You are on page 1of 18

LAPORA KAJIA TIDAKA

MEIGKATKA PEGUASAA KOSEP PERATUS BAGI MURID TAHU 6 KUIG


DALAM KEMAHIRA MECARI ILAI KESELURUHA APABILA DIBERI ILAI
SEBAHAGIA PERATUSA BAHAGIAYA

OLEH

WOG FUI YEE


Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat Satu
Peti Surat 2653
90730 Sandakan
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menolong murid-murid Kelas 6 Kuning iaitu seramai 32 orang, dari
Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat mengatasi masalah dalam kemahiran mencari nilai keseluruhan
apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya dalam soalan penyelesaian masalah. Jika masalah
ini dapat diatasi, ini akan dapat menolong pelanggan-pelanggan saya mengingkatkan penguasaan konsep
peratus. Tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan latihan, ujian pra dan ujian pos. Dapatan
kajian daripada ujian pos telah menunjukkan berlaku perubahan peningkatan terhadap keupayaan
pelanggan-pelanggan dalam menyelesaikan soalan penyelesaian dengan mengaplikasikan teknik dan
langkah kerja yang betul semasa menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Pada kesimpulannya,
dengan pelaksanaan program kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelanggan-pelanggan saya
meningkatkan penguasaan konsep peratus mereka dalam mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai
sebahagian peratusan bahagiannya.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Setelah membuat pemerhatian dan pemeriksaan buku-buku latihan dan kerja rumah yang diberi kepada
murid Tahun 6 Kuning, saya mendapati kebanyakan murid menghadapi banyak masalah dalam menjawab
soalan penyelesaian dalam kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan
bahagiannya. Daripada pemerhatian saya, saya mendapati masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah
tidak memahami kehendak soalan dan seterusnya berasa keliru untuk menentukan mana satu langkah kerja
yang betul untuk menjawab soalan. Selain itu, ada pula yang memahami kehendak soalan dan dapat
menentukan cara yang betul untuk menyelesaikannya, tetapi tidak dapat menunjukkan langkah kerja
tersebut dengan betul dan secara sistematik dan ini menyebabakan jawapan akhir mereka salah.
Kebanyakan langkah kerja yang murid perlu buat adalah berkaitan dengan sifir, iaitu cara pendaraban,
pembahagian dan pemansuhan. Segolongan kecil murid yang tidak pandai mengaplikasikan cara
pemansuhan dalam langkah kerja ini juga menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan penyelesaian
yang berkaitan dengan kemahiran ini.

Di samping itu, apa yang dapat saya perhatikan dalam kelas ini ialah, sesetengah murid tidak berminat
dalam mata pelajaran Matematik dan mereka berasa mata pelajaran ini agak susah bagi mereka. Mereka

1
juga memerlukan motivasi dan inisiatif yang lebih giat, baik daripada diri sendiri ataupun guru untuk
belajar mata pelajaran ini. Kadang-kala, pengajaran guru dan latihan dalam kelas dan juga kerja rumah
yang diberikan kepada mereka adalah satu bebanan, dan segolong kecil daripada murid berasa agak
tertekan dan bosan untuk berusaha bersama-sama dengan guru-guru di sekolah ini untuk memajukan diri.
Justeru itu, saya berpendapat bahawa kepelbagaian teknik dan bahan bantu belajar perlu diberi penekanan
dalam proses pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Langkah ini dicadangkan supaya murid-murid
dapat belajar dalam satu suasana yang memberangsangkan dan seterusnya dapat menikmati keseronokan
belajar. Saya yakin murid-murid dari kelas ini masih boleh dibantu untuk mendapat keputusan yang lebih
baik lagi daripada prestasi sekarang. Saya berharap apa yang akan saya lakukan dapat mengubah keadaan
ini sehingga ke tahap yang lebih memuaskan.

2.0 Fokus Kajian

Walaupun saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan murid dalam tajuk ‘Peratus’ ini sehingga
membimbangkan saya bahawa mereka akan hilang rasa minat untuk menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengan tajuk ini, namun untuk tujuan kajian ini, saya akan menumpukan fokus kajian saya dalam
membantu murid mencari suatu cara yang senang dan berkesan untuk menjawab soalan yang berkaitan
dengan cara mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya. Salah satu
contoh bentuk soalan yang murid tidak dapat menjawab dalam jenis kemahiran yang telah saya sebutkan
adalah seperti di bawah:

30% daripada jumlah bunga ros yang ada ialah 180 tangkai. Berapakah
jumlah kesemua bunga ros?

