengkuang.

3
4

You might also like