 Kemahiran ini ialah mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai


sebahagian peratusan bahagiannya

Berasaskan pemerhatian awal yang telah saya buat pada murid-murid saya, didapati mereka memang
menghadapi masalah dalam memahami kehendak soalan dan menentukan mana satu langkah kerja yang
betul untuk menyelesaikan sesuatu soalan penyelesaian masalah. Berdasarkan soalan yang ditunjukkan di
atas, murid hendaklah faham ayat matematik ini.

2
a) 30% daripada jumlah bunga ros = 180 tangkai, maka untuk mencari jumlah tangkai bunga ros,
caranya ialah,
30
b) x Jumlah = 180 tangkai,
100
100
c) Jumlah = 180 tangkai x = 600 tangkai.
30

Tetapi bagi murid-murid saya di kelas 6K, mereka membuat kesilapan dengan menggunakan cara yang lain
untuk menjawab soalan berbentuk begini. Cara mereka ialah,

30
x 180 tangkai = 54 tangkai.
100

Jadi jawapan mereka adalah salah dengan menggunakan cara yang tidak betul. Masalah ini timbul adalah
disebabkan oleh murid-murid menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan. Terdapat soalan-
soalan yang memang meminta murid menunjukkan langkah kerja yang salah ini dan contohnya adalah
seperti di bawah,

Puan Aini mempunyai 180 tangkai bunga ros. Jika dia telah menjual 30% daripada
jumlah bunga rosnya. berapakah jumlah tangkai bunga ros yang telah dijual?

 Kemahiran ini berkaitan dengan mencari suatu nilai apabila diberi peratus
daripada suatu kuantiti tertentu.

Dengan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam mencari suatu kaedah
yang senang dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini, banyak usaha dan tindakan perlu diambil
terutamanya daripada kerjasama dan usaha antara guru dan murid sendiri. Melalui hasil kajian ini, saya
percaya suatu hasil dapatan yang berguna dan berkesan kepada guru dan murid di sekolah saya ini akan
dapat banyak menarik minat dan perhatian murid untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan
tajuk ini memandangkan tajuk ‘Peratus’ adalah salah satu tajuk yang agak penting dalam peperiksaan
UPSR, kertas 1 & 2. Suata analisis berdasarkan soalan-soalan daripada kedua-dua kemahiran ini daripada
kertas Matemetik 1 dan 2 peperiksaan UPSR dari tahun 2005 hingga 2008 telah dibuat untuk melihat

3
kekerapan soalan sebegini keluar dalam kertas peperiksaan UPSR. Jadual analisis tersebuat adalah seperti
di bawah:

Tahun 2005 2006 2007 2008


Kertas K1 K2 K1 K2 K1 K2 K1 K2
Bilangan soalan 3 2 5 2 - - 4 1
Junlah soalan 5 7 - 5
Jadual 1:
Analisis soalan-soalan tajuk ‘Peratus’ dalam Peperiksaan UPSR Kertas 1 & 2 dari tahun 2005 - 2008

Berdasarkan jadual tersebut, jumlah soalan yang paling banyak keluar dalam peperiksaan UPSR dalam
tajuk ‘Peratus’ mengenai kedua-dua kemahiran ini adalah 7 soalan pada tahun 2006.

3.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan murid-murid kelas 6K akan dapat mencapai
objektif-objektif yang berikut:

3.1 Objektif Am
Menimbulkan minat dan meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan cara yang betul untuk
mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya.

3.2 Objektif Khusus


3.2.1 Murid dapat membezakan antara dua cara yang mereka belajar dan mengaplikasikan
dengan betul mengikut kehendak soalan.
3.2.2 Murid dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran mencari nilai keseluruhan
apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya dengan betul.
3.2.3 Kaedah dan teknik pengajaran guru dapat diubah mengikut aras murid.
3.2.4 Mengubah sikap murid dengan memberi motivasi dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan
kemahiran ini.

4
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun 6 Kuning, iaitu 15 orang lelaki dan 17 orang perempuan, di
SK. Sri Tanjung Papat Satu, Sandakan.

5.0 Melaksanakan Tindakan

5.1 Tinjauan Masalah


Sebelum langkah-langkah seterusnya dilaksanakan dalam menjalankan kajian ini, terlebih dahulu
pengumpulan maklumat awal dibuat melalui pemeriksaan buku latihan. Seterusnya, tinjauan awal juga
dibuat dengan melaksanakan ujian pra bagi membuat pengesanan awal terhadap tahap maksimum
kemampuan murid.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pra (seperti dalam jadual 2) menunjukkan dapatan data
seperti dalam jadual di bawah:

o. soalan Kemahiran Frekuensi betul yang


dijawab oleh murid
1 1 6
2 2 20
3 2 23
4 1 5
5 1 6
6 1 4
7 2 21
8 1 5
9 1 5
10 1 3
Jumlah 98

Jadual 2:
Bilangan soalan ujian pra yang berjaya dijawab dengan betul oleh 32 orang murid sasaran

5
 Peratus frekuensi betul yang dijawab oleh murid dalam kelas 6K boleh dikira dengan cara berikut:
98
x 100% = 30.6%
320

• Kemahiran 1 mewakili kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan
bahagiannya.

• Kemahiran 2 mewakili kemahiran mencari suatu nilai apabila diberi peratus daripada suatu kuantiti
tertentu.

Daripada dapatan data di atas, ia jelas menunjukkan bahawa kebanyakan murid sasaran tidak dapat
menjawab soalan dengan betul dalam kemahiran 1 yang telah saya jelaskan sebelum ini. Soalan-soalan
kemahiran 2 seperti dalam soalan no. 2, 3 dan 7, kebanyakan murid-murid dapat menjawab dengan betul,
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di atas. Apabila dikaji cara-cara murid menjawab soalan dalam
ujian pra, didapati banyak murid membuat kesilapan dengan tidak memahami kehendak soalan dan
seterusnya menggunakan cara tidak betul untuk menjawab soalan. Contohnya, soalan 1 yang ditunjukkan
dalam ujian pra:

20% daripada jumlah pensel yang ada ialah 80 batang. Berapakah jumlah kesemua
pensel?

Cara yang tidak betul yang ditunjukkan oleh murid ialah seperti berikut:
1) 20% daripada 80 batang
20
2) x 80 batang = 16 batang
100

Sebaliknya cara yang betul untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut,
1) 20% daripada jumlah batang = 80 batang
20
2) x Jumlah = 80 batang
100
100
3) Jumlah = 80 batang x = 400 batang
20

6
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang untuk menjalankan kajian tindakan ini.
Namun sebelum ketiga-tiga aktiviti ini dijalankan dalam masa yang telah dirancang, guru terlebih dahulu
mengingatkan murid-murid tentang latihan yang telah dibuat pada buku latihan dan cuba mengkaji semula
tentang latihan itu dan membuat pemerhatian ke atas kesilapan dan kelemahan mereka.

Untuk menolong murid-murid mencari cara yang senang dan berkesan untuk membezakan mana satu
teknik yang betul untuk menjawab mengikut kehendak soalan, iaitu kemahiran mencari nilai keseluruhan
apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya, maka tiga cara yang dirancang untuk dijalankan
dalam tiga sesi aktiviti pengajaran-pembelajaran yang berasingan adalah seperti berikut:

1) Dengan menggunakan gambar iaitu blok peratus.


2) Dengan menerangkan konsep bahawa nilai 100% adalah bersamaan dengan nilai keseluruhan
sesuatu kuantiti.
3) Dengan mencari perhubungan di antara dua persamaan yang telah dikenalpasti mengikut
soalan.

Bahan-bahan yang digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut ialah, kertas soalan, gambar blok
peratus, pen marker, dan pembaris panjang.

5.4 Melaksanakan Tindakan

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 - Dengan menggunakan gambar iaitu blok peratus.

Aktiviti ini dijalankan selama satu jam dalam masa P&P mata pelajaran Matematik. Kaedah pelaksanaan
dijalankan seperti berikut berdasarkan contoh soalan yang ditunjukkan di bawah:

30% daripada jumlah bunga ros yang ada ialah 180 tangkai. Berapakah jumlah
kesemua bunga ros?

7
• Guru melukiskan blok peratus di papan tulis yang mengandungi 10 petak dan memberitahu bahawa
setiap petak mewakili 10%, jadi 10 petak adalah sama dengan 100%.
60 60 60
10% 10% 10%

30% = 180 tangkai, maka 10% = 60 tangkai, jadi untuk mencari kesemua
bunga ros iaitu 100%, maka adalah sama dengan 10 petak x 60 tangkai dan
mendapat jawapan 600 tangkai.

• Guru menerangkan kehendak soalan ini dengan menggunakan gambar blok peratus supaya murid
lebih memahami soalan dan seterusnya dapat menggambarkan kehendak soalan melalui gambar.
• Cara ini diharapkan dapat menolong murid yang menghadapi kesusahan dalam memahami
kehendak soalan dapat menyelesaikan masalah melalui pelukisan gambar ini.
• Selepas guru menerangkan cara ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam
lembaran kerja yang telah disediakan dengan menggunakan cara ini.
• Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada papan tulis.
• Guru menyemak langkah kerja murid dan memberi maklum balas atas kesilapan mereka, jika ada.
• Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

Pemerhatian
Semua murid telah cuba menjawab soalan-soalan latihan dengan menggunakan cara ini, tetapi terdapat
beberapa soalan tidak sesuai digunakan dengan cara ini.

Refleksi
Menerangkan kepada murid sasaran bahawa cara ini tidak semestinya sesuai dengan semua soalan, tetapi
sesetengah murid berasa minat menggunakan cara gambar blok peratus ini untuk menjawab soalan sebab ia
dapat menolong mereka memahami soalan dengan lebih jelas.

8
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 - Dengan menerangkan konsep bahawa nilai 100% adalah bersamaan
dengan nilai keseluruhan sesuatu kuantiti.

Aktiviti P&P ini dijalankan selepas aktiviti 1, dan mengambil masa selama satu jam juga dalam masa mata
pelajaran Matematik.

• Berdasarkan soalan yang sama yang diberikan seperti dalam aktiviti 1, guru menggunakan cara
yang lain untuk mendapatkan jawapan yang sama untuk soalan ini.
• Guru meminta murid membacakan soalan penyelesaian masalah tersebut, dan kemudian
menuliskan ayat ini pada papan tulis, “Nilai 100% adalah bersamaan dengan nilai
keseluruhan sesuatu kuantiti”.
• Guru menerangkan konsep ini dengan cara yang ditunjukkan di bawah:
1) 30% = 180 tangkai
100% = ?
100
2) x 180 tangkai = 600 tangkai
30
• Guru juga menerangkan konsep ini dengan satu cara yang lain lagi iaitu,
1) 30% daripada jumlah bunga ros = 180 tangkai
30
2) x Jumlah = 180 tangkai, maka
100
100
3) Jumlah = 180 tangkai x = 600 tangkai
30
• Selepas guru memastikan murid-murid dapat memahami konsep dan langkah kerja
ini, maka guru pun memberikan beberapa soalan yang berbentuk seperti ini untuk
dijawab oleh murid.
• Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada
papan tulis.
• Guru menyemak langkah kerja murid dan memberi maklum balas ke atas kesilapan
mereka.
• Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

9
Pemerhatian
Kebanyakan murid yang berada dalam kumpulan aras cemerlang lebih suka menggunakan cara ini untuk
menjawab soalan dan mereka selalu dapat menjawab soalan dengan betul dengan menggunakan cara ini
berbanding dengan murid dari kumpulan aras sederhana dan rendah.
Refleksi
Guru mendapati cara ini agak senang difahami oleh murid-murid dari kumpulan aras cemerlang berbanding
dengan kumpulan aras sederhana dan lemah, dan cara ini boleh diaplikasikan kepada semua soalan
mengikut kemahiran ini.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 - Dengan mencari perhubungan di antara dua persamaan


yang telah dikenalpasti mengikut soalan.

Guru melaksanakan aktiviti P&P ini selepas aktiviti 1 & 2 dan sesi ini juga mengambil masa satu jam
dalam masa mata pelajaran Matematik.

• Guru juga mengemukakan soalan yang sama seperti dalam aktiviti 1 & 2 untuk dijadikan contoh
soalan.
• Guru menuliskan dua persamaan ini di papan tulis yang telah mereka pelajari dalam aktiviti 2.
X6

30% = 180 tangkai ( 180 adalah 6 kali ganda 30), maka


100% = ? ( 100 x 6 = 600 tangkai)

• Murid memerhatikan cara ini dan cuba memahamkan.


• Selepas guru telah memastikan murid-murid dapat memahami konsep dan langkah kerja ini,
maka guru pun memberikan beberapa soalan mengikut kemahiran ini untuk dijawab oleh murid.
• Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada papan
tulis.
• Guru menyemak langkah kerja mereka dan memberi maklum balas ke atas kesilapan mereka.
• Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

10
Pemerhatian
Kebanyakan murid dapat mencari jawapan yang betul dengan menggunakan cara ini termasuk murid dari
kumpulan aras sederhana dan rendah. Tetapi cara ini juga tidak dapat diaplikasikan kepada semua soalan
mengikut kemahiaran ini. Ini bermaksud, cara ini ada batasannya kepada soalan-soalan yang tertentu.

Refleksi
Cara ini agak berkesan kepada semua murid dan soalan-soalan yang dijawab oleh murid dalam latihan
dalam kelas adalah betul dan ini dapat memotivasikan murid dan meningkatkan semangat dan minat
mereka untuk menjawab soalan-soalan tambahan dari buku lain.

6.0 Refleksi Tindakan

Secara keseluruhan, selepas ketiga-tiga sesi P&P dijalankan berdasarkan tiga cara kaedah pengajaran yang
berlainan, saya mendapati hampir semua murid dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan
betul. Antara ketiga-tiga cara yang ditunjukkan kepada murid, cara yang paling berkesan untuk
diaplikasikan kepada semua soalan mengikut kemahiran yang disebutkan ialah cara kedua yang dijalankan
dalam aktiviti 2. Tetapi masih terdapat segolongan kecil murid tidak dapat menggunakan cara ini dengan
baik dan betul semasa menjawab soalan. Namun, apa yang menggembirakan ialah murid dapat
membezakan cara yang betul untuk diaplikasikan kepada soalan mengikut kehendak soalan. Ini
bermaksud, murid sudah tidak menghadapai masalah keliru dalam menentukan mana satu cara yang patut
digunakan untuk menjawab soalan, seperti yang telah saya sebutkan pada awal laporan kajian tindakan ini.
Ini juga jelas menunjukkan bahawa selepas 3 kali aktiviti P&P ini dilaksanakan, perubahan sikap dan minat
murid telah dapat ditunjukkan.

Selepas ketiga-tiga aktiviti P&P ini dijalankan, maka dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
ketiga-tiga cara ini, ujian pos telah dijalankan di kalangan kumpulan murid sasaran ini. Ianya bertujuan
untuk menilai penguasaan murid menggunakan cara yang betul untuk menjawab soalan mengikut kehendak
soalan. Ujian pos diadakan selepas seminggu ketiga-tiga aktiviti P&P dilaksanakan. Data yang dikumpul
ditunjukkan dalam jadual di bawah:

11
o. soalan Kemahiran Frekuensi betul yang
dijawab oleh murid
1 1 29
2 2 28
3 2 26
4 1 25
5 1 27
6 1 27
7 2 28
8 1 26
9 1 27
10 1 19
Jumlah 262

Jadual 3:
Bilangan soalan ujian pos yang berjaya dijawab dengan betul oleh 32 orang murid sasaran

 Peratus frekuensi betul yang dijawab oleh murid dalam kelas 6K dikira dengan cara berikut:
262
x 100% = 81.9%
320

• Kemahiran 1 mewakili kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan
bahagiannya.

• Kemahiran 2 mewakili kemahiran mencari suatu nilai apabila diberi peratus daripada suatu kuantiti
tertentu.

Dapatan yang diperoleh daripada ujian pos yang telah dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan
pencapaian murid-murid sasaran. Perbandingan peningkatan dapat dilihat dari segi peningkatan frekuensi
betul yang dijawab oleh murid mengikut nombor soalan. Semasa ujian pra, didapati lebih ramai murid
dapat menjawab nombor soalan 2, 3 dan 7 dengan betul iaitu soalan yang mengikut kemahiran 2. Peratus
dari segi frekuensi jumlah soalan betul yang dijawab oleh murid dalam ujian pra ialah 30.6%, manakala

12
semasa ujian pos dijalankan, peratus ini telah meningkat sehingga 81.9%. Dengan merujuk kepada jadual 3
juga, ia menunjukkan bahawa murid-murid juga dapat menjawab soalan yang mengikut kemahiran 1 iaitu
no. 1, 4, 5, 6, 8, 9 & 10 dengan betul. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi dalam perbandingan
pencapaian murid sasaran dalam ujian pra dan pos, maka suatu jadual perbandingan telah disediakan seperti
berikut:

o. soalan Kemahiran Ujian Pra Ujian Pos


Frekuensi Frekuensi
1 1 6 29
2 2 20 28
3 2 23 26
4 1 5 25
5 1 6 27
6 1 4 27
7 2 21 28
8 1 5 26
9 1 5 27
10 1 3 19
Jumlah 98 262
Peratus 30.6% 81.9%

Jadual 4:
Perbandingan Pencapaian Murid Sasaran Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

7.0 Bahan dan Anggaran Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti Jumlah Kos


1. Kertas A4 1 rim RM13.50
2. Marker pen 1 kotak RM24.00
3. Dakwat pencetak komputer 1 kotak RM35.00
4. Kos fotostat bahan dan laporan kajian RM50.00
Jumlah RM122.50

13
8.0 Rumusan Kajian dan Penutup

Memandangkan murid-murid sasaran telah dapat menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penguasaan
kemahiran ini, maka kajian tindakan yang dicadang akan dijalankan seterusnya ialah berkaitan dengan
kemahiran ini juga, tetapi berhubung dengan tajuk-tajuk yang lain iaitu Panjang, Timbangan Berat dan
Isipadu Cecair. Diharapkan dengan berjayanya murid-murid sasaran dapat menguasai kemahiran ini, maka
mereka juga akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan
dengan kemahiran ini dalam tajuk-tajuk mata pelajaran Matematik yang lain.

Pada kesimpulannya, melalui sesuatu kajian tindakan, seseorang guru akan dapat menolong murid-
muridnya mempelajari sesuatu kemahiran dengan pelbagai jenis cara yang bersesuaian dengan aras mereka.
Selain itu, melalui pelaksanaan sesuatu kajian tindakan juga, seseorang guru akan cuba mencari dan
melaksanakan pelbagai jenis kaedah dan strategi yang lebih berkesan dan menarik dalam menjayakan
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran
yang diajar dengan lebih cepat dan berkesan dan seterusnya murid-murid dapat belajar dengan lebih aktif
dan memperoleh ilmu pengetahuan daripada guru mereka pada tahap maksimum.

14
Rujukan

Adeline Ho. 2004. Teknik Sukses Matematik Tahun 6A. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Pan
Earth Sdn. Bhd.

Isme Azura dan Irene Cheah. 2006. Star Genius Matematik. Selangor Darul Ehsan: Info-Didik
Sdn. Bhd.

Zaini Mahmood, Ruzlan Md. Ali dan Mohammad Yaacob. 1997. Matematik Tahun 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15
Lampiran - Instrumen
Ujian Pra dan Pos
1. 20% daripada jumlah pensel yang ada 6. 40% daripada jumlah kambing yang ada
ialah 80 batang. Berapakah jumlah ialah 102 ekor. Berapakah jumlah
kesemua pensel? kesemua kambing?

2. 30% daripada 600 biji telur yang dijual 7. Seorang peniaga memborong 35%
oleh Sarah telah pecah. Berapakah kampit beras daripada 100 kampit beras
bilangan telur yang pecah itu? yang ada. Berapa kampit beras yang
diborongnya?

3. Sebuah kotak berisi 100 helai kertas. 8. 8% daripada jumlah air yang ada ialah
27% daripadanya adalah kertas berwarna 76 liter. Berapakah jumlah isi padu
merah. Berapa helai kertas berwarna semua air?
merah?

4. 5% daripada sejumlah manik di dalam 9. 10% daripada jumlah ayam yang ada
sebuah baling adalah 40 biji manik ialah 21 ekor. Berapakah jumlah
berwarna putih. Berapakah jumlah kesemua ayam?
manik yang ada di dalam balang itu?

5. 10% daripada keseluruhan jarak yang 10. 20% daripada jumlah bola yang ada
dilalui oleh Fitri ialah 30 km. Berapa ialah 300 biji bola. Berapakah jumlah
keseluruhan jarak yang akan dilalui oleh bola yang ada?
Fitri?

16
17

You might also like